CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: scorpio_mmiv

PERALIHAN TV DIGITAL MENJELANG 2015 - Bersediakah anda?

[Copy link]
Post time 18-9-2009 10:58 AM | Show all posts

Terajui TV digital

Oleh AZMAN IBRAHIM
bisnes@utusan.com.my


Ricky Wong (kanan) dan Mohd Najib Abdul Aziz menunjukkan contoh tv transit yang dipasang di dalam bas di Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 17 Sept. - Penyedia rangkaian televisyen (tv) transit terbesar di Malaysia, Asia Media Sdn. Bhd. (Asia Media) bakal mencipta sejarah sebagai syarikat pertama menggunakan sistem penyiaran video digital (DVB) di negara ini.

Di bawah sistem baru itu, tv transit berkenaan dinamakan saluran Asia Media TV.

Langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk beralih kepada sistem penyiaran digital sepenuhnya menjelang 2015 berbanding sistem analog.

Asia Media menyasarkan pelaksanaan DVB akan dimulakan pada pertengahan tahun depan di sekitar Lembah Klang dan bakal menyiarkan sebahagian besar program tempatan termasuk program secara langsung (live) di dalam bas.

Sistem DVB turut akan memasuki pasaran Johor Bahru dan Pulau Pinang pada tahun 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Media, Datuk Ricky Wong berkata, Asia Media telah melabur sebanyak RM12 juta untuk melengkapkan infrastruktur untuk saluran Asia Media TV.

Beliau berkata, pelaburan tersebut diperoleh melalui inisiatif kewangan peribadi dan syarikat turut merancang meningkatkan nilai pelaburan sebanyak RM50 juta lagi dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya, sebuah menara pemancar (transmission tower) juga sedang dibina di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

"Pelaburan tambahan itu adalah untuk menaiktaraf sistem rangkaian transit tv sedia ada kepada sistem transit tv digital secara langsung yang lebih jelas bunyi serta mutu gambar berkualiti tinggi.

''Dana untuk pelaburan tambahan itu akan diperoleh melalui dana dalaman, pelabur-pelabur swasta, ekuiti dan pinjaman,'' katanya selepas mengumumkan sistem penyiaran digital secara langsung Asia Media di sini hari ini.

Hadir pada majlis Pengerusi Asia Media, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz.

Asia Media kini mempunyai 3,000 skrin di dalam 1,450 bas dan meraih tontonan sebanyak 3.5 juta orang.

Selepas peningkatan taraf itu, Asia Media TV dapat menyediakan program secara langsung seperti berita, pengumuman-pengumuman termasuk mengenai dasar kerajaan, tv interaktif, sukan dan ramalan cuaca.

Menurut Wong, pihaknya juga merancang untuk memuatkan tayangan filem blockbuster dari Hollywood ataupun Bollywood.

Ketika ditanya tentang peratusan kandungan program setelah melaksanakan sistem DVB, Wong berkata, 80 peratus kandungan akan diisi dengan dokumentari dan drama manakala 20 peratus lagi merupakan iklan.

Katanya, pihaknya masih belum bersedia untuk menawarkan program secara langsung buat permulaan berikutan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak tertentu seperti agensi berita dan sebagainya.

Berkaitan perolehan syarikat pula, Wong menambah, 70 peratus perolehan disumbang oleh pengiklanan manakala 30 peratus lagi daripada program-program lain.

Katanya, daripada sumber pengiklanan itu, 70 peratus diperoleh melalui sektor swasta manakala 30 peratus lagi melalui kerajaan.

''Kami menyasarkan satu lompatan besar dalam perolehan syarikat pada tahun depan setelah pelancaran sistem DVB tersebut berikutan sambutan yang amat baik dalam segmen pengiklanan,'' ujarnya.

Ditanya mengenai perancangan perkembangan perniagaan, Wong berkata, Asia Media dijangka membuka medium pasaran baru iaitu melalui kereta api, transit aliran ringan (LRT), teksi dan feri di negara ini.

