CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebanyakan Lelaki Jepun Duduk Masa Kencing, Takut Tersasar Kalau Berdiri

12-10-2021 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5262| Komen: 19

Description: Satu kaji selidik mendapati bahawa kebanyakan lelaki di Jepun memilih untuk duduk berbanding berdiri ketika membuang air kecil kerana bimbang ‘sasaran’ mereka tidak tepat, lantas menyebabkan tandas ...
Satu kaji selidik mendapati bahawa kebanyakan lelaki di Jepun memilih untuk duduk berbanding berdiri ketika membuang air kecil kerana bimbang ‘sasaran’ mereka tidak tepat, lantas menyebabkan tandas kotor, lapor agensi berita Kyodo semalam.


Kaji selidik yang dijalankan oleh pengeluar peralatan mandian, Lion Corp. pada Jun lepas itu mendedahkan bahawa 60.9 peratus lelaki memilih untuk membuang air kecil secara duduk, dengan separuh daripada mereka bertukar daripada posisi berdiri sebelum ini.

Bagi lelaki yang memilih untuk duduk, 49 peratus daripada responden berkata, mereka mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk, manakala 11.9 peratus sememangnya memilih posisi duduk sejak dahulu.


Foto:  Kyodo

Hanya 2.7 peratus daripada golongan itu terdiri daripada lelaki berumur 60-an, manakala 25.7 peratus lagi berusia 20-an.

Alasan paling banyak diberikan adalah kerana melihat kekotoran yang dibuat (jika membuang air secara berdiri), dengan 37.3 peratus berkata, mereka dapat melihat kesan-kesan percikan air kecil akibat perbuatan mereka.

Selain itu, 27.9 peratus responden turut memberikan alasan bahawa tindakan itu adalah sebagai sikap bertimbang rasa kepada pencuci tandas, 19.3 peratus berpendapat mereka perlu membersihkan sendiri kekotoran serta 16.6 peratus yakin bahawa percikan air kecil tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Kaji selidik tersebut dilakukan dalam kalangan 1,500 orang lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 12-10-2021 09:19 AM
Bukan laki seeloknya mmg kencing duduk ke? Sbb ada kaitan dgn urat apa entah
Quote Skuau 12-10-2021 09:45 AM
Edited by Skuau at 12-10-2021 09:46 AM
evlinne replied at 12-10-2021 09:19 AM
Bukan laki seeloknya mmg kencing duduk ke? Sbb ada kaitan dgn urat apa entah


itu sajat ngn safie lias....@kita kan orng pompuan
Quote husna_amal 12-10-2021 09:54 AM
sebaiknya lelaki kena kencing mencangkung dari kencing berdiri ni.
Quote Mooverine 12-10-2021 10:10 AM
Kalau laki kencing duduk ni, maksud dia kena tekan lah kan anu dia supaya facing ke bawah? Susah juga tu kan..
Quote helicornia 12-10-2021 10:10 AM
Depa mmg pembersih.lalu lorong belakang kedai pun bersih mcm main road
Quote Artemesiaa 12-10-2021 10:27 AM
Tu benar kebanyakan mereka dan ahli keluarga mereka diarahkan guna cara tu.  Bukan sebab takut tersasar tapi nak pastikan tandas mereka sentiasa bersih kering dan harum.  Tak ada ler bau2 kurang menyenangkan atau najis tu boleh terpercik sana sini memudahkan mereka bab kebersihan.
Quote Kurex 12-10-2021 10:35 AM
Boss iols kencing berdiri sambil teran kencing... Iols dengar dia kencing, kuat gila bunyi pancutan tu
Quote Dorotheas 12-10-2021 10:39 AM
It's sunnah to kencing duduk ok..
Quote RatuDunia94 12-10-2021 11:52 AM
Bg org islam. Kencing berdiri boleh sebabkan najis kencing tu terpercik ke kaki atau seluar. Pastu buat solat.
Quote kelapaparut 12-10-2021 12:48 PM
jepun lbh islamik dr melayu msia ye, dr kbersihan, adab, etika etc..
Quote matbad 12-10-2021 12:55 PM
evlinne: Bukan laki seeloknya mmg kencing duduk ke? Sbb ada kaitan dgn urat apa entah

sunnah pun ada sebut laki kencing duduk. kna rujuk semula kat alim ulamak
Quote nakkomenjugak 12-10-2021 05:53 PM
Even gini pun deme mengamalkan 5S yach!
I lioke2
Quote Decaffeinated 12-10-2021 06:08 PM
ini kalau kencing kat toilet bowl la

kalau kat public urinals tu macam mana nak duduk


Quote Jitu 12-10-2021 09:26 PM
nak duduk,cangkung, berdiri ke yg penting basuh bersih2 anu tu lepas kencing
Quote supernaturalee 12-10-2021 10:33 PM
Buat lh poll tt


Mcm x caye request dgn cari-mro

Quote ctaz 12-10-2021 10:39 PM
kencing duduk tu dah ok....
tapi bab mencuci anu tu .... kompom la tak buatkan....
tetap pengotor jua....


hahahahahaha
Quote edayildiz 12-10-2021 10:41 PM
dorg ni mmg sopan kan kbykannya? dulu sensei i sopannya lah.. cara bukak payung hmm sopan giler..ckp sopan..naik basikal pun alahai gemalainya..tp org ckp laki jepun kuat kerja..dorg xsempat nk manjakn ank bini kt umah..
Quote underground 13-10-2021 12:31 AM
lelaki muslim dah beribu tahun kencing duduk/cangkung dekkkk

org jepun bukan semua pembersih pun, lagi pengotor pun ada.

kencing bersepah.. lagi2 time mabuk

korang kena kencing je org jepun ni berdisiplin dan pembersih.

wayang kuat.

siapa pernah duduk/kerja/belajar kat jepun je tahu perangai munafik japanese ni.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053890 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top