CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6155|Reply: 29

Cuaca tak menentu...

[Copy link]
Post time 26-7-2006 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Keadaan dunia sekarang agak kucar kacir.. bencana alam di sana sini... kenapa cuaca tak menentu sekarang?
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 26-7-2006 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 26-7-2006 01:41 PM
Keadaan dunia sekarang agak kucar kacir.. bencana alam di sana sini... kenapa cuaca tak menentu sekarang?

sebab manusia byk buat dosa
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 04:09 PM | Show all posts
MASALAH jerebu dan kepanasan cuaca yang disebabkan aktiviti pembakaran terbuka dan juga pengurusan alam sekitar yang kurang baik merupakan fenomena biasa yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di negara ini dan juga negara jiran.

Setiap tahun dalam bulan-bulan tertentu, kita akan terpaksa memastikan anak-anak kecil tidak terlalu terdedah kepada persekitaran luar kerana masalah jerebu dan cuaca tidak menentu itu mampu membawa kesan yang kurang baik kepada kesihatan.

Masalah kepanasan suhu, perubahan cuaca atau kesan rumah hijau sebenarnya telah menjadi isu alam sekitar yang terpenting di dunia ketika ini. Ia telah mendapat perhatian organisasi-organisasi alam sekitar, kerajaan dan juga syarikat swasta.

Masalah kepanasan suhu dan perubahan cuaca dunia dikaitkan dengan kadar pelepasan rumah hijau (GHG) dari pelepasan karbon dioksida ke udara daripada aktiviti manusia seperti pembakaran minyak oleh kenderaan.

Keadaan ini seterusnya mampu membawa perubahan cuaca yang dramatik yang seterusnya mampu menyebabkan cuaca tidak menentu seperti musim tengkujuh, kemarau, banjir dan peningkatan aras laut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 08:39 AM | Show all posts
Originally posted by razifah at 26-7-2006 04:09 PM
MASALAH jerebu dan kepanasan cuaca yang disebabkan aktiviti pembakaran terbuka dan juga pengurusan alam sekitar yang kurang baik merupakan fenomena biasa yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di neg ...

Maknanya... selagi ada pelepasan asap dari kenderaan dan kilang, maka akan semakin panas le dunia ni... dan semakin tak menentu le cuaca kat dunia ni... Risau... sebab taufan, banjir, gempa bumi dan tsunami sekarang makin kerap dan tak menentu datangnya... tak menentu tempatnya... apa yang boleh kita lakukan agar keadaan ini dapat dibendung... hutan semakin ditebang... ada yang terbakar...kadar menanam pula tak mengimbangi kadar kehilangan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by weta_studio at 26-7-2006 02:42 PM

sebab manusia byk buat dosa

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari manusia... jadi kalau manusia banyak buat dosa... jadi Allah sengaja memberi peringatan itu untuk mengingatkan manusia agar berbalik kepangkal jalan?  Namun berapa ramaikah yang memikirkannya....?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 27-7-2006 08:45 AM

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari manusia... jadi kalau manusia banyak buat dosa... jadi Allah sengaja memberi peringatan itu untuk mengingatka ...

time bencana ramai yg ingat tuhan..time lepas bencana takde dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2006 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by weta_studio at 27-7-2006 09:07 AM

time bencana ramai yg ingat tuhan..time lepas bencana takde dah

tul gak kata awak tu weta...

skrg dah mcm2 bencana alam yg terjadi...

mungkinkah semua tu menyebabkan cuaca tak menentu...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by weta_studio at 27-7-2006 09:07 AM

time bencana ramai yg ingat tuhan..time lepas bencana takde dah

Habis tu tak ada usaha ke nak ingatkan mereka ni?  Dalam Al-Quran ada sebutkan yang petir dan guruh tu sebagai peringatan bagi manusia yang ingkar... ni... bukan aje petir dan guruh lagi... ini puting beliung... taufan... kira Malaysia ni OK le... kat Cina dengan India... nak gi sana pun dok susah hati...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 28-7-2006 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by razifah at 26-7-2006 04:09 PM

Keadaan ini seterusnya mampu membawa perubahan cuaca yang dramatik yang seterusnya mampu menyebabkan cuaca tidak menentu seperti musim tengkujuh, kemarau, banjir dan peningkatan aras laut.

tang mana yg tak menentunya, climate change cuma menyebabkan peningkatan aktiviti cuaca such as kalau hujan.. hujan lebih lebat, kalau panas...suhu lebih panas, typhoon...typhoon lebih kuat.... itu saja... semuanya sistem yang bertujuan menstabilkan bumi...tak lebih dari itu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by rudz at 28-7-2006 10:35 AM

tang mana yg tak menentunya, climate change cuma menyebabkan peningkatan aktiviti cuaca such as kalau hujan.. hujan lebih lebat, kalau panas...suhu lebih panas, typhoon...typhoon lebih kuat.... ...

