CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 6-11-2023 10:32 PM | Show all posts
Tentera Udara Jordan 'gugurkan' bantuan perubatan di Semenanjung Gaza



AMMAN: Tentera Udara Jordan mengambil langkah berani melaksanakan misi menggugurkan bantuan perubatan dan farmaseutikal ke hospital medan Jordan di Semenanjung Gaza.

Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah anggota tentera udara tidak gentar untuk menghantar bantuan perubatan menggunakan payung terjun (air-dropped) ke hospital medan Jordan di Gaza.

“Menjadi kewajipan kita untuk membantu mereka yang cedera di Gaza. Kami sentiasa ada untuk saudara Palestin kami,” titah , lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Kesihatan di Gaza pada Ahad berkata jumlah penduduk Palestin yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,770 orang. - BERNAMA-ANADOLU


https://www.utusanborneo.com.my/ ... di-semenanjung-gaza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 10:33 PM | Show all posts
Lapangan terbang Hamburg ditutup selepas lelaki rempuh premis, lepas tembakan ke udara



HAMBURG (Jerman): Polis Hamburg, Jerman percaya bahawa pertikaian hak penjagaan anak mungkin menjadi punca seorang lelaki bersenjata menyerbu lapangan terbang antarabangsa Hamburg, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Terdahulu pada Sabtu, media melaporkan bahawa lapangan terbang antarabangsa Hamburg terpaksa ditutup kepada semua penerbangan keluar dan masuk selepas seorang lelaki merempuh penghadang keselamatan dengan kenderaannya dan meluru ke arah landasan, sebelum melepaskan dua das tembakan ke udara.

Menurut maklumat yang diperoleh setakat ini, kanak-kanak yang bersama lelaki itu berada dengan ibunya pada Sabtu.

Polis percaya bapa berkenaan "mengambil anak" daripada ibunya, mungkin secara paksa, sebelum memandu ke Hamburg dan ke landasan lapangan terbang itu, kata jurucakap polis pada petang Sabtu ketika ditanya mengenai kejadian itu.

Pasukan petugas khas polis dan ahli psikologi polis berada di tempat kejadian.

Lelaki berusia 35 tahun itu dilaporkan membawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun di dalam kenderaan terbabit.

Lapangan terbang Hamburg telah dikosongkan sepenuhnya. - BERNAMA-dpa


https://www.utusanborneo.com.my/ ... s-tembakan-ke-udara
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:34 PM | Show all posts
Hamilton pasrah, Verstappen menang pusingan pecut



Verstappen meraikan kemenangan sejurus tamat perlumbaan pecut di  Autodromo Jose Carlos Pace, turut dikenali sebagai Interlagos, di Sao Paulo, Brazil, kelmarin, menjelang Formula Satu Grand Prix Brazil. — Gambar AFP
SAO PAULO: Lewis Hamilton dan Mercedes berkata persediaan yang buruk telah menyebabkan mereka kecundang selepas harapan mereka lebur di bawah sinar matahari sementara Max Verstappen meraih kemenangan dalam pusingan pecut di Grand Prix Sao Paulo kelmarin.

Juara dunia tujuh kali itu dan ketua pasukannya Toto Wolff melahirkan kekecewaan perit selepas tiba di Brazil dengan harapan tinggi berikutan dua perlumbaan yang mantap di Texas dan Mexico.

Tetapi selepas permulaan yang cantik, Hamilton jatuh dari tempat keempat ke ketujuh manakala rakan sepasukan George Russell berjuang untuk bertahan di tempat keempat, kedua-duanya bergelut dengan tayar haus ketika Verstappen melepasi Lando Norris dari McLaren dan rakan sepasukan Red Bull Sergio Perez.

“Hari ini sangat mengerikan,” kata Hamilton. “Tidak menyeronokkan langsung. Saya ada permulaan yang baik, tetapi saya mengalami kesukaran dengan kereta ini dari awal dan kemudian saya tidak ada tayar pada akhirnya.

“Sekarang saya tidak tahu bagaimana kami boleh memperbetulkannya untuk esok. Ia akan menjadi petang yang panjang. Saya telah membuat persediaan yang salah, saya andaikan, dan itulah keadaannya, tetapi saya akan berjuang sebaik yang saya boleh. Kami tidak akan menang esok, itu sudah pasti.”

Wolff marah, berkata: “Kami mempunyai permulaan yang baik dan mengasak, tetapi selepas itu jelas bahawa kereta itu tidak seimbang. Kami menggelongsor dan itu membunuh tayar.

“Bahagian belakang dipasang terlalu longgar dan kereta itu sengsara di atas tayar ini. Ia hari yang malang.”

Dia mengetepikan tentang kejayaan perlumbaan pecut pasukannya sebelum ini termasuk kemenangan tahun lalu oleh George Russell. “Entahlah, saya tidak kisah tentang masa lalu dan hari ini ia tidak baik.”

Russell berkata dia merasakan perlumbaan itu yang diadakan pada suhu 28 darjah Celsius (udara) dan 46 darjah di trek, “mengelirukan dan mengecewakan”.

