CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Mengaku Nabi Dihukum Mati

29-9-2021 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3027| Komen: 11

Description: Lahore: Seorang wanita di Pakistan dihukum mati selepas didapati bersalah atas dakwaan menghina agama kerana mengaku dirinya sebagai nabi.
Lahore: Seorang wanita di Pakistan dihukum mati selepas didapati bersalah atas dakwaan menghina agama kerana mengaku dirinya sebagai nabi.

Tertuduh, Salma Tanveer yang juga pengetua sekolah itu turut dikenakan denda 50,000 Rupee Pakistan (RM1,2228).


Menurut portal Independent, Salma didakwa mengedarkan salinan hasil penulisannya yang mana dia menyangkal Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi terakhir.

Media sebelum ini melaporkan Polis Lahore membuka siasatan kes terhadap Salma susulan aduan dikemukakan oleh satu pihak pada 2013.

Foto: Harian Metro

Menerusi penghakiman 22 muka surat, Hakim Mansoor Ahmad Qureshi berkata: "Ia terbukti melampaui keraguan munasabah bahawa Salma Tanveer menulis dan mengedarkan hasil penulisannya yang menghina Nabi Muhammad SAW".


Beliau berkata, tertuduh juga gagal membuktikan kesnya di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan Pakistan iaitu jenayah dilakukan individu yang tidak waras tidak boleh dihukum.

Ketika perbicaraan, peguam kepada Tanveer, Muhammad Ramzan berhujah bahawa anak guamnya tidak waras ketika melakukan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan mengemukakan laporan lembaga perubatan Institut Kesihatan Mental Punjab bahawa tertuduh adalah waras dan oleh itu, boleh dibicarakan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 29-9-2021 01:50 PM
she needs help not punishment
Quote Skuau 29-9-2021 02:29 PM
Edited by Skuau at 29-9-2021 02:32 PM

pernah jumpa 'Sultan'....warga Nepal kerja security....
Quote FOTHER-MUCKER 29-9-2021 02:38 PM
Apa hukumnya jika seorang itu bernnama NABI?
Quote noor2 29-9-2021 02:51 PM
Acik sittah nasib duk Malaysia...siap ngaku bercakap dgn tuhan dan jenjalan ke neraka lagi dan punyai pengikut ramai
Quote Belibis 29-9-2021 03:56 PM
edayildiz: she needs help not punishment

Hukuman tu pun salah satu pertolongan..tolong senyap.
Quote edayildiz 29-9-2021 04:43 PM
Belibis replied at 29-9-2021 03:56 PM
Hukuman tu pun salah satu pertolongan..tolong senyap.

teringat cite thai nabi my step darling..ce sis tengok
Quote norawestallen 29-9-2021 06:07 PM
edayildiz replied at 29-9-2021 01:50 PM
she needs help not punishment

Ya betul. Setuju
Quote Fortiori02 29-9-2021 06:12 PM
Strict gak ya undang2 Pakistan pasal hina nabi. Hak masing2 nak gubal undang2 yg dirasakan sesuai tok negara sendiri.
Quote dua_chzy 29-9-2021 11:41 PM
Nabi/rasul dulu2 pun persecuted begini la. Orang tuduh gila, tak percaya, sampai diseksa, dibunuh etc.
Quote immaryjane 30-9-2021 12:00 AM
Misal kate Imam mahdi muncul, of coz semua tk percaya kn dia yg terpilih. Org sewel la, lg teruk klu kne hukum bunuh mcm ni.
Allah akan jaga dia ke? Bolak balik kn hati org ke misal kate jdi ape2.

I pn tak tahu nk susun ayat mcm mana. Contoh sittah tu la.

Quote nakkomenjugak 30-9-2021 05:09 AM
Kalau kat malaya hukuman gini
Gerenti takde teko besar depan rumah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.070349 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top