CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajami

ESTET ~ mulai 4 NOVEMBER 2010

[Copy link]
Post time 27-9-2008 10:04 AM | Show all posts
[youtube]CvqN-IP-iUc[/youtube]

Filem Estet mamat khalid akan ditayangkan pada fabruary 2009 tahun depan.

satu filem lain dari yang lain..tak caya..tunggu la nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2008 02:29 PM | Show all posts
teringat kat filem Kala Malam Bulan Mengambang
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 08:01 PM | Show all posts
ramai masyarakat malaysia tak faham citer2 yang dipaparkan oleh mamat khalid..
tapi tu le daya kretiviti mamat khalid..

dia buat filem ikut luar kotak pemikiran kita.. kita selalu disogokkan dgn cerita yang sama je sepanjang abad.. tapi mamat khalid..buat cerita yang tak penah kita tengok..percayalah.. 20 tahun akan datang..filem mamat khalid ni akan memnjadi rujukan kepada pengarah2 masa tu untuk mengikut jejak langkah mamat khalid..

MAMAT KHALID MEWARISI BAKAT ABANGNYA IAITU LAT.. SEORANG KARTUNIS MELAYU TERSOHOR YANG TANGGUH DI DUNIA..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 11:02 PM | Show all posts

mamat khalid @ finas 15.09.08



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 11:48 PM | Show all posts
wpun citer2 mamat khalid ni ntah apa2..tp aku tetap suka cite dia
klakar n lain dari yg lain...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 01:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2008 11:36 AM | Show all posts

review of the preview

http://diariperempuan.blogspot.com/2008/10/review-estet.html

sebab dah puas tengok gambar2 aku dengan abg pyan (huhuhuhu), aku pun nak tulis lah serba sedikit tentang filem Estet mamat khalid tu ha!

aku nak ingatkan korang, aku ni bukannya pandai pasal filem. tak pandai langsung. aku cuma pandai menonton je. setiap kali nak menonton filem tak kira di pawagam, tv, mahupun dvd, aku datang dengan jiwa yang mahu enjoy. sama jugak kesnya dengan estet nih.

actually, aku ada tengok proses shooting filem ni di perak dan aku ada tengok few clips sebelum deme buat editing. masa tu pun, aku enjoyed! mungkin kerana ketika itu, aku dikelilingi mereka2 yang aku sayang. dan aku pikir, adakah aku akan bias apabila menonton filem ini? adakah aku akan memaksa diri aku menyebut, "BEST!" setiap kali abg mamat bertanya atau bila mana kak jib bertanya? aku selalu tanya diri aku itu. dan jawapan aku pada persoalan kendiri itu adalah, "aku adalah aku. kalau best, ia best, kalau tak best, ia tak best!" period!

ini kali kedua aku menonton estet secara penuh. pendapat aku?

I LOVE IT!

peribadinya, aku cuma minat satu je filem abg mamat iaitu filem ROCK. kenapa? sbb aku suka. cukup kuat tak jawapan aku tu? aku roker? Tuhan saja yang tau

kalau ikutkan aku, aku mahu semua yang dishoot disusun semuanya untuk filem ini. malangnya, mereka kena mengambil kira waktu tayangan dan segala bagai perkara. dari 2 jam setengah, abg mamat pendekkan kepada 98 minit. sayang... kerana pada aku, ada benda yang tergantung dalam filem itu. ada yang tak lengkap.

dari segi KELAKAR dan tujuan menggelikan hati, estet berjaya buat aku ketawa. aku rajin ketawa tapi hanya pada yang betul2 kelakar kerana lawak iq tak seberapa buat aku jengkel. jadi yang akan muncul di muka aku adalah senyuman sinis yang aku paksakan diri! tapi estet buat aku ketawa. dan bagi aku, itu satu kejayaan! kalau org lain tak boleh menerima kerana SIAPALAH AKU, aku takde hal punya :p

abg bob aka magnus caleb kata, "abg tak peduli segala teknikal, cgi semua tu. apa yang kami semua tengok adalah essence filem itu" sambil tangannya bergerak menunjukkan ketegasan kata2nya tu. aku diam. aku tak tau nak respond apa.

