Goldkey Publish time 14-12-2011 08:29 PM

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/378540_334559623236451_100000472490864_1439157_287800120_n.jpg

Putrajaya

Pusat Pentadbiran Negara
Untung sungguh warganegara bandar cantik panorama istimewa
Termasuk dalam pusat pelancongan terkenal dunia
Rakyat tumpang bangga
Agenda pembangunan idea mantan Perdana Menteri kita
Jabatan-jabatan kerajaan berpusat di sana
Anggota kerajaan berkerjasama capai wawasan negara
Yang jadi visi dan misi perdana
Anak-anak warisan bakal meneruskan agenda.

Goldkey

Goldkey Publish time 16-12-2011 09:33 AM

Alam Semesta

Alam semesta
Laluan ke syurga
Ambil peluang tersedia
Mencari redha yang Esa.

Semoga yang baik milik kita
Engkau kurniakanlah nur hidayah dan ketakwaan
Menjadi benteng diri sepanjang hayat
Elemen keimanan usah dipandang enteng
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tek berguna lagi
Tetapkan iman
Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya.

Goldkey

Goldkey Publish time 16-12-2011 06:34 PM

Islam

Iktikad tiada Tuhan melainkan Allah
Serta Muhammad SAW pesuruh Allah
Lapar dahaga di bulan ramadhan atas perintah-Nya
Akur mengeluarkan zakat menyuci harta anugerah-Nya
Menyahut panggilan mengerjakan haji di Tanah Suci.

Goldkey

Goldkey Publish time 20-12-2011 01:40 PM

Interlok

Ialah sebuah novel karya kreatif sasterawan negara
Namun dipolitikkan oleh sesetengah kaum yang berkepentingan
Telah menjadi isu negara
Enggan memanjangkan polimik
Rasminya interlok ditarik balik sebagai teks kajian sastera
Langkah yang mengecewakan ramai pengiat kesusasteraan
Obor maruah seni kreatif dipadamkan
Kerana terlalu mengikut pihak-pihak tak mengerti mesej dalam Interlok.

Goldkey, 20/12/11, 13.37 pm
BBB

Goldkey Publish time 21-12-2011 10:07 PM

Tahun Baru

Tahun baru
Akan menjelma
Hisab akan diri apa yang telah dikecapi
Untuk terus memperbaiki diri
Nanti kecemerlangan menghampiri.

Bangkit dan sedar diri
Ambil tindakan yang cakna
Rajin berusaha
Untuk mencapai jaya.

Goldkey, 21/12/11, 22.06 pm
BBB

truly Publish time 22-12-2011 11:02 PM

Truly..

To the sweet time that we hardly remembered..
River that flows carrying dreams defeated
Under the moon the stars and morning mist
Lights turned to darkness


Yearning for love you once were, I submit to the sorrow.

Goldkey Publish time 25-12-2011 10:31 PM

Biskut Mayat

Biskut mayat
Istilah untuk biskut tawar
Sering dihidang ketika kematian atau majlis tahlil
Keras amat sukar digigit
Untuk lembut kena cicah kopi panas
Tak cukup kalau hanya sekeping.

Masyarakat kampung tahu
Antara juadah biasa
Yang dihidangkan segera
Amat mudah didapati di mana-mana
Termasuk kedai di hujung desa.

Goldkey, 25/12/11, 22.25 pm
BBB

Goldkey Publish time 26-12-2011 02:59 PM

Tsunami

Tsunami
Sering kali dibimbangi
Umum mengetahui kesannya sungguh ngeri
Nasib yang malang bila dilanda Tsunami
Anak isteri hilang tak ditemui
Mengorbankan ribuan nyawa tanpa dapat dikesan lagi
Ilahi lindungi kami dari tragedi Tsunami.

Goldkey, 26/12/11, 14.58 pm
BBB

Goldkey Publish time 26-12-2011 03:32 PM

Rambutan

Rambutan
Amat manis rasanya
Menjadi kesukaan sesetengah warga
Banyak di pasar malam atau dijaja
Untung ada pokok sendiri
Tak habis makan boleh jual tambah duit poket
Ada lebih sedekah kepada anak-anak yatim
Nanti musim baru bertambah hasilnya.