“Ia tidak menjadi untuk kami hari ini apabila kami menjangkakan lebih banyak pencapaian, tetapi keadaannya berbeza esok dan itu boleh mengubah segala-galanya.

“Max menamatkan perlumbaan 25 saat di hadapan pada perlumbaan 24 pusingan. Tetapi esok akan berbeza - suhu akan tiga darjah lebih sejuk dan itu sahaja.” — AFP


https://www.utusanborneo.com.my/ ... nang-pusingan-pecut
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:37 PM | Show all posts
Man City meraih kemenangan besar



Pemain pertahanan BournemouthMax Aarons (kiri) bersaing mendapatkan bola dengan Doku pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City dan Bournemouth di Stadium Etihad di Manchester, England, kelmarin. — Gambar  AFP
MANCHESTER: Manchester City mendahului Liga Perdana apabila persembahan Jeremy Doku yang mempesonakan memberi inspirasi kepada kemenangan 6-1 ke atas Bournemouth, tetapi dominasi juara itu dicemari oleh kekhuatiran tentang kecederaan Erling Haaland.

Skuad bimbingan Pep Guardiola membelasah Bournemouth dengan tiga gol dalam masa tujuh minit pada lewat pada separuh masa pertama di Stadium Etihad kelmarin.

Pemain sayap Belgium, Doku mendahului apabila dia menjaringkan gol pembukaan juara bertahan itu sebelum membantu Bernardo Silva untuk gol kedua.

Manuel Akanji menjaringkan rembatan Doku untuk gol ketiga City dan Phil Foden meraih gol keempat selepas satu lagi bantuan Doku.

Ditambal oleh Doku sekali lagi, Silva berjaya meraih skor kelima dan Nathan Ake melengkapkan dominasi City.

Bagaimanapun, Guardiola bimbang akan kesihatan Haaland selepas penyerang Norway itu terpaksa keluar pada rehat berikutan kecederaan pada separuh masa pertama.

“Terkehel buku lali. Kami tidak mahu mengambil risiko dengannya kerana dia berasa tidak selesa,” kata Guardiola.

Kehadiran Haaland masih belum dapat dipastikan untuk pertembungan Liga Juara-Juara City menentang Young Boys pada hari Selasa dan lawatan Liga Perdana mereka ke Chelsea hujung minggu depan.

“Dia akan kembali mungkin pada Selasa atau mungkin Ahad depan. Harap-harap bukan isu besar,” kata Guardiola.

Memberi pujian kepada Doku, jurulatih City itu menambah: “Dia menyesuaikan diri dengan cepat. Bukan hanya hari ini, semua perlawanan yang dia mainkan sangat bagus. Dia ancaman yang luar biasa.”

Sejak tewas kepada pencabar kejuaraan, Arsenal pada Oktober, City telah melakar empat kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan -- termasuk tiga dalam liga -- untuk menunjukkan keinginan mereka untuk piala kekal kuat selepas kutipan luar biasa musim lalu.

“Pasukan ini banyak mengejutkan saya. Selepas 11 perlawanan kami hampir. Bahagian atas liga, Liga Juara-Juara kami telah melakukan apa yang perlu kami lakukan,” kata Guardiola.

“Cara kami berlatih, dedikasi dan komitmen, kami mempunyai ketua pasukan yang luar biasa.”

Anak buah Guardiola kini telah memenangi setiap perlawanan di tempat sendiri dalam semua pertandingan pada 2023 dan mendahului satu mata di depan Tottenham.

Pasukan Ange Postecoglou akan kembali mendapat tempat teratas jika mereka menewaskan Chelsea pada hari Isnin.

Jurulatih Bournemouth, Andoni Iraola akhirnya mendapat kemenangan pertamanya dalam Liga Perdana pada hujung minggu lalu menentang Burnley.

Namun tiada peluang untuk Bournemouth menang buat kali kedua berturut-turut apabila City mengepung pintu gol Bournemouth, dengan Silva membuat percubaan awal dari tepi kawasan.

Rembatan rendah Rodri dari jarak yang sama memaksa penyelamatan daripada Andrei Radu dan Haaland tersasar beberapa inci dari menjaringkan gol pembukaan apabila dia menanduk hantaran lintang Julian Alvarez ke tiang gol.

Penguasaan City akhirnya mendapat ganjaran pada minit ke-30 apabila Doku menguasai bola di tepi kawasan dan berganding dengan Rodri sebelum dia merembat penyudah yang cantik melepasi Radu.

Anak-anak buah Guardiola menggandakan pendahuluan mereka tiga minit kemudian apabila Doku memberi bantuan.

Gerak kaki lincah Doku memecah pertahanan Bournemouth dan Silva dengan tenangnya memasukkan bola ke belakang jaring dari jarak dekat.

City meneruskan limpahan gol pada minit ke-37.

Sekali lagi, Doku menjadi tulang belakang dengan pukulan rendah sejauh 20 meter yang melantun dari Akanji lalu melepasi Radu.

Foden menggantikan Haaland, memastikan City tidak goyah dan pemain penyerang England itu menjaringkan hantaran Doku pada minit ke-64.

Luis Sinisterra mendapat satu gol untuk Bournemouth dengan sepakan sudut pada minit ke-74.