Jelasnya, tidak ada pertambahan transit tv dalam bas buat waktu sekarang, sebaliknya, ia akan dilaksanakan dalam kenderaan pengangkutan awam yang lain.

''Kami juga mahu pelaksanaan transit tv yang menggunakan sistem DVB ini dilaksanakan di kawasan pasaran berpusat (market centric),'' ujarnya.

Mengenai perancangan lain, Asia Media dijangka membawa teknologi dan model pengurusan perniagaan berkaitan aplikasi sistem DVB di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia pada tahun depan.

Katanya, kedua-dua negara itu berminat untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan mengenai pelaksanaan sistem berkenaan.

''Kita diberi penghormatan untuk berkongsi pengetahuan tersebut walaupun kita masih baru dalam melaksanakan sistem DVB,'' tambahnya.
Wong turut menjangkakan pertumbuhan ekonomi kekal stabil sepanjang tahun ini berikutan syarikat banyak memperuntukkan wang dalam infrastruktur bagi menjayakan sistem DVB.

Menurut beliau, tahun depan disasar memberi pengukuhan ekonomi kepada syarikat dan dijangka menokok sebanyak 20 peratus kepada perolehan.

-habis-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2009 07:35 PM | Show all posts
Digital TV – the sooner the better for the country
Friday Reflections - A weekly column by B.K. Sidhu

(Sumber: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/25/business/4777090&sec=business)

DIGITAL TV from all electronic media players in the country by 2015?

But are we anywhere near the starting point? Not really, but the lobbyists are certainly at work.

This is big business and several parties are interested.

Telekom Malaysia Bhd and Radio Televisyen Malaysia (RTM) have indicated interest.

It is learnt that even Puncak Semangat Sdn Bhd, a company linked to Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, is also keen on it.

To be in the digital era by 2015, there is a need to start shifting now from the current analogue system to digital.

This means a UHF spectrum is needed while a single digital terrestrial transmission/TV broadcast (DTTB) infrastructure, which includes a multiplexer, needs to be built.

A multiplexer is a technique that combines all TV signals from different sources or stations and transmits it on a single-frequency channel for reception by TV viewers.

In the digital mode, one frequency channel can be “squeezed” to take on and transmit between six to eight digital stations/programmes whereas in the analogue, one frequency channel is for one TV programme.

So in the future, all TV stations will rent space from one source to transmit their channels. They do not have to invest in infrastructure, they only pay rental for the lease of space.

Currently, TV broadcasters have their own equipment and transmission sites to transmit their programmes.

The industry’s regulator said in April that it would call for a tender bid in the third quarter of this year but we are nearing the end of the third quarter and there seems to be no word of a tender coming out.

The regulator has given its recommendations to the Information, Communication and Culture Ministry.

Granted there is a new minister and the ministry needs some time to work on this, but the question is how long?

As has been said, whatever the way forward, the country should move on and not delay the migration to digital TV any longer.

The early adopters of digital TV are Sweden, Australia, Germany, the Netherlands and Finland, which have all switched off their analogue systems.

Britain was the first to migrate in 1998 and will switch off its analogue system by 2012.

If Malaysia does not start the process soon, the transition period from analogue to digital will be short, and it could easily become a dumping ground for analogue TV sets.

If we move faster, the bonus is that we could have more TV programmes and potentially see more players and this could lead to greater competition and choices for consumers.

The main consideration, however, is that whoever is given the rights for the migration to digital TV should be a neutral party and be subject to thorough regulatory measures, so that the services offered are competitive and affordable.

If this is done properly, it will open up new markets in digital broadcasting and broadband, as well as new studios and production techniques.

The potential spillover business is enormous. A thriving industry will also, hopefully, keep our creative minds within the country.

But a monopoly must be avoided at all costs. There should be a tender bid and a transparent tender process.

No party should be given the rights without a tender being called, as was the case in the high-speed broadband project.

