CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajami

ESTET ~ mulai 4 NOVEMBER 2010

[Copy link]
 Author| Post time 4-6-2008 01:12 AM | Show all posts

KOSMO! 03.06.08

REF: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... iburan&pg=hi_02.htm

SPOILER ALERT!!!

SNAPSHOT 1


SNAPSHOT 2


http://filemestet.blogspot.com/

*ni aku tgh gegeh meng-hapdet blog itu  fyi, mamat akan e-mail pic terbaru dr lokasi asap

[ Last edited by  ajami at 4-6-2008 01:13 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2008 01:15 AM | Show all posts

Reply #39 dino's post

tQ dino yg chomel!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 03:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 07:54 PM | Show all posts
nak bagi tau.. yg jasmine tu bkan penganti jac.. peganti jac adalah jayasree..

sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 09:48 PM | Show all posts
motif sgt2 tibe2 mamat khalid ubah statement psl jac
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 10:24 PM | Show all posts
  aku baca sinopsis pun aku dh tersengih sorang2. teringat lawak cite man laksa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-6-2008 08:14 AM | Show all posts

Reply #46 2tigapuluh2's post

aku baca tajok pong dah gelak kontrol sambil tup molot cegini -->
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 08:17 AM | Show all posts

Reply #44 jac_diehard_fan's post

erk!   pengeliruan fakta kah?

erk ke-2! mamat belit fakta jac kah?


p/s: jdf, aku taw prasaanmu sbg jdf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2008 10:59 AM | Show all posts
PERLAWANAN BOLASEPAK SAMPAI 17 GOL TU....LAWAK GILERRR
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 11:54 AM | Show all posts

Reply #48 ajami's post

tau tape
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 11:35 PM | Show all posts

Reply #50 jac_diehard_fan's post

Tumit tiga inci Lenggok mengatur langkah Bak kucing meniti Hari..

me likey jac too:pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2008 04:52 AM | Show all posts

Mamat Letupkan David Arumugam!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2008 09:39 AM | Show all posts

gambar2 @ lokasi!!!

*eksklusif taw!!!





MORE PICTURES @ http://filemestet.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 11:07 AM | Show all posts

SHOOTING FILM - Mamat Khalid movie (ESTET)

Salam buat kome.sape2 berkelapangan nak nengok shooting filem arahan mamat khalid, ESTET... boleh le ke Padang Rengas, ada karnival bola sepak pd 21,22,23 hb (Jun '08) nie....ada sessi shooting ....mane tau ade nak pakai pelakon extra....hehehee...

info dari:
http://www.protonclub.com/forumproccv6/viewtopic.php?t=2050

mari! mari! sesaper kat pdg rengas bley wat cameo katanyer!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 11:19 AM | Show all posts

ESTET @ mytamilchannel.com

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 11:39 AM | Show all posts

Strategi pikat penonton India

kredit: beritaharian

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
                              
Mamat papar kehidupan harmoni berbilang kaum dalam Estet


BUAT kesekian kalinya, Mamat Khalid yang cukup dikenali keranamenghasilkan filem komedi, turun ke lokasi untuk mengarahkan filemterbaru, Estet. Sesuai dengan judulnya, filem yang memulakanpenggambaran 1 Jun itu menjadikan sebuah estet di Padang Rengas, Perak,sebagai lokasi utama.

Berbeza dengan pendekatan terdahulu, kali ini Mamatmengetengahkan sebuah filem jenaka yang menyaksikan sebahagian besarpelakonnya terdiri daripada aktor dan aktres berbangsa India. Antaranama yang disenaraikan ialah Shashi Tharan, Jasmine Michael, KenchanaDevi, David Arumugam (Alleycats), K S Maniam dan T Mohan.


Namun, kelibat pelakon Melayu tentunya tetap ada. Lalu disenaraikanjuga pelakon popular masa kini, Farid Kamil, Rosyam Nor dan Sofi Jikan.

Mamat mempunyai alasan sendiri mengapa kali ini dia membikin sebuah filem dengan majoriti pelakonnya berbangsa India.

"Estet ialah metafora yang saya pinjam untuk membayangkankehidupan harmoni berbilang kaum negara ini. Ia bukan cerita kampung,sebaliknya bayangan kehidupan kita semua di Malaysia. Kampung ataubandar adalah sama saja. Filem ini, sekali lagi, bakal menjadikansebuah keraian bagi kehidupan masyarakat majmuk negara kita," katanyapada majlis prapelancaran filem itu di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
                                  Menurutpengarah ini, sehingga kini belum ada filem Tamil yang termasuk dalamkategori arus perdana. Kebanyakan filem Tamil hanya dikeluarkan untuktontonan kaum India.

"Kini tiba masa kita menerbitkan sebuah filem yang turutdijayakan pelakon dan krew daripada bangsa India. Bayangkan nanti,mereka sama-sama memeriahkan industri perfileman kita. Begitu jugaapabila tibanya festival filem, tentu lebih bermakna apabila iadisertai pelbagai kaum negara kita," ujar Mamat.

