View: 52847|Reply: 299
|
Kisah Anak Aku Yang Ada 6th Sense
[Copy link]
|
|
Edited by Gabanistur at 29-8-2017 02:03 PM
Salam semua...
Aku pikir agak lama jugak sebelum ambil keputusan untuk share kisah ni sebab seseorang pernah nasihat aku supaya jangan cerita. Bukannya apa, takut orang nanti salah anggap pada anak aku ni. Sebelum aku teruskan story, biar aku cerita serba sedikit latar belakang family aku. Aku dah berkahwin dan ada anak 3 orang. Kakak, Ucop (bukan nama sebenar) dan Adik. Ekceli cerita ni berkisar pada anak aku yang tengah, si Ucop ni, walaupun adik beradik dia yg lain sebenarnya ada gift yg sama cuma semakin mereka besar, kebolehan tu makin berkurangan. Tidak pada si Ucop..mata dia kekal tidak berhijab sampai sekarang dah nak masuk 9 tahun kerana Ucop ni anak istimewa - pemegang kad OKU kategori masalah pembelajaran.
Ucop ni rupa dia biasa2 je.Taklah hensem macam retis. kulit dia paling cekelat antara anak2 aku yg bertiga tu. Badannya pun chubby2 gitu. Kalo ko tengok sekali imbas mcm budak normal. tapi bila diperhati lama2 ada tingkah laku yang pelik2 baru ko akan dapat agak yg dia sebenarnya anak istimewa. Walaupun macam itu, dia ni umpama gula2. Semua yg jumpa dia akan suka dia. Kawan-kawan, sepupu, cikgu, strangers jumpa dekat pasaraya, kucing, katak, sesumpah..sampailah ke benda2 halus pun aku rasa suka sgt kat dia. Sangat pelik bagi aku sebab Usop ni ada masalah komunikasi dan tak pandai sgt bercakap. Dia pun suka khayal dalam dunia dia tersendiri dan tak minat berkawan. Tapi orang yang sibuk2 nak berkawan dengan dia. Kucing aku pun paling minat dia. Nak naik riba dia dan nak tido dekat dia padahal dia buat tak reti je pun kat kucing tu selama ni.
Usop start bercakap agak lambat, dalam umur 5 tahun baru dia boleh panggil aku Mama. Tapi start dia boleh bercakap tu la banyak benda2 pelik yang dia bagitau aku lalu membuat aku tertanya-tanya dan kadang2 jadi meremang jugaklah. Mula-mula dulu setiap kali dia sebut perkara-perkara yang terdetik dalam fikiran aku, aku selalu anggap kebetulan je. Contoh kalau tgh silent-treatment kat laki - biasalah gaduh-gaduh manja laki bini ni...tetiba dia akan eja S.A.B.A.R ..Macam dia tau je hati aku tengah berkira-kira nak melahar laki. Haha...
Aaa..lupa nak cakap..Usop ni ada kelebihan self-taught reading. Lahir-lahir je dia memang dah terus pandai baca dan sangat obses dengan huruf. Umur 2 tahun tu tahap dah boleh buat full sentence dalam kedua-dua bahasa- English dan Melayu menggunakan huruf2 mainan sbb masa tu tak pandai pegang pensel dan tulis lagi.
Ok..selain dari boleh tahu apa yang dalam fikiran orang, dia juga boleh tau benda yang tersorok dan tersembunyi. Dia boleh tau seorang pompuan ni sedang mengandung 5-6 minggu yang perut pun tak nampak lagi, orang dah nak meninggal dan apa yg akan jadi di masa depan. Termasuk boleh nampak benda2 halus..Meh aku cerita satu-satu.
Kes yang pertama ialah BUDAK MISTERI DEKAT RUMAH BARU.
Aku asal dari sebuah negeri di Utara tapi menetap di Pantai Timur. Aku ada seorang abang yang duduk di Bertam, P.Pinang. Abang sulung aku ni dikira yang paling berjaya dalam family kami dan menjawat jawatan tinggi. Rumah dia la yang paling besar dan kereta dia paling mahal la kalau park depan rumah mak waktu raya. Walau bagaimana pun abang aku ni orang yg sangat jaga solat dan mmg geng masjidlah. Pendek kata muka mmg nampak mcm orang-orang yg baiklah. Tak mcm aku yang banyak akai nih..hahaha
Satu hari abang aku ni jemput semua family kami datang ke rumah dia sebab dia nak buat bacaan Yaasin, tahlil dan kenduri doa selamat sempena nak masuk rumah baru. So aku pun pergi la dengan family aku secara konvoi. Kereta aku, adik aku dgn mak, dan 2 org lg abang2 aku dgn family dorang. Sampai je sana dalam pukul 11.30 orang masjid tengah stenbai nak baca Yaasin. Aku pun terus masuk memantau anak2 dan anak2 buah sbb masa tu semua kecik2 lagi. Nak menolong pun semua dah pakai caterer so mmg takde apa nak dibuat. Gedebak-gedebuk setel semua bacaan Yaasin dan acara makan tengahari. Dah lama sangat berpanas bawah khemah anak2 aku pun cranky so aku mintak masuk bilik tetamu utk bg budak2 berehat. Biasalah kalau dah kenduri beg2 sedara mara kedua-dua belah pihak abang dan kak ipar aku pun bersusun2 kat situ dan ada katil bujang serta ruang yang ngam2 untuk solat sebelah dengan pintu bilik air. Dah alang-alang masuk tu aku pun ingat nak solat jama' qasar sekali sbb petang2 sikit laki aku ajak pegi Pantai Merdeka yang dah tak berapa jauh dari umah abang aku ni. Dah alang-alang sampai kan...
