CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Temantidox

Teori Psikologi v.s Teori Paranormal ...

[Copy link]
 Author| Post time 9-12-2010 05:04 PM | Show all posts

garisan tu lurus ke bengkok

Post Last Edit by Temantidox at 9-12-2010 17:07
Propesor TT..aku nak tanya hang sikit buleh? Lagu mana nak eksplen kat nenek aku pasai hantu bungkui ...
AILIOMLELE Post at 9-12-2010 15:10


Ko print image kat bawah ni, then ko suruh nenek ko tengok ilusion tu, kemudian ko reply teman ape kate nenek ko plak, klu tak salah teman, dia mesti gosok mata dua tiga kali sebab tak percaya dengan apa yang dia tengok..so ko citer kat dia, hantu bungkus tu pun bih kureng cam silap mata la gak...
   


Ni satu lagi.. tanya nenek ko, garisan sumer tu lurus ke bengkok..klu dia kata bengkok, ko amik ruler and tunjuk dia line tu tak bengkok, tapi contact lense dia yg dah rosak..heh heh..kem salam kat nenek ye.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2010 05:18 PM | Show all posts
apa komen teman pasai kes baginda Rasulullah s.a.w dsihir.. baginda rasa seolah2 berbuat sst tp  ...
halimi78 Post at 9-12-2010 16:58


Rasul juga manusia seperti kita, makan, minum, tidur, bermimpi, tertekan, sakit dan mati (wafat) ... jadi kemungkinan Rasullullah SAW mengalami halusinasi atau delusi seperti pesakit schizo juga wujud dengan izin Allah SWT. Teman percaya, akal manusia hanya sedikit digunakan, umpama sebutir pasir di pantai. Akal manusia mempunyai potensi yang begitu luas untik menjelaskan fenomena yang sukar ditafsir oleh teknologi dan sains masa kini, namun pada pandangan teman, kita sebagai orang Islam tidak wajar menghadkan pemikiran dan penerokaan kita dengan menjadikan benteng paranormal sebagai titik noktah. Allah SWT menjadikan akal untuk kita berfikir dan mencari jawapan kepada keagunganNya dan mentaatiNya setelah kita menemui jawapan yangkita cari.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:22 PM | Show all posts
jadi kemungkinan Rasullullah SAW mengalami halusinasi atau delusi seperti pesakit schizo juga wujud dengan izin Allah SWT.
Temantidox Post at 9-12-2010 17:18


Rasulullah dsihir @ mengalami halusinasi/delusi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 05:45 PM | Show all posts
Rasulullah dsihir @ mengalami halusinasi/delusi?
halimi78 Post at 9-12-2010 17:22


Dengan izin Allah SWT..jika Rasulllullah boleh disihir oleh manusia, maka baginda juga boleh mengalami halusinasi / delusi. Nape?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 07:26 PM | Show all posts
Reply 184# Temantidox

bmakna.. halusinasi/ delusi bkn semata dsebabkan maslah perubatan.. setuju?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:09 PM | Show all posts
jadi kemungkinan Rasullullah SAW mengalami halusinasi atau delusi seperti pesakit schizo juga wujud dengan izin Allah SWT.
Temantidox Post at 9-12-2010 17:18


aku minat nak quote yang ini jerr.... seperti biasa aku malas nak campur sgt bagi golongan2 mcm gini.... tapi ayat ni yang tak boleh handle nihh.... secara UMUM nya,.... ayat itu menunjukkan bahawa FIRMAN (Wahyu) tuhh hanya rekaan Rasulullah jerr laa... kerana dia dalam berkeadaan halusinasi bahawa kononnya dia menerima WAHYU... walhal ikut kajian sains kononnya semua perkara boleh dijelaskan hatta Rasulullah naik ke tingkatan langit ke 7.....

hamba listingkan laa ehh kes2 yang golongan2 begini boleh huraikan kononnya melalui kajian.... bagi kamu semua perkara pasti ada sebab dan mesti ada bukti... dah biasa dah dengar biasanya golongan2 yang tidak percaya paranormal nihh....

