CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jeluwi

KENAPA ORANG SELALU BERPANDANGAN NEGATIF TTG MLM?

  [Copy link]
Post time 29-7-2011 12:08 AM | Show all posts
Reply 200# ronin
biasa ar bro...
nak mancing, kena ada umpan...
takkan company senang2 nak bayar d/p kete...
(bagi yg tak tahu, most of them yg dapat bonus kete, company bayarkan d/p merc/bmw...bulan2 bayar sendiri)
sebabnya, company nak diorang pakai kete mewah,...supaya senang nak goda orang lain...yg tamak dan malas nak usaha...
ko biasa masuk MLM...ko tahu realitinya ko kena keje keras untuk dapat income yg baik...tapi ko tgk apa cerita diorang kat prospek? diorang citer easy money...seolah2 usaha yg seciput dapat income 5 angka...di situ sendiri terselit penipuan dan ketidak jujuran...

pernah ada mamat kat FB...citer pasal income ribu2 sehari...sikit2 merc...sikit2 BMW...sekali dikantoikan member aku...yg beliau kete pun tak mampu beli...gi jumpa prospek naik teksi je...terus hilang mamat tu...block kitorang semua....tu namanya nak riak, tapi menipu....HAHAHA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 01:35 AM | Show all posts
wah..dah rancak betul kat sini ye sampaikan aku ketinggalan 3 pages dah hanya dalam 1 malam

kita kat sini nak berbincang, bukan nak mencari kesalahan mana2 MLM. jadi berilah pendapat yg jujur dan telus. kalau ditanya tu silalah jawab tanpa berselindung.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 01:35 AM | Show all posts
Reply 198# Brutal

betul tu bro. kenapa susah sangat nak bagitau nama MLM tu kalau dah diyakini ianya halal? yakin macam tak yakin je. apalah kena mengena dgn status 'bukan org selayaknya' kalau sekadar nak bagitau nama MLM tu pun susah? sape2 je berhak bersuara. atau...cik adik takut MLM tu dicop sbg haram? takut ianya terdedah dan dibongkarkan?

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH wahai cik adik yg manis
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 01:43 AM | Show all posts
Reply 189# mhisfas88

cik adik, betting ni antara yg sekecil2 benda haram walaupun sekadar di mulut. hati2. kalau perkara kecik macam ni pun tak dapat nak tentukan halal haramnya, apatah lagi yg besar2, ye tak? kalau belajar ilmu tasawwuf, minum air dlm gelas pun boleh dikatakan haram. pening kepala kita dibuatnya kalau dgr org ckp macam tu. tapi hakikat sebenarnya ada penerangan yg lebih terperinci yg hanya org yg berilmu saja yg tahu. yg jahil, akan terus dlm kehidupan yg haram. sebab tu kita kat sini utk berbincang.

p/s: minum air dlm gelas tu sekadar contoh ye. jgn nak debatkan kat sini pula

lagi satu, 9 panduan yg dinyatakan oleh ustaz zaharuddin tu hanyalah secara umum yg tak diperincikan lebih dalam. kalau kita faham asasnya, senanglah kita nak judge setiap perkara. tapi kebanyakan kita tak faham yg asas, hanya tau mengambil kenyataan yg dah berputik. macam pokok. setiap pokok perlukan base (asas) atau tapak, kemudian baru tumbuh daun dan buah. takde base, buah yg wujud tu ntah dari mana datangnya. faham tak ni? maaflah kalau penerangan aku ni tak sampai
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 01:45 AM | Show all posts
Reply 155# Brutal

memang betul bro. 100%
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 02:13 AM | Show all posts
Reply 202# amirezu
hahaha...ko terlambat ar bro...
ko tgk bola ke apa tadi?

takpe...maybe esok sambung lagi...


Reply 203# amirezu
takpe la bro...kita hormati pendirian beliau walaupun aku pun tak paham kenapa adik ni tak nak dedahkan nama MLM tu...
padahal jika halal, ia akan jadi satu promosi yg hebat...insya-Allah...
tapi takpe...maybe dia tunggu kawan dia sendiri yg datang dan terangkan...maybe itu lebih baik...

