CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 8-11-2023 05:24 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 8-11-2023 05:25 PM

Penduduk Gaza tiada pilihan selain minum air masin, dari sumber tercemar
November 8, 2023 @ 11:59am

Anggota perubatan membawa mangsa cedera susulan serangan Israel di Gaza City pada 7 November 2023. - Foto REUTERS

SEMENANJUNG GAZA: Laporan terbaru diterbitkan The Wall Street Journal menunjukkan pencerobohan berterusan Israel ke atas Gaza membawa Semenanjung itu ke ambang krisis air yang dahsyat.

Air bersih kini menjadi sumber yang sangat terhad sehingga menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pengeluaran air (melalui penyahgaraman) di Gaza menurun kepada hanya lima peratus daripada paras sebelum pencerobohan, iaitu satu statistik mengejutkan yang menggambarkan keadaan semasa di wilayah berkenaan.

PBB dan pekerja sektor kesihatan memberi amaran air yang terhad di Gaza menyebabkan masalah kesihatan teruk dalam kalangan penduduknya.


Laporan itu menekankan bahawa krisis air amat teruk berlaku di utara Gaza yang menjadi tumpuan utama pencerobohan Israel.

Air minuman yang selamat tidak lagi tersedia di kawasan itu, kerana ia dikelilingi oleh tentera pendudukan Israel, yang memutuskan bekalan berkenaan.

Disebabkan terdesak untuk mendapatkan air, kebanyakan penduduk tidak mempunyai pilihan selain minum air daripada apa sahaja sumber yang ditemui termasuk daripada telaga sudah tercemar, air masin dan pelbagai bahan pencemar lain.

Langkah kelangsungan hidup itu didorong oleh keperluan walaupun tindakan itu akan mengancam nyawa terutama bagi mereka yang terdedah seperti kanak-kanak.

Sistem penjagaan kesihatan Gaza yang berada di ambang keruntuhan tidak mampu untuk menangani kesan krisis air ini.

Sebelum permulaan pencerobohan Israel, Gaza bergantung pada tiga sumber utama air iaitu loji penyahgaraman (yang menawarkan tujuh peratus daripada keperluan air Gaza), saluran paip dari 'Israel' (yang menawarkan 13 peratus daripada keperluan air Gaza) serta sumber telaga (yang menawarkan 80 peratus keperluan air Gaza).

Berikutan perang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Israel mengganggu ketiga-tiga sumber air berkenaan termasuk memotong bekalan air kepada penduduk di wilayah yang terjejas itu.

Bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza dari selatan juga terhad dan ia gagal sampai ke utara Semenanjung kerana kepungan yang dilanda oleh pendudukan Israel. - AGENSI


KREDIT: BERITA HARIAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 07:39 PM | Show all posts
ASIA
Serangan Israel korbankan 509 penduduk Palestin di hospital - WHO

November 8, 2023 @ 7:24pm


Mangsa warga Palestin yang cedera terpaksa dirawat di lantai Hospital Al-Shifa, Bandar Gaza, yang sudah sesak dengan mengsa serangan Israel sejak 7 Oktober lalu. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa serangan Israel ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di wilayah Palestin yang diduduki mengakibatkan kematian 509 penduduk Palestin.

Mangsa termasuk pesakit dan kakitangan penjagaan kesihatan, selain 447 yang lain cedera.

Israel melakukan 229 serangan ke atas hospital dan pusat penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober, lapor Agensi Anadolu memetik Sistem Pengawasan mengenai Serangan terhadap Penjagaan Kesihatan (SSA) WHO.

WHO menggesa supaya 'orang awam dan tempat-tempat penjagaan kesihatan dilindungi secara aktif', katanya dalam hantaran di X.

Terdapat 34 hospital di Gaza, dengan kira-kira 13 daripadanya mempunyai kapasiti 2,000 katil dan diurus secara langsung oleh Kementerian Kesihatan.

Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada lebih 70 peratus penduduk di wilayah yang terkepung.


Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel berlindung di Hospital Rantisi, Bandar Gaza. - Foto REUTERS

Beberapa kemudahan penjagaan kesihatan juga diurus oleh agensi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bulan Sabit Merah Palestin dan Persatuan Bantuan Perubatan Palestin.

Selain banyak poliklinik dan pusat perubatan di bawah Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza, pertubuhan amal juga menyediakan perkhidmatan perubatan penting di kawasan kediaman.

Banyak hospital di utara Gaza telah dikosongkan. Beberapa hospital terpaksa menghentikan operasi mereka kerana kerosakan akibat pengeboman Israel atau kekurangan bahan api.

Pada 5 November, sekumpulan doktor Israel mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Hospital Shifa di Semenanjung Gaza yang dikepung, merupakan pangkalan 'kumpulan bersenjata Palestin' dan menggesa pengebomannya.


