CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketuk Cermin Kereta Jual Tisu !

23-1-2014 03:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11896| Komen: 100

Description: Petaling Jaya: Aktiviti Kutipan Derma Yang Dilakukan Pengemis Di Persimpangan Lampu Isyarat Jejambat Bandar Sunway, Di Sini, Tiada Berkesudahan Apabila Kegiatan Itu Didapati Masih Diteruskan Mereka.

SEORANG wanita yang mengemis di persimpangan lampu isyarat Bandar Sunway.

Petaling Jaya: Aktiviti kutipan derma yang dilakukan pengemis di persimpangan lampu isyarat jejambat Bandar Sunway, di sini, tiada berkesudahan apabila kegiatan itu didapati masih diteruskan mereka.

Perbuatan dilakukan sejak setahun lalu itu seolah-seolah tidak mendapat tindakan keras daripada pihak berkuasa untuk membanterasnya.

Tinjauan mendapati kehadiran pengemis mengganggu pemandu yang berhenti kerana mereka cuba meraih simpati dengan merayu supaya membeli tisu yang dijual melalui tingkap kereta.

Mereka bukan saja dilihat membahayakan nyawa sendiri, malah tindakan itu turut menjejaskan keselamatan pengguna lain termasuk penunggang motosikal yang berkemungkinan tidak menyedari kehadiran mereka.


Berdasarkan pemerhatian, mereka tidak berada di satu tempat pada masa yang panjang dan  bergerak ke lokasi lain sebelum tempat itu diganti pengemis lain.

Ketika tinjauan dilakukan, seorang wanita warga asing berusia lewat 50-an didapati sanggup berpanas dan bergadai nyawa semata-mata  menjadi peminta sedekah di persimpangan lampu isyarat.

Wanita itu pergi dari satu kereta ke kereta lain menagih simpati menggunakan isyarat memerlukan duit untuk makan dengan menjual barangan seperti tisu.


Seorang pekerja swasta, Mohd Fairuz Jailani, 26, berkata, peminta sedekah mengganggu tumpuan pemandu apabila mereka mengetuk cermin kereta di persimpangan lampu isyarat.

“Keadaan itu mudah menimbulkan kemarahan terutama ketika waktu sesak selain perlu berhati-hati dengan penunggang motosikal yang gemar menyelit dan dalam masa sama mengelak peminta sedekah yang berjalan di antara kenderaan.


“Pihak berkuasa diminta memantau dan mengawal lalu lintas di kawasan berkenaan sekurang-kurangnya menakutkan peminta sedekah untuk tidak meneruskan aktiviti mereka,” katanya.


Fara Nurul Amirah Mustafa, 26, pula berkata, sama ada aktiviti itu berselindung di sebalik sindiket atau sebaliknya tidak menjadi keutamaan, tetapi sikap masyarakat yang prihatin tidak bertempat dipersoalkan.

“Aktiviti itu berterusan sehingga kini disebabkan disokong  pengguna yang memberikan wang sehingga diambil kesempatan  pihak luar,” katanya.


Dia meminta kepada orang ramai yang ingin memberikan bantuan memilih saluran yang betul supaya bantuan dapat diberikan kepada individu yang benar-benar memerlukan.


1

Bagus

Marah
11

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 23-1-2014 02:06 PM

SEORANG wanita yang mengemis di persimpangan lampu isyarat Bandar Sunway.
Quote fifie_olin 23-1-2014 02:10 PM
mn dpt duit bli tisu....
Quote senahitam 23-1-2014 02:12 PM
jgn bukak tingkap kete kt dorang ni.... laki aku penah kene kat gombak kot...bagi singgit xnak...die pegang je tingkap kete xnak lepas...so nk x nak terpaksa bg 5 ringgit sbb lampu isyarat dah ijau. tingkap kete bukak sbb die tgh merokok time tu..tetibe dtg pengemis ni buat cmtu.
Quote mikasa 23-1-2014 02:14 PM
Konklusi....jngan hisap rokok
Quote milosusu 23-1-2014 02:15 PM
y banyak nya bukan rakyat malaysia..da mcm nak buat malaysia ni jd indonesia lak
Quote honda_jazz 23-1-2014 02:16 PM
jgn layan jer!
Quote ellZack 23-1-2014 02:21 PM
mikasa posted on 23-1-2014 02:14 PM
Konklusi....jngan hisap rokok

instead of jangan bukak tingkap..
Quote kekbelacan 23-1-2014 02:24 PM
senahitam posted on 23-1-2014 07:12 AM
jgn bukak tingkap kete kt dorang ni.... laki aku penah kene kat gombak kot...bagi singgit xnak...die ...

