CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Yang Tak Senang Tengok Jutawan Hartanah Guna Helikopter

29-9-2021 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7825| Komen: 44

Description: Besut: "Saya bayar sekitar RM50,000 sehingga lebih RM100,000 setiap kali menggunakan perkhidmatan helikopter berkenaan," kata jutawan hartanah Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali seba ...
Besut: "Saya bayar sekitar RM50,000 sehingga lebih RM100,000 setiap kali menggunakan perkhidmatan helikopter berkenaan," kata jutawan hartanah Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin.


Azlan, 34, dari Kampung Tok Raja, Jertih, berkata dia tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai helikopter yang digunakan selama ini termasuk mengakui helikopter berkenaan miliknya.

"Semuanya persepsi masyarakat yang beranggapan helikopter itu kepunyaan saya. Maklumlah mereka biasa lihat helikopter itu diparkir di hadapan rumah.

"Malah, pernah sampai berhari-hari helikopter itu tersadai di hadapan rumah sekali gus memberi tanggapan bahawa helikopter itu kepunyaan saya.

"Sebenarnya saya tiada apa-apa masalah mengenai tanggapan orang ramai mengenainya cuma apabila ada pihak tertentu sengaja mencipta sensasi berbau fitnah, saya perlu memberi penjelasan," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.



Kredit foto: Harian Metro

Katanya, dia menggunakan perkhidmatan helikopter itu untuk tujuan perniagaan hartanah yang dijalankan dan menjadi keperluan wajar kerana segala urusan perlu dijalankan dengan cepat dan lancar.

"Saya perlu menggunakan perkhidmatan helikopter sewa itu untuk meninjau tanah-tanah yang dibeli dan bakal dimajukan.

"Kadangkala dalam masa sehari, saya perlu berada di beberapa negeri atas urusan perniagaan. Oleh itu penggunaan perkhidmatan helikopter memang diperlukan bagi mempercepatkan pergerakan.

"Paling rendah caj sewa satu jam ialah sekitar RM8,000 dan biasanya paling kurang saya akan sewa selama lapan hingga 10 jam untuk urusan perniagaan hartanah yang dijalankan," katanya.

Menurutnya, dia pernah ditawarkan untuk membeli helikopter pada harga RM10 juta, tetapi tidak digalakkan membeli helikopter untuk keperluan peribadi atas nasihat pihak yang berkepakaran.

"Walaupun kos sewaan helikopter agak tinggi, tetapi kos penyelenggaraan juga lebih tinggi beberapa kali ganda jika memilikinya dan ia langsung tidak menguntungkan saya.

"Ini kerana penggunaan helikopter itu bukan pada setiap hari. Maka saya rasa tiada keperluan untuk membeli helikopter buat masa sekarang walaupun mempunyai kemampuan jika mahu," katanya yang pernah bekerja sebagai pengutip sampah sebelum berjaya dalam hidup.

Katanya, dia juga tidak menolak kemungkinan akan memajak sebuah helikopter dan pesawat persendirian untuk bagi urusan perniagaannya di seluruh negara.

Bercerita mengenai tuduhan berbau fitnah yang dilemparkan ke atasnya di media sosial, katanya, dia memandang serius perkara itu dan sudah melantik peguam untuk tindakan undang-undang.

"Memang tidak dinafikan ada segelintir individu tertentu yang dikenali menimbulkan persepsi buruk dan berunsur fitnah sejak kejayaan saya tular di media sosial.

"Oleh itu, bagi menjaga nama baik dan kredibiliti, saya melantik beberapa peguam untuk mengambil tindakan perundangan atau saman malu terhadap pihak berkenaan.

"Tindakan saman itu sebagai pengajaran kepada pihak berkenaan supaya jangan sesuka hati mencipta sensasi negatif di media sosial," katanya.

Azlan yang kini menguruskan perniagaan hartanah bernilai jutaan ringgit berharap segala perkongsian mengenai kejayaannya dalam bidang hartanah menjadi contoh kepada orang ramai untuk berjaya.

"Masyarakat perlu membuka fikiran untuk melihat kejayaan yang ditonjolkan itu pada sudut positif dan tidak mencari titik kelemahan yang tidak menguntungkan," katanya.