Perhaps all the broadcasters should get together to build the infrastructure so that they will have equal rights.

l B.K. Sidhu is deputy news editor and she cannot wait to buy a high-definition TV set.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 09:18 PM | Show all posts
Tahun bila ada dekoder DVB-T?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 02:41 PM | Show all posts
83# hayrin86
ni lah yg sy risau! sepatutnya skrg kerajaan adakan tender terbuka utk pasang sistem dtv ni!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 07:57 PM | Show all posts
83# hayrin86  
ni lah yg sy risau! sepatutnya skrg kerajaan adakan tender terbuka utk pasang sistem dtv ni!
cmf_scorpio_mmi Post at 17-11-2009 14:41
Betul tu. Akan datang mungkin ada sebuah stesen penyiaran TV digital percuma la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 08:21 PM | Show all posts
dah berkuatkuase ke ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2009 12:54 PM | Show all posts
Belum lagi confirm RTM ada 20 channel TV.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 07:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by hayrin86 at 3-12-2009 19:49

Klik di sini bagaimana era Tv digital bermula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 07:58 PM | Show all posts

RTM Digital TV - DVB-T


Alat penerima siaran DVB-T untuk Tv (Set top)



Alat penerima DVB-T USB Stick untuk PC/Laptop





Antara siaran RTM yang dipancarkan menggunakan teknologi DVB-T

RTM sekarang sedang melakukan percubaan TV Digital menggunakan teknologi DVB. Teknologi DVB (Digital Video Broadcasting) adalah merupakan Piawaian Konsortium Eropah untuk transmisi penyiaran (ECS). Sistem inimenggunakan teknologi MPEG-2 atau yang terkini dipanggil H.264.

Buat masa ini siaran percubaan meliputi kawasan Lembah Klang dan pengguna memerlukan DVB Tuner (SetTop - seperti Decoder Astro) untuk mendapat siaran tersebut yang dipancarkan dengan mutu gambar berkualiti HDTv. Untuk itu hdtv diperlukan bagi mendapat mutu yang optimum.

Bagi pengguna PC/Laptop mereka boleh menggunakan PCI DVB-T atau USB DVB-T Stick.

Terrestrial DVB-T Tv ini memerlulan antena biasa VHF sama seperti antena yang digunakan sekarang.

Siaran ini di siarkan percuma (free to air) tidak memerlukan yuran langganan.

RTM akan menyiarkan siaran lansung Sukan Olimpik akan datang didalam bentuk DVB melaui saluran khas Olimpik.
Atara siaran yang dipancarkan secara digital oleh RTM adalah:

TV Channel:
RTM 1
RTM 2
RTM i
Muzik Aktif
Arena
Games

Akan ditambah kemudian:
RTM3
RTMi

Station Radio
Klasik Nasional FM
Muzik FM
KL FM
TRAXX FM
AL FM
Minnal FM
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 12:13 PM | Show all posts
m TV HD

KUALA LUMPUR 22 Nov.- Astro All Asia Networks Plc.(Astro), pengendali saluran TV berbayar terkemuka, akan melabur kira-kira RM200 juta untuk menawarkan program berasaskan televisyen berdefinisi tinggi (HD TV) menjelang akhir tahun ini.

Penawaran itu itu merupakan satu lagi inovasi Astro untuk menembusi 50 peratus isi rumah di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan.(Lihat 5 soalan dibawah)

Beliau memberitahu Utusan Malaysia, idea keseluruhannya adalah mengembangkan teknologi dan platform mereka serta sentiasa berada dalam kesiapsiagaan terhadap perubahan aliran minat pelanggan.

''Ini adalah juga cara kami memahami demografik pelanggan dan apa yang mereka perlukan pada masa hadapan.

''Pada masa ini, kira-kira 1.2 juta rakyat Malaysia mempunyai set televisyen berskrin rata yang boleh menerima kandungan berdefinisi tinggi tetapi tidak kandungan bersesuaian.

