View: 4757|Reply: 18
|
Kebanyakan Lelaki Jepun Duduk Masa Kencing, Takut Tersasar Kalau Berdiri
[Copy link]
|
|
Satu kaji selidik mendapati bahawa kebanyakan lelaki di Jepun memilih untuk duduk berbanding berdiri ketika membuang air kecil kerana bimbang ‘sasaran’ mereka tidak tepat, lantas menyebabkan tandas kotor, lapor agensi berita Kyodo semalam.
Kaji selidik yang dijalankan oleh pengeluar peralatan mandian, Lion Corp. pada Jun lepas itu mendedahkan bahawa 60.9 peratus lelaki memilih untuk membuang air kecil secara duduk, dengan separuh daripada mereka bertukar daripada posisi berdiri sebelum ini.
Bagi lelaki yang memilih untuk duduk, 49 peratus daripada responden berkata, mereka mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk, manakala 11.9 peratus sememangnya memilih posisi duduk sejak dahulu.
Foto: Kyodo
Hanya 2.7 peratus daripada golongan itu terdiri daripada lelaki berumur 60-an, manakala 25.7 peratus lagi berusia 20-an.
Alasan paling banyak diberikan adalah kerana melihat kekotoran yang dibuat (jika membuang air secara berdiri), dengan 37.3 peratus berkata, mereka dapat melihat kesan-kesan percikan air kecil akibat perbuatan mereka.
Selain itu, 27.9 peratus responden turut memberikan alasan bahawa tindakan itu adalah sebagai sikap bertimbang rasa kepada pencuci tandas, 19.3 peratus berpendapat mereka perlu membersihkan sendiri kekotoran serta 16.6 peratus yakin bahawa percikan air kecil tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Kaji selidik tersebut dilakukan dalam kalangan 1,500 orang lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan laki seeloknya mmg kencing duduk ke? Sbb ada kaitan dgn urat apa entah |
|
|
|
|
|
|
|
sebaiknya lelaki kena kencing mencangkung dari kencing berdiri ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau laki kencing duduk ni, maksud dia kena tekan lah kan anu dia supaya facing ke bawah? Susah juga tu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Depa mmg pembersih.lalu lorong belakang kedai pun bersih mcm main road |
|
|
|
|
|
|
|
Tu benar kebanyakan mereka dan ahli keluarga mereka diarahkan guna cara tu. Bukan sebab takut tersasar tapi nak pastikan tandas mereka sentiasa bersih kering dan harum. Tak ada ler bau2 kurang menyenangkan atau najis tu boleh terpercik sana sini memudahkan mereka bab kebersihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Boss iols kencing berdiri sambil teran kencing... Iols dengar dia kencing, kuat gila bunyi pancutan tu |
|
|
|
|
|
|
|
It's sunnah to kencing duduk ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bg org islam. Kencing berdiri boleh sebabkan najis kencing tu terpercik ke kaki atau seluar. Pastu buat solat. |
|
|
|
|
|
|
|
jepun lbh islamik dr melayu msia ye, dr kbersihan, adab, etika etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
evlinne: Bukan laki seeloknya mmg kencing duduk ke? Sbb ada kaitan dgn urat apa entah
sunnah pun ada sebut laki kencing duduk. kna rujuk semula kat alim ulamak |
|
|
|
|
|
|
|
Even gini pun deme mengamalkan 5S yach!
I lioke2
|
|
|
|
|
|
|
|
ini kalau kencing kat toilet bowl la
kalau kat public urinals tu macam mana nak duduk
|
|
|
|
|
|
|
|
nak duduk,cangkung, berdiri ke yg penting basuh bersih2 anu tu lepas kencing
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat lh poll tt
Mcm x caye request dgn cari-mro
|
|
|
|
|
|
|
|
kencing duduk tu dah ok....
tapi bab mencuci anu tu .... kompom la tak buatkan....
tetap pengotor jua....
hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dorg ni mmg sopan kan kbykannya? dulu sensei i sopannya lah.. cara bukak payung hmm sopan giler..ckp sopan..naik basikal pun alahai gemalainya..tp org ckp laki jepun kuat kerja..dorg xsempat nk manjakn ank bini kt umah.. |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki muslim dah beribu tahun kencing duduk/cangkung dekkkk
org jepun bukan semua pembersih pun, lagi pengotor pun ada.
kencing bersepah.. lagi2 time mabuk
korang kena kencing je org jepun ni berdisiplin dan pembersih.
wayang kuat.
siapa pernah duduk/kerja/belajar kat jepun je tahu perangai munafik japanese ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|