CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Time Traveller Dakwa Dirinya Adalah Manusia Terakhir Hidup Di Bumi

23-9-2021 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4427| Komen: 26

Description: Seorang pengguna TikTok yang hanya dikenali sebagai Javier, membuat rakaman di beberapa jalan kosong dan mendakwa dirinya adalah manusia terakhir terakhir yang masih hidup.
Seorang pengguna TikTok yang hanya dikenali sebagai Javier, membuat rakaman di beberapa jalan kosong dan mendakwa dirinya adalah manusia terakhir terakhir yang masih hidup.

Walaupun ideanya seakan langsung tidak masuk akal, video berkenaan sudah pun disaksikan lebih 60,000 kali dan akaunnya @unicosobreviviente kini memiliki enam juta pengikut yang menanti video terbaharu.

Video yang dimuatnaik dinamakan ‘day 219 alone in the world’ itu menunjukkan pemilik akaun berkenaan sedang berjalan di satu lorong kosong di Sepanyol.

Foto: Tiktok

Dia kemudiannya melalui taman permainan kanak-kanak dan perumahan tanpa ada seorang pun penghuni dapat dilihat di kawasan berkenaan.

Dalam kebanyakan videonya, Javier mendakwa dirinya sebagai "time traveller" atau pengembara masa berada enam tahun ke hadapan dan ternyata ada orang yang turut mempercayai dakwaannya itu.

Seorang pengguna berkata, dia melihat satu bot pada latar belakang video dan ada yang mengatakan beberapa kedai yang dilalui kelihatan bersih tanpa ada sebarang habuk.

“Bolehkah kamu meninggalkan Sepanyol?,” kata seorang pengguna.

“Pergi ke lima atau pun 10 apartment secara berturut-turut barulah saya boleh fikirkan apa yang kamu katakan adalah betul.”

Di sisi lain, ada pengguna media sosial lain mula ragu dengan apa yang diperkatakan Javier.

“Saya cabar kamu ke hospital di tengah-tengah bandar”

Saya percaya semua ini boleh berlaku tetapi dengan suntingan.” -CARI

Sumber: Daily Star/mstar 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kyozsamurai 23-9-2021 08:23 AM
mcm banyak plak org buat video dari masa depan
Quote dodolgemok 23-9-2021 08:31 AM
Dramanyahh kau dek. Motip kau datang jaman ni ambil bedio nak tunjuk bandar kosong bagai.
Quote Skuau 23-9-2021 09:13 AM
"lu dpn olang..kasi la apa no next draw...tgk butul tada butul"-taik judi
Quote Mooverine 23-9-2021 10:29 AM
LoL mcm cerita zombie lah..
dengan edit, relax ja boleh buat satu bandar tu sunyi sepi
Cuba ikut mcm dalam drama-drama selalu,kalau nak buktikan diri tu betul time traveller
pergi cari lottery results.. establish kan apa nombor2 yg akan keluar tu nanti
kalau dia boleh upload tiktok, maksudnya internet semua masih berfungsi kan masa tu, dapat ja gugel result lottery..
Quote Dwdrum 23-9-2021 10:38 AM
Masih lagi ada mall dan playground... Ingat sudah jadi dust ramalan perang WW3.
Quote noor2 23-9-2021 10:40 AM
Brp ramai manusia jadi gila sb covid ni.....
Quote ninja9 23-9-2021 11:28 AM
bagus jugak buat content macam ni .. ramai yang teruja sebab konsep memang menarik
Quote lee_sara 23-9-2021 11:28 AM
hai..saya pun dari masa depan..
Quote ninja9 23-9-2021 11:29 AM
[youtube]CWOOk2Gy26E[/youtube]
Quote syamzana 23-9-2021 11:36 AM
merata dah org sewel skrg ni. apapun syukur masih byk lagi benda wujud pada zaman akan dtg di sepanyol. kalau ikutkan ratu tidur sittah, sabah maybe tgl mount kinabalu je kot skrg ni.
Quote angelofish 23-9-2021 11:41 AM
dari pada kau datang tahun ni.baik kau pegi tahun masa sebelum covid muncul.kau bagi amaran jangan makan kelawar
Quote stania83 23-9-2021 11:41 AM
ini bukan sewel yang sewel forumner cari yg taip bukan bukan,;
Quote najib888 23-9-2021 12:11 PM
Pembohong besaq.. hari tu kata ada big asteroid nak hentam bumi area mana tak ingat la.. 14 Jun 2021..

Quote namr 23-9-2021 12:14 PM
Byk org gila sekarang ni
Quote Azhargoth 23-9-2021 01:58 PM
ooooooooooooooo... dia silap...org last sekali Will Smith letz getz jiggy with it..
Quote highcastle 23-9-2021 02:28 PM
Alah filem melayu Samsul Usop Desolasi dah buat lama dah........











Quote TOPwind 23-9-2021 02:38 PM
dodolgemok replied at 23-9-2021 08:31 AM
Dramanyahh kau dek. Motip kau datang jaman ni ambil bedio nak tunjuk bandar kosong bagai.

ini dipanggil marketing strategies
yg penting ada pengikut dan dpat bayaran dari Utube
Quote KamikuP 23-9-2021 05:17 PM
Patut dia beli nombor ekor mesti jadik jutawan segera
Quote green~tea 23-9-2021 05:19 PM
Ramai betul orang gila isim zaman sekarang

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065495 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top