Reply 205# amirezu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2011 02:18 AM | Show all posts
Reply  Brutal


   sedare, memang kekayaan material bukan bererti benar. aku setuju dengan tu,,  ...
mhisfas88 Post at 28-7-2011 21:49



ko ni student ke? ayat ko skema sangat. bersusah payah nak tegakkan ayat "tak semua MLM itu salah".

tak kisah la, tapi bagi aku lebih byk memudaratkan dr baiknya. Juga termasuk kesan dia sehingga ke hari ini. Cukup.

Macam kanser, walaupun sket tapi kalau dah membiak bawa maut. Itulah analogi yg berlaku dlm masyarakat kita sekarang. Tak terkecuali yg dah terkena spt kwn2 dan sedara2 aku. Kesian aku tgk... semua atas mentaliti nak cepat kaya.

Drp bermatian2 buat MLM ni, cuba buat bisnes sendiri, kan lebih afdal.

Tak payah nak citer psl org lain dpt 5 figure income sebulan, aku keje sendiri pun bole dpt lebih dari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 04:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by Brutal at 29-7-2011 05:00

Terjaga dari tido...sebelum gi mandi, aku nak kongsi ilmu matematik MLM dari encik Aidid Mu'addib...

Ulangkaji pada hari ni...kredit to http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/10/mari-belajar-matematik-mlm-skim-piramid.html

pada yg pernah belajar matematik sekolah menengah tentu paham calculation encik Aidid ni....sila baca dengan tenang...dan jangan kecik ati dengan penyampaian beliau yg agak keras dan "outspoken"...
dia mmg gitu stylenya...dia bengang sebab ramai anak melayu tertipu ngan skim2 piramid ni...

**********************************************************************
Matematik Asas Dalam MLM & Skim Piramid


Komen Aidid Mu'addib di Say No To MLM di facebook, 27 Okt, 2010: Point of View: Bzns MLM di seluruh dunia merangkumi <1% total retail sales. Less than 1%! Why? Becos only snakes and worms do MLM biz, the other 99% of human beings don't feel right using other people's money to feed their families, and to pay their hire-purchases or to buy properties. Most people wanna get rich out of their own capabilities.... not the work of downlines. Nothing unusual... just normal human aspirations. "I wanna get rich, but I wanna get rich by my own 2 hands!!!" Kalau dalam MLM: "I wanna get rich, but give me your hands... pretty please! please beb... kasi la beb... please... please... bangsat punya budak tak mo join!!!"


Jangan takut saudara-saudari, mari kita belajar matematik asas tentang skim piramid dan MLM. Matematik itulah perkara asas kepada semua skim piramid ni pun... bukannya benda lain. Dewasa ini, terdapat banyak skim piramid di internet ni. MLM tu pulak, kebanyakannya hanyalah "skim piramid berproduk". Sebab dengan adanya internet dan khasnya facebook atau myspace sekarang ni, lagi banyak la Pak Man Teloq membiak-biak, beranak-pinak. Yeay!


Contoh skim piramid paling ringkas: Sistem 1 cari 2 (carilah mana-mana skim yang ada sistem cara ni). Yang paling senang, sistem "chain-letter" di mana seorang mala'un (level 1) akan hantar surat pada 2 orang lain, mintak seringgit (level 2), yang kemudiannya perlu menghantar surat kepada 2 orang lain mintak seringgit jugak (level 3). Dan setiap level tu buat benda yang sama, sampai jumlah yang buat kerja lagha ni meningkat secara geometrik, jadi akhirnya level 1 & 2 akan dapat 10 hinggit sorang. Selalu dia akan cakap kalau tak kasi sehinggit tu, sesuatu "bad luck" akan menimpa. Sebenarnya, memang betul bagi seringgit tu yang dah dikira bad luck... bad luck sebab ada otak yang percaya kepada bad luck, ada otak kat kepala lutut la gitu. Skim ini seterusnya akan berkembang sampai takde lagi manusia yang boleh dihantar surat. Jadi... akhirnya, ia akan bungkus. Walau bagaimana pun, chain-letter seperti ini sudah jarang dijumpai sebab sekarang ni takde orang nak kasi duit pada orang lain tanpa sebab der!