attee, wehh!!!

disebabkan perubahan pada iklim mikro akibat tindakan manusia, pola suhu, pola sejatan dan pemeluwapan, pola angin, pola kelembapan udara, pola kehadiran anasir terampai dsb telah merubah sedikit sebanyak makro iklim global. ketidaktentuan cuaca boleh dikatakan berlaku apabila tempat2 yg dulu jarang hujan kini selalu hujan, dulu kurang lebat kini lebat, dulu kering kini basah dan sebaliknya, dulu sejuk kini panas dan sebaliknya dsb.

kesan penebangan tumbuhan byk menyumbang kepd perubahan suhu dan kelembapan udara. tanah-tanih yg terdedah dan bangunan2 berwrna cerah telah tigkatkan kesan albedo persekitaran. akibatnya suhu atmosfera meningkat
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by spitfire007 at 28-7-2006 09:59 PM

Bagi teman perubahan iklim yg dimaksudkan oleh kebanyakkan saintis adalah sedikit peningkatan daripada kebiasaannya, perubahan iklim ini tidak bermaksud sampai iklim itu berubah, winter, summer, autumn, spring tetap tiba pada waktunya malah northest monsoon, southwest monsoon, intermonsoon di Malaysia tetap tiba bila waktunya, northeast monsoon masih merupakan waktu basah di setengah2 tempat di Malaysia, polanya masih sama, pola suhunya masih sama (walaupun ada sedikit peningktan - bagi teman SST telah menjawabnya), pola hujan masih sama, pola radiation,pola kelembapan masih sama ... tiada yg berubah cuma cycclenya mencapai kemuncak pada waktu ini. Setiap kehidupan ada cycclenya (kalau tidak masakan org tua2 sentiasa berkata tentang roda kehidupan - sometime u di atas, kadang2 dibawah)... begitu jugalah dengan elemen2 lain... tidakkah satu titik zarah lautan tu akan kembali ke tempat asalnya selepas 1000 tahun, begitula juga zarah2 di atmosfera ... gelombang haba tetap bergerak mengikut polanya ... bila sampai waktu peaknya... maka peakla dia... suhu jadik peak pada waktu tu... off course bila suhu bila tinggi aktiviti pelepasan latent heat lebih tinggi... hujan shower. lightning. thunderstorm malah tropikal storm, tornodoes dsbnya menjadik lebih kuat (akibat lebihan tenaga).

Tidakkah kita memahami bahawa long wave (pressure wave - kesemua elemen2 cuaca berkadar secara terus dengan pressure) sentiasa menuju kearah kestabilan... sekiranya gelombang angin bergerak lebih aktif dari sepatutnya, bukankah wave elemen2 lain akan meneutralkannya ... begitula kehidupan sentiasa bergaul dan bekerjasama...

Bukankah dipertembungan air sungai dan laut tu sentiasa terdapatnya vortex (pusaran air akibat pertembungan air masin dan tawar)... Bukankah dengan adanya vortex ini, air2 tu menjadi lebih mesra dan continous (tidaklah kita merasakan air tu masin and tiba2 tawar sahaja... melainkan terdapatnya kesambungan iaitu masin... kurang masin... kurang masin lagi... seterunya sampaila tawar). Begitu jugala dengan atmosfera ini... tidakkkan typhoon tu merupakan satu enjin untuk memesrakan alam nie, tidakkah fungsinya supaya atmosfera di kaw. tropik boleh bercampur dengan atmosfera di kaw. temperate country.. dan begitula juga antara mereka ngan atmosfera di kaw. sejuk... Begitula juga dengan fenomena2 cuaca yg lain... bukankah semuanya adalah enjin supaya sistem bergaul dan mesra
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by spitfire007 at 28-7-2006 09:59 PM

kesan penebangan tumbuhan byk menyumbang kepd perubahan suhu dan kelembapan udara. tanah-tanih yg terdedah dan bangunan2 berwrna cerah telah tigkatkan kesan albedo persekitaran. akibatnya suhu atmosfera meningkat

emm.. teman setuju kenyataan miker nie... tapi bukankah salji juga mempunyai albedo yang tinggi... so, how u want to explain with peningkatan suhu atmosfera
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by rudz at 29-7-2006 09:46 AM

emm.. teman setuju kenyataan miker nie... tapi bukankah salji juga mempunyai albedo yang tinggi... so, how u want to explain with peningkatan suhu atmosfera

attee, wehhh!!!

