Goldkey Publish time 12-11-2012 02:22 PM

Akrostik Dangdut

Dangdut
Aroma malam minggu
Nyanyian memukau kalbu
Golongan orang kaya baru
Duda mahu pun suami alaf baru
Ulang selalu
Terpaku dek goyang gerudi, hu! hu!...

CNM

Goldkey Publish time 13-11-2012 10:49 PM

Akrostik Gurisan Hati

Gurisan Hati
Umumnya mengetahui
Remuk redam akan sanubari
Istilah kekecewaan dialami
Seperti tidak akan ada lagi pelangi
Akan muncul menyeri
Nasib menimpa sungguh ngeri.

Hati
Akur dan redhai
Takdir tuhan yang terjadi
Ikhlas pasrah kepada Ilahi.

CNM

Goldkey Publish time 14-11-2012 07:25 AM

Akrostik Akhir Tahun

Akhir tahun
Kaji akan diri
Hasilan adakah menepati
Impian yang telah disemi
Rugi jika belum dipenuhi

Tuhan maha memberi
Ambil peluang yang mungkin sekali
Hayun tangan langkahkan kaki
Urusan akan menjadi
Nikmat Tuhan perlu dicari.

CNM, 14/11/12, 7.23am, THMK

Goldkey Publish time 14-11-2012 06:47 PM

Akrostik Maal Hijrah

Maal Hijrah
Al-Qur'an firman Allah
As-Sunnah amalan Rasulullah
Laluan ke syurga Allah

Hayati penuh hikmah
Iktibar peristiwa jadi panduan ummah
Jalin ukhwah
Rasulullah pemula dakwah
Ambil contoh cara musyawarah
Hubungkan kaum berbalah.

CNM, 14/11/12, 6.44pm
THMK

Goldkey Publish time 14-11-2012 09:49 PM

Akrostik Hijrah

Hijrah
Istilah kisah Rasulullah berpindah
Jalankan dakwah ke jalan Allah
Ramai umat mengucapkan kalimah syahadah
Allah yang disembah
Hijrah akidah mengEsakan Allah.

CNM, 14/11/12, 9.45pm THMK

Goldkey Publish time 15-11-2012 08:50 PM

akrostik Cikgu

Cikgu
Insan yang berkongsi ilmu
Kerja untuk menambah maju
Golongan muda mudi bakal peneraju
Universiti jadi sasaran murid tuntut ilmu.

CNM

Goldkey Publish time 15-11-2012 09:00 PM

Malam Jumaat

Malam Jumaat
Ambil berkat
Lakukan amalan sunat
Alunkan ayat-ayat bermunajat
Memberi salam dan selawat.

Jangan mengelat
Umur dah sekerat
Makin hari makin liat
Amalan sepatut dipergiat
Amalam sepatut diperhebat
Tentu akan selamat.

CNM

Goldkey Publish time 16-11-2012 10:16 PM

Akrostik Aiskrim Roti

Aiskrim Roti
Istilah makan aiskrim dengan roti
Sedap hingga menjilat jari
Koko keladi strawberi
Rembat ikut naluri
Ingat sikit kalori
Makan tapi berhati-hati.

Ramai yang gemari
Orang muda orang tua sehati
Turun temurun mewarisi
Itulah penangan aiskrim roti.

CNM, 16/11/12, 9.27pm, THMK

Goldkey Publish time 16-11-2012 10:17 PM

Akrostik Laksa Penang

Laksa Penang
Aku suka makan
Kuah pekat isi ikan
Sedap makan bersama ais kacang
Aku pekena kalau nasi tak lalu nak makan.

Pedaskan
Enak hirup, kuah habis tak perasan
Nak tambah malu orang pandang
Ais kacang penyelamat rasa gian
Nanti lain kali boleh ulang
Gian kena simpan.

CNM

Goldkey Publish time 16-11-2012 10:17 PM

Akrostik Apam Cinonit

Apam Cinonit
Pelbagai warna
Apam paling comel
Makan kenyang

Cinonit
Istilah apam kecil
Namun kelihatan cantik
Orang suka beli bawa balik
Nanti makan sungguh ralit
Isi kelapa jadi pelapik
Tersenyum puas, cubalah dik?

CNM

Goldkey Publish time 16-11-2012 10:48 PM

Akrostik Cendol Pulut

Cendol Pulut
Enak makan bawah pokok
Nak-nak ada laksa kuah belut
Dapat makan buncit perut
Operasi senaman kena pecut
Lebihan lemak biar kecut.