''Pada masa ini, pelanggan Astro adalah seramai 2.78 juta. Permintaan terhadap produk HD ada dan semakin meningkat,'' kata beliau lagi.

Rohana berkata, menjelang akhir tahun ini, Astro akan menyediakan dekoder baru yang mempunyai akses kepada kandungan HD kepada pelanggan setia Astro dan penawaran khidmat kandungan itu dijangka mula beroperasi pada 2010.

Rohana berkata, pada separuh pertama tahun hadapan, Astro juga akan melancarkan perakam video peribadi (PVR) untuk memberikan pengalaman teknologi berkualiti terkini kepada pelanggan.

''Bagi melancarkan HD TV, Astro perlu melabur dalam banyak aspek seperti menukar kamera, pencahayaan dan pelbagai perkara lagi bagi memenuhi kriteria HD serta mencapai piawaian yang ditetapkan

''Kami telah bersedia untuk melabur dan mampu menyediakannya dan pihak pelanggan pula mereka perlu membayar mengikut harga yang akan ditetapkan kemudian,''jelasnya.

Sementara itu, kata Rohana bagi PVR pula ia merupakan sesuatu yang diberikan kepada pelanggan pilihan untuk merakam program kegemaran mereka daripada 116 saluran Astro untuk ditonton pada masa sesuai.

Selain teknologi, Astro juga akan memberikan fokus kepada meningkatkan nilai kandungan rancangan terbitan mereka.

''Dengan penembusan isi rumah hampir mencecah 50 peratus, Astro perlu lebih bijak untuk memberikan kandungan yang bertepatan dan bersesuaian dengan semua pelanggan kami.

''Pada masa ini pembahagian kandungan kami adalah 33 peratus adalah program antarabangsa, 33 peratus program tempatan dan 33 peratus adalah program sukan,'' katanya.

Bagi Astro, katanya, bukan sahaja tumpuan diberikan kepada hiburan semata tetapi turut memberikan ilmu pengetahuan terutama melalui Kampus Astro yang sesuai kepada pelajar.

Selain itu, bagi para penggemar sukan, Astro mengadakan Stadium Astro bagi memberikan kesedaran terhadap cara hidup sihat.

''Astro turut memberi kembali kepada komuniti dengan memperkenalkan Astro Kasih yang merupakan cara kami menyumbang kepada masyarakat dengan kerja-kerja sukarela dan sebagainya,'' katany
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 12:15 PM | Show all posts
nampak gayanya astro dulu HD drp rtm....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 09:47 AM | Show all posts

List of RTM TV channels

Current
  • TV1
  • TV2
  • RTMi (Consists of RTMi, Muzik Aktif, Arena and EPG channels)
  • Muzik Aktif - on Astro Channel 180

Future
  • Nationalwide
    • RTM Arena (sports channel)
    • RTM CY (children & youth channel)
    • RTM Harmoni (culture channel)
    • RTM Bestari (lifestyle channel)
    • RTM Bicara (talk show channel)
    • RTM Antarabangsa 1 (Malay language international television via satellite)
    • RTM Antarabangsa 2 (English language international television via satellite)
    • Bonology.comTV
    • News Active (Test transmission)
    • Games Active (Test transmission)
  • RTM TV Negeri (State television available after digital switchover in Malaysia on 2015)
    • TV Johor (TVJh)
    • TV Kedah (TVKd)
    • TV Kelantan (TVKt)
    • TV Kuala Lumpur (TVKL)
    • TV Labuan (TVLb)
    • TV Melaka (TVMk)
    • TV Negeri Sembilan (TVNS)
    • TV Pahang (TVPh)
    • TV Perak (TVPk)
    • TV Perlis (TVPs)
    • TV Pulau Pinang (TVPP)
    • TV Putrajaya (TVPj)
    • TV Sabah (TVSb)
    • TV Sarawak (TVSw)
    • TV Selangor (TVSg)
    • TV Terengganu (TVTg)
    • TV Wilayah Persekutuan (TVWP)
  • RTM TV by race (Available after digital switchover in Malaysia on 2015)
    • RTM Empayar (Malay)
    • RTM Dinasti (Chinese)
    • RTM Monghul (Indian)
    • RTM Kolonial (Western)
    • RTM Al-Quds (Middle East)
    • RTM Global (Worldwide)
    • RTM Asyik (Indigenous peoples)
    • RTM Borneo (Borneo)
  • RTM TV Community (Available after digital switchover in Malaysia 2015)
    • TV Parlimen
    • TV Kampus 1 (IPTA university exclusive)
    • TV Kampus 2 (IPTS university exclusive)
    • TV Pendidikan 1 (Lower school)
    • TV Pendidikan 2 (Secondary school)
    • TV Pendidikan 3 (Community college)
    • TV Rakyat (Comment and target from residents to goverment)
    • TV Penerangan (Khas Penerangan Kerajaan untuk Rakyat)
    • TV Di Raja
    • TV ATM (Military Channel)
    • TV Negara (Patriotic video clips and music)
    • TV Keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 08:06 PM | Show all posts
go rtm go....

