Siapa yang tak kenal dengan blogger, business woman dan pengasa FashionValet Vivy Yusof ni. Fashion Vivy menjadi ikutan gadis-gadis di Malaysia. Bukan sahaja cipta nama di Malaysia malah di luar negara. Tapi apa yang buat kami respect dengan Vivy ni ialah walau sesibuk mana pun dia, dia tetap utamakan hal keluarga.
Bagi anda yang follow Instagram Vivy pun tahu macam mana bahagianya dia dengan suami dan anaknya. Menerusi blog yang ditulis Vivy, dia berkongsi bagaimana untuk memilih ‘husband material’ yang baik dan bertanggungjawab. Patut lah mereka ni nampak bahagia je. Huhu
Tanda-tanda lelaki pilihan anda seorang yang penyayang, bertanggungjawab
Screen Shot 2017-01-18 at 12.20.46 PM
Screen Shot 2017-01-18 at 11.38.30 AM
Anda boleh tahu personality lelaki pilihan anda dari hubungan dia antara keluarga. Kalau dia rapat dan sayangkan ibunya (Tidak terlalu obses, terlalu dikongkong) jangan tinggalkan dia. Kalau dia hormat dengan ayahnya (jangan keliru antara hormat dan takut), ia menunjukkan bahawa dia akan menjadi bapa yang baik. Kalau dia lebih suka luangkan masa dengan adik-beradiknya, ia menunjukkan bahawa keluarga adalah segalanya. Saya mungkin bercakap untuk diri sendiri tetapi saya perlukan lelaki yang sanggup buat apa sahaja untuk keluarga.
Screen Shot 2017-01-18 at 11.38.37 AM
Jangan masukkan diri anda antara lelaki dan ibunya. Jangan biarkan dia untuk buat pilihan. Apa yang anda harus lakukan ialah bergaul rapat dengan ibunya. Cara untuk sejukkan hati lelaki ialah melalui hubungan dengan ibunya. Ibu saya yang beri pesanan ni.
Kadang-kadang anda sayang lelaki pilihan anda tetapi..
Screen Shot 2017-01-18 at 11.37.56 AM
Kadang-kadang anda sayangkan pasangan anda tetapi keluarga tidak tahu kewujudan anda. Bagi peluang dan masa untuk pasangan anda beri penjelasan kepada pihak keluarganya, tapi jika dah lebih setahun tiada perubahan, tinggalkan sahaja lelaki tak guna tu. Kadang-kadang anda sayangkan lelaki tu tetapi anda tak boleh ‘ngam’ dengan keluarganya. Sama ada kena berusaha untuk biasakan diri ataupun anda kena duduk di negara lain. Kadang-kadang anda sayangkan keluarganya tapi dah tiada cinta dengan pasangan anda. Ia sangat menyakitkan.
Tapi bila anda dapat tahu/rasakan bahawa anda sayangkan lelaki pilihan anda dan pada yang sama anda sayangkan keluarganya seperti keluarga anda sendiri, anda dah jumpa lelaki sehidup semati anda.
setuju...my mom pesan...kalau nak kawin dgn pasangan kawin dengan keluarga dia sekali...i mmg suka tengok vivy nih....terpikat dgn dia first time ternampak bila dia diwawancara di tv..jawapan dia penuh ilmiah..bernas...n dia sangat sweet...
ikut dia la nak bagi tips atau nasihat sebegitu...cumanya lebih afdal bersuara bagi segala tips bagai bila umur perkahwinan tu dah mencapai at least 50 tahun...baru org baca dgn perasaan...ok noted...gitu...jalan akak vivy ni masih panjang lagi...bukan mendoakan yg tak baik...cumanya...pendapat aku la...kalo ikut kata orang tua tua tu...masih hijau lagi nak keluarkan tips sedemikian rupa...
adn replied at 18-1-2017 03:40 PM
ikut dia la nak bagi tips atau nasihat sebegitu...cumanya lebih afdal bersuara bagi segala tips baga ...
yg point nie iols setuju ngan ko.. alang alang setahun jagung kawin so jgn bagi tips sangat..iols bagi contoh la.. kawan iols nie comolot tau ngan keluarga mertua ipar duai bagai mmg sayang la tp waktu bab anak jantan dia nak kawin satu lagi tetiba suh kawin iols redha nak buat mcm mana dah jodoh lebih dari satu kata mertua nyer.. so celah mana tak sakit ati..time anak dia nak kawin bukan main lagi suh redha..ati kawan iols tue mcm mana..
keluarga mertua tetap keluarga mertua kalu anak jantan dia nak kawin lain bukan nyer dimarah tp disokong lagi..anak dia kannn
adn replied at 18-1-2017 03:40 PM
ikut dia la nak bagi tips atau nasihat sebegitu...cumanya lebih afdal bersuara bagi segala tips baga ...
ade sesetengah blogger tu, baru kawin seminggu, up cte laki baik tlg basuh pinggan, kemas rmh sama2, mulalah tgn gatal menaip kat blog "tips kebahagiaan rumahtangga" sambil2 cerita hal depa laki bini.
Saya yang dah kahwin 15 tahun ni pun tak berani nak bagi tips rumahtangga kat org lain.. Cuma boleh nasihat doa banyak2 je untuk kebaikan rumahtangga.. Sepanjang perkahwinan kita akan diuji.. dan setiap ujian & penerimaan masing2 tidak sama..