CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Raja Lawak 3 [ Juara SEPAH ]

[Copy link]
 Author| Post time 12-1-2009 11:07 AM | Show all posts
Mat & Syem Calon Pertama Tercampak

Teks oleh Haswari Ali




KUALA LUMPUR, 10 JAN 2008:  Ahmad Faizlam Alam, 30, atau Mat dan Shamsir Mohd Shahar,32, (Syem) terpaksa akur apabila menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) paling rendah, sekali gus menjadi peserta pertama yang meninggalkan program realiti Raja Lawak 3.

Pengumumannya dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 3, Fauziah Nawi pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 3 yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, saluran Astro Prima (saluran 105), di sini, malam tadi.

Agak mengecewakan bagi Mat, apabila ini adalah minggu kedua berturut-turut dia tersenarai pada kedudukan 3 tercorot atas persembahan kurang menghiburkan.

Namun satu keputusan mengejutkan buat Syem. Walaupun memberikan penyampaian jenaka lebih segar serta berkeyakinan dengan 2 penampilan iaitu lelaki dan perempuan, namun namanya turut diundi keluar pada minggu ini.


Turut tersenarai di tangga 3 tercorot ialah Adam dengan lawak azamnya yang turut kurang mendapat gelak ketawa daripada peminat.

Minggu ke-2 Gelanggang Raja Lawak 3, masih membariskan 12 peserta bersama tema jenaka bertemakan azam yang mengkehendaki mereka membuat persembahan selama 2 minit di atas pentas.

Sementara itu, peserta cilik kelahiran Kelantan, Mohd Amirullah, 20, (Amir) telah menjadi peserta yang menerima undian SMS terbanyak peminat, diikuti kumpulan Sepah dan Chot.

Turut menyerlah dengan jenaka yang padat dan segar ialah peserta wanita, Rafizzan Yaacop atau Yann, di mana persembahannya yang bertenaga itu telah mendapat pujian daripada 3 juri tetap Raja Lawak 3 iaitu Zaibo, Fauziah Nawi dan Shamsul Ghau Ghau.

Kumpulan LNJ juga tidak kurang hebatnya dengan kombinasi serasi anggota kumpulan berkenaan Afzan Saffuzn Ahmad dan Wan Sharizon Rahim.

Sementara itu, untuk mengundi secara SMS, taip LAWAK atau LAWAK <3/5/10> untuk undian secara pukal 3;5 atau 10 ke 32999.

Bagi undian ke talian tetap pula, undian boleh dibuat dengan mendail 13701/13703/13705/13710 untuk undian pukal 1;3;5 atau 10 undian dan ikut arahan yang disertakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 12:16 PM | Show all posts
Mat ni ok la terkeluar, Si Syem ni, aku ingat dia ni banyak dia boleh exploitkan diri dia ni, tapi tak pandai lagi. Mungkin stage freight kot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 02:09 PM | Show all posts
pasni nk manbelon or adam out
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by sore_itam at 12-1-2009 02:09 PM
pasni nk manbelon or adam out


VOTE OUT for manbelon & adam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 03:04 PM | Show all posts
Bila la ManBelon ni nak out....Dah dua minggu macam hampes...x lawak langsung even dia macam memperbodohkan diri sendiri...Lagi satu si Nabil celup, Adam tu....aku still confuse apasal dia x keluar walhal vote paling rendah...ntah-ntah Fauziah Nawi salah sebut kot...Kesian Syem, baru je dia improve this week, dengan idea yang memang class...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 08:09 PM | Show all posts
aku suker jek tgk r.lwk 3 ni
tp aura teruja nyer aku nk tgk maseh x sama mcm tgk tem nabil dulu la
nasib ader jozan jadik pengacara....diorg best
tp tgk2 amir tu mmg boleh thn la lawaknyer....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2009 09:45 PM | Show all posts
andai amir jadi juara.....rasanyer nasib akan sama dgn pemenang RL 1
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 10:36 PM | Show all posts

Balas #87 wizardLy_boy\ catat

mungkin,sebab industri seni dorang pentingkan rupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 02:53 AM | Show all posts

Reply #88 gelugugu's post

Apek boleh survive, ker sebab Apek hensem?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by wizardLy_boy at 12-1-2009 09:45 PM
andai amir jadi juara.....rasanyer nasib akan sama dgn pemenang RL 1


rasanya tak kot...

sbb yus dulu dpt kete antik huduh je... dia merajuk...tu yg kurang menyerlah lepas jadi juara.
tapi si amir ni kalau menang dpt kia optima... gah la jugak...tapi sampai ke kaki dia pijak pedal minyak??? hehehe.....

i'm sorry...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 11:09 AM | Show all posts
tak suka tul si shamsul ghau ghau tu jd juri......tak best lansung.....nmpak fake....cam la dia tu lawak bagus sgt.....

aku rasa dia saje je buat org tak suka....sbb tu kritikan dia tak sebulu dgn dua jurti yg lain.....rasanya dia di arah utk buat cam tu....maybe utk buat org nyampah....so baru ada drama....baru la rating pun naik.....tak gitu?????

strategi atrro la ni.......tau dahhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 12:45 PM | Show all posts

Reply #91 bherkk's post

samala cam AF.... standard laa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:10 PM | Show all posts

Reply #87 wizardLy_boy's post

betul gak tu, aku kesian nanti ada tak tawaran berlakon filem jadi hero. Saper la nak jadi heroin nanti tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 04:03 PM | Show all posts
korang perasan tak last week undian ditayangkan sampai habis... hahahah.. sapa yg tertido time buat keje tu.. tapi tatau la kalau format baru tayang undi sepanjang masa..

aku mmg sama cam korang la.. rasa nak terajang man belon tu.. ayakkk...

jumaat ni aku nak gi tengok.. sapa nak join?? heheh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:14 PM | Show all posts
minggu lepas punya persembahan boleh lah..
masih ada byk minggu...harap lepas ni lagi gempak ler...

p/s: suka tgk Ibu Fauziah Nawi bagi komen sebab nampak Zila AF4 kat blakang
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 11:47 PM | Show all posts
aku ingatkan amir tu tak best.... pastu mlm jumaat lepas tgk ...mmg sempoi aa mamat amir ni... im sorry.....

hahaha terasa cam nak vote dia ajer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 01:15 AM | Show all posts

Reply #96 riza939's post

aku pun sama ingatkan dia mcm tu.

tapi bila dia start buat lawak mcm nak tergolek je atas kerusi
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 13-1-2009 02:53
Apek boleh survive, ker sebab Apek hensem?


hensem? boleh la. ha ha haa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 03:03 PM | Show all posts
Aku rasa yg masuk Final...Maybe :-

1 Amir

2-Chot

3-Am OR LNJ hehehe


P/s:-aku sokong Amir,Am and chot~~


korang rasa sapa keluar ek next week??
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 03:04 PM | Show all posts
tapi aku suka masa Zaibo bgi komen...
hehe
tgk ALONG kt Belakang..`~hhehee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.791100 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list