apa yang aku nampak dalam estet adalah nilai persahabatan tu, keakraban! teringat kata2 abg mamat dalam suratkhabar; "saya tidak paparkan imej Malaysia, tapi cerita mengenai keakraban. inilah yang paling saya hendak tonjolkan. menerusi keakraban itu, kita boleh berhubung antara satu sama lain biarpun berlainan bangsa, kaum dan agama" memang akrab filem ini. sashi dan farid. dahlah cute (perempuan yer aku nih lagi), pastu berganding bahu! ish! elok sangat dah tu. hehehe

abg mamat selalu kata, "deme semua cakap filem abg filem kampung" aku gelak aje. bukan gelak mengiyakan kata2nya, cuma gelakkan kata2 itu sendiri. kenapa? kerana kain pelikatnya itu? hehehe... kampung pada yang memandang. sama juga, urban pada yang memandang. jadi, kalau nanti yang datang menonton dan menyebut benda yang sama, dah jadi tak salah. sebab pandangan mata masing2 berbeza. filem Estet bukan filem kampung! ya, ia berlaku di kampung, tapi pemikiran cerita ini bukannya pemikiran kampung. entah... korang tengoklah sendiri. btw, aku org kampung. mak abah aku org kampung, tapi kami sentiasa tidak berpikiran kampung. kampung itu mulia. cuma kolot itu yang aku tak mahu! ah, lain cerita nih dah aku pergi.. hehehe

deme semua kata, "filem ini satu medium". medium apa? itu untuk interpretasi masing2. abg mamat pernah sebut ketika di aswara untuk talk on KMBM, dia berfilem kerana dia tak mau jadi seperti 'mereka'. mungkin itu mediumnya bagi dia. mungkin... hanya mamat khalid yang tau. dan mungkin malang bagi aku kerana aku tidak pernah bertanya! hmmm bukan malu cuma aku tidak ada rasa ingin tahu.

apabila ramai membaca tentang mamat khalid yang suka memberi makna tersirat dalam filem2nya, maka ramai mula menyelak erti dalam filemnya. medium itu dikoyak2 dan diteliti satu persatu. aku alihkan badan dan duduk jauh2. kak jib dengan mudah berkata, "just duduk dan enjoy saja!" aku sengih! aku suka kak jib! hehehehehe. namun, suka pada hati mereka. sebab yang datang, ada dengan agenda masing2, dengan idea masing2 dan yang utama, dengan otak dan hati masing2. tak salah!

jadi, aku rasa, kepada mereka yang minat karya lelaki perasan genius ini (heheehehe :p), mereka akan gembira dan tertawan dengan filem terbarunya ini yang insya Allah akan ditayangkan pada Februari 2009 nanti! amin! aku percaya, ramai yang akan suka dan jatuh hati dengan filem ini. walaupun ada kelam kabut dan celaru, seperti kata seorang kawan wartawan ini, filem mamat khalid membawa erti tersendiri. dan terpulang pada diri sendiri sama ada mahu makna yang kanan ataupun makna yang kiri.

bagi aku, aku datang dengan harapan ingin hepi, ingin gembira dan ingin memahami.
alhamdulillah, aku dapat apa yang aku harapkan!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2008 11:50 AM | Show all posts

tempurungpecah.blogspot.com meletup!

Monday, October 20, 2008
jawaban untuk soalan dari sinema malaysia majalah finas....?

