CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinktriangle

Rumah seram Shah Alam-penulis asal cerita rumah RM 50 detected pg 55 #1363

    [Copy link]
Post time 14-5-2011 09:47 AM | Show all posts
hari tu adik saya ada pergi dua rumah hantu dekat shah alam ni dengan family kakak ipar dia.anak kakar ipar dia ni memang boleh nampak hantu.kesnya ada jin berkenan dekat dia.tapi parent dia dah jumpa bomoh mana tah, pastu bomoh ni deal dengan jin tu supaya tak kacau anak dia.syarat jin tu nak mendamping laki bini tu plak.dorang ni kalau kena rasuk dua-dua jadi harimau pastu kejap-kejap bersilat.

back to the story, , ada kat sebuah rumah hantu kat shah alam anak saudara adik saya ni, saya namakan ann, kata dia nampak hantu budak tengah main bola. dekat rumah satu lagi bila mak dia tanya, ada momok tak dekat sini? dia kata ada, kakak cantik, tapi tak ada hidung. masa dia cakap ada tu, meremang bulu roma adik tayo and kakak ipar dia ni. tu jela cerita tak berapa seram ni.haha.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 10:08 AM | Show all posts
thoyol dan akakbosan

aku dah byk gak pergi meronda shah alam dgn geng the others...
so nt bleh lah baca kisah tu kat thread kitorg n pada akakbosan rumah melak pun kami dh smpi n klo betullah itu rumah yg akakbosan duk dulu..


pada peminat cerita rumah rm50...

kitorg dah pergi rumah yg ada buaian tp sangkaan kami meleset
ruamh tu bukan rumah rm50, rumah tu cuma ada satu jer persamaan , ada busut tu pun lokasi salah...

baca ni

Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la].

busut kat umah buaian tu ada kat tepi pagar dan di sebelah tepi .

yang kedua, umah tu plak berada di tepi corner lot, ini juga termasuk dgn dua lagi rumah yg org kata adalah rumah rm50 - rumah yg dah diubah suai jadik ofis di corner lot dan umah yg pintu pagar kayu di corner lot juga. hm kenapa? baca ni

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg.

rumah tu berada di tgh2... dan berhampiran dgn hakim lama...
but so far kitorg tak pernah terfikir pulak nk cari kat kawasan hakim lama...
sesapa org shah alam please do the research hehe

so far bg kami rumah rm50 masih belum dijumpai
ada juga yg kata, cerita ni tipu...
but apa pun misteri tu, geng the others besedia hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 11:03 AM | Show all posts
aku pernah duduk intekma sorang2 pasal 2 org lagi tak balik, igat dah ada dlm bilik, rupanya kosong
-dahal blackout, dgn gelap gelita kau naik guna tangga tingkat 3, naik ke bilik, dk panggil kawan2
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 05:05 PM | Show all posts
Since ni citer pasal shah alam, aku pun tumpang bercerita la ok...

Actually bukan pengalaman send ...
zull4rs Post at 31-3-2010 10:10



   errr...zullars? mcm nickname abg aku je ni? berdasarkan cerita2 dia, sah la memang abang aku..hohoho
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2011 08:11 PM | Show all posts
Reply 1180# wmrwh


   apa kata kita cari owner sbenar yg tulis crita ni or kwn2 dia..
lps 2 bru bley dpt lokasi sbenar..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2011 11:53 PM | Show all posts
thoyol dan akakbosan

aku dah byk gak pergi meronda shah alam dgn geng the others...
so nt bleh l ...
surfinv Post at 14-5-2011 10:08



        Hakim lame tu kat sec 7...jauh la dari sec 2 kalau jalan kaki, tp kalau naik moto or kete 4-5 menet dh sampai. Kalau bukan umah corner, umah tengah2 la ye dak? Umah tengah yg saye tau umah yg dh kene roboh tu la..

And memng sangat  dekat ngan wetworld (belakang umah je) tapi jiran kiri kanan kompem melayu, bukan cina... isk isk! kompius..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2011 04:31 PM | Show all posts
ada satu condo kat KGSAAS pun katanya haunted jugak. dulu ramai laa stay situ. pastu banyak kes pecah masuk, walhal kira standard juga laa condo tu (nama pun condo dalam golf course kann).

pastu rite now, orang pakat2 keluar dan dah kurang sangat orang yg tinggal kat sana. ada yg tinggal pun maybe owner. kena gangguan selalu katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 07:22 PM | Show all posts
tp dlm kelab golf tu takleh masuk kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2011 04:45 PM | Show all posts

Rumah Sewa RM50 Yang Berhantu di Shah Alam

salam, tumpang lalu ye. xtau la citer ni da penah ade atau belum tp ku nak kongsi satu citer yg ku terjumpa ni ngan sume kat sini



























Tika ini , kecoh mengenai sebuah rumah berhantu di Shah Alam. Apa yang menariknya , tuan rumah hanya mengenakan sewa bulan sebanyak RM50 sahaja.Amatlah tidaklah logik kerana kadar sewaan di Shah Alam biasanya Mahal!

Adakah benar ianya berpenunggu ?

Ikuti cerita selanjutnya… Jika anda mempunyai cerita yang menarik mengenai rumah sewa ini , silakan berkongsi dengan kami.

Sembilan tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.
  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah….[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya…
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi “dagu” orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku….taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi “dagu” pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk “Bila masa pulak kami tengok dvd ?”. Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul…..kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

bersambung....


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 04:53 PM | Show all posts
citer nih dah ada....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 05:03 PM | Show all posts
owh da ade. leh tutup je kot thread nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 05:20 PM | Show all posts
Dah ada..sowi..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 05:27 PM | Show all posts
adoilaa... citer ni jadik sensasi kerana di paste oleh kebykan blog...
yg takleh blahnya sumer nk dakwa dorg kenal n tau orgnya...
pastu sumer tunjuk gambar yg sama...
plagiat betul...

gambar yg ada buaian tu bukan rumah 50 tlg jgn tertipu la...
pastu ada plak blog yg takleh blah gi tepek gambar rumah kat jalan nakhoda tu..
(rumah istana) yg the others ada pergi juga tu...
itu rumah istana/kayangan takde kena mengena dgn rumah 50.. adoi tlglah jgn copypaste je keja...
ada pulak yg kaya rumah istana tu adalah rumah mona fendey..ini lagi mengarut punya keja...

rumah rm50 yg betul telah hampir dpt kami (the others) kenalpastikan
hrap2 lah rumah yg betul...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 05:36 PM | Show all posts
ok gud lark dlm pencarian umah tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 06:23 PM | Show all posts
Reply 3# kurtzuandy


Dah ada ke TT....tak penah jumpa le pulak.....
Ala....sambung le TT, buat kami yang tertinggal tren ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 06:31 PM | Show all posts
dah lame dah kecoh psl umah ni..tp stil confius yg mane satu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2011 06:46 PM | Show all posts
nak sambong kang otai2 marah aku copy paste lak

citer ni pemes sgt tp herankan sorg pon xleh nak tunjuk yg mane satu umah yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 07:14 PM | Show all posts
cite ni dah lama dan penah ada kat thread ni..sila la semak belakang2 dik
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 07:45 PM | Show all posts
nasib baik TT tak ngaku yg citer ni pengalaman sebenar die...kalau tak mampuih kene lahar ngan otai2 kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 08:03 PM | Show all posts
xngaku pon da kene lahar lagi la kalo ngaku pengalaman sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 165297 Replies : 3961
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5217 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8530 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26824 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71892 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4435 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.864944 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list