Goldkey Publish time 2-6-2017 11:37 AM

frinyx replied at 2-6-2017 08:59 AM
Goldkey....
Anda memang hebat...

terima kasih


Goldkey Publish time 6-6-2017 05:00 AM

AL QURAN

Allah
Lailahailallah

Quran
Untuk mengingatkan
Ramai yang rugi
Amalan takmenepati
Nikmat-Nya yang mana engkau dustakan?

Goldkey Publish time 26-6-2017 08:30 AM

SEDEKAH

Sedekah
Elak dri dari jadi sampah
Di akhirat datang pertolongan Allah
Engkau selamat InsyaAllah
Kerana azab-Nya tiada helah
Angkara lalai menyembah
Hingga bawah padah.

CNM

Goldkey Publish time 16-9-2017 12:23 PM

Bang...

Sungguh berat hati ini
Abang telah tinggalkan kami
Abang sukar dicari ganti
Rasa kehilangan menusuk emosi
Indahnya ukiran ribuan memori

Abang
Berehatlah dengan tenang
Duniamu cemerlang gemilang
Unggul bab kerdipan bintang
Lagenda terbilang

Harapan kami semua
Allah kurnia sejahtera
Menikmati alam bersara
Ingatan kami terpelihara
Di sini kami sentiasa mengutus doa.

CNM

red_rose Publish time 18-9-2017 07:10 PM

IKLIM

Insaflah
Kerana hiduphanya sementara
Leka kita mengejar dunia
Ibadat jangan dilupa
mati itu pasti

Goldkey Publish time 25-9-2017 07:16 PM

ABAD DUAPULUH SATU

Abad duapuluh satu
Beri cabaran kepada guru
Ayah ibu datang melutu
Di dakwa guru bertindak melulu

Dulu ayah ibu
Unggul membantu
Anak diserah kepada cikgu
Pukullah janji tak jadi hantu
Usah cuba mengadu
Lebat lagi diluku
Umum merestu
Haluan hidup ditentu guru

Sayang, kini tak macam dahulu
Anak-anak ramai yang haru
Tersalah pilih ilmu
Ungkapan paling jitu.

CNM

Goldkey Publish time 22-10-2017 12:34 PM

SENYUM

Senyumlah
Ekspresi wajah
Nukilan terindah
Yang disukai Allah
Ukhuwah satu ibadah
Menyubur amalan sedekah.

CNM

Goldkey Publish time 16-11-2017 07:39 AM

HUJAN

Hujan
Untuk isi alam
Janjikan senyuman
Allah limpahkan kurniaan
Nikmat tiada tandingan

CNM

Goldkey Publish time 26-11-2017 05:11 PM

BANJIR

Banjir
Alam menzahir
Natijah tindak tak berfikir
Jalan-jalan dinaiki air
Isyarat tambah baik urus tadbir
Rencanakan pembangunan ingin dikelir.

CNM

Goldkey Publish time 18-3-2018 12:24 PM


KEPERITAN

Keperitan
Erti sebuah perjuangan
Peluang mengecapi kejayaan
Esok tiada sesalan
Rebut setiap kesempatan
Ikhtiar dengan kesabaran
Tabah melunas tugasan
Allah jua pemberi ganjaran
Nikmat mana hendak didustakan?

CNM

Goldkey Publish time 24-3-2018 03:19 PM

GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Guru
Umum tahu
Rela membantu
Urusan awam didahulu

Pemangkin padu
Era ketinggian ilmu
Membina modal insan maju
Acuan sendiri penentu
Corak hala tuju
Ummah ke mercu

Transformasi Pendidikan
Rancangan Kementerian
Abad duapuluh satu punya cabaran
Negara perlu ke depan
Saingi Pemodenan
Formula kemenjadian
Organisasi miliki keserasian
Rentak sealiran
Menuju kegemilangan
Amanah dipertahan
Sistem dilaksanakan
Intelektual dilahirkan

Pendidik kini
Ego ditolak ke tepi
Nasib anak didik dipeduli
Dahulukan murid melebihi diri
Ibarat lilin membakar menerangi
Dugaan menyeligi
Ibu bapa sering jadi duri
Kesilapan dicari
Alpa akan memakan diri
Namun semuanya tabah didepani.