Gadis Palestin yang juga pesakit barah terbaring di Hospital Rantisi, yang semakin kekurangan bekalan ubat, menyebabkan sebahagian besar pesakit berisiko maut akibat kekangan penghantaran bantuan susulan perang Israel-Palestin. - Foto REUTERS

Sebelum ini, kenyataan yang ditandatangani oleh 47 orang rabbi juga menyokong pengeboman Hospital Shifa berdasarkan dakwaan yang sama.

Menurut Pejabat Media kerajaan Gaza, akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, 16 hospital telah menghentikan operasi mereka sepenuhnya manakala 18 hospital lagi hanya beroperasi sebahagian.

Hospital yang tidak lagi beroperasi termasuk Turkish Friendship Hospital (satu-satunya hospital yang merawat pesakit kanser di Gaza), Beit Hanoun Hospital, Hospital Al-Wafa untuk Pembedahan dan Pemulihan Perubatan Khusus serta Hospital Bantuan Awam, Hospital Amal Rakan Pesakit, Al- Karama, Hospital Haifa.

Turut ditutup, Hospital Mata Antarabangsa, Hospital Psikiatri, Hospital Kanak-kanak al-Durrah, Hospital Pemulihan dan Prostetik Hamad, Hospital Amal Dar al-Salaam, Hospital Al-Yemen al-Saeed, Hospital Mata Saint John, Hospital Pakar Al-Hayat dan Hospital Perubatan Khusus Yafa. - BERNAMA-ANADOLU

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 07:50 PM | Show all posts
ASIA
Kerajaan India keluar nasihat mengenai maklumat salah 'deepfake'
November 8, 2023 @ 7:35pm


Kerajaan India mengeluarkan amaran mengenai ‘deepfake’, teknik menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi menyebarkan berita atau gambar palsu. - Foto REUTERS

NEW DELHI: Kerajaan India pada Rabu mengeluarkan nasihat kepada pengantara media sosial supaya mengenal pasti maklumat salah dan palsu 'deepfake' dan segera mengeluarkan kandungan itu, lapor Xinhua.

Nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat Persekutuan itu menggesa pengantara media melaksanakan penilaian wajar untuk mengenal pasti maklumat salah dan palsu, khususnya maklumat yang melanggar aturan dan peraturan dan/atau perjanjian pengguna.

'Deepfake' adalah teknik menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menukar wajah dan tubuh seseorang pada gambar atau video menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah.

Perbuatan berniat jahat itu biasanya dilakukan untuk menyebarkan maklumat palsu.

Kementerian itu juga meminta pengantara media sosial supaya mengambil tindakan pantas dalam menangani kes seumpama itu.

"Keluarkan mana-mana kandungan seperti itu dalam tempoh 36 jam selepas laporan dan bertindak pantas untuk melumpuhkan akses kepada kandungan/maklumat itu," menurut nasihat itu. - BERNAMA-XINHUA

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 07:53 PM | Show all posts
Selamat malam

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 10:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 10:06 AM | Show all posts
Kemboja hantar pulang 25 warga Jepun disyaki 'scammer'


FOTO HIASAN

Phnom Penh: Kemboja menghantar pulang 25 warga Jepun pada Rabu lalu, yang disyaki terbabit dalam operasi penipuan dalam talian.

Rangkaian penjenayah menubuhkan banyak pusat di Kemboja, Myanmar dan tempat lain untuk menjalankan penipuan dalam talian yang membabitkan kerugian besar.

Kebanyakannya menyasarkan mangsa di China, tetapi pakar memberi amaran bahawa kumpulan "yakuza" Jepun semakin terbabit dalam jenayah penipuan dalam talian itu.

Keo Vanthan, jurucakap polis imigresen Kemboja, memberitahu AFP bahawa 25 suspek ditangkap di Phnom Penh pada September kerana 'penipuan dalam talian' atas permintaan pihak berkuasa Jepun.



Jurucakap Polis Negara Kemboja, Chhay Kim Khoeun berkata. suspek menyasarkan mangsa di Jepun.

"Mereka melakukan beberapa aktiviti yang menjejaskan kepentingan rakyat Jepun," katanya kepada AFP.

Yakuza muncul daripada kekecohan Jepun selepas perang, menjadi organisasi jenayah berbilion dolar yang terbabit dalam perjudian, dadah, pelacuran, pinjaman wang dan jenayah kolar putih.

"Seperti kumpulan jenayah lain di Asia Timur, mereka berada di bawah tekanan di rumah dan mencari peluang, dan Asia Tenggara dan khususnya Mekong menjadi tempat yang menarik untuk menjalankan perniagaan," kata timbalan wakil serantau Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Benedikt Hofmann

Beliau berkata, aktiviti yakuza mula meningkat sekitar 2017 dan semakin ketara sejak antara setahun dan dua lalu.