Paling syok makan waktu tengah hari
Usai solat zohor lepas makan nasi
Lepak rehatkan diri
Ulang lagi kalau berahi
Tapai pun boleh ganti.

CNM Last edited by Goldkey on 26-11-2012 05:40 PM

Goldkey Publish time 17-11-2012 06:58 AM

Akrostik Sarapan Pagi

Sarapan pagi
Ambillah walau sekeping roti
Ruang perut perlu diisi
Angin tak memenuhi
Penyakit menjauhi
Anda sihat berdiri
Nanti boleh mencari rezeki.

Penting sekali
Ambil sarapan pagi
Gastrik tak menjadi
IsyaAllah kesihatan diberi.

CNM, 17/11/12, 6.57am, THMK Last edited by Goldkey on 26-11-2012 05:41 PM

Goldkey Publish time 24-11-2012 07:07 AM

Akrostik Disember

Disember akan tiba
Inilah musim tengkujuh di Malaysia
Seringkali banjir akan melanda
Entah esok lusa
Mencurah hujan lebat luar biasa
Banjir menenggelamkan desa dan kota
Elak dari tergadai nyawa
Rancang persediaan menyelamat harta benda dan nyawa.

CNM, 24/11/12, 7.05 am, THMK Last edited by Goldkey on 26-11-2012 05:39 PM

Goldkey Publish time 26-11-2012 05:38 PM


Senyuman
Elok untuk kesihatan
Naluri marah dalam kawalan
Yakin pada diri ada pada sebuah senyuman
Ungguli cara menghargai persahabatan
Mempamerkan rias keceriaan
Amalkan
Nasibmu tentu membanggakan.

CNM

Goldkey Publish time 27-11-2012 08:17 PM

Lorong Kecemasan

Lorong kecemasan
Orang berhenti jika dalam kesulitan
Risiko tinggi berlaku kemalangan
Orang ramai perlu ada kesedaran
Natijah guna lorong kecemasan
Ganggu gugat keselamatan

Kenderaan semakin banyak di jalanan
Ego pemandu juga main peranan
Cuba kawal diri semasa pemanduan
Elak dari menimbulkan kemarahan
Memandu dengan berhemah penuh kesabaran
Akur dengan peraturan
Selamat sampai ke destinasi tanpa kemalangan
Andai saling berhati-hati semasa di jalanan
Nasihat ini jika tak berguna abaikan.

CNM, 27/11/12, 27/11/12, THMK Last edited by Goldkey on 27-11-2012 08:19 PM

Goldkey Publish time 30-11-2012 09:21 PM

Akrostik Kesilapan

Kesilapan
Elak dari berulang
Sesungguhnya jadikan pengajaran
Iktibar pada masa depan
Lalai leka jauhkan
Ambil langkah persediaan
Pastikan kelemahan
Analisis kekuatan
Nantinya tiada lagi kesilapan.

CNM

Goldkey Publish time 1-12-2012 10:30 AM

Akrostik Disember

Disember datang lagi
Inilah waktu menilai diri
Sepanjang tahun apa yang dimiliki
Elok atau buruk yang ditempuhi
Mengajar kita lebih berjati diri
Bertabah dengan ketentuan Ilahi
Esok tentu akan hadir pelangi
Rahmat dan nikmat-Nya sentiasa mewangi.

CNM, 1/12/12, 10.26am, THMK Last edited by Goldkey on 1-12-2012 10:32 AM

Goldkey Publish time 2-12-2012 07:45 AM

Akrostik Apa Khabar

Apa Khabar
Pertanyaanku kepada kamu
Adakah ceria sihat sejahtera?

Khabarkan kepadaku sahabat
Hari ini bagaimana situasi dirimu
Adakah kegembiraan bertamu?
Bersyukur andai begitu
Adakah duka yang bertandang?
Redhalah dengan ketentuan..

CNM, 2 Dis 2012, 7.43 am, THMK

Goldkey Publish time 4-12-2012 08:55 PM

Akrostik Kambing

Kambing
Antara haiwan sembelihan
Masak kurma gulai kawah memberahikan
Banyak khasiat telah dibuktikan
Ingat apa pun bila berlebihan memudaratkan
Nak-nak diambil secara berterusan
Gout darah tinggi boleh makan dengan kawalan.

CNM

Goldkey Publish time 6-12-2012 10:25 PM

Akrostik Dia

Dia
Insan istimewa
Amat kucintai...

CNM
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Mari Menulis Puisi Akrostik


ADVERTISEMENT