Kalau dalam skim piramid pulak... lagi rumit bzns modelnya, lagi best. Tujuan asal buat mende ni adalah untuk kelentong orang... jadi kalau nak kelentong dengan berkesan, kena kasi putar-alam kow-kow! Salah satunya adalah skim piramid yang diubah-suai yang dipanggil sebagai "The 8-Ball Model". Dalam bentuk ini, seseorang hanya akan dapat habuan selepas sesiapa yang join dapat mengrekrut 3 level ahli baru. Jadi, sipolan A akan rekrut 2 orang di bawahnya (B & C), yang mana 2 orang ini akan rekrut 4 orang pulak (D, E, F, G), dan yang 4 ini akan rekrut 8 orang lagi dibawahnya, ad infinitum... sampai infiniti katanya (cuma infiniti itu tidak akan kesampaian, sebab jumlah manusia itu finit). Katalah setiap orang bayar RM1000, jadi sipolan A akan mengaut semua wang daripada 8 orang tersebut, RM8000. Jika seterusnya 16 orang join di level seterusnya (level 5), maka B dan C pulak dapat RM8000 setiap sorang. Yang "bestnya" pasal sistem ni, dengan bayaran penyertaan yang tinggi sebegini, tak payah cari ramai ahli, dan pulangannya pulak tinggi. Eh... RM8000 tinggi ke? Dajjal sebegini memang ligat kepala hotak, sebab kalau dia hanya berlakun, di mana A, B, C, dan mungkin D, E, F, G jugak diri dia sendiri, dia boleh kaut RM8000 X 7 tu... woohoo! Lepas tu, dia cha alip boat leee.... lantak la level-level kat bawah tu cari downline tak sudah-sudah, sampai skim tu crash.





Apehal skim piramid ni jijik sungguh pada orang Islam yang waras? Secara ringkas, seperti yang kita lihat di atas, ia hanyalah satu "money-game" dan "vertical upward movement of money" (perpindahan duit ke atas), yang mana akhirnya akan menyebabkan 3 level terbawah mengalami kerugian. Dalam model 8-ball, kadar kerugian akan melibatkan lebih daripada 7/8 (>88.5%) ahli yang join. Gila baboon punya sesat nak cari rezeki sebegini.


Hey... bentuk sistem piramid yang berikut memang dah famous sekarang. "The 2-up system"... familiar? Login Facebook 100 Hinggit! Yahoooo! Dalam skim sebegini, "jualan" daripada 2 orang downline yang diperolehi akan pergi kepada mala'un yang merekrut anda tadi, dan downline ketiga dan seterusnya pula dapat bulat-bulat kepada anda, seterusnya 2 daripada downline yang diperolehi oleh downline anda. Get it? Apa yang akan berlaku? Kadar keuntungan untuk mereka yang di atas akan berlipat-ganda secara eksponential dan akan menyebabkan seseorang itu bersungguh-sungguh untuk cari downline banyak-banyak, sebab ianya kan memberikan keuntungan yang besar kepada sesiapa yang join skim ini... dan yang paling teristimewanya adalah kepada sesiapa yang join DULU! Kat Malaysia ni, Celya Tay la gamaknya tu kut.... hari-hari makan duit orang Melayu, dan orang-orang Melayu yang bongok macam Abdul Malik, Azam Zainal, Fatmawati, Haena, Azroz dan berlambak lagi... sebok membontot si-alkafirun tu hari-hari. Islam ke apa ntah!


  





Jadi, apa problem nya dengan sistem 2-up ni? Seperti model 8-ball, pertambahan ahli juga adalah dalam bentuk siri geometrik di mana setiap level baru adalah 4 kali ganda lebih besar daripada level sebelumnya. Jikalau "produk" dan/atau "insentif" yang ditawarkan itu tidak digembar-gemburkan sebagai sesuatu yang hebat dan istimewa, ataupun produk tidak boleh dijual berulang kali kepada pelanggan yang sama, maka kita akan kehabisan mangkok hayon yang nak join bzns ni dengan cepat. Jadi mereka yang kat bawah sekali akan kerugian. Secara matematik, lebih daripada 75% ahli akan rugi, sementara level yang kedua terbawah akan hanya pulang modal.... tetapi jika kita kira belanja mereka ini untuk (mungkin bawak prospek ke kedai mamak) cari 4 downlines tadi, dia orang pun akhirnya kerugian juga secara kumulatif.




Jadi, untuk sistem piramid 1 cari 4, apabila tiada lagi mamat dan minah low IQ atau dajjal wang-ringgit masuk menyertai skim sebegini, bila mana "crash" berlaku, kadar kerugian ahli yang join melebihi daripada 75%! Hai... sapa la yang mangkok promote LoginFB 10 hinggit (Infinity Downlines) tiap hari kat facebook tu? Len-macam punya bawaan betul la pulak... macam sia-sia aje la ambik matematik masa SPM. Macam sia-sia emak-bapak siapkan ko pagi-pagi naik van pegi sekolah.... hmmmm.







