CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Katrij Guna Dakwat Tiruan Dirampas

14-2-2014 05:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4152| Komen: 11

Description: Kajang: Kegiatan Seorang Pemilik Premis Menjalankan Pengedaran Katrij Tiruan Di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi Sejak Empat Tahun Lalu Tumpas Selepas Diserbu, Pagi Semalam.Difahamkan, Premis Itu Mampu Me ...
Kajang: Kegiatan seorang pemilik premis menjalankan pengedaran katrij tiruan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi sejak empat tahun lalu tumpas selepas diserbu, pagi semalam.

Difahamkan, premis itu mampu mengaut keuntungan lebih 30 peratus untuk setiap katrij yang dijual berikutan menggunakan semula katrij asli sebelum mengisi dakwat tiruan.
Hasil intipan dan aduan pemilik cap dagangan, Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor, Mohd Shahran Mohd Arshad bersama tujuh anggotanya menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam sebelum merampas 1,333 katrij bernilai RM333,250.


Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, sindiket itu menjadikan premis rumah kedai itu sebagai stor menyimpan serta memproses dakwat katrij dan toner tiruan sejak dua bulan lalu.


“Mereka tidak menetap di tempat yang sama sebaliknya berpindah-randah bagi mengelak dikesan. Premis ini turut dijadikan tempat untuk mereka mengeluarkan hologram asal dari kotak terbuang dengan menggunakan gas pemetik api sebelum meletak semula hologram berkenaan pada katrij tiruan.

Beliau berkata, sindiket berkenaan akan membeli dakwat serta toner kosong daripada pejabat yang tidak menggunakannya sebelum mengisi semula toner tiruan lalu menjualnya kepada orang ramai.

“Siasatan mendapati bahan tiruan ini dihantar dan dijual di sekitar Lembah Klang pada harga yang lebih murah daripada yang tulen dan ini menarik perhatian kebanyakan pengguna.

“Biasanya mereka akan membeli bekas toner dan katrij kosong pada harga RM28 hingga RM350 sebelum diisi dengan dakwat tiruan dan dijual pada harga RM28 hingga RM500,” katanya.


1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 14-2-2014 08:16 AM

Quote airfilterkotor 14-2-2014 08:28 AM
Toner HP 96A.
Quote salimrock 14-2-2014 08:59 AM
sebab itu la ada kedai2 yg tulis..kami membeli katrij terbuang
Quote pakwetizzaqyah 14-2-2014 10:56 AM
aku pakai canon mp 258 dan pakai dakwat superjet..korang pakai apa..jom share dan diskus.....nak mampus beli kartrij setiap kali habis...beratus2 ringgit... ni yg kena rampas ni sbb tk chia sama itu penguatkuasa la ni..lol
Quote zorrro_03 14-2-2014 02:29 PM
Mcm2 cara manusia menipu.   Tapi sekali imbas bagus juga ada kegiatan spt ni. Baru lah pengeluar sebenar berlumba2 memurahkan produk dorang utk imbangi kegiatan haram.
Quote vespa_oren 14-2-2014 02:53 PM
Aku punya peprinter pakai dakwat tiruan, ada sekali pakai original terus rosak head peinter hntr baiki mcm beli bru printer tpi baiki gak sbb jimat, dakwat sebotl bru rm6
Quote kucingTomey 14-2-2014 02:57 PM
pakai yang tank luar.....pastu isi pakai ltech tak pon esyink.......
Quote kucingTomey 14-2-2014 02:58 PM
pakwetizzaqyah posted on 14-2-2014 10:56 AM
aku pakai canon mp 258 dan pakai dakwat superjet..korang pakai apa..jom share dan diskus.....nak mam ...

pakai laser ??tukar la ke dakwat basoh

Quote pakwetizzaqyah 14-2-2014 03:04 PM
kucingTomey posted on 14-2-2014 02:58 PM
pakai laser ??tukar la ke dakwat basoh

superjet du dakwat basah la..nama jenama dakwat
Quote kucingTomey 14-2-2014 03:06 PM
pakwetizzaqyah posted on 14-2-2014 03:04 PM
superjet du dakwat basah la..nama jenama dakwat

ooo salah baca.......beli yang murah sudah

Quote Al-Patih 14-2-2014 05:34 PM
mak ehh ..abih agreement pakai dakwat tiruan ...kirakan tak sah lah ....bolih dibatalkan ...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.059500 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top