Pada 2018, seorang bos jenayah Jepun yang sudah bersara ditangkap di Thailand selepas lebih 14 tahun dalam pelarian selepas gambar tatu "yakuza" dan jari kelingkingnya yang hilang menjadi viral.

https://www.hmetro.com.my/global ... pun-disyaki-scammer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2023 10:09 AM | Show all posts

Konflik Palestin-Israel: Bayi usia sehari dikeluarkan dari bawah runtuhan masjid



BAYI tersebut menghisap jari kerana kelaparan dengan mata yang masih tertutup. – Sky News

BANDAR GAZA – Pasukan penyelamat di Gaza menarik keluar seorang bayi  baru dilahirkan dari bawah runtuhan sebuah masjid ketika serangan udara askar Israel menghujani wilayah Palestin yang terkepung itu, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ketika pengeboman berterusan, bayi lelaki dipercayai berusia sehari atau dua hari itu dikejarkan ke Hospital Al-Shifa.

Seorang kakitangan kesihatan kemudian dilihat mendukung bayi tersebut dan memakaikan baju berwarna putih kepadanya, tidak lama selepas dia ditemui awal kelmarin.

Rakaman video yang disiarkan stesen penyiaran Sky News menunjukkan bayi tersebut menghisap jari kecilnya kerana kelaparan dengan mata yang masih tertutup.

“Dia ditemui oleh pemandu ambulans pagi ini (kelmarin) berdekatan sebuah masjid yang dibom.

“Kami tidak tahu sama ada keluarganya masih hidup atau sebaliknya. Bayi itu kini dijaga oleh Ketua Unit Rawatan Rapi Neonatal, Dr. Nasser Bulbul,” kata seorang doktor di Hospital Al-Shifa.

Keadaan ahli keluarga bayi tersebut masih tidak diketahui sehingga kini.

Sementara itu, di hospital yang sama, kakitangan kesihatan menjaga empat bayi lain yang baru dilahirkan selepas ahli keluarga mereka terbunuh atau masih hilang.

Menurut Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin, terdapat 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza yang tidak menerima perkhidmatan kesihatan asas disebabkan perang tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) memberi amaran bahawa lebih 180 daripada mereka mungkin melahirkan anak setiap hari dengan sekurang-kurangnya 15 peratus berkemungkinan mengalami komplikasi berkaitan kehamilan atau kelahiran serta memerlukan penjagaan kesihatan  tambahan. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ah-runtuhan-masjid/
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 10:10 AM | Show all posts

Mumia makhluk tiga jari sah bukan manusia



Mumia tersebut mempunyai tiga jari dan tengkorak memanjang. – Getty Images

BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan penyelidik mengesahkan kesahihan beberapa mumia yang mempunyai tiga jari bahawa  makhluk tersebut bukan manusia, lapor akhbar The Sun.

Mereka berkata demikian dalam satu sidang di Kongres Mexico kelmarin. Menurut mereka, mumia yang sebelum ini dikatakan bukan berasal dari Bumi itu asli dan pernah hidup.

Beberapa makhluk berbadan kecil tersebut diklasifikasikan sebagai ‘spesies baharu bukan manusia’ kerana ia tidak mempunyai paru-paru atau tulang rusuk.

Ahli antropologi Universiti Kebangsaan San Luis Gonzaga Ica di Peru, Roger Zuniqa berkata, pasukan  penyelidik telah menemui lima spesimen serupa dalam tempoh empat tahun.

“Ia adalah asli. Tiada campur tangan manusia terhadap pembentukan fizikal dan biologi makhluk ini,” katanya.

Sepucuk surat yang ditandatangani oleh 11 penyelidik universiti tersebut mengisytiharkan bahawa mereka semua bersetuju bahawa mumia itu adalah nyata tetapi enggan mengesahkan sama ada ia berasal dari angkasa lepas.

Seorang wartawan dan peminat objek terbang tidak dikenali (UFO), Jaime Maussan mula membawa mumia mempunyai tiga jari dan tengkorak memanjang itu kepada perhatian Kongres Mexico pada September lalu.

Mumia yang dikatakan ditemui di sebuah lombong di Cuzco, Peru itu didakwa oleh Maussan sebagai bukan manusia. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -sah-bukan-manusia/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2023 10:11 AM | Show all posts
Real Madrid, Bayern layak ke peringkat kalah mati


Penyerang Bayern Munich, Harry Kane (tengah) menanduk masuk gol pembukaan menentang Galatasaray pada aksi Liga Juara-Juara di Arena Allianz, Munich awal pagi tadi. – Foto AFP

PARIS: Real Madrid dan Bayern Munich muncul antara kelab yang layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan berbaki dua perlawanan awal pagi tadi.

Naib juara tahun lalu Inter Milan dan Real Sociedad turut menempah tiket mereka ke peringkat kalah mati, menyertai juara bertahan Manchester City dan RB Leipzig layak ke pusingan 16 terakhir.

Madrid, pemegang rekod 14 kali juara Eropah, memastikan kemaraan dari Kumpulan C dengan kemenangan 3-0 di laman sendiri ke atas Braga selepas dikejutkan apabila pemainnya mengalami kecederaan sebelum sepak mula.

