CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dan Anak Teruja Hamil Serentak

14-10-2021 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5172| Komen: 15

Description: Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana berkongsikan gambar yang menunjukkan dia sedang hamil secara serentak dengan ibunya, lapor laman Suara.com.Menerusi hantaran yang dikongsika ...
Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana berkongsikan gambar yang menunjukkan dia sedang hamil secara serentak dengan ibunya, lapor laman Suara.com.

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula oleh pemilik akaun Instagram @recehskidipapap, wanita tersebut berdiri di sebelah ibunya dalam keadaan kedua-duanya memegang perut masing-masing.



“(Hamil) bersama-sama ya.

“Saya mengandungkan cucu mama, mama mengandungkan adik saya,” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.

Status itu kemudiannya mendapat perhatian netizen yang berkongsi pendapat dan rasa teruja mereka di ruangan komen.

“Baru lahir nanti terus bergelar ibu saudara,” tulis seorang netizen. 

Hantaran tersebut menjadi tular dan mendapat 20,000 tanda suka dan beratus-ratus komen setakat ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 14-10-2021 09:29 AM
Kitaorang yang baca tak teruja pun....
Quote keane.somewhere 14-10-2021 09:31 AM
Memang spesis ni asyik beranak je...x pelik
Quote heythere123 14-10-2021 09:45 AM
dulu arwah nenek dengan arwah makcik iols pon macam ni jugak.
Quote ezacbee 14-10-2021 10:52 AM
Family aku sama.
Mak aku sebaya dgn adik nenek aku.

Quote slyfynx 14-10-2021 11:25 AM
Waaaahhhh, terujanya kami.
Mcm biasa, berita dari seberang
Quote kelapaparut 14-10-2021 11:33 AM
bapaknye same ke..indon kan mcm2 kes pelik iols skeptikal
Quote Artemesiaa 14-10-2021 11:48 AM
Bukan kes pertama dulu2 banyak je yang macam tu sebab masing2 kawin muda.
Quote Samerosie 15-10-2021 10:33 AM
Dulu2 kat Malaya pun ramai je.  Arwah mak long kawin awal sebab zaman jepun.  Anak dia yg tua sebaya dengan my mum (anak bongsu)
Quote makita 15-10-2021 11:01 AM
heythere123 replied at 14-10-2021 09:45 AM
dulu arwah nenek dengan arwah makcik iols pon macam ni jugak.

Sama la...mak meols ngandung dulu, patu adik dia...nenek meols pon tanak kalah. Tahun yang sama tiga-tiga ni dapat baby serentak. Pakcik meols lahir masa akhir tahun
Quote CikYaYaYa 15-10-2021 11:35 AM
Xpelik pon kes mcm nie. Dah masing2 nikohh awal kan. Lainn laa baby tu samaa bapakkk baruu pelekk
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 03:01 PM
Biar laaa deme beranakkk bak tikus menambahkan rakyat negara deme pastu berbondong2 datang sini kejar IC.
Quote naina 17-10-2021 03:10 PM
kelapaparut replied at 14-10-2021 11:33 AM
bapaknye same ke..indon kan mcm2 kes pelik iols skeptikal

Hahaha. Wehh tak sampai ke situ plak otak aku.
Quote edayildiz 19-10-2021 05:40 PM
biasa jer la..my mum ngn ank buah dia sebaya..ckp aku kau jer
Quote sekngucing 19-10-2021 05:55 PM
Kerjanya beranak saja lepas tu beratkan dunia dgn generasi generasi manusia yg tak berguna...seeloknya mati saja
Quote imanjannah 19-10-2021 07:16 PM
jiran aku pun gini

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.264143 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top