CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tempat Letak Kereta Menjadi Lokasi Luncur Air

9-1-2014 01:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4880| Komen: 12

Description: Jorge Gill, 18, Dan Rakannya, Jack Hammersley, 24, Menggunakan Sejenis Sistem Kabel Penarik Untuk Membolehkan Mereka Meluncur Di Tempat Letak Kereta Itu, Memandangkan Keluasannya Adalah Terhad.
Jorge Gill menunjukkan bakatnya meluncur di kawasan tempat letak kereta bawah tanah yang dinaiki air di Surrey. - AGENSI

SURREY, England 7 Jan. - Kebiasaannya, orang ramai akan menghindari kawasan yang dinaiki banjir bagi mengelak sebarang jangkitan kuman ekoran air yang kotor.

Namun, keadaan itu tidak diendahkan sekumpulan remaja lelaki di sini apabila mereka menjadikan sebuah kawasan tempat letak kereta bawah tanah yang dinaiki air sebagai tempat meluncur, baru-baru ini.

Jorge Gill, 18, dan rakannya, Jack Hammersley, 24, menggunakan sejenis sistem kabel penarik untuk membolehkan mereka meluncur di tempat letak kereta itu, memandangkan keluasannya adalah terhad.


Setelah semua peralatan dipasang, kedua-dua remaja itu meluncur sambil menunjukkan aksi menarik, terutamanya di celah-celah tiang tempat letak kereta itu.
Tidak puas meluncur di situ, kedua-dua remaja tersebut berpindah pula ke sebuah taman rekreasi yang juga ditenggelami air.

Di Taman Shalford itu, Gill dan Hmmersley meluncur dan melompat di atas bangku serta meja yang ditenggelami air.
Sistem kabel penarik itu berfungsi dengan kelajuan lebih 24 kilometer sejam.

Tempat letak kereta itu dilaporkan ditenggelami air sedalam hingga satu meter, manakala di taman itu pula air sedalam 0.3 meter.
Gill dan Hammersley merupakan peluncur dan jurulatih luncur profesional. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silent_hunter 9-1-2014 10:46 AM
awesome!
Tapi masa dekat malaysia banjir ade buat macam ni x?kalau buat mesti rare
Quote magnus 9-1-2014 10:48 AM
Nanti terlanggar tiang..benjol
Quote Artemesiaa 9-1-2014 12:03 PM
Perlu skill yang tinggi ni silap langkah terlanggar tiang
Quote Missanctum 9-1-2014 12:31 PM
lelaki mmg xde kerja kadang2
Quote starbee 10-1-2014 08:46 PM
dorg nie mmg giler extreme...
Quote batmana 10-1-2014 09:06 PM
Missanctum posted on 9-1-2014 12:31 PM
lelaki mmg xde kerja kadang2

Gill dan Hammersley merupakan peluncur dan jurulatih luncur profesional. - AGENSI

tular kerjanye..

Quote ultra78 10-1-2014 09:09 PM
batmana posted on 10-1-2014 09:06 PM
Gill dan Hammersley merupakan peluncur dan jurulatih luncur profesional. - AGENSI

tular kerjany ...




Quote zorrro_03 10-1-2014 09:12 PM
Nampaknya ada bekalan elektrik juga dlm situasi banjir gitu.  Jgn ada yg terkena renjatan sudah la.
Quote Cik_Andak 11-1-2014 09:00 AM
Kalau lah terlanggar tiang tu......
mau bengkak dahi..
hehehehe
Quote sahamboi 12-1-2014 10:03 PM
kat malaysia masa banjir meluncur sambil hantar beras, dan syarat paling besar mesti pakai baju BN dan Sayang Rosmah besar2...
Quote kucingTomey 12-1-2014 10:13 PM
nak buat bende ni dekat mesia tak payah la....bukan nye takde org try buat dekat kuantan masa banjir besar ritu....tak silap saya dekat sg isap nun....ade gak org try buat..baru nak buat org keliling dah pandang semacam...katanye kalau banjir kene sedih..sume kene sedih..jangan nak bergembira bagai.....
Quote R.A.M.A_mirror 12-1-2014 10:31 PM
nk video..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053365 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top