1. Rasulullah Naik burung dari Syurga iaitu buraq - (golongan nihh kata maybe Rasulullah cuma mimpi jerr... mana ada burung besar tuhh yang boleh ditunggang dan kelajuan cahaya, bukan hamba kata, golongan nihh biasa kata)

2. Batu Terapung di Baitulmaqdis nak ikut Rasulullah - (Rasulullah sakit kepale woo... dia nampak batu seolah-olah terapung ke udara, walhal tak pun.)

3. Rasulullah naik ke tingkatan Langit ke-7 jumpa para Rasul dan lihat syurga neraka dan lain2... (golongan nihh kata Rasulullah cuma mimpi jerr malam tuhh... tertidur sebelah batu yang dikatakan terapung tuhh... sebab kes sakit kepale)

4. Nabi Sulaiman bercakap dengan haiwan.. (Nabi Sulaiman syok sendiri maa... mana ada sains membuktikan haiwan boleh berkata-kata, Buku sirah nabi tuhh penipu jerr.. nak sedapkan penglipurlara)

5. Nabi Ismail hentak tumit keluar air dari bawah bumi - (alahh... air zam-zam tuhh takde ape pun... bukan kerana hentakkan kaki Nabi Ismail pun, air mata air mmg akan keluar menjadi oasis di padang pasir... air tuhh rasa lain sebab duduk di bawah bumi (air mineral) biase jerr tuhh, cerita sirah nak sedapkan cerita supaya nampak best kononnya nabi air tuhh keluar sebab hentakkan kaki ismail)

6. Rasulullah dipayungi awan dari sejak kecil - (itu halusinasi Rasulullah jerr... sebab dia taksub dengan alam semulajadi, padahal awan tak ikut dia pon... halusinasi bebudak kecil... dan kisah awan tuhh pun berlaku semasa Rasulullah kecil lagi)

7. Asyabul Kahfi - (mana ada manusia tidur selama 300 tahun dan dihidupkan semula... itu semua tipu jerr... cerita2 rakyat untuk kanak2...)

8. Tongkat nabi musa dibaling jadi ular dan memakan semua ular2 tukang sihir - (mengarut jerr tuhh... dalam transcript agama2 lain takde pulak cerita begitu... itu cerita yang disampaikan dari turun temurun beratus-ratus tahun, tentu ada khilafnya..., tongkat mana boleh jadi ular, siap telan ular tukang sihir pulak... macamana ular tongkat tuhh nak melawaskan makanannya itu??? itu semua cerita rakyat mesir yang penuh tipu daya..)

9. Nabi Musa Membelah lautan dengan tongkatnya - ( mana ada lautan boleh terbelah dengan hanya pukul tongkat ke tanah... dalam sains tak boleh buktikan pon... mythbuster kata tak boleh buat mcm tuhh... itu tak logic dalam human mankind... Firaun pun tak mati di dalam lautan merah... banyak maqam pharoah yang ditemui, lagipun scientist dah check kat lautan tuhh mana ada sisa2 bangkai haiwan atau manusia atau pedati kuda atau peralatan perang dalam laut tuhh... itu semua cerita rakyat, sains dah membuktikannya...)

10. Nabi Yusof menyelamatkan sebuah negara melalui mimpi - (secara kebetulan jerr tuhh... sains kan dah buktikan bahawa mimpi tuhh adalah proses otak berfikir... maka, segala perkara yang melibatkan mimpi tidak boleh dijadikan sandaran dan tidak boleh dipercayai... malah mimpi Nabi Yusoff tuhh hanyalah kebetulan dan dibuat-buat mungkin oleh orang yang bernama Yusoff tuhh..)