Penjaga gol Kepa Arrizabalaga mengalami kecederaan ketika memanaskan badan, namun penggantinya Andriy Lunin bertindak cemerlang dengan menyelamatkan penalti Alvaro Djalo pada minit keenam.


Ketika Jude Bellingham direhatkan, Brahim Diaz meletakkan Real di depan pada minit ke-27 sebelum dua pemain Brazil, Vinicius Junior dan Rordygo menyumbang gol pada babak kedua.



Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior (dua dari kanan) diapit pemain Sporting Braga, Vitor Carvalho dan Jose Fonte pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto AFP

Napoli berpeluang mengiringi Real ke peringkat kalah mati dari kumpulan itu sekalipun diikat 1-1 di laman sendiri oleh Union Berlin.

Matteo Politano meletakkan Napoli di depan pada hujung babak pertama namun David Datro Fofana, beraksi secara pinjaman dari Chelsea, menyamakan kedudukan sejurus selepas rehat.

Keputusan itu membolehkan Union menamatkan rentetan 12 perlawanan kalah berturut-turut namun mereka tidak boleh layak ke pusingan 16 terakhir.

Musuh Bundesliga mereka, Bayern layak selepas menang 2-1 ke atas Galatasaray di laman sendiri, kemenangan ke-17 berturut-turut mereka pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Anak buah Thomas Tuchel menyaksikan satu gol Galatasaray dibatalkan kerana ofsaid sebelum Harry Kane menanduk masuk gol pembukaan dengan berbaki 10 minit.


Penyerang Inter Milan dari Argentina, Lautaro Martinez meraikan gol kemenangan 1-0 ke atas FC Salzburg pada aksi Liga Juara-Juara di Salzburg, Austria awal pagi tadi. – Foto AFP

Kane kemudian menambah satu gol lagi, gol ke-19 buatnya bersama Bayern dalam 15 penampilan, sebelum Cedric Bakambu membalas satu gol pada masa kecederaan buat Galatasaray.

"Dia seorang yang luar biasa dan kami bangga mempunyainya dalam pasukan kami," kata penjaga gol Bayern, Manuel Neuer kepada saluran penyiar DAZN mengenai Kane.

Dalam Kumpulan D, Inter memastikan kemaraan dengan kemenangan 1-0 di laman lawan menentang Red Bull Salzburg di Austria, perlawanan yang ditentukan menerusi gol penalti lewat Lautaro Martinez.

Keputusan itu juga membolehkan Real Sociedad layak selepas terdahulu menewaskan kelab gergasi Portugal, Benfica 3-1.

Mikel Merino, Mikel Oyarzabal dan Ander Barrenetxea menyumbat gol dalam tempoh 21 minit pertama buat tuan rumah sebelum Rafa Silva membalas satu gol bagi Benfica. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... eringkat-kalah-mati
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 01:42 PM | Show all posts
Good afternoon

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 01:44 PM | Show all posts
Hamas musnahkan 6 kereta kebal Israel di Gaza
November 9, 2023 @ 7:54am


Foto AGENSI

ANKARA: Kumpulan pejuang Palestin Hamas semalam berkata pihaknya berjaya memusnahkan enam kereta kebal Israel dan dua kenderaan tentera di Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan, sayap bersenjata kumpulan itu, Briged Qassam, berkata tiga kereta kebal dan dua kenderaan terkena peluru anti-perisai di utara Gaza City.

Dua lagi kereta kebal dimusnahkan di barat daya Gaza City dan sebuah lagi di barat laut bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, tambahnya.

Memetik laporan ANADOLU, tiada ulasan daripada tentera Israel mengenai kenyataan Hamas.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 10,569 rakyat Palestin, termasuk 4,324 kanak-kanak dan 2,823 wanita, telah terbunuh sejak itu. Sementara itu angka kematian Israel, hampir 1,600, menurut angka rasmi.

Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel. - AGENSI

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 01:45 PM | Show all posts
Bekas menteri Indonesia dipenjara kes rasuah telekomunikasi
November 9, 2023 @ 8:13am


bekas Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Johnny Gerard Plate dihukum penjara 15 tahun kerana didapati bersalah melakukan rasuah menyebabkan Indonesia kerugian AS$500 juta. - Foto AGENSI

JAKARTA: Seorang bekas menteri komunikasi Indonesia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun selepas didapati bersalah melakukan rasuah dalam kes yang menyebabkan negara itu kerugian lebih AS$500 juta (RM2.3 bilion).

Mahkamah antirasuah Indonesia mendapati bekas Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Johnny Gerard Plate bersalah kerana menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kekayaan daripada projek telekomunikasi.

"Defendan didapati bersalah secara sah dan meyakinkan melakukan rasuah bersama-sama orang lain dan (mahkamah) menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun kepada defendan," kata Hakim Fahzal Hendri semalam.

Mahkamah juga memerintahkan lelaki berusia 67 tahun itu membayar denda satu bilion rupiah Indonesia (AS$63,750 atau RM298,592.25) atau menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan.