****bersambung****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 04:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by Brutal at 29-7-2011 05:00

***sambungan***
OK... saya dah bincangkan asas matematik seperti kat atas, yang asalnya datang daripada formula asas progresi geometrik dalam kalkulus:






Sekarang untuk apa saja sistem MLM/skim piramid yang ada syarat cari orang (nanti ada la pulak psycho yg akan cakap, kita tak payah cari orang, orang akan cari kita! Terencat akal betul mamatnya... sama la tu dey!), sama ada cari 2, 3, 4, 5, 6, 10, 20 ,100... prinsip kalkulus di atas boleh digunakan. Jadi skim piramid ke, MLM ke, kalau ada syarat tajaan, iaitu adanya upline dan downline, bzns model tersebut akan menyebabkan jumlah ahli bertambah secara eksponential dan apabila peringkat ketepuan tercapai, bila mana tiada ahli baru di dapati, ianya akan "collapse/crash" dan kadar kerugian ahli dapat di kira dengan formula di atas.


1 downlines 2, kadar kerugian > 50%
1 downlines 3, kadar kerugian > 67%
1 downlines 4, kadar kerugian > 75%
1 downlines 5, kadar kerugian > 80%
1 downlines 6, kadar kerugian > 83%
1 downlines 7, kadar kerugian > 86%
1 downlines 8, kadar kerugian > 88%
1 downlines 9, kadar kerugian > 89%
1 downlines 10, kadar kerugian > 90%
1 downlines 11, kadar kerugian > 91%
1 downlines 12, kadar kerugian > 92%
Dan seterusnya.


Inilah asas skim piramid dan MLM, di mana MLM itu pula hanyalah "skim piramid berproduk" - korang pegi la tanya economists atau accountants, betul ke tak aku cakap ni? Jangan tanya Hairul Nizam, jangan tanya upline yang keje operator pengeluaran, jangan tanya adik ko yang masih form 4... tanya orang yang cekap matematik atau statistik (uik! aku tarik balik... sebab aku pernah jumpa lecturer matematik kat UiTM Arau buat kerbausms - oh Isma Jasmin, ko tidak dapat ku lupai!). Dan saban hari jugak korang tengok kat facebook dan internet ni orang promote itu-ini, inilah prinsip matematiknya pun. Very simple. Sebok mala'un dan dajjal wang-ringgit promote hari-hari kepada sapa2 yang dapat makan umpan dia orang. Beli detox patch (kehkehkeh!), beli ebook satu sen tak guna, jual "sistem biz ni" (hoohoohoo! itu yg mahal tu!)... masing-masing mau tunjuk belang. Masing-masing mau kasi setan dan iblis proud!

Jadi, meh kita senaraikan sistem piramid yang berkeliaran sekarang:
1. Kerbausms - jual sms secara bulk - 1 cari 2 (+unlimited powerlines).
2. LoginFB100hinggit - jual ebook yg boleh dapat free, 1 cari 4.
3. Aleacorp - jual apekemende ntah, 1 cari 3.
4. Mahabbah2u.com - jual hari raya hari tu, 1 cari 5.
5. TurboRM.com - jual sms jugak (mau kasi Hairul cirit), 1 cari 5.
6. Emall - jual tempat iklan internet (yg ada free kat tempat lain), 1 cari 6.
7. VIPOnline - jual Mya Qaisara, 1 cari 4.
8. Unstobebal - juai ayaq liuq - 1 cari 4.

Dan banyak lagi... pergilah tengok kat posting saya sebelum ini yang ada banyak gambar/flyer tu kat sini:
http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/10/skim-piramid-yang-berkeliaran-sekarang.html

Fhewww! Memang manyak skim piramid sekarang ni, dan mala'un-mala'un yang mau kaya duit sebegini (tapi tak kaya-kaya jugak, duit tak berkat, banyak musibah kut). Bertambah ramai orang camtu dalam dunia akhir zaman ni... ingat kes dato' sekian-sekian baru-baru ni? Apa nak jadi kalau dah tua bangka dan berpangkat, tapi perangai mengalahkan... ntah! suka hatilah nak pilih perkataan apa sekalipun... monkey, dajjal, setan? Tapi biarkanlah, kerana yang isunya dengan kita ni semua hari ni, bukan dato' tu pun... isunya kenapa la ramai bebenor orang Melayu nak mengikut perangai orang yang tak tahu malu, orang yang suka buat mungkar dan orang yang tak kesah makan duit haram? Kenapa la ko nak ikut jugak perangai yahudi tu? Beb... apa kes?




