Goldkey Publish time 26-7-2015 03:12 PM

MALAYSIA SEHATI SEJIWA

Malaysia
Ampuh di persada dunia
Lantunan usaha teraju bangsa
Anjur pembangunan buat rakyat jelata
Yang terbukti mencapai agenda
Sosial ekonomi terlonjak ke menara
Insani terbina berlandas ajaran agama
Anggun di mata dunia.

Sehati
Ego ditolak ke tepi
Hayati erti kemerdekaan sejati
Amanat bapa kemerdekaan digenggami
Tunjang kecemelangan dikecapi
Imbalan selayak dinikmati.

Sejiwa
Etika satu bangsa satu negara
Jelmakan dalam tingkah bicara
Institusi keluarga terbela
Warga masyarakat bahagia
Anugerah bangsa merdeka.

CNM, 26/7/15

Goldkey Publish time 13-8-2015 08:12 PM

JATUH

Jatuh
Akibat sikap angkuh
Tiada strategi ampuh
Untuk menambah teguh
Hanya realiti kian mengeruh.

CNM

Goldkey Publish time 13-12-2015 12:06 PM

Jiwa Besar

Jiwa besar
Isyarat diperdengar
Waki-wakil dicabar
Akur dasar

Berjabat
Elak karat
Sahabat terjerat
Agenda demokrat
Resipi sambung hayat

CNM

Ogden_VanLoch Publish time 13-12-2015 02:53 PM

HUJUNG MINGGU

Hanya ini sekelumit masa yang dipunya
Untuk melepas lelah berpenat bekerja
Jika dahulu Ahad itu tiada makna
Untung kini hari itu yang paling melega
Nanti besok lusa kembali serabut kepala
Gara-gara urusan dunia yang tiada sudahnya.

Masakan dalam dunia yang kaya modenisasi
Ingatan manusia hanya pada kerjaya dan gaji
Nun makin menjauh hubungan manusiawi, amal ukhrawi
Gigih hidup berpaksi harta
Gah pada status segala
Usah begitu; mari di hari yang satu ini muhasabah diri.

khairulazuan Publish time 28-12-2015 12:17 PM

Edited by khairulazuan at 28-12-2015 12:20 PM

sampai mati

sampai mati ku mencintaimu
aku kan setia walapun dikelilingi bidadari syurga
masih meyayangimu dari dulu hingga selamanya
padamu tempat ku mengemis kasih sayang yang x sampai
aku cinta kamu sampai mati
insyllah...ku akan berdoa selagiku ku x kenal erti jemu

merinduimu tika jauh berbatuan denganmu
amat sedih namun melihat keretamu terlepaslah bebanan rindu
tiba saat nya aku akan datang mengetuk pintu hatimu
ima.... saya sayang awak walaupun hnya smentra memilikimu

khairul
kubang kerian

Goldkey Publish time 17-1-2016 11:42 AM

KOLAM JIWA

Kolam jiwa
Onak duri meracun minda
Lemak diulik nista
Angkuh dengan noda
Membuang sahabat ayah bonda.

Jelma sesalan menyuci dosa
Ingat Dia yang maha berkuasa
Walau menggunung karat ditempa
Allah jua tempat kembali meminta.

CNM

khairulazuan Publish time 19-1-2016 03:11 PM

relakan jiwa

relakan kau pergi
enggan ku tahanlagi
lepaskan kau selamanya
aku redha sedalam dalamnya
kupasrah sepenuh hati
akur kau bukan untuku
namun sakit itu pasti

jiwa beralih mncari ketenangan
inggin mengubati sakit dihati
walaupun memakan masa yg lama
aku pasti sembuh kembali

Goldkey Publish time 2-5-2016 07:34 PM

POTRET

Potret cinta
Olahan warna-warna rindu
Terlakar dalam bingkai kasih
Rantaian kalbu
Elusan rasa hati
Tautan dua jiwa.

CNM

Goldkey Publish time 7-5-2016 12:00 PM

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Guru
Umum tahu
Rencamnya tugas di bahu
Untuk anak didik dahaga ilmu

Penyuluh kalbu
Elok bersedia dengan info terbaru
Memperbaiki diri untuk maju
Berusaha dari waktu ke waktu
Insaniah diterap padu
Nasihat diperdengar tanpa jemu
Anak didik bertambah mutu

Nasihat guru menyelesai isu
Elak dari pandangan bercelaru
Gelita minda bagai tersuluh dek lampu
Anak didik tersenyum selalu
Resah mereka tak melulu
Akhlak turut dipacu

Bangsa bersatu
Amanat kerajaan dipangku
Natijahnya negara maju
Gemilang terbilang di mercu
Seantero dunia tahu
Amalan guru sejahtera Malaysiaku.