Tertuduh juga diperintahkan membayar 15.5 bilion rupiah sebagai ganti rugi atau asetnya disita oleh mahkamah.

Plate ditahan pada Mei kerana pembabitannya dalam projek stesen transceiver pangkalan (BTS), bertujuan menyediakan akses internet 4G ke kawasan terpencil di seluruh kepulauan, yang diketuai oleh sebuah agensi di bawah kementerian komunikasi.

Pejabat Peguam Negara (AGO) berkata penyelewengan dalam projek itu mengakibatkan kerugian keseluruhan sebanyak 8.03 trilion rupiah (AS$540 juta atau RM2.53 bilion).

Mahkamah mendapati Plate bersalah kerana memperoleh habuan 10 bilion rupiah (AS$638,500) daripada projek itu.

AGO melaporkan bahawa ia telah menemui penyelewengan dalam proses perolehan membabitkan syarikat tempatan dan asing dan menamakan lima suspek lain, termasuk seorang eksekutif anak syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei.

Indonesia menahan berpuluh-puluh pegawai awam kerana rasuah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2021, seorang bekas Menteri Hal Ehwal Sosial dipenjarakan selama 12 tahun selepas disabitkan kesalahan menerima rasuah AS$1.2 juta (RM5.6 juta) yang dikaitkan dengan bantuan makanan untuk keluarga miskin yang dilanda pandemik COVID-19.- AFP

KREDIT: BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 01:47 PM | Show all posts
19 lagi terbunuh dalam serangan Israel berhampiran hospital
November 9, 2023 @ 8:21am


Tentera Israel bersedia melakukan serangan daripada kedudukan di sempadan antara Gaza dan Israel. - Foto REUTERS

GAZA: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah berhampiran hospital di utara kem pelarian Jabalia, semalam, menurut Kementerian Dalam Negeri Palestin.

Serangan udara itu dilakukan ketika ribuan orang awam melarikan diri ke selatan bagi mengelak pertempuran darat antara Israel-Palestin yang sengit.

Setakat ini tiada komen atau butiran lanjut dari Israel dari lokasi serangan yang dilaporkan, sekiranya disahkan ia adalah serangan ketiganya membabitkan kem pelarian terbesar di Gaza dalam tempoh seminggu ketika perang yang kini sudah memasuki bulan kedua.

Serangan udara Israel memusnahkan bahagian Jabalia pada 31 Oktober dan 1 November lalu sehingga meruntuhkan kediaman bertingkat di kawasan yang padat dengan penduduk di tengah bandar Gaza.

Sekurang-kurangnya 195 orang awam terbunuh dalam kejadian itu.

Israel berkata serangan udaranya ke atas Jabalia minggu lalu membunuh dua pemimpin Hamas dan beberapa pejuang semasa menyasarkan terowong operasi yang digali di bawah daerah awam.

Serangan udara ke atas Jabalia, di dalam Bandar Gaza yang dikelilingi oleh regim zionis Israel meningkatkan kebimbangan antarabangsa terhadap peningkatan jumlah korban akibat serangan berkenaan.

Israel menyalahkan Hamas atas kematian orang awam di Gaza dengan mendakwa menggunakan penduduk Gaza sebagai perisai manusia dan menyembunyikan senjata serta pusat operasi di kawasan perumahan.

Semalam, ribuan orang awam Palestin cuba keluar dari wilayah itu ketika Israel memberi peluang empat jam untuk melakukan penghijrahan.

Tentera Israel sebelum ini berulang kali memberitahu penduduk untuk mengosongkan bahagian utara atau berisiko terperangkap dalam keganasan.

Bagaimanapun bahagian tengah dan selatan kawasan kecil Palestin yang terkepung diserang semula.

Pegawai kesihatan Palestin berkata serangan udara yang melanda rumah di kem pelarian Nusseirat semalam membunuh sehingga 18 orang. Di Khan Younis, enam orang, termasuk seorang gadis, terbunuh dalam serangan udara.

"Kami sedang duduk dalam keadaan aman apabila tiba-tiba serangan udara F16 mendarat di sebuah rumah dan meletupkan seluruh blok dan tiga rumah bersebelahan.

"Semua yang terkorban adalah orang awam, manakala terdapat seorang wanita dan lelaki warga emas serta beberapa lagi masih hilang terperangkap di bawah runtuhan," kata seorang saksi, Mohammed Abu Daqa. - AFP

KREDIT: BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 01:49 PM | Show all posts
Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
November 9, 2023 @ 8:38am


Imej daripada video dikeluarkan Pejabat Media Hamas pada 8 November 2023, menunjukkan pertempuran antara pejuang Briged Al-Qassam dan tentera darat Israel di utara dan selatan Gaza City pada 7 dan 8 November. - Foto AFP

GAZA: Pejuang Hamas semalam mengumumkan mereka sudah memusnahkan 136 kenderaan tentera Israel sejak operasi darat dimulakan di Gaza.