Pendek kata... semuanya perlu bukti, perlu dalil, perlu itu perlu ini..... maksudnya perkara yang ghaib semuanya boleh dihuraikan sains kerana aku hidup di zaman kini.... adoyaiii....  sampaikan rupa JIN yang tidak ditulis dalam Al-Quran pun dijadikan isu oleh golongan ini.... atau paling tidak pon, golongan ini tak habis2 kaitkan dengan kajian atau sains.... pusing2 kat situ....

maksudnya tak wujudlah neraka, syurga, qursi, tingkatan langit ke-7, tingkatan bumi ke-7, arasy yang di pegang oleh 700,000 malaikat, tingkatan RUH yang mempunyai 7 tingkatan, Rupa JIN, silap2 sampai satu tahap gaban, ada yang kata JIN tuhh tak wujud....

aku berani cakap laa.... kalau tak kerana wujudnya surah Al-Jin di Dalam Al-Quran.... aku boleh jamin laa yang akan muncul suatu golongan yang tidak mempercayai kewujudan JIN nihh.... nasib baik ALLAH S.W.t Maha mengetahui dan Maha Pengampun laa... maksudnya diberikan keterangan-keterangan supaya kamu boleh berfikir.... surah Al-baqarah....

bukan bagi keterangan contoh ABC maka hanya kata di dalam dunia nihh mmg hanya ABC.... mana muncul DEFG dan selanjutnya sebab dalam Al-Quran hanya mention ABC ajerr........ itu letaknya perbezaan diantara DALIL AQLI dan DALIL NAQLI.... tapi masih ada lagi yang fikir mcm gini.... aduss.... biasanya bagi orang biasa, nampak mcm bijak golongan nihh... tapi sebenarnya bagi yang benar2 berilmu, tak nampak bijak pon... apatah golongan nihh suka lagi menyulitkan kefahaman dengan menindihkan kebenaran dan hukum logic....

dan di dalam surah Al-Baqarah juga ada menerangkan tentang golongan2 mcm gini.... dah nampak dahh.... dunia pun nak akhir zaman... apa yang diperkatakan Al-Quran tuhh adalah BENAR lagi HAQ.... iaitu tanpa WAS2.... mmg benar... lepas satu2 muncul golongan seperti ini.... sama mcm kes kaum yang paling dihina di dalam Al-Quran... Nabi dtg, dia junjung, dia sambut, dia mengaku bertaubat dan mengikut agama ALLAH.... nabi mati, balik semula ke agama asal, tinggalkan suruhan dan buat yang dilarang.... malah diantaranya membunuh nabi2 sendiri.... bila nabi turun semula, maka kaum yahudi dan nasrani nihh mengaku lahh alim mengalahkan ulama besar... mengaku, menangis2 meminta keampunan TUHAN.... dan asyik2 minta nabi tunjukkan bukti.... kononnya bila ada bukti barulah mereka bertaqwa dan beriman dengan lebih yakin dan sesungguhnya... Nabi dah tunjukkan bukti macam2... dah hidupkan haiwan yang mati, dah belah bulan, dah lingkupkan satu kampung dengan gunung, dah minta doa lontarkan bebola api bagi penghuni kampung (sebenarnya letusan gunung berapi-rujuk pompeii), kemudian dah terbalikkan satu kaum sebab hubngan sejenis, dah jadikan bertahun2 tanaman subur.... tgk lahhh... bila nabi wafat atau dibunuh... balik semula dengan kepercayaan asal....

habit suka tunjukkan BUKTI tuhh sama laa mcm golongan yang disebutkan dalam Al-Quran tuhh.... bukti sana, bukti sini... kononnya sains dah kaji mcm gitu, dah kaji mcm gini, sains dah buktikan mcm gitu mcm gini.... sebab tuhh sains dan keagamaan perlu selari.... kita kena akur bahawa ada perkara di dalam dunia ini masih KEKAL dalam RAHSIA NYA yang MAHA PENYIMPAN RAHSIA hingga ke hari Kiamat termasuk Alam Ghaib yang golongan mcm gini tidak percaya tuhh....

