Ermm.. Actually aku baru dapat call daripada pihak Econsave berhubung komplen aku pasal DVD yang aku hantar repair sejak 04 April 2010 yang lepas masih lagi tak siap-siap!!
Sebenarnya pagi tadi aku just nak terus call je ada satu contact ni. Pekerja dekat kaunter pertanyaan tu yang referkan. Dua kali aku call pagi tadi tak dapat.
And then aku sajalah gugel Econsave.. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang.. Ada website dan yang penting ada e-mel!!!
So apa lagi.. Teruslah aku gunakan bakat mengarang e-mel berbentuk komplen..
---------------------------------------------------------------------------------------
From: Mohd Suhaimi Shariff
Sent: Wed 6/2/2010 12:24
To: 'econpd@econsave.com.my'
Cc:
Subject: Servis Pembaikan Semula..
Salam sejahtera.
Merujuk kepada resit di bawah, saya ingin melahirkan rasa tidak puas hati saya di atas kelewatan servis pembaikan item MASTAR DV-MKG-01146 seperti yang tercatit.
Untuk makluman, hampir setiap minggu saya terpaksa pergi ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan status DVD saya.
Namun jawapan yang saya terima teramatlah mendukacitakan. Di antaranya, item masih belum dihantar kepada pihak terbabit walaupun setelah sebulan.
Kemudian pula, saya diberi alasan bahawa item sudah dihantar tetapi belum dikembalikan.
Justeru, saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera sebelum saya melanjutkan lagi isu ini kepada pihak yang berkenaan.
priki...bagus thread ko ni
katak_ungu Post at 2-6-2010 21:15
ehehe thanks..
korang pun mesti pernah ada experience gak kan.. share share lah kat sini...
antara komplen lain aku yang pernah berhasil sebelum ni ialah e-mel pasal nak dapatkan servis Streamyx. Dah apply lama tapi still masuk KAJI SIASAT .. Then one day, aku try guna servis SMS dia utk check availability ada lah plak. So lepas emel tu, e-mel ke orang atasan sekali.. barulah bergerak..
Tapi yang kes Econsave ni aku betul2 tak sangka.. Yelah sebab aku emel pagi tadi.. Sampai aku balik kerja tadi tak dapat apa2 reply pun.. Igtkan diorang bolayan je.. ehehe..
Dengan nada yang agak cuak.. Ms Bee Lan tu call aku tadi.. Siap call rumah lagi tau.. ...
freekey Post at 2-6-2010 08:45 PM
Priki...aku rs yg Pihak atasan tak tahu menahu serta tak diberitahu pasal permasalahan ni....org bawahan yg sepatutnya jalankan tugas mungkin "sorok" kes ni dr pengetahuan derang ...nak cover line kekdahnya....
Kannnnnnnnn.....kenapa Sabtu ni dia surh datang amik walhal dah lebih sebulan mende yg rosak tu dok terperuk.
korang pun mesti pernah ada experience gak kan.. share share lah k ...
freekey Post at 2-6-2010 09:21 PM
Mmg ada beberapa surat yg aku pernah hantar....antaranya ialah streamyx .....dulu pernah tabur e-mail kat semua pengarah ....Hasilnya....
Fuhhhhhhhhhh...aku nganto sabtu Malam....Tghari Ahad org Streamyx datang ...Ahad tu...aku tak expect pun derang akan respond begitu punya cepat....akhirnya...masalah dekat 3 minggu aku settle dlm masa tak sampai 24 jam...penangan E-mail ke Pengarah2 kan...