**********************************************************************

again...kredit to http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/10/mari-belajar-matematik-mlm-skim-piramid.html

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 05:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by Brutal at 29-7-2011 06:32

oh ya...aku baru perasan yg ronin dan mhisfas88 dok sebut pasal binary system...

binary system juga adalah sistem piramid...cuma ia mementingkan keseimbangan piramid berbanding sistem matrik...tapi sama je...kalau ia lebih mementingkan kemasukkan ahli berbanding produk, maka ia akan tepu juga nanti....

so, kalau ia binary tidak bermaksud ia terjamin halal...kena tgk dulu ia ada tak ciri2 haram...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 08:15 AM | Show all posts
Reply  ronin
biasa ar bro...
nak mancing, kena ada umpan...
takkan company senang2 nak bayar d/p kete...
(bagi yg tak tahu, most of them yg dapat bonus kete, company bayarkan d/p merc/bmw...bulan2 bayar sendiri)
sebabnya, company nak diorang pakai kete mewah,...supaya senang nak goda orang lain...yg tamak dan malas nak usaha...
ko biasa masuk MLM...ko tahu realitinya ko kena keje keras untuk dapat income yg baik...tapi ko tgk apa cerita diorang kat prospek? diorang citer easy money...seolah2 usaha yg seciput dapat income 5 angka...di situ sendiri terselit penipuan dan ketidak jujuran...
Brutal Post at 29-7-2011 00:08


Realitinya, mmg kebanyakkan top2 leader MLM promote syarikat mereka dgn menayangkan kereta mewah kpd prospect mereka. Malah bagi pihak syarikat pula, dlm majalah bulanan mereka akan menunjukkan top2 leader yg meraih pendapatan tinggi bergambar di samping kereta2 mewah seolah-olah inilah matlamat utama dlm biz MLM. Inilah umpan yg super berkesan dan kpd prospect yg baru yg tak ada pengalaman, akan terpengaruh tanpa mengenalpasti dulu nilai yg ada pada produk dan plan pemasaran semaada mudah dicapai atau tidak.
Company yg aku join lama dulu ada disediakan tabung kereta, kalau tak silap 5% dari sales group PV, dibayar secara bulanan untuk bayar ansuran kereta. Bagi yg tak ada pengalaman, selepas mendapat bonus yg tinggi yg belum tentu konsistensinya akan beli kereta mewah. Ini adalah perangkap sebenarnya, sebab selepas komited dgn hutang yg tinggi, nak tak nak terpaksa kerja lebih keras utk sustain pembayaran ansuran kereta dan dlm dunia MLM tak ada perkara yg pasti, kadang2 sales drop dan bonus pula dapat sikit, tak cukup utk menampung ansuran kereta. Akhirnya selepas beberapa bulan menghadapi kemarau dgn bonus yg sikit, kereta kena tarik pula dan hutang perlu dilangsaikan.
Kalau kita approach MLM cara yg bijak tak jadi masaalah sebenarnya. Kita umpamakan spt pokok, selepas akarnya berkembang dan mencengkam tanah dgn kuat, batang pokok akan meninggi, dahan, ranting dan daun akan berkembang barulah kita dapat meraih hasil dgn buahnya. Ironinya ialah seperti akar yg mencengkam tanah dgn kuat, begitu juga kita yg buat MLM, kena cengkam realiti dlm MLM, jika belum kuat asasnya, jgn ler nak memandai-mandai nak komited dgn hutang yg tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 08:49 AM | Show all posts
oh ya...aku baru perasan yg ronin dan mhisfas88 dok sebut pasal binary system...

binary system ju ...
Brutal Post at 29-7-2011 05:41


ada aku terangkan dulu, MLM sistem binary yg perlu 3 kiri dan 3 kanan ahli baru yg membeli produk syiling2 emas......supaya balance dan dapat bonus....
Aku dah lama tinggalkan sebab sistem ada unsur2 gharar dan etika yg tak sihat yg dilakukan oleh downline.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 10:14 AM | Show all posts
ada tak dapat e-mel

goyang kaki pun jadi jutawan...
hanya sejam berinternet... dapat ribu-ribu
duit org malas...... dan bla bla bla...

aku nyampah betul buka e-mel skrg... penuh dengan benda2 ni:@
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 10:50 AM | Show all posts
HPA, TUPPERWARE, CNI juga MLM kan???