fikir-fikirkan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2010 11:19 PM | Show all posts
satu lagi jerr aku nak termenyampuk thread nihh..... Rasulullah tidak pernah disantau OK.... malah tidak pernah tertekan.... dia tergolong dalam Rasul Ulul Azmi, jgn nak putar belitkan cerita2 dakyah2 tipu tuhh.... Rasulullah manusia biasa yang diangkat tingkatannya kepada taraf Rasul.... kena faham di situ.... dan dia dipelihara dari sebarang ancaman juga perkara-perkara yang memang telah dijanjikan oleh ALLAH S.W.t....

dan sampaikan semasa di ambang kewafatan... Jibrail menyampaikan ucapan dari ALLAH bahawa Rasulullah boleh pilih diantara hidup sampai waktu ajalnya itu, atau dipanjangkan kehidupannya hingga hari Kiamat.... Rasulullah cuma berkata bahawa dia ingin kembali menemui ALLAH yang Esa... begitu tingginya cinta Rasulullah untuk bertemu Maha Pencipta sampai sanggup menolak untuk hidup berpanjangan hingga hari Kiamat... (rujuk sirah sebenar Rasulullah)
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:24 PM | Show all posts
Reply 186# edy137

ingat nak kasi can dulu.. rupanya edy xmo kasi can dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 11:31 PM | Show all posts
Reply  edy137

ingat nak kasi can dulu.. rupanya edy xmo kasi can dah..
halimi78 Post at 9-12-2010 23:24


owhh ye kerr.... aduhhh... sori2.... heheh.... takpe... tgk apa lagi dia nak bidas nanti.... dia tak pernah quote saya punya statement... jgn risau... dia mesti abaikan dan akan bidas mengikut bidang fikiran nya nanti....

saya akan jadi pemerhati bebas jerr kat threas nihh... heheh... takmo kacau2 lagi... sorii lagi skali..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:41 PM | Show all posts
Reply 189# edy137

bkn stetmen edy jek yg dia x quote.. ada lagi bbrp org..
ntah.. rasanya ada wat pmintaan suh dia jawab/komen yg d reply..
bkn reply scr terpilih mcm skrg..

aiks... xkan la edy nak jadi pemerhati lak.. x syok la gitu.. mana bulih..
sama2 kita imarahkan tred ni.. byk lg blh bincang..
asalkan TT nak bincang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 02:01 AM | Show all posts
Tak rugi buat detour jap kesini ..


bagus seronok baca ..teruskn ...TT quote lah ..nak tahu jawapan scientist lak . ..opsss  sori ..jwapan dari segi science bukan scientist ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2010 10:39 AM | Show all posts
Teman orang Islam dan teman percaya syaitan itu wujud dan berkerja menyesatkan manusia, tetapi teman tak percaya syaitan, hantu, jin dan jembalang serta makhluk yang sama taraf dengannya itu boleh menjadikan manusia lari lintang pukang, bercakap sorang-sorang macam orang tidak waras dan sebagainya.

SEmuanya boleh dijelaskan melalui kajian psikologi ke atas pesakit neorosis seperti hysteria, fobia, kerisauan, hypokondrikal depresif obsesif kompulsif dan neurasthenia penyakit-penyakit gangguan psikosomatik dan psikosis yang lain.

Teman percaya, punca kepada semua itu adalah akibat tindakbalas @ rangsangan sistem autonomi yang keterlaluan ke atas organ-organ tubuh badan termasuklah kemampuan berfikir, sensasi dan persepsi manusia dan puncanya adalah sikap manusia itu sendiri yang sering mendedahkan dirinya kepada tekanan.

Manusia yang tidak mempunyai pegangan kepada iman atau tipis iman semasa berlumba-lumba mencari rezeki, kuasa, pangkat dan kemewahan hidup mungkin menjadi mangsa gangguan fikiran. Teman akan hurai lebih lanjut selepas ini.

