CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: braderjoni

(MERGED) SALAH LAKU PASUKAN KESELAMATAN

[Copy link]
Post time 23-11-2007 09:25 AM | Show all posts

Reply #39 yipun78's post

sekali kawan ayah aku daa kena langgar......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 02:11 PM | Show all posts

Reply #40 jofizo's post

Ye ke Jo, okay x dia? teruk kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 03:17 PM | Show all posts

Reply #42 yipun78's post

tak der la tgk lagi sebab dia kat spital lagi........ nanti dpt MC dia balik, boleh la pi tgk............  
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:10 PM | Show all posts

Soldier told to defend rape charge

Soldier told to defend rape charge

By M.MAGESWARI

KUALA LUMPUR: A soldier has been ordered by the Sessions Court here to enter his defence on a charge of raping a student four years ago.

Judge Mohd Nasir Nordin ruled that the prosecution had proven a prima facie case against accused Shahrul Izam Ibrahim.

Shahrul, 34, is said to have raped the 15-year-old girl at Wellvest International Youth Hostel in Jalan Merpati, off Jalan Raja Laut, here, between 2pm and 5pm on Sept 17.

The girl lodged a police report over the matter on Sept 20, 2004.

Shahrul, from Batu Cantonment camp in Jalan Ipoh, here, was calm on hearing the court抯 decision on Monday.

In his decision, Mohd Nasir said the victim抯 evidence was consistent with her claim that the accused had raped her.

揟he victim has a good memory as she could remember the chain of events (of the rape incident),
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:11 PM | Show all posts
ini kes suka sama suka buat projek tapi kantoi pasal bawah umo atau rape betul2?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:50 PM | Show all posts

Reply #2 yipun78's post

Ini kes campurtangan keluarga n nak jaga maruah ler....memang cinta tu buta kan yip....   tapi sape peduli tu semua klu anak dah kena tebuk........  saham dah jatuh.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2008 02:47 PM | Show all posts

Reply #3 tangopapa's post

CINTA memang buta tapi IMAN tu terjaga ler sikit.... ni main taram je ikut nafsu, atleast nak main pon main ler ngan adult, ni ler parah kalo bercinta ngan budak bawah umo, kalo dia sign surat ngan darah sekalipon, tetap kene statutory caj rape bawah umo ....... amende ler lelaki skang ni otak letak kat mana ek?

which reminds me to have a long talk with my brudder pasal gepren bawah umo
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 03:48 PM | Show all posts
maaf tumpang lalu..

tapi klu bab nafsu ni lagi2 melibatkan seksual mmg susah nk dikawal lagi2 dikalangan org muda...org kata pak lebai pun boleh terangkat serban dgn godaan inikan pula yg biasa2..tapi aku nak tya la betul ke apa yg aku dgr selama ni ckp yg askar2 kita ni yg ada kat kem gatal/kemarau/gersang? lagi2 bila nampak awek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 04:37 PM | Show all posts

Reply #5 aswandivsat's post

beb, kalo hang dah err dok kat kem ngan skuadron full of men, less chicks for sure ler yang dah err pernah merasa nikmat donia (bapak wa cakap ler) sure kalo tengok awek  mesti ler excited...... derang ni kan manusia je, ada keperluan gitu2 gak, tapi kene ler pandai kawal kan? lupa lak tanya kat abah, kalo lelaki yang lom rasa nikmat donia ni depa ni nafsu meronta2 x?   

Tapikan kat Kluang kem dengar cerita kat pekan begitu ramai minah indon menghuni pekan tu, adakah ini menjadi bekalan kat gengs kat kem Kluang? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 05:43 PM | Show all posts
rasanya kat dlm kem mana2 pun wlu luar dr mlysia ni mmg situasinya camtu..klu tak silap dulu ada dlm paper yg US Army selepas bertugas singgah kat australia dan pergi ke tempat pelacuran terbaik kat sana dan pusat2 pelacuran ni memberikan perkhidmatan yg terbaik utk army2 ni..klu lelaki yg masih lom rasa nikmat donia ni rasanya nafsu tu membuak2 jugakla tp tak tahu camnakah rasanya hahaha

yg aku tau kat port diksen mmg byk orang sekitar sana kawin dpt army
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:10 AM | Show all posts
mmm benda - benda macam ni  memanglah amat ditakuti. pernah  menghadapinya ttp kekadang tu fault bukan atas lelaki jer perempuan pun ada jugak. Sekarang ni jika ada budak baru masuk unit  the best ceritakan pros and cons pasal  tidur  dengan makwe ni.  Begitu juga dengan perempuan. Ttp kekadang tu biarkanlah aje ...  ingat diri tu dah bagus sangat ....entahlah..sedih jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 08:30 AM | Show all posts