Silva sekali lagi meledak hasil hantaran jauh hebat Doku pada minit ke-83 dan lima minit kemudian Ake menanduk masuk untuk menyimpulkan dominasi City. — AFP


https://www.utusanborneo.com.my/ ... ih-kemenangan-besar

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:40 PM | Show all posts
Newcastle tamatkan rentetan tanpa kalah Arsenal dalam Liga Perdana



Guimaraes (kiri) bertegang urat dengan Rice (tengah) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Newcastle United dan Arsenal di St James’ Park di Newcastle-upon-Tyne, England, kelmarin. — Gambar  AFP
NEWCASTLE: Newcastle menamatkan rentetan tanpa kalah Arsenal dalam Liga Perdana musim ini apabila video bantuan pengadil (VAR) membenarkan jaringan Anthony Gordon dalam kemenangan 1-0 Magpies dalam perlawanan hari Ahad.

Pasukan Mikel Arteta tewas buat kali pertama dalam 11 perlawanan liga, dengan pengurus Arsenal itu melabelkan kekalahan itu sebagai “memalukan”.

Joelinton jelas sekali telah menolak pemain pertahanan Arsenal, Gabriel ketika pasangan itu mencabar hantaran lintang Joe Willock, namun bola menemui Gordon yang menjaringkan gol dari jarak dekat.

Selain rayuan sia-sia untuk kekasaran oleh Joelinton, Arsenal marah dan mendakwa bola telah keluar padang sebelum hantaran lintang Willock.

Ia ialah salah satu daripada pelbagai detik yang boleh dipertikaikan dalam pertemuan yang menggemparkan di St James’ Park.

Pemain Arsenal, Kai Havertz dan pemain Newcastle, Bruno Guimaraes, kedua-duanya bernasib baik kerana mengelak kad merah pada separuh masa pertama.

“Keputusannya tidak sepatutnya seperti itu. Memalukan, bagaimana itu dibenarkan, dalam Liga Perdana, liga ini yang kita katakan adalah yang terbaik di dunia,” kata Arteta.

“Sudah 20 tahun saya di negara ini dan sekarang saya berasa malu. Ia memalukan. Terlalu banyak yang dipertaruhkan di sini.”

Hanya beberapa hari selepas mereka tersingkir daripada Piala Liga kepada West Ham, kekalahan kedua berturut-turut Arsenal adalah tamparan yang menyakitkan kepada usaha mereka untuk memburu kejuaraan.

Anak buah Arteta berada di tempat ketiga, tiga mata di belakang pendahulu Manchester City, dengan Tottenham mampu naik ke kedudukan teratas jika mereka menewaskan Chelsea pada hari Isnin.

Kemenangan Newcastle ini tidak dapat dilupakan bagi pasukan tangga keenam Eddie Howe, yang menyingkirkan Manchester United daripada Piala Liga di Old Trafford pada hari Rabu.

Howe tidak bersetuju dengan penilaian Arteta mengenai gol kemenangan itu, berkata: “Saya tidak melihat apa-apa selain daripada apa yang saya lihat pada masa itu. Ia gol yang bagus bagi saya.

“Ia kemenangan besar, pujian penuh kepada pemain. Ia persembahan yang hebat.”

Dalam separuh masa pertama yang hambar, kedua-dua pasukan melakukan terjahan dan mengasak tanpa henti.

Newcastle gagal membuat satu cubaan pun pada separuh jam pembukaan dan Arsenal juga tidak lebih klinikal, mencipta sedikit peluang boleh membimbangkan penjaga Newcastle, Nick Pope.

Petang yang membosankan akhirnya sampai ke kemuncak apabila Havertz melancarkan cabaran yang melulu, menyebabkan Sean Longstaff terjatuh, mencetuskan pergaduhan antara pasukan.

Havertz berjaya lolos dengan kad kuning daripada pengadil Stuart Attwell, menyebabkan Longstaff kecewa dan rakan sepasukan Gordon dan Fabian Schar, yang kesemuanya dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan itu.

Guimaraes bernasib baik kerana mengelak kad merah ketika dia menyiku Jorginho di kepala, kemudian merembat bola ke arah Havertz dan ditolak oleh Declan Rice sebagai tindakan balas.

Guimaraes nampaknya akur akan peranannya sebagai penghasut dan cabarannya ke atas Jorginho terlepas daripada hukuman selepas rehat.

Rice menanduk keluar selepas Newcastle gagal menyelamatkan hantaran lintang Martinelli dengan betul. — AFP



https://www.utusanborneo.com.my/ ... -dalam-liga-perdana
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:48 PM | Show all posts
Kanak-kanak terpaksa berkurung di rumah susulan pencemaran udara di Delhi



Gambar hiasan. |Freepik.com
Kanak-kanak terpaksa berkurung di rumah kerana sekolah ditutup selama seminggu selepas kualiti udara merosot di ibu negara Delhi dan kawasan sekitarnya.

Pencemaran udara di ibu negara India itu menjadi lebih bertoksik semasa musim sejuk, membawa kepada peningkatan masalah pernafasan dan kesihatan bagi penduduknya.