Jurucakap, Abu Ubaida, dalam ucapan yang disiarkan di TV Al-Aqsa berkata pihaknya sudah memusnahkan perisai milik Israel sama ada secara penuh atau sebahagian daripadanya.

"Musuh (Israel) menghalang pembebasan tahanan asing kami dengan mempergiatkan serangan udara serta melakukan pembunuhan beramai-ramai, kerana mereka menghalang pembebasan 12 daripada mereka hanya beberapa hari lalu," katanya.

Mengenai kemungkinan pertukaran banduan, beliau berkata pendekatan perjanjian mereka adalah untuk menukar banduan sama ada secara keseluruhan atau berkumpulan secara berperingkat.

"Kami mempunyai tahanan wanita, warga emas dan mereka yang kurang sihat di penjara pendudukan, sama seperti mereka mempunyai tahanan daripada kategori yang sama," katanya.

Ketika Operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober lalu, Hamas menawan kira-kira 242 warga Israel untuk pertukaran berpotensi sebagai balasan kepada kira-kira 6,000 tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel, menurut statistik rasmi.

Sebagai protes, waris tahanan Israel menuntut kepulangan segera keluarga mereka dan sering menyuarakan kemarahan kepada kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Abu Ubaida menambah: Walaupun pembunuhan beramai-ramai dan pengeboman ganas dilakukan, kami bergerak dan terbabit dengan musuh Israel dari jarak dekat. - AGENSI

KREDIT: BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 01:51 PM | Show all posts
Israel tahan 65 lagi rakyat Palestin di Tebing Barat
November 9, 2023 @ 9:08am

BERITA HARIAN
Tentera Israel menahan rakyat Palestin di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel ke atas Gaza. - Foto AGENSI

RAMALLAH, Palestin: Tentera Israel menahan 65 lagi rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat yang diduduki, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan semalam.

Dalam satu kenyataan, Persatuan Tahanan Palestin berkata dua wanita dan dua wartawan adalah antara yang ditahan.

Memetik laporan Anadolu, ketegangan memuncak di seluruh Tebing Barat sejak 7 Oktober di tengah-tengah serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 163 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 2,280 lagi ditahan oleh tentera Israel di wilayah yang diduduki sejak bulan lalu, menurut angka Palestin.

Sebelum konflik Gaza, bilangan tahanan Palestin di penjara Israel dianggarkan sekitar 5,200, menurut kumpulan hal ehwal banduan. - AGENSI

KREDIT: BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 01:53 PM | Show all posts
Gandingan Prabowo, anak Jokowi pilihan kedua pengundi - Tinjauan
November 9, 2023 @ 10:20am


Prabowo Subianto (kiri), dan Gibran Rakabuming Raka. - Foto AFP

JAKARTA: Seorang calon presiden Indonesia berdepan reaksi negatif yang kuat dan semakin meningkat berhubung keputusannya memilih anak Presiden Joko Widodo sebagai pasangan calon naib presiden.

Ini kerana tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan Menteri Pertahanan Prabowo Subianto itu jatuh di tempat kedua selepas enam bulan menjadi pilihan utama pengundi.

Berdasarkan tinjauan oleh firma Charta Politika yang diterbitkan Isnin lalu, Prabowo bersama anak sulung presiden, Gibran Rakabuming Raka, memperoleh 34.7 peratus, di belakang bekas Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo dan pasangannya yang meraih 36.8 peratus.

Tinjauan pendapat yang bermula 26 hingga 31 Oktober menunjukkan pengundi Indonesia menjadi tidak selesa dengan apa yang dilihat secara meluas sebagai percubaan Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi untuk mendorong anaknya ke pentas politik perdana menerusi dinasti politik.

Jokowi sokong calon mesra rakyat sebagai presiden Indonesia
Hasil tinjauan itu dianggap sebagai peringatan atau amaran kepada Prabowo, yang membuat percubaan ketiganya untuk jawatan presiden pada pilihan raya 14 Februari depan.

Hampir 60 peratus daripada responden dalam tinjauan Charta Politika tidak bersetuju mengenai usaha melahirkan sebuah dinasti politik dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Hampir separuh daripada mereka tidak menyokong tawaran naib presiden, Gibran kerana datuk bandar berusia 36 tahun itu dianggap terlalu muda dan dilihat kurang pengalaman.

Dinasti adalah ciri umum dalam politik Indonesia sejak kemerdekaan pada 1945, dengan banyak keluarga dari latar belakang politik, perniagaan dan ketenteraan memegang jawatan dalam kerajaan.

Jokowi adalah presiden Indonesia pertama yang tidak berasal dari kalangan elit, dan beliau berjaya menjalankan platform anti-rasuah.

Tetapi kini, dua anak lelakinya dan seorang menantu terbabit dalam politik.

Pengkritik berpendapat Jokowi memainkan peranan dalam mempengaruhi pilihan raya, memandangkan beliau tidak boleh bertanding jawatan presiden selepas dua penggal.

