View: 3605|Reply: 2
|
Benarkah Banyak Elemen Adat Dalam Sambutan Hari Raya Seperti Takbir, Ziarah Kubu
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Saya agak keliru kerana ada sesetengah guru agama menyatakan sebahagian program Hari Raya itu hanya adat dan budaya semata-mata. Bolehkah tuan beri sedikit penjelasan berhubung adat dan ibadat pada Hari Raya dari perspektif Islam. Terima kasih atas penjelasan tuan?
Berikut merupakan jawapan yang dipetik menerusi laman web islam2u.net dan penerangan oleh Dr.Abdul Hayei Abdul Sukor:
Gambar hiasan. Sumber foto: Rahmanbashri.com
Merujuk kepada penghayatan Hari Raya dalam masyarakat Islam seperti di Malaysia, kita tidak menafikan ada unsur-unsur yang berupa ibadat dan ada yang berupa adat. Kita disuruh melakukan sebanyak mungkin ibadat, terutama pada pagi Hari Raya puasa, seperti memperbanyakkan takbir, berhubung silaturahim, menikmati sedikit makan minum pada awal pagi sebelum ke masjid, bersuka ria dan sebagainya.
Di samping itu, ada adat yang kita tidak dilarang melakukannya kerana tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam seperti memakai pakaian baru, membakar lemang, memasak ketupat dan menyediakan pelbagai kuih-muih dan juadah istimewa.
Ada juga tradisi yang tidak digalakkan dalam Islam seperti membakar mercun yang dibimbangi memudaratkan nyawa dan harta benda. Memasang pelita di keliling rumah bercanggah dalam Islam jika ada kepercayaan supaya malaikat datang membawa rahmat kepada tuan punya rumah. Padahal perbuatan memasang pelita sekeliling rumah itu lebih menyerupai Majusi.
Antara adat yang disunatkan ialah bertakbir sama ada bersendirian atau beramai-ramai di masjid atau di rumah. Jika Hari Raya Aidilfitri, waktu takbir bermula daripada terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan hingga selesai solat raya.
Hari Raya Aidiladha pula disunatkan bertakbir pada petang hari Arafah atau 9 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Adapun takbir dari rumah ke rumah pada malam raya, kemungkinan amalan itu hanya adat setempat. Baik buruknya dilihat pada bagaimana dan apa tujuan takbir bergerak dari rumah ke rumah itu dikerjakan.
Pada prinsipnya, takbir Hari Raya dituntut adalah kerana ia menunjukkan kemenangan. Kita telah menang dalam perjuangan menentang nafsu makan dan minum selama satu bulan, mengunci nafsu seks pada siang hari, mengawal nafsu yang sukakan hiburan yang tidak berfaedah dan sebagainya.
Ulama menjelaskan, tiada waktu yang tertentu bagi ziarah kubur. Ia boleh diziarahi pada bila-bila masa sahaja. Sesetengah ulama memilih hari-hari Khamis dan Jumaat sebagai afdal bagi tujuan ziarah, kerana pada hari ini dikatakan hubungan roh dengan jasad orang mati, lebih dekat dan erat.
Justeru tiada masa tertentu bagi ziarah, kubur, maka tidak dilarang menziarahinya pada Hari Raya. Tetapi hendaknya ziarah kubur itu tidak mengeruhkan suasana gembira dan menyebabkan riang Hari Raya menjadi dukacita. - CARI
Sumber: Islam2u.net |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah nak bertakbir tapi yang herannya kat Malaysia ni time raya kalau takbir mesti macam sayu nak nangis je bunyinya. Sepatutnya takbir tu kedengaran ceria sebab ceria menyambut kemenangan selepas sebulan berposa. Bab ziarah kubur pun sama kenapa nak tunggu pagi raya baru nak ziarah dihari2 lain atau bulan2 lain tak da pulak nak gi sampai ada yang rumput dah tinggi tak ada yang bersihkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana pula dengan baca niat mandi dipagi aidil fitri dan adakah seeloknya jamah hidangan dirumah sendiri terlebih dahulu sebelum beraya dirumah orang lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|