CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 Bulan Jual Kuih, Berjaya Kumpul RM48,838 Dalam Baldi

5-10-2021 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4055| Komen: 14

Description: Seorang peniaga kuih di Indonesia menjadi tular kerana berkongsi video yang memaparkan wang simpanannya hasil daripada jualan selama 11 bulan telah terkumpul menjadi 167 juta rupiah (RM48,838), lapor ...
Seorang peniaga kuih di Indonesia menjadi tular kerana berkongsi video yang memaparkan wang simpanannya hasil daripada jualan selama 11 bulan telah terkumpul menjadi 167 juta rupiah (RM48,838), lapor laman berita Suara.com.


Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Eril itu menunjukkan wang simpanannya yang disimpan di dalam sebuah baldi.

“Alhamdulillah, kira-kira 11 bulan menabung, akhirnya saya dapat mengira wang ini di hadapan kedua-dua ibu bapa,” katanya.


Foto: Suara .com

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik sebelum ini, Eril menunjukkan dia sedang menggoreng kuih dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan peralatan memasak tradisional.


Bagaimanapun menurut lelaki itu, dari semasa ke semasa, dia menyimpan wang hasil jualannya dan mampu membeli sebuah kedai hasil usaha titik peluhnya.

Perkongsian Eril menjadi tular dengan ramai netizen mengakui berasa terinspirasi dengan usahanya itu.

“Meremang bulu roma saya melihatnya. Hebat dan mantap. Semoga terus memberikan inspirasi,” kata seorang netizen.

“Semoga terus diberkati. Saya juga teringin untuk mendapat hasil daripada sikap menabung seperti itu,” komen seorang lagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 5-10-2021 10:42 AM
hari ni baldi penuh duit, esok ngan baldi2 hilang kena rembat
Quote matamata 5-10-2021 10:44 AM
Indon lagi... Lagi dan lagi[attach]594756[/attach]
Quote rospinki 5-10-2021 10:45 AM
caprot bangsa indon nih
bertuhankan duit mereka..org keje sbab mencari rezeki bukan mencari duit. er betul ke
Quote Skuau 5-10-2021 11:07 AM
167 juta...mmmm...pelik la indon2 ni semua...kenapa nk datang Msia susah2 kerja kontrak 'majukan Msia'....jual kuih 11 bln jer ko boleh dpt beratus juta...Msia mampu???
Quote damsel_fiji 5-10-2021 11:21 AM
pening aku..ni forum CARI ke forum KASKUS ???? setiap hari ada jahhhhhhhh berita sampah dari tanah keluhuran caprut
Quote musangbodoh 5-10-2021 11:38 AM
ayam penyet
pecal leleh
Quote CinnamonR 5-10-2021 12:55 PM
Modal plak abeh berapa banyak??
Quote Kurex 5-10-2021 01:30 PM
Ya Allah, ya Tuhan kami..
Penting ke cerita dari indon ni?
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 03:21 PM
Halohhhh dulu cari mal, ni cari mro pulakkkk
We don't care about yendonsssss
Quote ujio 5-10-2021 03:37 PM
apahalll beritaa indonn manjangg masuk CI..?
Quote LadyCarefree 5-10-2021 04:43 PM
Tahniah @Friska
Quote TOPwind 5-10-2021 05:37 PM
Skuau replied at 5-10-2021 11:07 AM
167 juta...mmmm...pelik la indon2 ni semua...kenapa nk datang Msia susah2 kerja kontrak 'majukan Msi ...

kat Msia mereka jual nasi lemak dan kueh dpt RM200K  baw balik indon terus kaya dan dtg lagi.

Quote gideoncross 5-10-2021 11:31 PM
Ikut rzeki sorg2, iol pun kdg2 ada jugak brjual tpi $100 pun x smpai hahahaha.
Quote venomie1 6-10-2021 07:51 AM
CinnamonR replied at 5-10-2021 12:55 PM
Modal plak abeh berapa banyak??

Baru nak tanya..dia berniaga tak keluar modal ke?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055599 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top