View: 12134|Reply: 34
|
Hostel Mana Ni Yang Berhantu Di Lembah Klang?
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 8-7-2016 02:37 PM
SHAH ALAM - "Kolej ini sudah lama tidak berpenghuni bang, banyak kisah pelik-pelik yang berlaku di sini."
Demikian tutur Ismail Ali, 33, seorang bekas penuntut di sebuah kolej swasta di Lembah Klang ketika menceritakan kembali kisah kolej lamanya dahulu.
Menurut Ismail, kolej itu mula beroperasi sekitar tahun 2000 namun terpaksa menutup operasinya atas faktor kewangan.
Selepas itu kolej itu memberi sewa kepada sebuah Institut latihan membuat kek dan kulinari sekitar tahun 2010.
"Dan terakhir sekali bangunan kolej itu disewakan kepada pekerja warga asing yang bekerja kilang di sekitar kawasan tersebut,"katanya.
SILIH BERGANTI PENYEWA
Cerita Ismail, selepas ditinggalkan, kolej itu silih berganti penyewanya namun tiada yang kekal menyewa disitu.
"Paling lama pun beberapa bulan sahaja yang sanggup tinggal di situ, banyak sangat penampakan di situ.
"Apa yang saya dengar, mereka bukan sahaja diganggu waktu malam, ada kalanya pada waktu siang,"katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-7-2016 10:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ismail ketika menunjukkan kawasan sekitar kolej tersebut |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-7-2016 10:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-7-2016 11:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ipo replied at 8-7-2016 03:06 PM
macam apartment..
Yang pernah keluar dalam tred sini tu ke?apartment apa tuh yg bebudak ptpl kl duduk dulu tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-7-2016 11:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ipo replied at 8-7-2016 03:12 PM
oh ya ke? rivera ke?rasanya bukan apartment rivera..sebab dah direfurbish..dah cantik dah..
apa ...
Aah rasa nak gegirl sikit tahun nih takut gila tengok dari luar pun dah seram |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-7-2016 11:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Aah la betul jugak cakap ipo sebab riviera condo kan.ni apartment biasa hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
ni area sg tangkas bangi.dekat dgn tangki air |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-7-2016 12:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
bird77 replied at 8-7-2016 04:47 PM
ni area sg tangkas bangi.dekat dgn tangki air
Ada hantu apa sini bird fakut lahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking replied at 9-7-2016 12:50 AM
Ada hantu apa sini bird fakut lahhhh
Uittt abam gos takut ngan kaum sendiri ka??
Betulla ni yg kt area bangi tu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau apartment kat sg tangkas nak ke stesen komuter ukm tu memang scary la..
pernah lalu kat situ...siang2 hari pun seram yang amat..
kalau malam tak tau la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala..bam ghost pi la raya kat hotel tu...takkan member2 pun tak kenal? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa cite nie...apa penampakannya ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-7-2016 08:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
honeylynn replied at 9-7-2016 06:17 AM
Ala..bam ghost pi la raya kat hotel tu...takkan member2 pun tak kenal?
Bam gost tengok.pun takut.ni mesti jenis hantu ganas.korang kalau ada citer pasal ni share2 la nak gak tau |
|
|
|
|
|
|
|
lah berantu ke tmpat tu? tiap2 ujung minggu lalu dpn hostel ni pasal nk singgah kubur arwah ayah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 10-7-2016 11:16 AM
cakap pasal hostel ni..
aku ada citer..pasal hantu yg suka air panas..tapi bukan kat hostel yg bam/kaka ghost tepek nih..
hostel ni kat Tepeng...
citer ni, fresh lagi..adik aku yg citer kat aku..
kisahnya...
Adik aku pindah hostel sebab dekat dengan hospital tepeng...praktikal..
Hostel ni ada dua bangunan. Bangunan tempat adik aku duduk tu pun berhantu..tapi yang aku nak cerita ni tentang hostel di bangunan satu lagi..bangunan yang aku tersalah park masa hantar adik aku kat hostel dia ni...
Malas nak karang panjang2..dipendekkan cerita la ya
Masa mula2 sampai dan tolong adik aku kemas barang tu, adik aku sorang lagi dah rasa lain macam (aku dan adik aku sorang lagi tolong hantar adik aku yg bongsu ni kat hostel). Meremang bulu roma masa masuk unit yang ada dua bilik, muat untuk 4 orang student praktikal. Bangunan hostel satu lagi tu..aku tak tahu keadaan unit tu. Mungkin sama la kut ada dua bilik, utk 4 student.