Masa ni hanya aku, Usop dan Adik yg ikut aku masuk bilik. Si Kakak tengah bersuka ria dengan sepupu2 dia kat luar. Masa aku nak ambik wudhu' tu aku dengar macam ada suara budak2 gelak dalam bilik air, aku pun tak jadi la masuk. Meriah benor diorang bergurau dalam bilik air tu. Memang pun bilik air tu ada 2 pintu..satu pintu lagi boleh masuk terus bilik anak tunggal abang aku, Eja. Dah ada org dlm bilik air tu, aku duduk kat katil tu sambil layan anak2 aku main tab. Lepas dah senyap aku pun bukak pintu bilik air. Bila masuk, aku bukak pintu bilik air yang sambung ke bilik Eja tu, aku terus nampak mak aku baru lepas abih berdoa atas sejadah sebelah katil Eja. Aku pun tanya la mak, "Budak2 tu kencing beramai2 ke? Beria benor gelaknye pun." sambil aku gelak-gelak. (Budak-budak tu merujuk pada anak aku dan sepupu2 dia yang mostly perempuan). Mak aku cakap "Entah la. Bukan dorang masuk dari sana ke? Mak dengor juga budak2 tu gelak..terbayang habih le lencun baju kurung deme dibanteinya kot main ayor." Ehh..garu kepala pulak aku. Mana ada budak2 lain masuk tandas dari pintu bilik tetamu tu, cuma aku dgn anak2 aku je ada situ. Tu pun anak2 aku dok main tab senyap2 tengok Youtube. Takde gelak2 pun kot2 la mak aku dengar suara gelak ketawa tu dari anak2 aku. Maleh nak pikir aku pun terus je selesaikan urusan ke tandas dan ambik wudhu' lalu terus solat.
Lepas Zohor tu aku adik dan mak aku sempatlah berjalan sampai Pantai Merdeka. Tak jadi nak pergi petang sbb petang tu nak tolong abang sulung aku kemas2 kerusi meja dan bersih2 apa yang patut sbb pagi esok tu orang khemah nak dtg ambik kerusi meja dan bukak khemah kenduri tu balik. Abang aku yg nombor 2 dah lepas ke A. Setar nak jumpa jiran2 dan kawan2 dia sebab diorang pernah duduk sana dulu. Abang aku yg nombor 3 stay kat umah abang sulung aku sbb bini dia tengah sarat, mmg tak larat nak berjalan. Sampai umah abang aku ptg tu, dah setel mengemas apa yang patut semua ,kitorang pun masuk rumah utk solat maghrib.
Waktu maghrib ni la akhirnya aku percaya bahawa bahawa benda2 yang selalu Ucop bagitau aku tu bukan bohong atau khayalan dia semata2..sebab apa yang dia selalu bgtau aku dia nampak tu, dengan kehendak Allah..hari tu aku sendiri dapat tengok.
Nanti sambung ye...nak solat zohor. Nak abis waktu lunch dah..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Please sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Best nya cite tt.....cpt la sambung... |
|
|
|
|
|
|
|
menarik
boleh dikatakan ramai jugak budak kecik yang ada sixth sense
macam anak buah I, dah masuk umur 5 tahun, masih lagi boleh nampak tapi dah berkurang , tak macam dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Check in. TT jangan lupa sambung |
|
|
|
|
|
|
|
tgh syok2 baca....adoi... |
|
|
|
|
|
|
|
mendebarkan.. sambung lg sis |
|
|
|
|
|
|
|
woww..menarik2... sambungan jgn lambat sgt pls... |
|
|
|
|
|
|
|
mohon sambung..bookmark dlu page neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
TT cepat sambung. X sabar nak tau nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak juga |
|
|
|
|
|
|
|
Nak baca je |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh, please continue sis |
|
|
|
|
|
|
|
eh best la.. nk2 cara penulisan tt ni.. sambungla lagi pls.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|