Aku join sebab nak beli barang dgn harga ahli.... nak cari org... jgn harap
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 12:14 PM | Show all posts
Maxoil pon MLM gak kan.. byr rm20000 dpt komisen rm1400 jek...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 03:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by Brutal at 29-7-2011 15:12

Reply 212# ronin
yup...ko dah terangkan...rasanya binary tak terikat pada 3 kaki (bergantung pada skim)...yg penting ia perlu seimbang...
ia masih berbentuk piramid, cuma ia membentuk piramid yg lebih 'adil'...
jika pendapatan dalam bentuk penjualan produk dan upline menerima bonus dari jualan downline (tak lebih 5 level tak silap) dan % komisen adalah kecil (berbanding skim haram), tidak menekan/mengianaya downline ia boleh jadi halal (kena tgk ciri2 lain gak)...
tapi jika ia sekadar menekankan kemasukkan ahli lebih dari jualan produk, ia tetap macam piramid lain...cuma lebih seimbang...tapi ia tetap akan crush apabila sampai tahap tepu...

sebab tu aku kata binary tak menjamin halal-haram...masih kena tgk banyak ciri2 lain...
yg MLM ko tu, ko lebih paham...ko cakap ko tinggal sebab ada unsur gharar, baguslah...itu lebih baik...insya-Allah akan digantikan dengan sumber yg halal...

Reply 211# ronin
yg ni aku no comment dah...u speak my mind....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 06:32 PM | Show all posts
maaf la bro, aku mmg tak boleh nk bgtahu sebab bukan hak aku nk bgtahu kot..
mhisfas88 Post at 28-7-2011 23:20


kalau ada sumber pendapatan yang boleh memberikan rezeki yang halal, Islam tak larang untuk ko beritahu kepada semua orang...

ko ada hak, sebab kalau ko beritahu, orang Islam yang suka dengan MLM dapat mencari rezeki yang halal...

kalau ko rahsiakan, ini akan menyebabkan orang Islam yang mencari rezeki dengan MLM  yang haram, akan terus bergelumang dengan rezeki yang haram, ko pun dikira bersubahat sama...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 07:16 PM | Show all posts
Reply 214# aminkdt

samalah kita. aku beli produk2 HPA pun sebab nak dapatkan harga ahli yg lebih murah sebab wife aku selalu amalkan supplement HPA. byr utk jadi ahli pun cuma sekali seumur hidup. jadi, nak beli produk diorg atas keperluan sendiri. bukan beli sbb nak kumpul point ke apa. cari downline? lagilah tak nak buat.

tapi kebanyakan MLM orang beli produk bkn kerana keperluan. beli kerana kehendak, nak kumpul PV supaya cepat dapat komisyen riban2. gunanya tak. last2 produk jadi tukun kat rumah. yg kena beli produk secara pukal lagi naya
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 07:21 PM | Show all posts
Reply  Brutal


   maaf la bro, aku mmg tak boleh nk bgtahu sebab bukan hak aku nk bgtahu kot..  ...
mhisfas88 Post at 28-7-2011 23:20


cik adik, tindakan cik adik tak bagitau apa nama MLM tu sebenarnya dah menunjukkan cik adik ada sikit keraguan dlm MLM tu walaupun 1%. macam tak yakin sangat yg MLM tu betul2 halal. cik adik dah tunjukkan kelemahan MLM tu sendiri. kalau betul2 yakin, kenapa nak menyorok?

tapi takpelah kalau tak nak bagitau. jadi kami terpaksa berprasangka tak baik dgn MLM yg dikatakan baik oleh cik adik tu sebab perasaan ragu2 tu takkan hilang selagi kami tak tahu MLM mana yg dimaksudkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 07:23 PM | Show all posts
Reply 206# Brutal

haha. tengok bola gak semalam. terpaksa mengaku yg singapore lebih hebat. apa nak buat.
lepas tu tenet lak slow huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.082613 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list