Pada Ahad, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan penutupan sekolah rendah.


https://suarasarawak.my/kanak-ka ... ran-udara-di-delhi/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 10:56 PM | Show all posts
100 serangan udara dalam tempoh sejam



KEADAAN di Hospital Sheikh Hamad, susulan serangan udara Israel di Gaza. FOTO Reuters
Gaza: Tentera Israel melancarkan lebih 100 serangan udara ke atas Bandar Gaza dalam tempoh kurang sejam pada Ahad, membunuh dan mencederakan ramai penduduk Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Serangan ganas itu menyasarkan pelbagai kawasan di bandar itu, serentak dengan gangguan komunikasi dan internet.

Pengeboman itu turut memusnahkan sebuah blok kediaman di kem pelarian Al-Shati menyebabkan ramai penduduk terbunuh.

Serangan yang menyasarkan kawasan di barat laut, tengah dan barat daya Bandar Gaza itu tidak pernah berlaku sebelum ini sejak perang bermula.

Ambulans juga tidak dapat memasuki kawasan yang diserang.

Serangan bom itu menyasarkan kawasan berdekatan dengan Kompleks Perubatan Al-Shifa, hospital terbesar di Semenanjung Gaza, serta kawasan kediaman, jalan raya, kawasan pelabuhan bandar dan pelbagai kawasan dari barat laut hingga barat daya Gaza.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Palestin serta Syarikat Telekomunikasi Palestin, Paltel dilaporkan berkata, Israel memutuskan semua jenis perkhidmatan komunikasi dari Semenanjung Gaza, kejadian ketiga dalam tempoh kira-kira 10 hari.


https://www.hmetro.com.my/global ... -dalam-tempoh-sejam

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:58 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 6-11-2023 02:59 PM

Tuan rumah 'culik' kucing, lelaki terima pampasan RM6.5 juta


JOSHUA Smith bersama kucingnya, Frank. FOTO Agensi
Portland, Amerika Syarikat: Juri memutuskan seorang lelaki menerima pampasan AS$ 1.4 juta (kira-kira RM6.5 juta) selepas mendapati tuan rumahnya mencuri kucing peliharaannya.

Mirror UK melaporkan, Joshua Smith, 41, menemui seekor kucing terbiar pada 2017 dan membawanya masuk di bangunan yang menempatkan individu yang menjalani pemulihan dadah di Portland, Oregon.

Bagaimanapun, kucing itu kemudian dilaporkan hilang.

Selepas dua tahun, Smith menyaman rumah pemulihan itu, Pinestreet LLC, dan pemiliknya, Devon Andrad.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 11:00 PM | Show all posts
Naik eskalator untuk daki gunung



OTO dikongsi di media sosial China menunjukkan eskalator yang dipasang di kawasan pelancongan di gunung.
Beijing: Walaupun mendaki gunung boleh menjadi aktiviti riadah yang menyeronokkan, tidak semua orang boleh atau sanggup menyertainya atas pelbagai faktor.

Hantaran di media sosial Xiaohongshu menunjukkan beberapa destinasi pelancongan di China kini dilengkapi dengan eskalator, menggabungkan pemandangan alam semula jadi dan inovasi moden untuk meningkatkan pengalaman pengunjung.

Di Gunung Tianyu, wilayah Zhejiang, eskalator dibina di atas kawasan berbatu bagi memudahkan pengunjung menikmati pemandangan alam semula jadi tanpa perlu mendaki.


"Pendakian di denai selama 50 minit kini dipendekkan kepada 10 minit," menurut hantaran itu.

South China Morning Post melaporkan pelawat bagaimanapun perlu menghabiskan tiga kilometer (km) terakhir dengan berjalan kaki kerana eskalator sepanjang 350 meter (m) itu tidak sampai ke puncak gunung.


Eskalator itu dibina tahun lalu dengan harga 10 juta yuan (kira-kira RM6.5 juta) dan setiap perjalanan dikenakan bayaran 30 yuan (kira-kira RM19).

Selain Gunung Tianyu, satu lagi eskalator di lereng gunung seperti Tangga Langit Selatan sepanjang 104 m dibina di Zon Jelajah Shenxianju, juga terletak di wilayah Zhejiang, tiga tahun lalu.

"Zon jelajah meliputi kawasan seluas 60 km persegi dan tempat tertinggi adalah 900 m dari aras laut. Mencabar secara fizikal bagi kebanyakan pelancong untuk berjalan di sekitar zon pelancongan.

"Anak muda pun rasa penat mendaki gunung ini. Ia diharap menjadikan perjalanan pelancong lebih mudah dan mudah, kami sudah memasang kedua-dua laluan kereta kabel dan eskalator, supaya orang ramai dapat menikmati pemandangan semula jadi dengan mudah," kata pengurus di Shenxianju Tour Group, Gu Qiaolu.

Tindakan itu mendapat sokongan dan kritikan daripada netizen.

Ada menyokong inisiatif yang menyatakan bahawa warga emas dan kanak-kanak kini boleh mendapat akses mudah untuk meneroka tarikan alam semula jadi dengan selamat tanpa memenatkan diri.

