Genkidesuka Publish time 2-6-2013 07:09 PM

Muat Naik Imej

Mahu kongsi hasil tangkapan
Untuk sama2 beringat dan belajar
Ambil imej yg syarak benarkan
Tidak nanti ditarik ke An-Naar

Niat juga mesti dibetulkan
Agar penyakit hati tidak bertakhta
Ingat!Awas rantai syaitan
Kerna dia musuh yg nyata

Imej berkata kpd semua
Manusia mcm apakah yg merekodnya itu
Engkau dan aku - akal dikurnia
Jangan kita berotak tepu

Goldkey Publish time 4-6-2013 11:26 AM

Akrostik Menulis

Menulis
Eloklah selepas membaca
Nasihat menasihati
Ungkapan memotivasi
Lihat ke arah memperbaiki
Imiginasikan kejayaan diri
Sesuatu yang bisa dikecapi.

CNM, 4/6/13, THMK

Genkidesuka Publish time 4-6-2013 06:25 PM

Kecut

Kecut punya byk makna
Ejaannya semua tiada beza
Candang dan tegang antara lawannya
Ubah itu mungkin, tapi tidak semua
Tawajuh hati qada' qadarNya

Goldkey Publish time 5-6-2013 10:43 AM

Menghina

Menghina bukan budaya kita
Elok muhasabah diri sebelum berkata
Nak mengkritik jangan sampai menghina
Gagal kawal diri badan binasa
Hukum tak mengira siapa
Institusi kehakiman ada di mana-mana
Nak menuntut buat aduan buka bicara
Akal ada pilih jalan cakna.

CNM, 5/6/13, THMK.

Goldkey Publish time 6-6-2013 10:59 AM

Tafahus

Tafahuskan setiap berita
Agar tak tersilap menerka
Fahami setiap butiran kata
Analisis sedalam-dalam makna
Hayati sepenuh jiwa
Umunnya kesasihan dijaga
Sengketa mungkin tiada.

CNM, 6/6/13, THMK.

Goldkey Publish time 14-6-2013 09:39 PM

Hari Bapa

Hari bapa
Ahad ini jangan dilupa
Raikan dengan ayah
Imbas kenangan bersama

Berikan perhatian
Abah, Ayah, Abi semua sama
Pelindung yang perlu dibangga
Ambillah sedikit waktu mengharga mereka.

CNM, 14/6/13, THMK

Goldkey Publish time 16-6-2013 12:41 PM

Jerebu

Jerebu
Elak menyedut debu
Rosak paru-paru
Elok guna topeng jerebu
Bahan pencemar ditapis dahulu
Untuk bersihkan udara ke paru-paru.

CNM, 16/6/13, THMK.

Goldkey Publish time 27-6-2013 10:12 PM

Ramadhan

Ramadhan hampir tiba
Anugerah Allah buat semua
Menganda amalan pahala
Ayat-ayat suci dibaca
Derma sedekah berpuasa
Hapuskan dosa-dosa
Agar mendapat redha
Nikmat mendapat syurga.

CNM, 27/6/13, THMK.

Goldkey Publish time 27-6-2013 10:12 PM

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s843x403/1044440_482807175138267_686719421_n.jpg

Goldkey Publish time 28-7-2013 11:14 AM

Akrostik Aidil Fitri

Aidil Fitri
Inilah hari dinanti
Dalam setahun hanya sekali
Ibadat puasa dirai
Lailatul Qadar janji diberi

Fitrah insan
Inginkan kebahagiaan
Terus tabah dalam kehidupan
Raikan hari mulia bermaafan
Ikatan persaudaraan bertautan

CNM, 28 Jul 13

Goldkey Publish time 5-8-2013 10:04 AM

Syawal

Syawal
Yang bakal tiba
Ambil kesempatan sucikan jiwa
Walau di mana berada
Akrabkan hubungan keluarga
Letakkan kemaafan perkara utama

CNM, 5/8/13

Goldkey Publish time 10-8-2013 12:05 PM

Merdeka

Merdeka
Elemen keesahan negara
Rakyat tentukan pemimpin mereka
Dwi dewan jadi lambang kedaulatan negara
Entiti di bawah payung Mahkota
Kerajaan Raja berperlembagaan sistem kita
Amalan sejak bebas merdeka.