Goldkey, 26/12/11, 15.26 pm
BBB

Goldkey Publish time 3-2-2012 05:58 PM

Akrostik Maulidur Rasul

Muhammad S.A.W
Anugerah Allah
Untuk membawa kebenaran
Lupuskan kejahilan
Insan yang dibelenggu kesesatan
Damai seluruh alam
Utusan Allah menerangi kegelapan
Rasul pilihan akhir zaman.

Rasulullah
Adalah suri teladan
Sepanjang zaman
Umat berpedoman
Lantunkan iktikad La ilah ha ilallah Muhammad Rasulullah.

Marilah kita memperbanyakkan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W kerana sekali kita berselawat ke atasnya nescaya Allah dan para mailakat-Nya akan berselawat ke atas kamu sebanyak sepuluh kali.

CNM, 3/2/12, 17.53pm
BBB

Goldkey Publish time 6-8-2012 05:31 PM

Akrostik Usain Bolt

Usain Bolt
Sepantas kilat lariannya
Anggun di persada temasya
Imej pelari bergaya
Nafikan pingat lawan-lawannya.

Bertenaga pecutan
Olimpik kedua meraih emas
Langkah yang dijangka
Tempat pertama 100 meter 9.63 saat cuma.

CNM

Goldkey Publish time 7-10-2012 12:28 PM

Akrostik Trolak Selatan

Trolak Selatan
Rimbun pepohon menghijau
Olak dingin melingkari
Lena di perbaringan diulit gebar
Aman damai fikiran lapang
Kesesakan kota menghilang.

Sungguh tenang suana
Elemen alam segar sentiasa
Lupa akan segala kekalutan kota
Ayam itik beburung menyanyi berseloka
Tanda meriah alam desa
Anugerah yang perlu dibangga
Nikmat alam dari yang Esa.

CNM

Goldkey Publish time 7-10-2012 09:29 PM

Akrostik Laut Kasih

Laut Kasih
Aku tuliskan untuk tatapan isteri
Utaian kata datang dari lubuk hati
Terukir indah dalam bait-bait kata berseni.

Kasih sayangmu dinda
Aku sanjung tinggi ke hujung nyawa
Sesungguhnya dikau anugerah Yang Esa
Indah mengenali dan memilikimu
Hanya cintamu paduan cintaku.

CNM, 7/10/12, 8.21pm, THMK

Goldkey Publish time 20-10-2012 08:55 PM

Akrostik Bola Sepak

Bola Sepak
Orang suka tengok
Lawan sorak
ATM lawan Kijang

Siapa menang
Esok sambutan besar-besaran
Penonton seronok bukan main
ATM atau Kijang
Kedua-dua ada peluang.

CNM

Goldkey Publish time 3-11-2012 11:00 PM

Akrostik Hari Minggu

Hari minggu
Amat ditungu
Rehatkan diri dah tentu
Isnin nanti kerja menunggu

Malam minggu
Istirehat di ruang tamu
Nonton drama TV Satu
Gegak gempita tawa bertamu
Gelak sakan ceritanya lucu
Ubat stress yang membelenggu...

CNM

Goldkey Publish time 6-11-2012 02:46 PM

Akrostik Rindu

Rindu
Istilah daerah kalbu
Nantikan sang ratu
Datang memeluk daku
Untaian kasih menggebu...

CNM

Goldkey Publish time 6-11-2012 03:28 PM

Akrostik Cinta

Cinta
Istilah daerah jiwa
Nantikan sang wira
Temui ayah bonda
Akad dan lafaz bukti segala...

CNM

Goldkey Publish time 8-11-2012 06:35 AM

Akrostik Kasih

Kasih
Antara emosi mengasyik sukma
Sepertinya rindu dan cinta
Istilah daerah asmara
Hanya pencinta yang merasa...

CNM

Goldkey Publish time 9-11-2012 07:46 PM

Akrostik Hujan

Hujan
Urusan Tuhan
Jangan dipersalahkan
Andai kebanjiran
Natijah kurang kemanusiaan...

CNM

Goldkey Publish time 11-11-2012 09:26 AM

Akrostik Hanyut

Hanyut
Andai tak mengenal arus dunia
Nasihat digenggami
Yakin diri
Usah terbuai
Tipu daya duniawi.

CNM
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Mari Menulis Puisi Akrostik


ADVERTISEMENT