Kita minom duluuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:42 AM | Show all posts
Reply 192# Temantidox

tetapi teman tak percaya syaitan, hantu, jin dan jembalang serta makhluk yang sama taraf dengannya itu boleh menjadikan manusia lari lintang pukang, bercakap sorang-sorang macam orang tidak waras dan sebagainya.


mmm.. jadinya hadis yg dtepek sblm ni ttolak la ye?

udah katanya teman seorang Islam.. knp x dgabungjalinkan ilmu Islam, ayat dan hadis dlm phujahan teman..
sbb pada pandangan kawan yg kabur ni.. Quran sbg panduan, makanya ayat2 yg tkandung ddlmnya xkan menyalahi mana2 disiplin ilmu... justeru sbg seorang Islam kwajiban bg kita mjadikan Quran dan hadis sbg dasar..

sambil2 teman bg phujahan tu.. ada baiknya teman huraikan balik reply2 dr kawan2 yg lain tu..
mcm kawan cakap aritu.. hargai pandangan org.. tu tertib dlm bmuzakarah bincang..
bkn jawab scr terpilih @ memilih.. mana yg rasa x betoi.. betoikan.. jgn biarkan aje x bsambut..
diorang dah luangkan masa menaip hujah.. jgn la teman wat x nampak.. kalo betul teman nak bincangkan la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by hantukiller at 10-12-2010 16:10
Teman orang Islam dan teman percaya syaitan itu wujud dan berkerja menyesatkan manusia, tetapi teman tak percaya syaitan, hantu, jin dan jembalang serta makhluk yang sama taraf dengannya itu boleh menjadikan manusia lari lintang pukang, bercakap sorang-sorang macam orang tidak waras dan sebagainya.
Temantidox Post at 10-12-2010 10:39
Macamana syaitan tu bekerja menyesatkan manusia? pernah syaitan tu bekerja menyesatkan awak? apa kaedah yg digunapakai mereka, atau mungkinkah awak adalah orang yg terselamat dari disesatkan dan tipudaya syaitan? bagaimana teori psikologi leh menjelaskan kaedah syaitan bekerja menyesatkan manusia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2010 03:21 PM | Show all posts
aku minat nak quote yang ini jerr.... seperti biasa aku malas nak campur sgt bagi golongan2 mcm  ...
edy137 Post at 9-12-2010 23:09


Saudara, terimakasih atas hujah panjang lebar yang pada hemat saya sebagai seorang Islam amat bernas namun saudara lebih cenderung menggunakan pendekatan teologi untuk menafikan teori-teori psikologi yang saya ketengahkan di sini. Psikologi merupakan salah satu aliran akademik yang mengkaji secara saintifik proses-proses mental dan tingkahlaku manusia. Kajian yang menjurus secara mendalam bagaimana manusia bertindak terhadap perasaannya, pemikirannya, tanggapannya, daya ingatan malah aktiviti2 berkaitan biologikal manusia itu sendiri.

Teori pemikir atau ahli falsafah psikologi bergantung kepada data dan maklumat yang dikumpul dalam kajian2 saintifik (psikoanalisis) yang dijalankan, namun adakalanya pengalaman hidup dan peristiwa yang dialami seseorang juga boleh dijadikan asas kepada falsafah atau teori yang dimaksudkan namun sering dibidas dan diragui. Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia membesar,  kelakuan ketika proses membesar dan pengaruh intrinsik dan ekstrinsik yang membentuk personaliti manusia tersebut sehingga menjadikan dia seseorang individu baik, jahat, miskin, kaya, bodoh, cerdik, sabar, baran dsbg...

Di antara soalan yang dikaji oleh Religion Psycologist termasuklah kenapa ajaran Islam tidak dapat diterima oleh masyarakat Barat sedangkan Islam itu dikatakan mewakili nilai sejagat. Malah saya amat berminat untuk mengkaji sejarah hidup dan pemikiran Rasullullah SAW yang berjaya menjadikan Islam sebagai agama kedua paling ramai pengikut selepas Kristian, namun jika kajian saya itu dibayangi dengan perkara2 paranormal yang diambil bulat2 sebagai kepercayaan tanpa dapat dinilai dan dianalisa oleh bidang psikologi, saya suka mengundur diri dari dilabel bermacam2 oleh individu yang mempunyai pemikiran seperti saudara.

