CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rancang Wujud Tanah Perkuburan Dalam Taman Di Besut

29-9-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2109| Komen: 2

Description: Besut: Keindahan dan susunan sistematik tanah perkuburan Islam dalam taman (Raudhatul Sakinah) di Selangor memberi inspirasi kepada Badan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Alor Lintang untuk menaik ta ...
Besut: Keindahan dan susunan sistematik tanah perkuburan Islam dalam taman (Raudhatul Sakinah) di Selangor memberi inspirasi kepada Badan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Alor Lintang untuk menaik taraf kubur lama di Kampung Alor Lintang, di sini.


Pengerusi badan pengurusan itu, Ismail Zakaria berkata, projek mengurus dan menyusun semula kawasan perkuburan itu mula dilaksanakan pada awal bulan ini.

Katanya, kawasan tanah perkuburan berkeluasan kira-kira 2.02 hektar berkenaan dipercayai mampu memuatkan enam plot perkuburan secara berperingkat.


Foto: Harian Metro

"Sebelum ini tiada jawatankuasa khusus menyelaras kawasan tanah perkuburan ini menyebabkan susunan kubur lama agak berterabur.


"Bagi mengelakkan keadaan itu daripada terus berpanjangan, kami membuat keputusan untuk membangunkannya kerana masih terdapat banyak tanah yang kosong," katanya ketika ditemui, hari ini.

Ismail berkata, pada peringkat awal, kerja-kerja menimbun dan meratakan tanah dilakukan untuk menaikkan aras tanah di kawasan itu.

"Kami juga mendapat kerjasama Jabatan Mufti Terengganu untuk mengukur dan menyusun semula kedudukan dianggarkan berjumlah lebih 100 kubur lama.

"Laluan jalan baru juga dibina bagi mengasingkan lot tanah perkuburan lama dengan lot baru," katanya.

Katanya, lot tanah perkuburan baru sudah siap sedia digunakan pada bila-bila masa sekiranya berlaku kematian dalam jangka masa terdekat.

"Kami juga berhasrat untuk mewujudkan perkuburan pintar yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi seperti sistem e-pusara bagi memudahkan orang ramai mencari waris mengikut lot kubur yang dikebumikan di tanah perkuburan terbabit.

"Penstrukturan kubur lama juga lebih indah dan tersusun manakala kubur-kubur baru diseragamkan dari segi lot dan binaan batu nisan," katanya.

Katanya, pada masa sama pihaknya memerlukan sumbangan dana bagi menampung kerja-kerja berkenaan termasuk memasang pagar bagi memastikan hasrat mewujudkan kubur dalam taman mampu direalisasikan.

"Usaha naik taraf kubur ini dilakukan secara berperingkat mengikut fasa kerana bergantung kepada sumbangan daripada orang ramai.

"Kami bercita-cita untuk menjadikan tanah perkuburan Alor Lintang sebagai kubur contoh di daerah Besut khususnya dan di negeri Terengganu amnya," katanya.

Katanya, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun Bank Muamalat Badan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Alor Lintang 13030001268710. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 29-9-2021 02:06 PM
Alhamdulillah... indah tempat bersemadi ibu dan ayahku...
Quote FOTHER-MUCKER 29-9-2021 02:19 PM
Baguslah buat seperti di Paris tu dan jadikan satu penarikan hontok pelancongan!

Semoga besut dikenali satu dunia!!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.204431 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top