CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6341|Reply: 13

Malaysia tersenarai Panggung Wayang paling selesa di dunia.

[Copy link]
Post time 7-11-2016 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nononcrux at 7-11-2016 12:43 PM

       Bagi peminat filem, selain filem menarik, tempat duduk yang selesa, penghawa dingin yang sejuk, sudah cukup untuk membuatkan hujung minggu kita menjadi lebih menarik.
Tetapi, apa perasaan anda apabila ada pawagam yang lebih selesa dari yang lazim anda pergi? Bed movie theaters atau pawagam filem berkatil ini kelihatan sangat menarik untuk dikunjungi dan salah satunya berada di Kuala Lumpur, Malaysia.

Electric Cinema, England – United Kingdom
       Di Electric Cinema, England, peminat filem boleh memilih tempat duduk yang mereka mahukan. Pilihan yang ada termasuklah armchair, sofa, dan yang paling best – katil! Perbezaan pawagam ini dengan pawagam katil yang lain ialah, katil hanya terletak di barisan paling hadapan. Kalau selalunya tempat duduk di barisan inilah yang paling tidak selesa kerana perlu mendongak, kini tidak lagi kerana anda hanya perlu.. berbaring!

Velvet Class, Blitz Megaplex Pacific Place, Jakarta – Indonesia
         Blitz Megaplex adalah pawagam filem terbesar di Indonesia. Mereka mempunyai beberapa cawangan di Indonesia, akan tetapi hanya satu pawagam filem berkatil, iaitu di Pacific Place. Pilihan ini dikenali sebagai "Velvet Seating". Mereka juga menyediakan meja kecil untuk meletakkan snek dan minuman yang anda bawa. Pada harga USD20, ini adalah satu pengalaman yang boleh anda cuba bersama pasangan hidup anda.

Beanie, TGV – Malaysia
        Tidak sangkakan? Ya, ini adalah di Malaysia. Dengan pilihan di 4 buah negeri, anda boleh memilih di mana-mana anda sukai. TGV mempunyai bilik khas beanie di 1st Avenue (Penang), 1 Utama, Sunway Pyramid, Setiawalk (Selangor), Tebrau City, Bukit Indah (Johor) dan juga mempunyai katil beanie di bilik pawagam biasa di Cheras Sentral dan Strand Mall. Seperti namanya, beanie adalah diperbuat dari kekacang – jadi anda akan mengalami keselesaan yang lebih apabila menggunakan katil ini.

Paragon Cineplex, Siam Paragon – Thailand
       Dari Indonesia, kita ke Malaysia, dan kini ke utara lagi – di Thailand! Ini adalah antara pawagam paling selesa yang kami pernah lihat. Di pawagam ini anda bukan sahaja dapat tiket filem dan katil yang selesa, tetapi juga minuman, makanan pembuka selera, dan satu hidangan pop corn. Pawagam ini terletak di Siam Paragon Mall, Paragon Cineplex juga menyediakan pelayan untuk melayani kehendak anda. Tetapi pada harga USD91 seorang untuk sekeping tiket wayang – mahukah anda terganggu dengan pelayan apabila menonton filem?

IKEA Bedroom Cinema, Moscow – Russia


IKEA Rusia membawa seluruh set bilik tidur ke pawagam Moscow, termasuk selipar, kain buruk, lampu meja dan selimut selesa


Buda Bed Cinema, Budapest – Hungary


The Buda Bed Cinema hanya dibuka pada November 2014 . dengan sofa bersaiz queen, ianya boleh menempatkan satu keluarga menonton dan berpiknik di dalam panggung wayang.

Cine de Chef, Seoul – Korea Selatan


Terdapat lebih 30 tempat duduk nyaman disediakan di samping tu, anda juga boleh menikmati hidangan perancis sewaktu menonton wayang disini. Tiket masuknya adalah $54 iaitu sekitar RM150 seorang.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak bukan apa, tapi mahu akak tertido nyenyak jah kalau tgk wayang kat sinun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2016 01:36 PM | Show all posts
pooh~key replied at 7-11-2016 01:34 PM
Akak bukan apa, tapi mahu akak tertido nyenyak jah kalau tgk wayang kat sinun.

ikea bedroom la paling lena
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok movie yang lebih 2 jam bestla nak baring2 ni,..lagi2 yang pegi dengan family
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Selesa sgt tu..  

iols bukn apa. Sekali tgk wayang tapau 2-3 movies pastu tunggu 1-2 bulan lg kalau menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 02:09 PM | Show all posts
wahhh ini bkn kita tgk wayang...
wayang yg tgk kita   filem br start 10 minit dah lena...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2016 02:39 PM | Show all posts
Malaysia je guna beanie negara lain guna tilam lebih selesa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2016 02:41 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 7-11-2016 02:39 PM
Malaysia je guna beanie negara lain guna tilam lebih selesa

tak dinafikan indonesia walaupon negara mereka mundur dgn facilties awam tapi entertaiment mereka ttp tiptop kan .. begitu juga thailand
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 03:29 PM | Show all posts
mmg selesa la weii. tertido nya la
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha dkt tgv miri ada jgk beanie tp takde bilik khas, dia letak kt seat bawah sekali. First time try tgk cerita hindustan haritu, berpinar mata tgk dari bawah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 03:05 AM | Show all posts
Jangan benda lain yang jadi atas katil itu sudah.





Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 12:55 PM | Show all posts
mmg aku tidur terus atas katil tu...lgpun xselesa la org lain tgk aku berpolok2 dgn laki..baik tgk kat umah je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2016 01:02 PM | Show all posts
lurve82 replied at 8-11-2016 12:55 PM
mmg aku tidur terus atas katil tu...lgpun xselesa la org lain tgk aku berpolok2 dgn laki..baik tgk k ...

tidur jgn dengkor pulak .. kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 01:04 PM | Show all posts
nononcrux replied at 8-11-2016 01:02 PM
tidur jgn dengkor pulak .. kihkih

hah siap package dengkur lg..tp bukan aku la..org lain...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.247554 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list