Bagaimanapun, pencinta alam semula jadi tertanya-tanya apa guna eskalator kerana ia menghilangkan makna pendakian gunung, di samping menjejaskan keindahan di kawasan pergunungan.


https://www.hmetro.com.my/global ... r-untuk-daki-gunung
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:43 AM | Show all posts
Selamat pagi

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:43 AM | Show all posts
Brazil panggil pemain 17 tahun


ENDRICK bakal muncul pemain termuda beraksi untuk Brazil sejak Ronaldo pada 1994.

Rio de Janeiro: Pemain muda meningkat naik berusia 17 tahun, Endrick yang dianggap antara permata bola sepak Brazil mendapat panggilan pertamanya untuk misi pasukan kebangsaan ketika jurulatih Fernando Diniz mencari pengganti Neymar.

Endrick yang bakal menyertai Real Madrid apabila berusia 18 tahun pada Julai 2024 dijangka tampil kali pertama bersama skuad senior Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Colombia dan Argentina bulan ini sekali gus muncul pemain termuda menyarung jersi Selecao sejak Ronaldo pada 1994.

"Dia pemain yang sangat berbakat besar," kata Diniz ketika mengumumkan skuadnya dalam sidang media awal pagi tadi.

"Panggilan ini bukan tekanan, ia hadiah dan juga pandangan masa depan pemain muda ini."



Endrick yang dilaporkan dibeli oleh Real Madrid dengan yuran perpindahan 72 juta euro (RM348.82 juta) masih segar dengan dua jaringan ketika kelabnya Palmeiras bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Botafogo 4-3 minggu lalu.

Juara lima kali Piala Dunia Brazil akan menentang Colombia di tempat lawan pada 16 November dan musuh tradisi Argentina (21 November) di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.

Turut tampil kali pertama dalam skuad senior ialah penyerang Brighton Joao Pedro, 22, Paulinho, 23, (Atletico Mineiro) dan Pepe, 26, (Porto) manakala Diniz menyisihkan penyerang Tottenham Richarlison yang beraksi di Piala Dunia 2022.

Selain Neymar, 31, yang diketepikan beberapa bulan akibat kecederaan lutut pada 17 Oktober ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay, mereka juga beraksi tanpa kapten yang juga pemain tengah Manchester United Casemiro yang tersisih beberapa minggu akibat kecederaan hamstring.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gil-pemain-17-tahun
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:45 AM | Show all posts
Jumlah penduduk Palestin terkorban di Gaza meningkat melebihi 10,000 orang
November 7, 2023 @ 8:06am


Gambar yang diambil dari Sderot di sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza pada awal 6 November 2023 menunjukkan asap naik dari utara Gaza selepas serangan Israel. - Foto AFP

SEMENANJUNG GAZA: Angka kematian akibat serangan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza kini melebihi 10,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Dalam satu sidang media, Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain.

Beliau berkata, jumlah korban itu, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita.

Kementerian Kesihatan turut menerima laporan sejumlah kira-kira 2,350 lagi hilang, termasuk kira-kira 1,300 kanak-kanak.

Tentera Israel meneruskan serangan sengit dengan menyasarkan pejuang Palestin di Gaza ketika perang menghampiri sebulan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berikrar tidak akan berhenti walaupun antarabangsa mendesak untuk gencatan senjata.

Dilaporkan tentera darat dengan kereta kebal kini membanjiri separuh utara Semenanjung Gaza dan mengetatkan pengepungan Kota Gaza, namun ratusan ribu orang awam kekal di utara walaupun digesa Israel untuk berpindah.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 200 orang maut dalam serangan semalam, sehari selepas melaporkan jumlah kematian lebih 9,770, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Dalam pada itu, sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS) menghantar diplomat tertingginya Antony Blinken dalam jelajah Asia Barat, yang mendapat kecaman keras terhadap Israel, termasuk di perhentian terbarunya di Turkiye.

Ketua-ketua agensi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan bersama menggesa gencatan senjata di dalam wilayah 2.4 juta orang di mana Israel memutuskan kebanyakan bekalan air, makanan dan bahan api.

"Selama hampir sebulan, dunia memerhatikan situasi yang berlaku di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki dalam keadaan terkejut dan ngeri melihat jumlah nyawa yang terkorban.

"Kami memerlukan gencatan senjata kemanusiaan segera. Sudah 30 hari. Cukuplah. Ini mesti dihentikan sekarang," menurut kenyataan bersama itu.

Bagaimanapun, jurucakap tentera Israel, Jonathan Conricus, tetap tidak mengendahkan gesaan itu dan mengulangi agar orang awam meninggalkan zon perang bandar.

"Kami akan dapat membongkar Hamas, sehingga mencapai matlamat akhir iaitu menyingkirkan seluruh Semenanjung Gaza dari Hamas," katanya. - AFP

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:45 AM | Show all posts
Edited by mattzzx at 7-11-2023 11:34 AM


Tesla akan keluarkan kereta elektrik marhaen harga €25,000




Sebuah kereta elektrik Tesla dicas di tempat letak kereta di Berlin, 3 Ogos lalu. – AFP




BERLIN, JERMAN – Syarikat automotif, Tesla merancang mengeluarkan kereta elektrik (EV) mampu milik berharga €25,000 (RM124,229) di kilang pengeluarannya di Berlin, lapor akhbar New York Post semalam.