2008- salah laku ATM/PDRM dll badan berkanun

Bekas Pengarah Muzium ATM dipenjara empat tahun


KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Muzium Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lt Kolonel Zainal Mohamed Ali dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Sivil Jenayah selepas didapati bersalah terhadap 14 tuduhan rasuah membabitkan RM207,100 kira-kira lapan tahun lalu.  Hakim Akhtar Tahir memerintahkan beliau dipenjarakan empat tahun untuk setiap pertuduhan dan semua hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Zainal, 45, didapati bersalah terhadap lapan tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM154,600 iaitu dengan meminta Annuar @ Mohamed Annuar Abdul iaitu pemilik syarikat Shura Trading yang diberikan kerja senggaraan dan pembaikan Muzium ATM oleh Kementerian Pertahanan, menyerahkan sebahagian daripada tugas itu kepada Suhani Enterprise, syarikat yang isteri tertuduh, Noraini Abdul Rahman, mempunyai kepentingan.

Kerja-kerja itu termasuk mengecat bangunan, mengecat bahan-bahan pameran luar seperti kereta kebal dan meriam, membuat dan memasang almari pameran serta membuat dan memasang papan tanda.  Zainal, juga didapati bersalah untuk lima tuduhan secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan cek-cek sejumlah RM33,000 daripada Annuar sebagai dorongan kerana memberi kerja-kerja senggaraan dan pembaikan serta perkhidmatan lain untuk Muzium ATM kepada Shura Trading.

-----------------------------------------------------------------------------------

**HM nya pemahahan hukuman ngan artikel The Star totally berbeza   bangang sangat ke reporter sokhabar kita ek?

[ Last edited by  yipun78 at 2-6-2008 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 08:31 AM | Show all posts
Army officer jailed 56 years for corruption

KUALA LUMPUR: A lieutenant colonel was sentenced to a total of 56 years
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 08:56 AM | Show all posts
Bekas Pengarah Muzium ATM kena 4 tahun
Oleh Norhashimah Mohd Radzali

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Muzium Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lt Kol Zainal Mohamed Ali, dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah atas 14 tuduhan rasuah membabitkan RM207,100, lapan tahun lalu.

Hakim Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap tuduhan yang dihadapi tertuduh dan memerintahkan semua hukuman itu berjalan secara serentak bermula semalam.

Akhtar berkata, beliau memerintahkan semua hukuman terhadap tertuduh berjalan secara serentak kerana mengambil kira faktor kesalahan tertuduh itu dilakukan dalam satu transaksi.

Ketika membacakan keputusannya, Akhtar berkata, beliau mendapati tertuduh melakukan kesalahan itu berpunca daripada faktor ketamakan yang mana tertuduh bukan saja menggunakan jawatan untuk mengaut keuntungan tetapi turut memaksa orang lain meminjamkan wang kepadanya.

Akhtar berkata, sebagai penjawat awam, perbuatan tertuduh itu adalah faktor penting diambil kira mahkamah untuk menjatuhkan hukuman berat terhadapnya dan menolak permohonan pihak pembelaan supaya tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah.

揇alam menjatuhkan hukuman, faktor kepentingan awam perlu diambil kira yang mana mahkamah seharusnya memberikan mesej tegas kepada orang ramai bahawa rasuah di kalangan penjawat awam adalah serius dan tidak boleh dipandang remeh.

揝elepas mendengar dan mengambil kira rayuan dan hujahan daripada pihak pendakwaan, mahkamah mendapati tiada fakta lain boleh diambil kira dalam rayuan tertuduh, selain daripada dia adalah pesalah pertama.

揥alaupun peguam bela berhujah tertuduh mengalami kecacatan iaitu kudung separuh kaki akibat terkena jerangkap samar ketika berkhidmat di Gubir, Kedah, tetapi keterangan itu tetap tidak dapat diterima sebagai faktor rayuan kerana ia berlaku pada 1977 dan tidak berkaitan dengan kesalahan dilakukan tertuduh,
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 08:57 AM | Show all posts

Rayuan 4 askar diputus 28 Mac

Rayuan 4 askar diputus 28 Mac

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 28 Mac ini untuk memutuskan rayuan berhubung hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap empat anggota tentera kerana menyebabkan kematian rakan mereka di berek bujang Kem Sungai Besi di sini, akibat perselisihan faham berhubung kecurian telefon bimbit.

Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali menetapkan tarikh itu selepas menerima hujah secara bertulis daripada pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung rayuan terhadap hukuman berkenaan sama ada ia perlu dikekalkan, dikurangkan atau ditambah.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bachee, manakala pihak pembelaan diwakili peguam Baljeet Singh Sidhu dan Dr Mohd Radzuan Ibrahim.

Empat anggota tentera itu ialah Koperal Ahmad Khairy Ghazali, 28; Koperal Hailmy Abdullah, 28; Koperal Mohd Yussaini Mohd Yulan, 29, dan Koperal Wan Mohd Shamsulshah Wan Hassan, 27.

Mereka didapati bersalah menyebabkan kematian Hazri Hussin, 31, di Berek Bujang 74, Workshop Division, Kem Sungai Besi, di sini, pada jam 8 malam, 21 Oktober 2002. Hazri yang berasal dari Mersing, Johor, yang mengalami pendarahan dalaman akibat serangan itu, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada malam sama.

Pada 16 Jun 2005, empat anggota tentera berkenaan didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, manakala enam tertuduh lain iaitu Che Abdullah Che Ahmad, 27; Mohd Fuad Zakariah, 31; Haslie Jaafar; 25; Stanny Rampen, 31; Jafri Janut, 32; Mohd Haruldin Mohd, 27; dan Mohd Nizam Ismail, 27; dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu.

Pada Januari 2004, seorang lagi tertuduh, Mohd Haruldin Mohd, 22, dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan sama setelah pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 03:01 AM | Show all posts
Yip... aku rasa tak selesa lahh...  janganlah bagi promosi tak elok untuk ATM lak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 08:24 PM | Show all posts

Polis Rogol

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis yang sudah beristeri diberkas selepas disyaki merogol dan merompak seorang wanita warga asing di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa mendakwa dicabul sebelum dirogol dan lebih malang lagi, wanita berkenaan turut disamun kedua-dua anggota berkenaan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, wanita berusia 42 tahun itu baru pulang makan malam bersama dua rakannya di sebuah restoran berhampiran hotel penginapan mereka.

Bagaimanapun, sebaik tiba di hotel, mangsa dan rakannya dikejutkan dengan kematian rakan sebiliknya yang dipercayai terjatuh dari tingkat lima hotel berkenaan.

Terkejut dengan kejadian itu, rakan mangsa bersama teman lelakinya meninggalkan mangsa sendirian di lobi hotel untuk memeriksa bilik sewaan mereka.

Sumber itu berkata, mangsa yang terpinga-pinga seorang diri ketika itu dihampiri dua anggota polis sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis ke satu kawasan terpencil di sekitar Pudu.

Pada masa itu, katanya, rakan mangsa yang menyedari kehilangannya segera mencarinya disertai teman lelakinya yang juga seorang warga tempatan, namun tidak berhasil.

Menurut sumber itu, mangsa dibawa bersiar-siar menaiki kenderaan polis namun dia mula curiga apabila seorang daripada anggota polis terbabit mengarahkannya membuka pakaian.

Akibat takut dicederakan, mangsa tidak melawan sebaliknya mengikut arahan suspek sebelum dicabul dalam kenderaan polis itu.

Sumber itu berkata, tidak cukup dengan perlakuan mencabul, kedua-dua suspek kemudian mengheret mangsa keluar daripada kenderaan berkenaan dalam keadaan bogel sebelum merogolnya secara bergilir-gilir di belakang but kereta mereka.

Mangsa yang sedih dan terkejut kemudian dihantar pulang ke hotel penginapannya selepas sejumlah wang miliknya turut disamun kedua-dua anggota polis berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang membantu mangsa membuat laporan polis, melahirkan perasaan terkejut berikutan tindakan tidak berperikemanusiaan anggota polis terbabit yang sepatutnya memelihara keamanan negara.

揝aya sedih sejurus menerima laporan ini... Pihak polis sepatutnya menjaga keamanan tetapi berlaku sebaliknya dan tindakan seperti ini perlu dihukum sewajarnya.

揘amun saya memuji tindakan pantas pihak polis dalam menyelesaikan kes ini dalam masa singkat sejurus menerima laporan daripada pembantu saya, awal pagi tadi (semalam).

揇iharapkan pihak polis meneruskan komitmen mereka dalam membanteras jenayah seperti ini pada masa depan walaupun terpaksa menghukum anggota sendiri,
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 08:32 PM | Show all posts
Harapkan pagar, pagar mkn padi
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 08:41 PM | Show all posts
harap kan pagar...dengan pagar2 sekali dia makan...hai kat umah tak cukup makan ker...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 08:46 PM | Show all posts
hu3, sedih gak citer macam nih bleh berlaku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.079764 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list