kita juga harapkan bila bermulanya era dogital....
maka berakhirlah era astro yang suke mencekik darah....
syafiqrahim Post at 12-6-2009 14:52

Cuba tgk senarai saluran TV RTM akan datang di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 02:39 PM | Show all posts
semua channel yg banyak2 tu dlm hd ke......
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 03:36 PM | Show all posts
94# hokage
Bukan la. Semua guna SD.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 10:32 PM | Show all posts
semua channel yg banyak2 tu dlm hd ke......
hokage Post at 28-12-2009 14:39

Kalau nama channel TV yang di hujungnya ada perkataan HD baru la channel TV dalam HD.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2010 08:58 AM | Show all posts

Ini rupa antena TV digital, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 09:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 09:35 AM | Show all posts












Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 10:30 AM | Show all posts

Fragmen: Apa eksklusifnya Muzik Aktif?

Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my
2011/04/25

Kandungannya sekadar menyiarkan semula program dari TV1 dan TV2

SELAIN TV1 dan TV2, RTM juga mempunyai saluran Muzik Aktif iaitu saluran muzik 24 jam. Saluran ini adalah saluran digital Malaysia pertama melalui Projek Perintis Pendigitalan Penyiaran RTM.

RTM menggunakan platform Astro sebagai langkah awal untuk memperkenalkan lebih banyak saluran digital pada masa akan datang. Muzik Aktif disiarkan melalui saluran 180 Astro sejak 16 Mac 2009. Muzik Aktif digantikan dengan saluran TVi pada 10 April 2011, tetapi masih boleh diterima menerusi siaran televisyen terestrial digital.

Sebenarnya sehingga kini, tidak ramai yang tahu kewujudan saluran Muzik Aktif. Kandungannya pula banyak diceduk daripada program hiburan yang sudah diterbitkan dan disiarkan di TV1 atau TV2. Dalam erti kata lain, kandungan dalam Muzik Aktif hanyalah ‘disalin semula’ daripada TV1 dan TV2.

Yang baru pun adalah penyiaran klip video penyanyi tempatan. Ini usaha yang baik juga kerana membantu mengembangkan aktiviti dunia muzik tanah air. Tapi kita lihat ada beberapa klip video yang kurang bermutu, terutama pada aspek visualnya. Sepatutnya sebagai saluran dalam bentuk digital, gambar atau visualnya lebih bermutu.

Kenapa tidak ada usaha untuk menerbitkan program yang khusus dan eksklusif boleh ditonton menerusi saluran Muzik Aktif sahaja, tidak disiarkan di TV1 mahupun TV2?