CNM, 5/5/16

Goldkey Publish time 7-5-2016 12:40 PM

IBU
Ibu
Berkat doamu
Untung yang masih beribu.
CNM

Goldkey Publish time 15-5-2016 07:48 PM

TERIMA KASIH CIKGU

Terima kasih cikgu
Esak tangis sendu
Raikan cikgu-cikgu
Insan terdidik dek ilmu
Mengucap syukur pada yang satu
Ajaran agar direstu

Kemenjadian
Anak didik diutamakan
Sepenuh hati kebaktian
Istiqomah menyampaikan
Hanya Dia layak menilaikan

Cikgu
Insan mulia berilmu
Kecapi hari buatmu
Gelita dunia membiru
Umum bersetuju.

CNM 15/5/16

Goldkey Publish time 6-6-2016 06:42 AM

RAMADAN

Rahmat
Allah hulurkan
Maka rebut peluang
Amalan kebaikan gandakan
Dan tinggalkan kemaksiatan
Allah maha pengampun
Neraka pedih siksanya.

CNM

Goldkey Publish time 15-7-2016 04:49 PM

VAKSIN

Vaksin itu penawar
Allah mahu manusia berikhtiar
Kesihatan jangan biar tercakar
Sempurnakan imunisasi usah tersasar
Ikuti yang benar
Natijah buruk terhindar.

CNM

Goldkey Publish time 23-7-2016 03:26 PM

1MDB

1
Malaysia
Damba
Bersihkan nama Negara.

CNM

Goldkey Publish time 24-7-2016 03:45 PM

KLEPTOKRASI

Kleptokrasi
Laporan sana sini
Ekoran pendakwaan kontroversi
Penyalahgunaan wang didapati
Tertipu sudah rakyat serata negeri
Omongan membela diri
Konon agenda pihak iri hati
Rakyat diminta jangan salah persepsi
Adakah Amerika dengki?
Selidik dan analisis lagi
InsyaAllah kebenaran ditemui.

CNM

Goldkey Publish time 10-3-2017 07:33 PM

KHS SEMBILAN PULUH LAPAN

Kajang High School
Hampiri satu abad
Sejarah hebat banyak tercatat

Seluruh warga berbangga
Elemen kecemerlangan diperaga
Membina modal insan taraf dunia
Berdaya saing peringkat global
Insan mulia harapan bangsa
Lagenda pada wawasan Negara
Agama jadi pegangan semua
Norma mulia 1 Malaysia

Perjuangan berterusan
Unggul mengapai impian
Lelah jadi cabaran
Untuk kekal cemerlang
Harumkan legasi KAHISAN

Lantunan Transformasi
Amalan terbaik diimplimentasi
Prestasi tinggi jadi visi
Anugerah kecemerlangan dinanti
Nama gemilang terpahat abadi.

CNM, 9/3/2017

#KHS
#KekalHebatSelamanya
#KuasaHebatSukan
#KitaHulurSenyuman
#KitaHargaiSumbangan
#KitaHargaiSilaturrahim
#KitaHindariSalahlaku

Goldkey Publish time 2-4-2017 12:09 PM

SATU

Semua komponen perlu berfungsi
Amanah dilunas seperti janji
Tuntas tarikh ditepati
Unggul menjana prestasi.

CNM

Goldkey Publish time 24-4-2017 07:47 PM

YANG DIPERTUAN AGONG

Yang Dipertuan Agong
Akhlak terpuji dijunjung
Nama tuanku disanjung
Gah di takhta memayung

Daulat tuanku
Institusi diraja diperaku
Pertabalan jadi bukti direstu
Elemen negara bersatu padu
Rakyat jelata terharu
Tertib tingkah laku
Unggul meneraju
Agenda bangsamu
Negara terus maju

Allah permudahkan urusan tuanku
Gembleng rakyat segenap penjuru
Optimis berwawasan ke mercu
Nikmati kesejahteraan menunggu
Gemilang terbilang Malaysiaku.

CNM, 24/4/17

Goldkey Publish time 24-4-2017 07:47 PM

KITA - MEREKA

Kita
Ingat bukan mereka
Tetap di jalan-Nya
Allah sebaik tempat meminta

Mereka
Ego tinggi meraja
Reka cipta propaganda
Elemen memecah belah agama
Keruh iman di dada
Agenda turun temurun puak sana.

CNM, 24/4/17

Goldkey Publish time 30-4-2017 11:27 AM

HARI PEKERJA

Hari pekerja
Anugerah kepada yang berjasa
Rehat bersama keluarga
Ikatan silaturahim terpelihara

Pekerja
Elemen pembangunan negara
Kemajuan bangsa jadi agenda
Erat perpaduan elak sengketa
Ramuan meniti jaya
Jalur Gemilang berkibar ke angkasa
Aman makmur Malaysia di persada dunia.

CNM
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14
View full version: Mari Menulis Puisi Akrostik


ADVERTISEMENT