Tahniah atas kemenangan saudara sebagai Pengarah Terbaik FFM21 baru baru ini. Malah filem 揔ala Malam Bulan Mengambang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2009 11:09 PM | Show all posts
Filem ni bila nak keluar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2009 09:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 10:06 PM | Show all posts
90# ajami
Promo baikkkk punya!
Nantikan review bukunya pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 02:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 02:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 02:12 PM | Show all posts
TRAILER

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:21 PM | Show all posts
Reply 94# ajami


Peluang Peminat Menikmati "Estet"[size=0.833em]0 Comments

by sultanmuzaffar | 04 Nov 2010 | in Hiburan, BERITA HANGAT,





ESTET, filem arahan Mamat Khalid merupakan sebuah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air! Diterbitkan Naga VSX, Mamat menyifatkan filem tersebut sebagai filem terbaiknya setakat ini.

Sekadar membawa pulang dua trofi Festival Filem Malaysia ke 23, kealpaan panel juri berlima untuk mengangkat filem itu lebih jauh tidak mematikan semangat pengarah kelahiran Perak itu untuk terus membuktikan kepada m asyarakat inilah filem berwajah Malaysia yang sebenar-benarnya.


Untuk itu, ESTET bersedia untuk dinilai pula oleh khalayak peminat filem tempatan.

Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.


Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.

Setiap penghuni estet ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih.


Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu.

Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau.


Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah!


Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa.

Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang.


Apakah kesudahannya? Untuk mengetahui samada pasukan Estet Cinta Manis dapat menjuari perlawanan bolasepak serta menyelamatkan Geetha daripada Ponniah, sama-samalah kita menantikan kemunculan filem “Estet” di layar perak mulai 4 November ini.

Filem yang menjalani penggambaran selama 32 hari itu menyaksikan Farid Kamil memegang watak utama sebagai Farid. Ia turut dibantu oleh pelakon-pelakon yang cukup terkenal dalam bidang perfileman India tempatan seperti Jasmine Michael (Geetha), Shashi Tharan (Shashi), K.S. Maniam (Subra), T. Gandi Nathan (Apaa Sashi) dan ramai lagi.


Pelakon lain yang turut membintangi filem komedi ini ialah Sofi Jikan sebagai Junna, Siti Fazurina (Siti), Mislina Mustaffa (Lina) dan Kamarool Yusof (Yaakop) selain menyaksikan penampilan istimewa vokalis utama kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam dan Rosyam Nor.

Sama-sama kita memberikan sokongan kepada filem berwajah dan berjiwa Malaysia, ESTET.


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 05:16 PM | Show all posts
aku minat citer mamat khalid....spt rombongan cik kiah....sebijik cam rombongan ajuran wanita UMNO kampung ...kampung yet reality
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2010 06:16 PM | Show all posts
sabtu nih nak pergi tgk

next month hantu kak limah plak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 10:26 PM | Show all posts
ada tak triller hantu kak limah balik rumah (pelik tajuknye tp cam best)
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 10:57 AM | Show all posts
aku peminat filem2 mamat khalid
but suprisingly, aku rasa estet tak best langsung
mula2 aku pelik jugak, takkanla estet tak deserve langsung menang hadiah utama utk ffm baru ni, tapi lepas tengok, patutla pun tak menang pape..
kalo semata2 kerana perpaduan, kerana muhibbah, kerana bersatu padu, layakla menang anugerah khas juri je..abg mamat menang 3 kali kot anugerah khas juri sebelum ni - lang buana (perpaduan), man laksa (inovatif), zombie kampung pisang (kritikan membina whatsoever)..and yet the similar thing again, takleh expect lebih2la
technically, nothing special pasal estet, sinematografi biasa, lakonan biasa, muzik biasa, maybe koreografi tarian & bertumbuk lebih sikit, cgi pun teruk..jalan cerita, banyak tanda tanya..rosyam nor sengal mcm kala malam, a repitition..tak tau fungsi dia dlm filem ni
zombie kg pisang though banyak merapu & tak logik, tapi komedi & dialognye orang ingat..tapi estet, aku tak pasti ape yg orang akan ingat..serasa aku, estet filem abg mamat yg paling tak best
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 11:25 AM | Show all posts
aku suka dengan cerita2 kampung mamat khalid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.117554 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list