Guard kat situ dah siap pesan, nak guna library (memang diberi kemudahan library kat tempat ni), jangan lebih dari pukul 11 malam. Budak2 ni especially yang lelaki, tak hiraukan amaran guard ni. Depa study jugak sampai larut malam..melebihi 12 malam.
Malam pertama study kat library tu, tak ada apa yang berlaku. Depa balik lepas kul 12 malam, maklumlah esok nak kena standby kat hospital, kena tanya macam2 dgn doktor kat situ..haruslah depa pulun study. Takut kena marah/maki kan...
Balik hostel..salah sorang ni masak air, guna cerek elektrik yang tekan butang tu..mcm gambar kat bawah ni..
Sementara tunggu air masak, depa sambung study sambil berborak. Pastu..sayup2 kat luar suara cengkerik bersahutan diselang seli dengan suara unggas..maklumlah sekitar situ dekat dengan tasik Tepeng..so, banyaklah binatang bernyanyi riang tengah2 malam ...
Bila air dah masak, budak ni nak buat air. Sekali bila nak tuang, air tak dak. Dia tengok lantai, mana tahu, cerek dia tu bocor ke apa ke..tak dak pula air melimpah ke lantai. Kawan2 dia semuanya dah selamat bermimpi atas katil. Nk tuduh kawan yang ambil, memang tak logik la.
Sekali lagi dia masak dan dia sambung study. Dengar je butang cerek tu berdetak, budak ni cepat-cepat ambil cerek.
"Aik! kosong!!" Budak ni garu kepala yang tak gatal. Dahi dah berkerut seribu. Bingung kejap.
"Tak pa..kali ni, aku masak, aku tunggu kau cerek!" Geram punya pasal.
Cerek kosong tadi dimasukkan air sekali lagi, penuh dan budak ni tunggu depan cerek tu. Mata melekat kat cerek. Tak alih mana-mana dah. Dia senyum..bunyi air menggelegak dan wap keluar dari cerek menandakan air akan masak kejap lagi.
"Man..........Man........."
Satu suara halus melaung nama budak ni. Budak ni berpaling. Suara tadi dah tak ada. Dia cepat-cepat kalihkan mata pada cerek semula.
"Arghhh!!!" Bengang tengok air dalam cerek dah kosong!!
Pastu dengar suara ketawa mengilai kat luar....
Malam berikutnya budak ni macam biasa pergi library. Dan macam biasa juga, study sampai lebih pukul 11 malam. Pesanan guard tak dipedulikan. Khusyuk study, tak sedar jam dah melebihi 12 malam.
"Lan..ko dengar tak suara budak menangis?" Tanya Man pada kawannya di sebelah.
"Dengar..anak sapa?"
Man angkat bahu tapi jelas suara budak menangis semakin kuat. Cepat-cepat depa kemas buku dan keluar dari library. Sebaik keluar, suara mengilai panjang pula menyusul. Apa lagi, makin laju depa berjalan ke hostel yang tak jauh dari library. Sempat pulak depa tengok guard yang berkawal kat situ yang duk suluh ke atas pokok besar.
Sampai hostel, Man terfikir pasal gelagat guard tadi. Lampu suluh di tangan guard tu direct disuluh ke atas satu pokok besar tak jauh dari library. telinganya sempat menangkap kata-kata guard tadi.
"Kau duk diam2 kat situ! jangan kacau budak2 ni!"
Itulah serba sedikit kisahnya...mula2 tu budak2 lelaki ni buat muka seposen je kononnya tak takut. Tiap2 malam pergi library dan suara mengilai, suara bayi menangis tu dibuat tak tahu saja..pekakkan saja telinga. Setiap kali tulah juga, guard tu berjaga sambil suluh atas pokok besar tadi tu. tapi lama kelamaan, depa dah tak berani study selepas kul 11 malam. Cukup jam 11, kemas buku dan calibut ke hostel............
Pasal air panas yang misteri tu pulak..masih berlaku dengan penuh misteri. last2 budak ni dah tak masak air ...bengang agaknya dengan hantu yang suka curi air panas depa Nasib baiklah hantu tu tak munculkan diri...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar pula bamghost tak berani dgn kawan sendiri. Kolej apa kat bangi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 10-7-2016 10:08 AM
cakap pasal hostel ni..
aku ada citer..pasal hantu yg suka air panas..tapi bukan kat hostel yg ...
Kaka rebonding buat bancuh susu anak kah? Patut asik2 nangis ja |
|
|
|
|
|
|
|
logik jugak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|