Pengurusan saluran Muzik Aktif perlulah ada perancangan besar untuk menerbitkan program muzikal secara bersiri dan eksklusif. Misalnya, program muzikal mengenai muzik etnik secara popular yang dimiliki oleh pelbagai kaum di negara ini. Apa salahnya, kalau ada program atau aktiviti muzikal seperti Konsert istimewa Orkestra Simfoni RTM yang disiarkan secara langsung secara eksklusif di saluran Muzik Aktif sahaja.
Oleh kerana tiada sebarang program eksklusif membuatkan kewujudan saluran Muzik Aktif di saluran Astro 180 macam disia-siakan pula. Jangan salahkan masyarakat kalau mereka tidak tahu apa itu TVi di saluran Muzik Aktif. Memang ramai yang akan tercengang nanti.

Kita juga hendak mengucapkan tahniah kepada Datuk Norhyati Mohd Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran baru menggantikan Datuk Ibrahim Yahya yang berkuat kuasa pada 16 Mac lalu. Beliau mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama dilantik menyandang jawatan Ketua Pengarah Penyiaran.

Melihat kepada latar belakangnya, ternyata Norhyati memang seorang yang berpengalaman luas dalam dunia penyiaran. Pastinya dengan pengalaman yang dimiliki dapat menjadikan institusi penyiaran di Jabatan Penyiaran yang membabitkan radio dan TV akan menjadi lebih mantap.

Tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Penyiaran, memang kita akui sangat besar dan berat. Kalau di stesen TV swasta, jawatan ini setaraf dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar.

Tanggungjawab paling jelas dan mungkin paling asas ialah memastikan setiap stesen atau saluran mendapat rating sebanyak yang boleh kerana ia akan menjana pendapatan tinggi menerusi kemasukan iklan. Ini tidak termasuk daripada aspek imej dan penjenamaan sesebuah saluran atau stesen TV itu sendiri.

Oleh itu, rating tontonan yang tinggi bukan sahaja dijadikan sandaran dan subjek penting kepada bahagian pemasaran untuk memasarkan slot, segmen atau sesuatu program kepada pengiklan tetapi juga ia membawa imej serta personaliti stesen TV itu sendiri.

Kalau rating tontonan rendah, persepsi penonton atau masyarakat terhadap sesebuah stesen TV pun mungkin rendah. Ini akan memberi kesan kepada jenama stesen TV.

RTM memang kita lihat agresif dalam membina semula reputasi dan jenamanya. Stesen penyiaran ini sedang gigih menyegarkan semula imej, personaliti dan karektornya supaya dapat setanding dengan stesen penyiaran lain.

Sebagai stesen penyiaran kerajaan, tidak dinafikan RTM menghadapi banyak kekangan untuk mewujudkan imej yang betul-betul baru. Kekangan dan masalah ini berlaku kerana wujudnya karenah birokrasi kerana setiap perubahan tertakluk kepada peraturan dan pekeliling yang dibenarkan oleh kerajaan tetapi yang paling sukar dan mencabar ialah sikap serta pemikiran kakitangannya.

Ketika ini, RTM meraikan ulang tahun ke-65. Tidak ada publisiti dan promosi besar-besaran digerakkan secara bersepadu. RTM masih malu-malu untuk meletakkan ulang tahun ke-65 ini pada papan iklan besar atau billboard di jalan atau lebuh raya strategik.

Mungkin Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim ada mengarahkan supaya Jabatan Penyiaran tidak perlu berbelanja besar untuk meraihkan ulang tahun ke-65.

Sebagai sebuah agensi penyiaran utama negara, RTM memang perlu dari semasa ke semasa terus berkempen untuk ‘menjual diri’ supaya bukan sekadar dikenali tetapi diikuti oleh rakyat. Ini bukan soal hendak mencari glamor, tetapi RTM juga tidak boleh lari daripada elemen untuk mempopularkan diri sendiri. Ungkapan RTM sebagai ‘entah apa-apa, membosankan, menjemukan, tidak ada kelas menonton RTM,’ adalah sesuatu yang biasa didengar di luar. Mungkin kerana setakat ini RTM belum dapat menghasilkan atau menerbitkan program yang benar-benar gempak dan mengejutkan masyarakat luar. - zainuri@bharian.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.517756 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list