Edited by theflash at 11-1-2017 04:12 PM
Salam ceria pembaca semua!
2017 ni vibe dia lain macam,rasa rajin je nak menulis ( biasalah awal tahun ye dak). Lagipun saya banyak la sikit masa terluang, sementara tunggu nenas dan sawit berbuah,jarang la jenguk ladang,jadi..ada la masa depan PC ye dak?
Ini kisah dari anak sedara saya berumur 19 tahun.Hardcore dalam bidang memancing.Pencapaian terbaik beliau penah menang RM5k woi dalam GP Joran tahun 2015, tu je la pun dia menang,lepas lepas tu takda dah.hahaha
Nama dia Ismail. Ini kisah mistik dan seram yang di alami dia selama memancing sejak 2014.
Memancing di Parit Kudus
Kalau korang nak tahu,kawasan Pt Kudus dan Pt Selangor ni memang banyak orang memancing pakai joran,pakai batang buluh dan pakai tangan pun ada,sekadar memegang tali. Mana tak nya,bila air laut di Pontian tu pasang,parit parit buatan sejak zaman tok nenek ni akan di genangi air laut + longkang+ hujan. ( ini deme kata la) Ikan keli,haruan dan penah juga ada anak pari sesat.Macam aku,selalu dapat ikan haruan dan keli. Apa aku buat? Jual. Dapat la RM5-RM15 untuk beberapa ekor,lepas la duit topap,dapat wechat awek kan? Hal seram ni terjadi awal tahun lepas,2016. Time tu bukan musim cuti sekolah.Kalau cuti sekolah,memang setiap malam paling tidak ada 10 orang casting ( letak mata kail) dekat parit yang sama.
Malam tu patutnya aku berdua, tapi kawan aku demam.Sebabkan aku dah berjanji dengan Wak Basiron nak tangkap haruan untuk menantu dia berpantang,aku gagahkan jugak!
“El,kau dapat haruan 3-4 ekor ,Wak bayar kau RM50.Ha..nak ambil baldi kecik ni. Kau penuhkan separuh pun aku bayar jugak” sambil ketawa Wak Basiron berjanji dengan aku 2 hari sudah.Tapi Wak ni siak Masjid,mana menipu,lagipun penah juga bebudak lain amik job bersih kebun Wak ni,memang dia akan bayar ikut perjanjian.
Jam 10pm.Lepas mintak izin dengan ibu bapa aku,aku pun gerak la naik C70.Motor kebun,tapi well maintance.Tak leh nak speed pun,paling laju 60kmj,tu pun gegar !
Aku singgah beli burger dekat Pt Selangor dan langsung ke kawasan Pt Kudus. Bekas umpan aku dah siapkan dari siang.Umpan aku simple je. Cengkerik,cacing, belacan+roti dan umpan tipu. Sure dapat punya la! Misi aku malam tu nak cari belut dan haruan. Teringin nak makan sup belut.
Casting.Dekat setengah jam umpan tak berusik Then hampir jam 11pm ,tu pun setelah aku beralih tempat baru la mengena. Tangkapan pertama aku keli dan malam tu dekat 3 ekor keli naik.Ikan haruan mengena sekitar jam 12 tengah malam
Aku kira dekat 4 ekor dah haruan aku dapat,semua besar tiga jari ! Syukur rasanya
Aku cadang nak blah jam 130am.
“Hoi! “ Tetiba ada yang menyapa aku! Aku pandang sekeliling,takda orang pun!
Serta merta merinding la bulu tengkuk ni.Cepat2 aku siap kemas!
“HOIII!”bunyi orang bertempik!
Tak boleh jadi,cepat cepat aku kemas secepat mungkin.dan bergegas ke motor. Joran batang buluh tu aku tinggalkan terus! Masa aku nak blah.aku sempat toleh belakang,sebab kene ‘hoi’ lagi!
Hampir aku nak pengsan bila tengok ada mahkluk bertenggek atas tiang letrik tepi jalan tu! Berdiri tegak! Kalau dar jarak aku lihat.rambut nya panjang mengurai,muka aku tak nampak
Ikut logik.takda orang la nak panjat! Dah tu pulak,berdiri pulak!
Start motor.aku pulas minyak! Side mirror aku kebetulan tertancap ke atas ( akibat letak helmet kat side mirror) Ya Allah.... Elok je benda tu ikut belakang aku terbang perlahan. Dalam 20 saat macam tu ,lepas tu aku tengok Dah takda.
Mujur la takda jadi apa apa.Ikan pun sempat aku ambil. Tapi,ini bukan pengalaman pertama aku. Ada lagi !
|