CNM

Goldkey Publish time 7-4-2018 02:47 PM

KESIHATAN

Kesihatan
Elemen terpenting dalam kehidupan
Syukur andai masih tak perlu ubat-ubatan
Imej sihat sejahtera kekalkan
Hidup perlu mengutip bekalan
Amalan digandakan
Taubat sebelum menerima panggilan
Akan terselamat dunia dan akhirat yang berkekalan
Nikmat Allah dianugerahkan kesihatan berpanjangan.

CNM

Goldkey Publish time 8-4-2018 02:01 PM

Hala Tuju

Hati tercuit
Amalan didik genarasi dengan duit
Lama kelamaan hutang membukit
Anak cucu yang sakit

Tanggung beban
Usung keperitan
Jejas masa depan
Urusan hidup terkesan.

CNM

Goldkey Publish time 8-4-2018 04:55 PM

HARAPAN

Harap ada perubahan
Ambil yang baik lupa yang menekan
Rakyat bijak memilih untuk kesejahteraan
Apa pun sajian gimik membeli pilihan
Pengundi sudah matang dengan permainan
Allahu, kurniakan kami pemerintah berkeprihatinan
Nasib rakyat didahulukan tadbiran negara dinobatkan.

CNM

Goldkey Publish time 8-4-2018 05:32 PM

Warkah Buatmu

Warkah buatmu calon PRU
Amanah yang rakyat beri
Realisasikan dengan seikhlas hati
Kembalikan kekayaan negara
Anak bangsa angkat ke muka dunia
Hapuskan ketirisan urus tadbir wang disatukan

Bina kepercayaan generasi ke generasi
Ulung bangunkan negara ke peringkat tertinggi
Acuan bangsa menepati sunnah dan kalam Ilahi
Tempatmu pasti terjamin
Musim ke musim dihargai
Ubahlah ke arah harmoni.

CNM

Goldkey Publish time 10-4-2018 06:58 PM

SEMBILAN MEI

Sembilan Mei
Esoknya diketahui
Menteri yang mentadbir
BN atau Pakatan
Ini pilihan rakyat
Lantunan kehendak
Akur dan muhasabah
Nantikan PRU15 undi lagi

Melayu Cina India
Elok fikir dan pilih
Institusi yang tiada rintih.

CNM

Goldkey Publish time 12-4-2018 06:50 PM

MOTIF

Motif
Orang bersuara ada sebab
Tolak atau terima soal kedua
Ingat, bukan hanya kita yang meneliti
Frasa kita pegang biar tidak menyimpang.

CNM

Goldkey Publish time 12-4-2018 08:03 PM

PROFESIONAL

Profesional
Rungkai isu secara rasional
Orang mampu terima
Fenomena tiada jawapan dielak
Elemen persoalan diberi pencerahan
Sistem jangan sekali disalahkan
Input diminta
Output mesti berstatistik
Negatif positif
Ambil langkah intervensi
Lenyapkan spekulasi.

CNM

Goldkey Publish time 13-4-2018 03:00 PM

Mula-Akhir

Manusia
Umumnya bermula diperdengar
Lafaz kalimah
Allahuakhbar

Akhir nanti
Kalimah Lailahailallah
Harapan dapat disebut semua
InsyaAllah direda
Rahmat dunia dan akhirat.

CNM

Goldkey Publish time 18-4-2018 07:17 PM

TELEDOR

Tak akan terlunas
Elemen bab emas
Lebur sengaja dilemas
Entah-entah dicantas
Dek hati yang memulas
Onak duri diperluas
Rosak segala teras

CNM
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14
View full version: Mari Menulis Puisi Akrostik


ADVERTISEMENT