Perkara itu didedahkan oleh sumber dalaman. Ia merupakan  perkembangan yang telah lama ditunggu ketika  Tesla menyasarkan dominasi pasaran mampu milik.


Harga tinggi kereta elektrik  serta ditambah dengan lonjakan kadar faedah menjadi salah satu faktor yang menghalang penggunaan kereta elektrik  di Eropah dan Amerika Syarikat, demikian menurut tinjauan pengguna.


Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk sudah lama merancang untuk menghasilkan EV mampu milik. Namun, beliau pada tahun lepas berkata, pihaknya masih belum menguasai teknologi tersebut dan menangguhkan rancangan itu.


Bagaimanapun, sumber memberitahu agensi berita Reuters pada September lepas bahawa pembuat kereta itu sedang menerokai  inovasi yang membolehkan ia menyatukan hampir semua bahagian bawah EV menjadi satu komponen.



Ia dilihat sebagai kejayaan yang akan mempercepatkan pengeluaran dan mengurangkan kos.


Langkah memperluas jualan kepada pasaran mampu milik adalah penting untuk memenuhi matlamat Tesla bagi meningkatkan penghantaran kenderaan menjadi 20 juta unit menjelang 2030.


Dalam pada itu, menurut sumber sama, Musk ketika lawatannya ke kilang di Gruenheide Jumaat lalu memberitahu pekerja mengenai rancangan  membina model EV mampu milik di kemudahan itu.


Tempoh masa kenderaan itu mula dihasilkan bagaimanapun tidak dinyatakan. – AGENSI



https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... rhaen-harga-e25000/


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:47 AM | Show all posts
Edited by mattzzx at 7-11-2023 11:32 AM

Bulan mini kelilingi asteroid



Sebuah bulan mini mengelilingi asteroid Dinkinesh. - NASA/Goddard/SwRI/Johns Hopkins APL/NOIRLab


CAPE CANAVERAL, FLORIDA – Sebuah asteroid kecil ditemui oleh kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada Rabu lalu mempunyai sebuah bulan mini.



Laman berita Huffpost melaporkan, bulan itu ditemui selepas kapal angkasa Lucy menghampiri  asteroid Dinkinesh dalam perjalanan sejauh 480 juta kilometer menuju Lingkaran Asteroid berdekatan Planet  Marikh.


Lucy merakam gambar penemuan tersebut selepas menyempurnakan perjalanan sejauh 435 juta kilometer.


Berdasarkan data dan imej yang dipancarkan kembali ke Bumi, kapal angkasa itu mengesahkan bahawa asteroid Dinkinesh berukuran hampir 790 meter. Saiz Bulan yang mengelilinginya pula cuma 220 meter.


NASA menghantar kapal angkasa Lucy menghampiri asteroid Dinkinesh sebagai latihan sebelum meneroka asteroid-asteroid lebih besar dan lebih misteri berhampiran Planet Musytari.


Dilancarkan pada 2021, kapal angkasa itu akan mencapai kedudukan asteroid-asteroid dinamakan gugusan Trojan itu pada 2027 dan menerokainya selama sekurang-kurangnya enam tahun.




Bilangan asal gugusan tersebut adalah sebanyak tujuh asteroid, namun meningkat kepada 11. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... kelilingi-asteroid/






Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:47 AM | Show all posts
Lintasan Rafah dibuka semula, akses terhad
November 7, 2023 @ 8:22am


Rafah juga tidak ketinggalan daripada bedilan Israel walaupun laluan selamat dijanjikan di sempadannya dengan Mesir. - Foto AFP

GAZA: Puluhan pemegangan pasport asing dan berapa mangsa perang yang cedera dari Gaza melintasi pintu Rafah untuk ke Mesir sejak Isnin lalu, tiga hari selepas laluan itu ditutup, kata sumber di Mesir.

Pihak berkuasa sempadan Gaza berkata, penduduk Mesir dan warga asing yang nama mereka terkandung dalam senarai kelulusan sejak Rabu lalu akan dibenarkan meninggalkan Gaza menggunakan satu-satunya laluan yang tidak bersempadan dengan Israel.

Jumlah warga asing dan tanggungan mereka serta penduduk Gaza yang cedera berhenti menggunakan laluan berkenaan sejak Sabtu selepas sebuah ambulans musnah diserang Israel, menurut pegawai di Mesir.

Jumlah trak bantuan yang melepasi lalu itu juga berkurangan kepada hanya 25 sejak Ahad lalu berbanding 102 trak pada Khamis, menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Proses pemindahan yang disambung semula pada Isnin menyaksikan 80 pemegang pasport dwi-kerakyatan dan 17 mangsa yang cedera meninggalkan Rafah pada awal petang, manakala 48 trak bantuan menuju ke Gaza, menurut pihak berkuasa Mesir.

Mesir juga berusaha mendapatkan jaminan bagi keselamatan ambulans yang digunakan bagi pemindahan mangsa perang , termasuk kenderaan pengiring Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).

