Kenali Bahasa Badan Bila Tangan Dibelakang Atau DihadapanSemua tahu tentangan kunjungan Sultan Brunei dan Putera Mateen baru-baru ini ke Malaysia bagi mengadakan pertemuan dua mata bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad serta isteri.
Bukan wajah tampan Putera Mateen yang jadi tumpuan Wanista tapi pose bergambar keempat-empat individu berpengaruh ini telah membuatkan Wanista tertanya-tanya. Lihatlah, Putera Mateen dan Tun Mahathir meletakkan tangan dibelakang, manakala Sultan Brunei dan Tun Siti Hasmah lebih selesa menonjolkan tangan dibahagian hadapan.
Agak punya persamaan disitu, adakah dari segi personaliti juga mereka sama? Iyalah, menurut dari pelbagai kajian psikologi, bahasa tubuh penting dalam kita ingin mengenali seseorang. Mari kita sama-sama kenali siapakah mereka yang sebenar bila tangan ke belakang atau dihadapan?
Letak Tangan Dibelakang, maksudnya…Anda seorang yang berkeyakinan tinggi dan pose seperti ini juga mengambarkan anda seorang yang sangat berani. Kaum lelaki biasanya sentiasa dalam pose ini bagi menonjolkan kekuatan serta menarik kepercayaan orang lain terhadap mereka.Gaya ini juga wajib diterapkan kepada kerabat diraja Britain (mungkin kerabat diraja yang lain). Selain itu, anda boleh cari gaya berdiri dengan tangan kebelakang dijalanan. Cuba tengok pegawai polis atau penguatkuasa, tegap berdiri dan tampak berani.
Bila Pose Tangan Dihadapan Pula?Ini tandanya mereka ada rasa kurang selesa berhadapan dengan orang ramai tapi masih lagi ingin menunjukkan rasa hormat dan yakin.
|