oleh Adib Za
Sudah bersedia dengan pakaian cantik dan sedondon untuk lebaran nanti? Namun, nanti dulu jangan biarkan penampilan tampil tak lengkap tanpa minyak wangi.
Siapa kata minyak wangi tak penting ketika lebaran dan hari raya? Ketika inilah kita perlu berjumpa dengan ramai orang dan sibuk melayan tetamu.
Jangan sampai bau badan jadi masalah pula. Takpe, jangan risau, anda boleh memakai wangian yang semuanya diinspirasikan daripada jenama terkenal antarabangsa.
Masih ingat dengan One Drop Perfumes? Kini ia kembali dengan packaging lebih menarik dan mewah! Anda boleh mendapatkan wangian ini dalam bentuk spray bottle 30 ml yang lebih praktikal dan 'best'.
Yang bagusnya ia tak mengandungi alkohol meskipun ditampilkan dalam bentuk spray atau semburan, berbeza dengan jenama lain di pasaran.
Jadi, ia mempunyai ketahanan lebih lama kerana tiada 'filler' alkohol yang mudah meruap. Jika tak mahu dalam bentuk spray, anda juga boleh mendapatkan ia dalam bentuk botol roll on yang lebih kecil dan mampu milik. Senang nak di bawa ke mana-mana. Botolnya yang warna-warni juga menarik perhatian!
Harga untuk spray bottle cuma RM68 dan untuk botol roll on cuma RM25. Pembelian boleh dibuat di laman web onedropperfumes.com atau pun toko jamu terdekat. - CARI
Kredit foto: onedropperfumes.com |