"Sebarang usaha membolehkan konvoi ambulans membawa mangsa perang ke lintasan Rafah mesti diiringi kenderaan ICRC dan PBB bagi melindungi mereka daripada pengeboman Israel, seperti yang berlaku sebelum ini," kata pejabat media Hamas.

ICRC berkata ia sudah mengiringi konvoi empat ambulans membawa pesakit dari Hospital al-Shifa di Bandar Gaza menuju ke sempadan Rafah Isnin lalu.

Pihak berkuasa Palestin menerbitkan nama mereka yang diluluskan bagi pemindahan oleh pihak berkuasa Mesir dan Israel sejak 1 November sehingga Sabtu lalu.

Setakat ini, Israel masih tidak membenarkan penghantaran bahan api, yang amat diperlukan bagi membekalkan air bersih, penjana kuasa hospital dan penghantaran bantuan, daripada memasuki Gaza dari Mesir. - REUTERS

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 10:49 AM | Show all posts
Konflik Israel-Palestin makin sengit, Jordan terbuka kepada 'semua pilihan'
November 7, 2023 @ 8:47am


Pekerja perubatan di Amman, Jordan menyertai protes menyokong Palestin di Gaza, di mana pertempuran tentera Israel dan Hamas semakin sengit. - Foto REUTERS

AMMAN: Jordan semalam berkata, pihaknya terbuka kepada 'semua pilihan' untuk bertindak balas sekiranya Israel terus gagal membezakan antara sasaran tentera dan orang awam di Semenanjung Gaza.

Ia mendakwa sebahagian besar serangan Israel menyasarkan orang awam ketika regim Yahudi itu mempertingkatkan siri pengeboman serta pencerobohan menjadi semakin sengit di Semenanjung Gaza.

Perdana Menteri Jordan, Bisher al Khasawneh, tidak memperincikan apa langkah akan diambil Jordan, beberapa hari selepas ia memanggil semula dutanya dari Israel sebagai bantahan terhadap serangan ke atas Gaza.

Jordan minggu lalu turut mengumumkan bahawa duta Israel yang meninggalkan Amman sejurus selepas serangan Hamas, tidak akan dibenarkan pulang dan mengisytiharkan individu itu sebagai 'persona non grata'.

"Jordan terbuka kepada semua pilihan yang ada dalam menangani pencerobohan Israel ke atas Gaza dan kesannya," katanya kepada media kerajaan.

Jordan menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1994.

Khasawneh berkata, tindakan Israel melakukan pengepungan ke atas Gaza yang dihuni ramai penduduk bukanlah bagi mempertahankan diri, sebagaimana yang dipertahankan.

"Serangan kejam Israel tidak membezakan di antara sasaran awam dan tentera, ia turut meluas ke kawasan selamat dan menyasarkan ambulans," katanya.

Israel sebelum ini menafikan sengaja menyasarkan orang awam di kawasan yang berpenduduk padat, malah mendakwa Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai, bertindak menggali terowong di bawah hospital dan menggunakan ambulans untuk mengangkut pejuangnya.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Israel berkata 'hubungan negara itu dengan Jordan adalah kepentingan strategik kepada kedua-dua negara dan menyuarakan kekesalan susulan kenyataan oleh pemimpin Jordan.

Menurut seorang diplomat, Jordan sedang mengkaji semula hubungan ekonomi, keselamatan dan politiknya dengan Israel dan mungkin membekukan atau membatalkan sebahagian daripada perjanjian damainya jika konflik Gaza bertambah buruk. - REUTERS

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:51 AM | Show all posts
Edited by anniez08 at 7-11-2023 11:02 AM

Singapura larang pemakaian simbol berkaitan perang Israel-PalestinNovember 7, 2023 @ 10:49am
                     
Gambar hiasan. - Foto REUTERS
SINGAPURA: Memakai atau menayangkan secara umum logo berkaitan perang Israel-Palestin tanpa permit di Singapura menjadi satu kesalahan, menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA).
MHA dalam amarannya menegaskan, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SGD$500 (RM1,722) di bawah Akta Logo Kebangsaan Asing (Kawalan dan Paparan) 1949.
Undang-undang berkenaan merangkumi semua logo kebangsaan asing termasuk bendera dan kain rentang mana-mana negara, malah pengembara asing yang memakai logo seumpamanya boleh dinafikan kemasukan ke Singapura.
MHA berkata ia sedar bahawa pakaian dan barangan tertera simbol atau logo kebangsaan asing berkait perang Israel-Palestin sedang dijual dalam talian, dipakai atau ditayangkan oleh orang awam.
Sehubungan itu, ia menerima banyak pertanyaan mengenai sama ada tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang melakukannya.

Pemeriksaan akhbar The Straits Times mendapati barangan seumpamanya, yang menyokong kedua-dua pihak bertelagah, dijual dalam talian menerusi pelbagai media sosial dan laman sesawang e-dagang.