CNM, 10/8/13

Goldkey Publish time 1-9-2013 07:38 AM

Akrostik LIMA ENAM

Langkah terus maju
Impian digapai menuju mercu
Malaysia terus dipacu
Ampuh berdiri teguh menugu

Esak tangis tiada berlagu
Najib pimpin negara berpadu
Ambang kejayaan bertamu
Malaysiaku aman sudah tentu.

CNM, 31/8/13

Goldkey Publish time 1-9-2013 01:47 PM

Puisi Lakaran Hati Ku

Puisi
Untuk insan seni
Imiginasi mahupun realiti
Suatu perkongsian hati
Indah dianyam mencuit sanubari

Lakarkan bicara diri
Anugerah Ilham dari Ilahi
Kasih sayang akan bersemi
Andai saling memahami
Rungkai rahsia tersembunyi
Adil dalam komunikasi
Naluri tak tersakiti

Hayati
Ayat-ayat dilakari
Tentu ia bukan mimpi
Ia juga bukan fantasi

Kutip setiap titisan tinta bererti
Untuk memperindah kamar Ilusi.

CNM, 1/9/13

Goldkey Publish time 2-9-2013 10:39 PM

Minyak Naik

Mengapa?
Imbuhan nak dinaik pula
Nak kaburkan mata?
Yang merana rakyat jelata
Apa agenda sebenarnya?
Kelemahan kian ketara...

Namun apa daya
Aku rakyat biasa
Ikut saja dalam terpaksa
Kebanyakannya amat tersiksa...

CNM, 2/9/13

Goldkey Publish time 23-9-2013 10:24 PM

Akrostik Oktober

Oktober datang lagi
Kenangan berputar main indah sekali
Tentang engkau dan aku saling mengenali
Oktober pertemuan pertama kali
Bertentang mata membuai hati
Engkau hadir bagai mimpi
Rasa yang cukup bererti.

CNM, 23/9/13

Goldkey Publish time 1-10-2013 10:06 PM

Akrostik Graduasi

Graduasi
Raian memotivasi
Anak didik disuntik semangat tinggi
Dalam meredah denai ke universiti
Umum telah mengetahui
Ajaran guru perlu difahami
Sukatan pelajaran akan dikuasai
Ilmu pasti dimiliki.

CNM, 1/10/13

Goldkey Publish time 2-10-2013 06:02 PM

Hipokrit

Hipokrit
Istilah orang suka membelit
Pandai melilit
Orang lemah terpalit
Kerenahnya menyulit
Rakan-rakan dibabit
Ingin lepaskan diri bila diungkit
Terkantoi mula mencirit.

CNM, 2/10/13

Goldkey Publish time 31-10-2013 10:29 PM

Malam

Malam
Ayat-ayat kelam
Larik-larik berbalam
Aku rasa nak pitam
Masuk tidur dulu rehatkan kalam.

CNM, 30/10/13

Goldkey Publish time 24-12-2013 03:21 PM

2014

Dua ribu empatbelas
Umur makin dilelas
Amalan baik perlu diganda lekas

Renungi yang lepas
Indah atau buruk yang meninggal bekas
Baiki diri andai terbabas
Usah bersedih ia dah terlepas

Esok masih ada ruang ke atas
Mencari reda Yang Atas
Perkemas
Amalan yang culas
Tetapkan takwa dari dicantas
Berwaspada dengan makhluk melemas
Elak dari dipulas
Laluan ke sana dipintas
Allah maha pembalas
Selamat diri dari apa neraka yang panas.

CNM, 24/12/13, BBBangi.
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: Mari Menulis Puisi Akrostik


ADVERTISEMENT