Walaupun tidak secara terbuka menyuarakan sokongan kepada mana-mana calon presiden, penganalisis berkata Jokowi cuba menggunakan pengaruh selepas beliau berundur dan memastikan pengganti pilihan beliau meneruskan dasar beliau, termasuk pembinaan ibu negara baharu di Borneo.

Prabowo, yang pernah berkahwin dengan anak perempuan diktator tentera Suharto datang daripada keluarga elit. Datuknya ialah pengasas bank pusat Indonesia dan bapanya adalah menteri di bawah presiden pertama Indonesia Sukarno, dan kemudiannya, Suharto.

Di sebalik membina rasa tidak puas hati terhadap dinasti politik Jokowi, panel kehakiman mendapati Ketua Hakim Negara, Anwar Usman bersalah atas konflik kepentingan berhubung bahagiannya dalam keputusan yang membenarkan anak Jokowi bertanding jawatan naib presiden.

Anwar yang juga abang ipar presiden, diperintahkan berundur sebagai hakim kanan mahkamah atas kegagalannya menarik diri daripada kes yang mana keputusan itu menguntungkan anak saudaranya, Gibran.

Bagaimanapun Anwar menafikan tuduhan wujudnya konflik kepentingan ketika membuat keputusan.

Panel itu dibentuk untuk menyiasat tingkah laku hakim di tengah-tengah bantahan awam selepas mereka memutuskan syarat umur minimum 40 tahun tidak perlu dikenakan kepada semua calon pilihan raya, membuka jalan kepada Gibran untuk menyertai pilihan raya itu.

Panel etika berkata, Anwar terbukti melanggar kod etika hakim khususnya prinsip berkecuali dan integriti kerana beliau tidak menarik diri.

Ketika ini, terpulang kepada Jokowi untuk memutuskan syor panel. Di bawah Perlembagaan, hanya presiden mempunyai kuasa memecat Ketua Hakim Negara. - AGENSI

KREDIT : BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2023 01:55 PM | Show all posts
'Ada sesuatu yang jelas salah dengan operasi ketenteraan Israel' - Ketua PBB
November 9, 2023 @ 11:11am


Orang ramai memeriksa mayat mangsa pengeboman Israel di luar hospital Al-Shifa di Gaza City pada 8 November 8 2023. - Foto AFP

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata jumlah orang awam terbunuh di Semenanjung Gaza jelas menunjukkan terdapat sesuatu yang salah dengan operasi ketenteraan Israel terhadap pejuang Hamas.

Israel berikrar menghapuskan Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza, selepas serangan mengejut 7 Oktober mengorbankan 1,400 orang dan lebih 240 individu dijadikan tebusan.

Israel kemudiannya bertindak balas menyerang Gaza melalui udara, mengenakan kepungan dan melancarkan serangan darat.

Pegawai Palestin berkata setakat ini seramai 10,569 orang terbunuh dalam serangan balas di Gaza dan daripada jumlah itu 40 peratus membabitkan kanak-kanak.

"Terdapat pelanggaran oleh Hamas apabila mereka mempunyai perisai manusia. Tetapi apabila kita melihat jumlah orang awam terbunuh dengan operasi ketenteraan, ada sesuatu yang jelas salah.

"Ia juga penting untuk membuat Israel memahami bahawa adalah bertentangan dengan kepentingan Israel untuk melihat setiap hari imej yang mengerikan dan keperluan kemanusiaan yang dramatik rakyat Palestin," kata Guterres kepada Reuters dalam persidangan NEXT.

Guterres berkata tindakan yang dilakukan oleh rejim zionis itu tidak membantu Israel berhubung dengan pendapat umum global.

Sambil mengutuk keras serangan Hamas ke atas Israel, Guterres berkata perlu dibezakan antara Hamas dengan rakyat Palestin.

"Jika kita tidak membuat perbezaan itu, saya fikir kita akan hilang maksud kemanusiaan," kata Guterres.

Guterres membandingkan jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Gaza dengan jumlah korban dalam konflik di seluruh dunia yang dilaporkannya setiap tahun kepada Majlis Keselamatan PBB.

Isnin lalu, dia berkata Gaza menjadi tanah perkuburan untuk kanak-kanak dan setiap tahun, jumlah tertinggi pembunuhan kanak-kanak dalam setiap konflik yang berlaku menyaksikan jumlah maksimum melebihi ratusan orang.

"Kami mempunyai dalam beberapa hari di Gaza ribuan kanak-kanak terbunuh, yang bermakna terdapat juga sesuatu yang jelas salah dalam cara operasi ketenteraan dilakukan," katanya. - REUTERS

KREDIT: BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 01:57 PM | Show all posts
Kualiti udara semakin buruk, Delhi larang kemasukan teksi dari negeri lain
November 9, 2023 @ 11:36am


rang ramai di jalan raya di tengah-tengah pencemaran di New Delhi, India, 8 November 2023. - Foto REUTERS

NEW DELHI: Pihak berkuasa tempatan semalam mengumumkan teksi berasaskan aplikasi dari negeri lain tidak dibenarkan memasuki Delhi susulan kualiti udara yang semakin buruk.

