CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng Oxy Tertangkap Sedang Beraksi !

9-12-2013 10:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5942| Komen: 22

Description: Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin Berkata, Pihaknya Menerima Panggilan Kecemasan Kira-Kira Jam 3 Pagi Sebelum Sepasukan Peronda (Mpv) Dikejarkan Ke Lokasi Kejadian ...


AMPANG , 9 Disember : Tindakan tiga lelaki cuba memecah sebuah mesin juruwang automatik (ATM) milik sebuah bank di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini, menggunakan pemotong gas Oxy gagal apabila kejadian itu disedari pegawai bank bertugas melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum menghubungi polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 pagi sebelum sepasukan peronda (MPV) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kehadiran polis disedari tiga suspek berkenaan yang kemudian cuba melarikan diri. Anggota polis cuba menahan suspek, namun berlaku pergelutan sebelum seorang daripada mereka berjaya diberkas.

“Dua lagi suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta  Proton Iswara,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Amiruddin berkata, suspek berusia 38 tahun yang berjaya ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan lanjut.
“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat tiga mesin ATM, namun hanya satu telahpun dipecahkan. Mereka tidak berjaya mengambil wang dalam mesin itu.

“Kami akan memeriksa CCTV bagi mengesan dua suspek yang melarikan diri itu,” katanya memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merakam keterangan suspek.

Beliau berkata, suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

3

Bagus
11

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote papadomku 9-12-2013 07:29 AM
ingatkan oxy ubat jerawat..kekeke
Quote MengkuduMasam 9-12-2013 07:32 AM
pemotong oxy tu menatang ape?
Quote rdzaccess 9-12-2013 07:32 AM
oxy 3 ... yang dua lagi cuti
...
Quote hanakikan 9-12-2013 07:36 AM
Oxy10 memang berkesan utk jerawat
Quote Farini 9-12-2013 07:36 AM
pegawai bank?
guard mana?
Quote Farini 9-12-2013 07:39 AM
pegawai ke pengawal?
Quote tripple_M 9-12-2013 09:37 PM
seb bek xbawak pump gun..
mau bkecai gak muka kang
Quote intan_smsb 9-12-2013 09:39 PM
Oh pemotong gas oxy..
Setahu aku oxy tuk jerawat je kn
Quote Kassim_Patalon 9-12-2013 09:40 PM
OXY berkesan untuk jerawat dan jeragat ikan jelawat aman-aman adja konsepnya
Quote BurningTimes 9-12-2013 09:44 PM
Tu la pemalas sangat dik. Belum sempat curi duit Elohim dah bayar cash je dik. Rasain loh.
Quote sekngucing 9-12-2013 09:48 PM
oxy tu apa?
Quote sharfox 9-12-2013 11:12 PM
sekngucing posted on 9-12-2013 09:48 PM
oxy tu apa?

oxy-acetylene.

Kalo gi workshop buat gril rumah atau kerja2 kimpal besi, dorang akan gunakan gas ni. Sedikit panduan - http://www.technologystudent.com/equip_flsh/acet1.html

Quote dahliateck 9-12-2013 11:23 PM
lor yg dua tu ditch kawan dia, xde integriti sungguh penyamun zaman skrg
Quote Kassim_Patalon 10-12-2013 12:17 AM
oxy tu ubat jerawat
Quote Kassim_Patalon 10-12-2013 12:17 AM
Quote BellExOra 10-12-2013 04:40 PM
huh oxy utk jerawat tu taw la
Quote DeMax 10-12-2013 04:43 PM
BurningTimes posted on 9-12-2013 09:44 PM
Tu la pemalas sangat dik. Belum sempat curi duit Elohim dah bayar cash je dik. Rasain loh.

Patut kejaan bagi latihan kemahiran memorong ATM kpd pencuri...
Quote annehuda 10-12-2013 04:48 PM
oxymoron geng2 ni
Quote AdsMsia 10-12-2013 04:50 PM
rajin pegawai bank tu OT
nak tutup ledger kah sampai jam 3 pagi

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.245896 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top