bile albedo tinggi, pantulan cahaya dan haba dari bumi ke atmosfera bertambah tapi tak semua pantulan ni sampai ke space. sebahagian darinya (long wave) terpantul kembali ke bumi oleh zarah2 pencemaran yg terampai di atmosferasampai suatu tahap, kesan rumah kaca akan dirasai sama ada secara mikro atau makro.

mmg pola iklim global tidak banyak menunjukkan perubahan tetapi di sesetengah lokaliti, perubahan secara mikro mmg terasa. penentuan dan parameter iklim juga tidak dirasai dlm jangkamasa pendek kerana parameter yg digunakan utk tentukan iklim sesebuah tempat meliputi bacaan elemen2 iklim dlm jangkamasa panjang... at least 35 years...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by spitfire007 at 29-7-2006 10:21 PM

bile albedo tinggi, pantulan cahaya dan haba dari bumi ke atmosfera bertambah tapi tak semua pantulan ni sampai ke space. sebahagian darinya (long wave) terpantul kembali ke bumi oleh zarah2 pencemaran yg terampai di atmosferasampai suatu tahap, kesan rumah kaca akan dirasai sama ada secara mikro atau makro.

salam,
teman faham maksud miker, but before thut teman rasa miker ada sdikit confused... if we want to talk abt radiation wave... firstly radiation yang puncanya dari sinaran matahari yang menerjah terus ke bumi... thut one we call it long wave (sbb. wavelength dia panjang) and apabila thut sinaran dipantulkan samada oleh permukaan bumi ataupun apa-apa sekalipun samada di atmosfera bumi, lautan dan sebagainya... thut one kita panggil short wave (sbb. wavelength dia jauh lebih pendek daripada wavelength sinaran matahari tadi).

tentang albedo lak, teman faham bila albedo tu tinggi... maka kadar refleks/pantulan tu tinggi... kalau tak silap teman elemen yg mempunyai albedo yg tertinggi adalah snow dan bagi gas2 rumah kaca spt. CO2, gas nitrat, asap sulphur (sorry... bab chemistry nie teman mmg lemah ... tapi teman tahu ianya berkaitan dengan nitrium, sulphur etc) mempunyai albedo lebih kurang ditahap pertengahan. So (berbalik pd asal), miker kata radiasi yang terperangkap antara gas2 rumah kaca tadi dan permukaan bumi menyebabkan suhu bumi meningkat (sbb. kadar pantulan tinggi, maka radiasi terpantul lebih byk)... ok... cuba pegi dikawasan bersalji ada snow tengah turun, albedo dia tinggi... radiasi tetap ada... but mengapa suhu atmosphere dikawasan tu tak meningkat lak...

okla... teman cuba ringkaskan... antara kesan rumah kaca ni adalah penipisan ozon kan...kan... dan kita tahu negara plg byk. melepaskan gas2 nie adlh. US... so soalan teman... ngapa yg lepaskan gas adalah US di Hemisphere Utara but ozone yg bocor adalah di Antartik (Hemisphere selatan).
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 12:42 AM | Show all posts
Originally posted by spitfire007 at 29-7-2006 10:21 PM

mmg pola iklim global tidak banyak menunjukkan perubahan tetapi di sesetengah lokaliti, perubahan secara mikro mmg terasa. penentuan dan parameter iklim juga tidak dirasai dlm jangkamasa pendek kerana parameter yg digunakan utk tentukan iklim sesebuah tempat meliputi bacaan elemen2 iklim dlm jangkamasa panjang... at least 35 years...

Bagi membincangkan tentang perubahan iklim, ianya bukan mudah.. bagi kawasan tropik sahaja beratus parameter cuaca dan model perlu diperbincangkan antaranya planetary boundary conditionsnya, SSTnya, MJOnya (maiden julian ossilation), OLRnya (Outgoing longwave radition) sampaila ke Rossby wavenya, tropical wavenya malah shallow water wavenya pun perlu diambil kira....
okla... bagi teman kesimpulan/anggapan teman tentang perubahan cuaca yg berlaku sekarang sebenarnya lebih banyak dipengaruhi oleh cycle elemen cuaca tu sendiri bukannya faktor luaran seperti gas rumah hijau dsbnya (teman TAK BERMAKSUD gas2 dsbnya tadi tidak memberi kesan tapi faktor atau ciri-ciri/sikap elemen cuaca tu lebih dominan).
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 01:35 AM | Show all posts
atteee, wehh!!!

