CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Syarie Diwujudkan !

27-1-2014 12:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7505| Komen: 96

Description: Turut Hadir Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd Zahazan Mohamed, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Hazarudin Baharudin Dan Perintis Al-Quran Waqaf Dan Ibtida’ Tan Sro Hassan Azhari.


Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  bersetuju  menubuhkan polis syarie yang akan  ditempatkan di jabatan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai anggota dan pegawai yang mempunyai ramai profesional berkelulusan agama sama ada Ijazah Lanjutan, Sarjana atau Diploma,   “Jadi mereka  ditempatkan di JAKIM untuk membantu dalam bidang penguatkuasaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Rasul di Hatiku dan melancarkan penerbitan al-Quran Waqaf dan Ibtisa’ Bertajwid di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd Zahazan Mohamed,  Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Hazarudin Baharudin dan perintis al-Quran Waqaf dan Ibtida’ Tan Sro Hassan Azhari.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai penubuhan itu yang   dipersetujui bersama kedua pihak.
Dalam pada itu Zahid memberi amaran tindakan tegas   diambil terhadap mana-mana pihak   menyebabkan perpecahan kerana agama, termasuk isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan kristian Katolik.

Katanya, pihaknya tidak boleh berkompromi dalam soal itu kerana ia jelas perbuatan menjejaskan keselamatan negara dan memecahkan perpaduan.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sahamboi 25-1-2014 07:16 AM
Macam mana nak wujudkan polis syarie sedangkan undang2 syarie dengan senang boleh dibatalkan oleh undang2 sivil. Tegakkan undang2 syarie barulah selamat. Lagi satu kalau polis syarie tugasnya setakat menangkap orang beromen dan berzina shj baik takyah buat sebab penduduk atau rela bole buat pencegahan tersebut.
Quote vespa_oren 25-1-2014 07:38 AM
so apa function polis nie berbanding pengkuatkuasa... cuma boleh pakai pistol jer k?
Quote Al-Patih 25-1-2014 07:46 AM
sahamboi posted on 25-1-2014 07:16 AM
Macam mana nak wujudkan polis syarie sedangkan undang2 syarie dengan senang boleh dibatalkan oleh un ...

setuju beb...oreng biaso bolih buwek ...oreng yang bodoh yang undi si montri tu ...
Quote Al-Patih 25-1-2014 07:48 AM
dah tak ado modal montri ni ...pasai yang tu oreng kampung bulih buwek lah ...JKKKK ...entah apo bonda tu ....kan ado ...
Quote revolusi_30 25-1-2014 08:14 AM
Ingat ne Acheh ka. ??
Quote munchkin 25-1-2014 08:20 AM
Tak tahu nak kata apa
Quote petola 25-1-2014 08:27 AM
pertama yg kita kena tanya ialah undang2 apa yg mereka nak kuatkuasakan?
Quote petola 25-1-2014 08:28 AM
kalu polisnya ada undang2nya takda itu namanya bangang..
Quote payatengang 25-1-2014 08:36 AM
undang2 syariah perlu ditegakkan terlebih dahulu...
Quote True-X 25-1-2014 08:39 AM
Tolong laaa
Quote noor2 25-1-2014 08:41 AM
polis yang sediada pun banyak kepincangan..usah kata jabatan ni...jabatan agama islam mcm zakat, haji. pencegah maksiat semua tu bukan telus dalam agama islam sangat...


tak tau nak kata apa lah...

dri sendiri masing2 tak betul ada hati nak tubuh undang2 islam... Last edited by noor2 on 25-1-2014 08:44 AM

Quote rashiman 25-1-2014 08:44 AM
petola posted on 25-1-2014 08:27 AM
pertama yg kita kena tanya ialah undang2 apa yg mereka nak kuatkuasakan?

Kata bekas hakim negara, hampir 90% undang2 islam telah dilaksanakan, menjelang perlaksanaan sepenuhnya, maka tersangat eloklah polis syarie diujudkan.
Quote melinda_kerr 25-1-2014 08:59 AM
Alahai membuang masanya.. Kenapala negara ni lama2 jadi mcm negara badut
Quote NURMIMIE 25-1-2014 09:09 AM
sahamboi posted on 25-1-2014 07:16 AM
Macam mana nak wujudkan polis syarie sedangkan undang2 syarie dengan senang boleh dibatalkan oleh un ...

undang2 syarie mana yang boleh dibatalkan oleh undang2 sivil?
Quote sahamboi 25-1-2014 09:41 AM
NURMIMIE posted on 25-1-2014 09:09 AM
undang2 syarie mana yang boleh dibatalkan oleh undang2 sivil?

Sapa kata tak boleh. Tengok kes murtad bila dibawa ke mahkamah sivil. Kes harta pusaka boleh dibawa ke mahkamah sivil.
Quote Badut.Sarkas 25-1-2014 11:10 AM
melinda_kerr posted on 25-1-2014 08:59 AM
Alahai membuang masanya.. Kenapala negara ni lama2 jadi mcm negara badut

Ini negara ana yang punya!
Quote mak_wa95 25-1-2014 11:23 AM
Al-Patih posted on 25-1-2014 07:48 AM
dah tak ado modal montri ni ...pasai yang tu oreng kampung bulih buwek lah ...JKKKK ...entah apo bon ...

nak tunjuk dia cerdik la..wujudkan jawatan2 yang belum ada sebelum ni...
dia xfikir pun fungsi dan tugas jawatan yang ditubuhkan tu..
yang penting kroni boleh cari makan...
Quote Orange1 25-1-2014 11:30 AM
noor2 posted on 25-1-2014 08:41 AM
polis yang sediada pun banyak kepincangan..usah kata jabatan ni...jabatan agama islam mcm zakat, haj ...

Tugasnya tukangg jaga dosa pahala org.

Quote NURMIMIE 25-1-2014 12:23 PM
sahamboi posted on 25-1-2014 09:41 AM
Sapa kata tak boleh. Tengok kes murtad bila dibawa ke mahkamah sivil. Kes harta pusaka boleh dibaw ...

apa peruntukan untuk kes murtad dalam undang2 syarie?

apa peruntukan untuk kes harta pusaka dalam undang2 syarie?

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.061326 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top