MHA, dalam nota nasihatnya, berkata perang Israel-Palestin yang berlaku sekarang adalah isu yang mempengaruhi emosi dan menasihati orang ramai supaya jangan menayangkan atau memakai barangan berkaitan konflik berkenaan.
Tegas MHA, perbuatan terutama yang menggalakkan atau menyokong menerusi pemakaian baju atau barangan yang tertera logo kumpulan pejuang seperti Hamas atau sayap tenteranya, Briged Al-Qassam, dilarang sama sekali.
Bagi yang mahu membantu mangsa konflik itu, MHA berkata mereka boleh menyumbang kepada pihak yang diamanahkan mengutip sumbangan dana atau derma bagi tujuan bantuan kemanusiaan.
Parti Tindakan Rakyat (PAP), Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) turut mengutuk kekejaman terhadap orang awam dalam perang Israel-Palestin.
Dalam pada itu, lapan laporan polis mengenai kenyataan berunsur kebencian terhadap masyarakat Yahudi dan Islam dibuat pada bulan lalu.
Sementara itu, perhimpunan di Sudut Penceramah berhubung isu berkaitan perang Israel-Palestin adalah menyalahi undang-undang dan dilarang sama sekali.
Menteri bagi Hal Ehwal Dalam Negeri, Muhammad Faishal Ibrahim, dalam ucapannya di Parlimen pada Isnin, berkata dalam tempoh tiga tahun ini, tujuh permohonan seumpamanya di Sudut Penceramah Hong Lim Park ditolak.
Katanya, lima daripada permohonan itu adalah khusus bagi acara berkaitan perang Israel-Palestin. - AGENSI




Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:36 AM | Show all posts
Swiatek ungguli Final WTA, rampas gelaran nombor satu


Iga Swiatek menjulang trofi selepas menjuarai Final WTA di Cancun, Mexico. - Foto AFP

CANCUN, Mexico: Pemain Poland, Iga Swiatek menewaskan Jessica Pegula untuk memenangi Final WTA, sekali gus kembali menduduki takhta nombor satu dunia.

Pilihan kedua kejohanan itu mendominasi Pegula dari awal permainan untuk kemenangan 6-1, 6-0 dalam tempoh 59 minit.

Kemenangan ke-17 dalam kariernya itu memastikan Swiatek, juara major perseorangan empat kali dari Warsaw, menamatkan musim sebagai pemain nombor satu dunia untuk tahun kedua berturut-turut.

Swiatek, 22, menewaskan pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka di separuh akhir pada Ahad.



Sabalenka merampas gelaran nombor satu dunia daripada Swiatek selepas Terbuka Amerika Syarikat pada September.

Pegula menewaskan Swiatek dalam pertemuan di Montreal pada Ogos, dan tampil cemerlang dalam laluan ke final. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... gelaran-nombor-satu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:38 AM | Show all posts

Ratusan ribu penduduk Indonesia zahir solidariti kepada Palestin


ORANG ramai menyertai perhimpunan menyokong perjuangan rakyat Palestin di Kompleks Tugu Negara di Jakarta. - REUTERS




JAKARTA: Ratusan ribu penduduk berhimpun di ibu negara Indonesia bagi menzahirkan solidariti mereka bersama rakyat Palestin di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

Lapor Arab News, Indonesia menyokong perjuangan Palestin sejak beberapa dekad lalu, dengan kerajaan dan rakyat republik itu mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas orang awam di wilayah itu.

Malah, sejak permulaan serangan Israel di Gaza pada 7 Oktober lalu, penduduk Indonesia turun ke jalanan melancarkan protes kecil untuk menunjukkan sokongan mereka, selain para aktivis juga mengisytiharkan November sebagai Bulan Solidariti Palestin.

Dalam perhimpunan itu, kebanyakan peserta perhimpunan memakai pakaian serba putih dan selendang yang melambangkan Palestin ketika mereka memenuhi dataran Tugu Negara.

Para peserta juga membawa sepanduk dan mengibarkan bendera Palestin, selain turut melaungkan slogan menyeru gencatan senjata dilaksanakan segera di Gaza dan membebaskan Palestin.

Ia sekaligus menjadikan demonstrasi pro-Palestin terbesar pernah disaksikan negara itu setakat ini.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Majlis Ulama Indonesia dengan sokongan pelbagai pertubuhan agama lain termasuk Kristian.

Demonstrasi itu dihadiri oleh beberapa pegawai kerajaan, tokoh masyarakat terkemuka dan pemimpin termasuk Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.

“Setiap 10 minit seorang kanak-kanak terbunuh di Gaza.

“Malah, ribuan ibu bapa kehilangan anak mereka manakala beribu-ribu lagi kanak-kanak kehilangan keluarga mereka,” kata Retno ketika berucap.

Retno menegaskan beliau dan Indonesia tidak sesekali akan berhenti daripada menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

“Indonesia akan sentiasa bersama rakyat Palestin sehingga penjajah (Israel) meninggalkan Gaza.

“Palestin, kamu adalah saudara kami dan Indonesia akan sentiasa bersama anda,” katanya.

Republik itu tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, dan kerajaan Indonesia berulang kali menggesa menghentikan konflik di wilayah Palestin itu serta pelaksanaan penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... ti-kepada-palestin/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.098148 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list