... kalau tak silap teman elemen yg mempunyai albedo yg tertinggi adalah snow dan bagi gas2 rumah kaca spt. CO2, gas nitrat, asap sulphur (sorry... bab chemistry nie teman mmg lemah ... tapi teman tahu ianya berkaitan dengan nitrium, sulphur etc) mempunyai albedo lebih kurang ditahap pertengahan.

albedo adalah jumlah pantulan cahaya tampak (visible light) oleh permukaan, lazimnya bergantung kpd warna permukaan tersebut. makin cerah, maka makin tinggi albedonya. eg: fresh snow up to 90% reflectivity vs. 4% for black charcoal. gas tidak tinggi albedonya sbb ia tidak visible

So (berbalik pd asal), miker kata radiasi yang terperangkap antara gas2 rumah kaca tadi dan permukaan bumi menyebabkan suhu bumi meningkat (sbb. kadar pantulan tinggi, maka radiasi terpantul lebih byk)... ok... cuba pegi dikawasan bersalji ada snow tengah turun, albedo dia tinggi... radiasi tetap ada... but mengapa suhu atmosphere dikawasan tu tak meningkat lak...

bila salji tgh turun bermakna ada cloud cover, kalau takde cloud cover salji nak datang dari mana? OK... bila ada cloud cover, sunlight dan solar heat tak banyak masuk utk dipantulkan sbb tu suhu atmosphere tak naik. lagi pun kehadiran awam (snow clouds) juga bertindak sbg insulator keeping sun heat out and earth coolness in.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 31-7-2006 01:46 AM | Show all posts
antara kesan rumah kaca ni adalah penipisan ozon kan...kan... dan kita tahu negara plg byk. melepaskan gas2 nie adlh. US... so soalan teman... ngapa yg lepaskan gas adalah US di Hemisphere Utara but ozone yg bocor adalah di Antartik (Hemisphere selatan).

attee, wehh!!

penipisan lapisan ozon bukan disebabkan oleh kesan rumah kaca tapi sebaliknya di mana kesan rumah kaca disebabkan oleh penipisan lapisan ozon. bila lapisan ozon semakin tipis, atmosfera tak dapat halang sebahagian dari jenis2 cahaya (eg: UV) sampai ke bumi. lapisan ozon menipis akibat tindak balas klorin terhadap gas2 ozon dan memecah-belahkannya.

hemisfera selatan teruk terjejas krn bahan2 pencemar lapisan ozon dibawa ke sana lantaran pergerakan udara di bhg mesosfera (about 30-50km up) dan reaksi putaran bumi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 01:56 AM | Show all posts
Originally posted by spitfire007 at 31-7-2006 01:35 AM
albedo adalah jumlah pantulan cahaya tampak (visible light) oleh permukaan, lazimnya bergantung kpd warna permukaan tersebut. makin cerah, maka makin tinggi albedonya. eg: fresh snow up to 90% reflectivity vs. 4% for black charcoal. gas tidak tinggi albedonya sbb ia tidak visible

salam,
tak tidur lagik... makin ke pagi makin aktif lak miker...

betoi la tu... teman setuju ... cuma bagi teman albedo tu sesuatu jasad tu rendah samada jasad tu transparent atau dia menyerap sinaran tu... contohnya black charcoal... dia serap... water vapour transparent (reason nape mempunyai albedo yg rendah)... tapikan... serasa teman ada gas yg mempunyai albedo yg tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 02:03 AM | Show all posts
Originally posted by spitfire007 at 31-7-2006 01:35 AM
bila salji tgh turun bermakna ada cloud cover, kalau takde cloud cover salji nak datang dari mana? OK... bila ada cloud cover, sunlight dan solar heat tak banyak masuk utk dipantulkan sbb tu suhu atmosphere tak naik. lagi pun kehadiran awam (snow clouds) juga bertindak sbg insulator keeping sun heat out and earth coolness in.

salam,
(sebenarnya teman tak da benda nak argue) tapi saja memanjangkan ceiter...

ceiter miker kat atas cuma cover certain cases... macamana lak cases yg lain... dimana kalau takda cloud cover macamana radiation nak ditrap... short wave akan terpantul terus ke space...

begitu jugak kalau banyak zarah terampai (greenhouse gases tadi)... sunlight dan solar heat jugak tak banyak masuk
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 02:06 AM | Show all posts
Originally posted by spitfire007 at 31-7-2006 01:46 AM

penipisan lapisan ozon bukan disebabkan oleh kesan rumah kaca tapi sebaliknya di mana kesan rumah kaca disebabkan oleh penipisan lapisan ozon. bila lapisan ozon semakin tipis, atmosfera tak dapat halang sebahagian dari jenis2 cahaya (eg: UV) sampai ke bumi. lapisan ozon menipis akibat tindak balas klorin terhadap gas2 ozon dan memecah-belahkannya

salam,
eh yea ke... bukanke case nie sama spt. antara ayam dan telur ayam yg mana dulu...

bukan ke gas klorin nie salah satu daripada greenhouse gases...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.234659 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list