Diterbitkan oleh Naga VXS Sdn Bhd yang juga miliknya, Estetmenelan belanja sekitar RM1.9 juta untuk dihasilkan. Ia dijangka siapsepenuhnya Ogos depan dan Mamat berharap dapat menayangkannya padaDisember tahun ini juga.

Katanya, perbelanjaan menghasilkan filem itu agak tinggiberikutan penggunaan pelakon tambahan yang ramai bagi menggambarkansuasana estet sebenar. Mereka juga bakal menampilkan 300 penari untukmelengkapkan babak pembukaan dan penutup filem ini.
                                "Apatahlagi, Estet dirakam di Kuala Kangsar. Segala aspek logistik danpenginapan krew serta pelakon diambil kira," katanya yang mendapatsuntikan bantuan kewangan Finas bagi menjayakan filem pertama terbitansyarikat sendiri itu.

Kata pengarah yang juga penulis skrip ini, bersifatwarna-warni dan ceria, filem berkenaan memerlukan disiplin yang tinggiuntuk dihasilkan, berikutan pendekatannya yang lebih ganjil untukkomedi terbaru itu. Ia turut memerlukan penggunaan teknologi CGI,terutama bagi babak perlawanan bola sepak antara pasukan Estet CintaManis dengan Estet Red Cobra, yang menjadi kemuncak cerita.

Filem itu juga dianggapnya sebagai titik mula ke arah menarikminat kaum India untuk sama-sama menonton filem berbahasa Melayu. Estetbakal menggunakan sehingga 70 peratus dialog pertuturan dalam bahasaMelayu, manakala selebihnya dalam bahasa Tamil.

Estet antara lain mengisahkan bagaimana sekumpulan pendudukpelbagai bangsa di sebuah kawasan perladangan berusaha mengembalikankeadilan dalam kehidupan mereka di tempat terbabit. Elemen cinta,penyelewengan, pergaduhan dan tarian turut dimasukkan bagimembangkitkan kemeriahan.

INFO


IDEA menghasilkan Estet timbul ketika Mamatmenghasilkan filem Man Laksa, tiga tahun lalu. Dalam filem itu, wujudbabak penyanyi India datang ke pertunjukan nyanyian dengan menaikibasikal. Lalu dia bertanya sendiri, mengapa tidak dia menghasilkanfilem yang mengetengahkan masyarakat India pula?

PADA mulanya, Estet ingin dijadikan sebuah telefilem.Namun memandangkan minat orang ramai terhadap projek itu semakinmeningkat, pihak produksi berasakan ia sebaiknya dijadikan sebuahfilem. Ia muncul filem tempatan pertama yang menggabungkan pelakonMelayu dan India pada skala besar-besaran.

MAMAT berharap, filemnya itu tidak dipolitikkan sesetengah pihak kerana ia bukan sebuah filem dalam genre berkenaan.

SEBELUM Estet, Mamat sudah pun menunjukkan taringpengarahannya menerusi filem Lang Buana (2003), Rock (2005), Man Laksa(2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan Kala Malam Bulan Mengambang(2008).

SELEPAS Estet, Mamat akan mengarahkan pula filemanimasi berjudul Kelip-Kelip, diikuti sebuah projek filem membabitkantiga pengarah berasingan dengan tiga cerita seram berlainan. Selaindirinya, terbabit sama dalam projek berkenaan ialah Afdlin Shauki danAziz M Osman.

KALA MALAM BULAN MENGAMBANG dan Zombi Kampung Pisangbaru saja menyertai acara tayangan dan forum pada Festival Filem TimurJauh di Udine, Itali, yang berlangsung pada 18 - 26 April lalu. KalaMalam juga akan menyertai tiga festival antarabangsa lain selepas inidi Switzerland, Korea dan Jerman.

[ Last edited by  ajami at 12-6-2008 11:41 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 04:01 PM | Show all posts
fuyoo....bagus2
kelemahan utama industri kita....cina wat cina india wat india melayu wat melayu....last2 sme kebaboom! lol
tapi cina okay lah...ada taiwan gak wat
kalau kita bersatu mesti industri kita akan jadi sangat sangat sangat sangat UNIK kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 11:45 PM | Show all posts

blog Mamat Khalid



http://tempurungpecah.blogspot.com/

akhirnyaaa Mamat Khalid jd blogger!!!:pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2008 01:27 AM | Show all posts

Mengapa nak jadi Pengarah Filim bang.....?

ref: http://tempurungpecah.blogspot.c ... rah-filim-bang.html

Artikel ini ditulis pada bulan Ogos 2006.

Sedari aku masih kecil lagi aku selalu memikirkan bagaimanakah alam ini mula-mula terjadi? Adakah ianya tercetus secara letupan seperti yang disarankan oleh teori 態ig Bang
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 03:12 AM | Show all posts

Reply #58 ajami's post

betul ke 45? LOL
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.215626 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list