Aku nak buka tingkap gak. Aku kasi $10. Kalu kasi $1 kena marah. Biar ramai pengemis asing dtg sini ramai2
Quote biggirlduncry 23-1-2014 02:30 PM
sudah mcm di indon/kemboja/vietnam pula ya
Quote kodokbawang 23-1-2014 02:32 PM
pernah kene ...dan JGN bukak tingkap...kalau dak ada yg jenih hati kering dipegangnya tingkap tu takmo lepas...cam bangsat kenih pengemis camni..,.,staili oakain pun sama je mcm dalam gambar tu....
Quote makshu 23-1-2014 02:32 PM
Dh byk tempat dh dorang nih bertapak.. kat traffic light hussien onn pon ade 2 org buat mcm nih...
Quote kodokbawang 23-1-2014 02:35 PM
makshu posted on 23-1-2014 02:32 PM
Dh byk tempat dh dorang nih bertapak.. kat traffic light hussien onn pon ade 2 org buat mcm nih...

dah 4 kali terserempak kat hussein Onn...berkelubung makcik tu..
Quote pseudo_kl 23-1-2014 02:35 PM
peminta sedekah adalah pekerjaan lumayan sekarang...

at least duduk situ 3 jam ... kata lah paling busuk dapat RM30 sehari... 30 hari = 900 hengget beb...

keja 3 jam jerr...itu pun keje jalan2 /duduk kat tgh pasar malam jerr...  dan itu paling minimum diorang dapat....
Quote sapp73 23-1-2014 02:37 PM
sindiketkah....pemandangan yang biasa dilihat di indon dah boleh dilihat di Malaysia
Quote budakshinchan 23-1-2014 02:40 PM
dah macam jalan jalan kat Bandung plak.. time kenderaan berhenti sebab lampu isyarat kaler merah.. time tu la ada org berjual.. org nyanyi sambil mintak derma.. hurmmm

kalo yg bejual tu.. mungkin dorang gunakan duit hasil mengemis masa awal dulu utk wat modal.. beli barang skit skit..
Quote makshu 23-1-2014 02:42 PM
kodokbawang posted on 23-1-2014 02:35 PM
dah 4 kali terserempak kat hussein Onn...berkelubung makcik tu..

Yup...gaya pemakaian seperti dlm gambar..ketuk2 pintu cermin org buat gaya tangan suap ke mulut.. xpernah lak dia offer nk jual tisu walaupon ade tisu kt tangan..
selalunya dorg ni ade time tengahari, sorg kt traffic light keluar hussein onn, sorg lg dekat simpang masuk dr highway cheras-kajang...
Quote kodokbawang 23-1-2014 02:44 PM
makshu posted on 23-1-2014 02:42 PM
Yup...gaya pemakaian seperti dlm gambar..ketuk2 pintu cermin org buat gaya tangan suap ke mulut..  ...

yaap.....sampei tghari depa ni ada sbb minggu lepai kene dekat2 tghari gak..
Quote ren0_0 23-1-2014 02:47 PM
kodokbawang posted on 23-1-2014 02:32 PM
pernah kene ...dan JGN bukak tingkap...kalau dak ada yg jenih hati kering dipegangnya tingkap tu tak ...

taknak lepas tingkap, call polis terus boleh ke?

boleh tak?

aku kalo nampak dari jauh memang terus naikkan cermin tingkap

Quote setia00 23-1-2014 02:51 PM
bahaya buat macam tu..
tapi kebanyakan warga asing yang mintak sedekah macam ni.
harap pihak berkuasa pantau perkara ni.

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060786 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top