"Jabatan pengangkutan telah diminta mengeluarkan arahan agar teksi berasaskan aplikasi dengan pendaftaran di luar Delhi dilarang daripada memasuki ibu negara seperti perintah Mahkamah Agung," Xinhua memetik Menteri Alam Sekitar Delhi Gopal Rai sebagai berkata.

Rai dalam satu rakaman video berkata, kerajaan Delhi juga akan membentangkan dua kajian di mahkamah mengenai keberkesanan skim untuk mengehadkan bilangan kereta atas jalan raya yang dikenali sebagai formula "ganjil-genap."

"Kami memutuskan untuk menyerahkan laporan berdasarkan dua kajian iaitu kajian bersama oleh Universiti Harvard dan Chicago State di AS dan satu lagi kajian oleh Universiti Teknikal Delhi, mengenai formula ganjil-genap kepada Mahkamah Agung," katanya.

"Berkenaan keputusan melaksanakan formula ganjil-genap mulai 13 Nov, pelaksanaan hanya akan dibuat selepas Mahkamah Agung menyemak keberkesanan formula itu dan mengeluarkan perintah," kata Rai.

Pencemaran udara di Delhi berada pada tahap "terburuk" sejak beberapa hari lalu, dan pihak berkuasa menutup sekolah dan menangguhkan kejohanan acara sukan tempatan. – BERNAMA-XINHUA

KREDIT : BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 01:59 PM | Show all posts
Myanmar berisiko berpecah akibat keganasan sempadan
November 9, 2023 @ 12:17pm


Myint Swe. - Foto AGENSI

YANGON: Pemangku Presiden Myanmar, berkata negara itu berisiko berpecah kerana pengurusan keganasan yang tidak berkesan di kawasan sempadannya dengan China.

Junta Myanmar menghadapi cabaran terbesar terhadap pihak berkuasanya sejak ia mendapat kuasa dalam rampasan kuasa 2021 termasuk menerima serangan angkatan bersenjata revolusioner dan etnik ke atas ratusan pangkalan junta di bahagian utara, timur laut, barat laut dan tenggara negara itu.

Presiden Majlis Pentadbiran Negara (SAC), Myint Swe, berkata sekiranya kerajaan tidak menguruskan insiden yang berlaku di wilayah sempadan dengan berkesan, negara akan berpecah kepada pelbagai bahagian.

"Isu ini perlu dikawal dengan sebaiknya. Memandangkan sekarang adalah masa penting bagi negara, seluruh rakyat perlu menyokong Tatmadaw (tentera)," katanya dalam mesyuarat majlis pertahanan dan keselamatan negara.

Di timur laut, junta kehilangan kawalan kuasa ke atas beberapa bandar perdagangan sempadan dengan China.

Kerajaan China pada minggu ini turut mengesahkan terdapat rakyatnya yang terkorban akibat ordinan tentera yang merentasi sempadan. - REUTERS

KREDIT: BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 02:00 PM | Show all posts
Lapan maut nahas cuba elak ditahan seludup migran
November 9, 2023 @ 12:41pm



HOUSTON: Lapan orang dilaporkan terbunuh dalam satu pertembungan kereta yang berlaku di Texas, Amerika Syarikat kelmarin.

Seorang pegawai polis dari Jabatan Keselamatan Awam Texas berkata, kejadian itu berlaku disebabkan kenderaan berkenaan cuba mengelak daripada ditahan ketika melakukan kegiatan menyeludup migran.

Polis berkata ketika kejadian, pemandu Honda putih itu membawa lima pendatang asing tanpa izin dan melarikan diri dari syerif di jalan raya kira-kira 100 kilometer dari sempadan Mexico.

Dalam kejadian itu, pemandu kenderaan berkenaan melepasi sebuah trak sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain, sekali gus membunuh mereka yang berada dalam kenderaan.

Tujuh mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi dilaporkan meninggal dunia di hospital.

Mereka yang maut itu kebanyakannya dari Honduras.

Pihak berkuasa AS sebelum ini berjaya menghalang kira-kira enam juta migran di sempadan selatannya sejak Presiden Joe Biden memegang jawatan pada Januari 2021, kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Alejandro Mayorkas, kelmarin.

Beliau berkata sejak Mei, pihak berkuasa sudah mengeluarkan dan mengembalikan lebih 350,000 pendatang yang tidak memenuhi kriteria untuk tinggal di negara itu.

Isu kemasukan individu secara haram itu menjadi beban kepada politik Biden apabila parti Republikan menuduhnya melakukan dasar sempadan yang longgar.

Biden meminta Kongres tambahan AS$13.6 bilion (RM63.70 bilion) bagi mengukuhkan sempadan dengan Mexico serta mengupah ejen imigresen, peguam dan pegawai suaka. - AFP

KREDIT: BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.091330 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list