Sebelum ini, tular dakwaan netizen mengenai Azlan yang disifatkan cuba memanipulasi masyarakat mengenai pemilikan helikopter yang digunakan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 29-9-2021 01:52 PM
Org yg tak berniaga selalunya mmg jahil bab costing... Costing berniaga tak sama dgn costing isi rumah... Costing belanjawan negara pun tak sama
Quote kelapaparut 29-9-2021 01:56 PM
kalu rm50 k rm100k  sedekah kat org miskin kan lg bagus saham akhirat, ni abis duit kat helikopter, duit tu mcm air lalu je
Quote green~tea 29-9-2021 02:03 PM
Cari jugak kisah2 dia ni.. langsung takde cerita cemane dari kutip sampah jadi jutawan hartanah.. jutawan pebenda?
Quote ~boolean 29-9-2021 02:05 PM
whoryus? mengapa dijadikan bahan berita? siapa fitnah dia? apa citer ni..
Quote batmana 29-9-2021 02:13 PM
otai2 yg kenal ni, budak weechat mmgla tk kenal,

dh berzman kisah dia merata kt paper, mmg dia dulu hidup susah, smpai wang poket tkde..
Quote jalfa 29-9-2021 02:15 PM
Dah dia ada keperluan..biasa tanah tanah jauh dr kaw jalan naik heli la senang tinjau dr atas je...abg tunggu dron yg boleh bawak orang tuu..pastu beli paking depan rumah
Quote dodolgemok 29-9-2021 02:18 PM
Whoryusss?? Dan kenapa org yg berjanggut jambang panjang ni xreti nak trim elok2 bagi kemas sikit janggut tu? Nak jugak kena serabai sehelai dua ke kanan kiri compang camping macam homeless kan??
Quote orkidorkido 29-9-2021 02:20 PM
Betul ke 34 tahun? Nampak berusia
Quote slyfynx 29-9-2021 02:25 PM
Kalau cerita harga riban2 ni, mmg confirm marketing.
X pernah lak aku dgr org betul2 dalam list manusia terkaya cerita berapa die belanje everyday.
Berapa harga memende atau kemudahan yang die pakai
Quote bakingsoda 29-9-2021 02:40 PM
mana cerita lengkap dr pengutip sampah kepada jutawan hartanah
Quote terma2nkondisi2 29-9-2021 02:49 PM
dakwaan cuba memanipulasi masyarakat?

mcm mana tu.. maknanya netizen dakwa dia sesaje tayang helikopter utk tujuan marketing kah?
Quote sukacactus 29-9-2021 02:53 PM
Pernah baca kisah dia ni
Masa miskin jd pengutip brg lusuh, lps tu meniaga brg lusuh plak rasanya
Quote zamzam 29-9-2021 03:06 PM
green~tea replied at 29-9-2021 02:03 PM
Cari jugak kisah2 dia ni.. langsung takde cerita cemane dari kutip sampah jadi jutawan hartanah.. ju ...

Adalah cerita ttg dia. Mula2 kutip sampah pastu ada org nak jual tanah  dia tolong carikan buyer. Mula2 tanah kg sekangkang kera pastu semakin naik jd broker berekar2 tanah. Sekarang dah jutawanlah.
Quote zamzam 29-9-2021 03:07 PM
batmana replied at 29-9-2021 02:13 PM
otai2 yg kenal ni, budak weechat mmgla tk kenal,

dh berzman kisah dia merata kt paper, mmg dia du ...

Tu lah budak wicat cari kisah artis mana nak tahu kisah org susah papa kedana kan.
Quote KIM.K 29-9-2021 03:12 PM
green~tea: Cari jugak kisah2 dia ni.. langsung takde cerita cemane dari kutip sampah jadi jutawan hartanah.. jutawan pebenda?


Contract sign in blood ke. Katanya semua overnight success amik blue/red pills. Sape mentor dia, syarikat contruction mana
Quote vespa_oren 29-9-2021 03:22 PM
Sbb tu aku balik kampung sewa kereta honda dari socar jer setakat sewa seminggu rm1k apalah sgt banding byr bulan2
Quote Kurex 29-9-2021 03:28 PM
Mati2 ingatkan 50an
Quote edayildiz 29-9-2021 03:28 PM
abg ni ada buku kan rahisa dari pengkutip sampah jadi jutawan...
Quote NazRysha 29-9-2021 03:28 PM
kelapaparut replied at 29-9-2021 01:56 PM
kalu rm50 k rm100k  sedekah kat org miskin kan lg bagus saham akhirat, ni abis duit kat helikopter,  ...

dia ni banyak jugak bersedekah u
mungkin jenis tak suka gembar gemburkan tu orang tak tahu
tak mcm hafiz mahamad tu
semua nak menunjuk

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.094719 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top