Kita minum dulooo..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 03:42 PM | Show all posts
jika kajian saya itu dibayangi dengan perkara2 paranormal yang diambil bulat2 sebagai kepercayaan tanpa dapat dinilai dan dianalisa oleh bidang psikologi, saya suka mengundur diri dari dilabel bermacam2 oleh individu yang mempunyai pemikiran seperti saudara.

Temantidox Post at 10-12-2010 15:21
Bukanlah kami disini melabel yg macam macam berkenaan pemikiran yg diketengahkan oleh awak, disini adalah forum bebas tetapi sentiasa terkawal, dan setiap seorang mempunyai pendapat dan kefahaman yg tersendiri... memang bidang psikologi tu bidang awak, sementara bidang paranormal memang bukan bidang awak, so ada baiknya kedua bidang ini dikaji dengan lebih mendalam...

Bukan apa, awak yg membuka thread ini disini dengan jelas menolak terus segala kefahaman dan pengalaman yg sebenar benarnya dilalui oleh ahli forum disini, so awak kene beri penjelasan setiap persoalan yg diajukan, jika awak tak mampu memberi penjelasan yg sebenar benarnya, hanya berdasarkan teori semata, payah lah kami disini nak menerimanya...

Ingat, segala rukun iman dalam islam tak dapat dibuktikan dengan teori psikologi awak tu...Allah, malaikat, kitab Allah, nabi dan rasul, qada' dan qadar dan hari akhirat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2010 04:02 PM | Show all posts
Macamana syaitan tu bekerja menyesatkan manusia? pernah syaitan tu bekerja menyesatkan awak? apa kae ...
hantukiller Post at 10-12-2010 11:54


Teman nak tanya balik, manusia tersesat di dalam hutan, adakah syaitan yang menyesatkan manusia itu atau kegagalan proses mental manusia itu sendiri yang menyesatkan dia?

Dukun akan komen begini: " Itu laaa, atok dah cakap, mulut kene jago tapi korang degil. Kat dalam utan tu jangan korang cakap besau, nah sekarang tengok apa dah jadi, nasib baik korang tak mati di baham puaka pokok ketapang kat dalam hutan tu.."

Pengkaji tingkahlaku pula akan cenderung mencari titik tolak atau punca kepada kejadian sesat tersebut dengan mengumpul data perjalanan, peralatan yang digunakan, faktor persekitaran, diri individu2 yang terlibat termasuk tahap kesihatan mereka dan bukti-bukti lain yang boleh mengaitkan kesilapan proses mental dengan akibat yang telah berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 04:08 PM | Show all posts
Teman nak tanya balik, manusia tersesat di dalam hutan, adakah syaitan yang menyesatkan manusia  ...
Temantidox Post at 10-12-2010 16:02
Mengapa pusing terlalu jauh sedangkan ko boleh je jawab terus sebab persoalan yg aku ajukan adalah kenyataan yg ko buat sendiri... syaitan bekerja menyesatkan manusia...

Jawab je lah guna teori psikologi ko tu apa kaedahnya........... tak payah jauh pusing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2010 04:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by Temantidox at 10-12-2010 16:13
Mengapa pusing terlalu jauh sedangkan ko boleh je jawab terus sebab persoalan yg aku ajukan adalah k ...
hantukiller Post at 10-12-2010 16:08


Syaitan tak boleh sesatkan manusia, dia gempak jer dia tak buat pun, penat berkerja tapi sia-sia... manusia yang sesatkan diri sendiri kerana kegagalan proses mental. Tak de ape yang nak ditakutkan dengan syaitan.

Ok?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 04:15 PM | Show all posts
Syaitan tak boleh sesatkan manusia, dia gempak jer dia tak buat pun... tetapi manusia yang sesat ...
Temantidox Post at 10-12-2010 16:12
Bermakna ko tolak la Alquran yg mengatakan syaitan tu musuh utama manusia...??? adakah AlQURAN itu menipu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.657726 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list