CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Belum Fikir Cari Isteri, Nak Jaga Anak Je

23-9-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2850| Komen: 9

Description: Mencecah usia 37 tahun pada Rabu, komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun tidak berasa kekurangan tanpa kehadiran pasangan hidup.
Mencecah usia 37 tahun pada Rabu, komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun tidak berasa kekurangan tanpa kehadiran pasangan hidup.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun berkata, dia tiada perancangan untuk menamatkan zaman duda dalam masa terdekat dan hanya mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya seninya.


Foto: IG

"Sekarang ni Alhamdulillah banyak benda saya dah capai, banyak saya dah nikmati, banyak cita-cita dah terlaksana.

"Saya tak mahu menjadikan benda yang tak lengkap itu sebagai satu kekurangan. Mungkin pada usia sekarang orang lain fokus kehidupan berkeluarga.

"Bagi diri saya banyak benda yang Allah dah bagi, so nak cakap fasal yang tak dapat lagi tu mungkin InsyaAllah akan datang pada masanya," katanya kepada mStar.




Ujar Hafiz, selain fokus kepada kerjaya seni, dia juga memberi perhatian lebih kepada anak angkat dan ibu bapanya.

Dia bersyukur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia dapat meluangkan banyak masa bersama ibu bapa.



"Saya belum ada plan lagi nak berkeluarga sebab fokus dengan family sendiri dengan anak.

"Saya ada ibu bapa yang semakin berusia... dulu saya tak banyak luangkan masa dengan mak saya, sibuk dengan belajar dan kerja.

"Tapi kebetulan masa PKP saya habiskan banyak masa duduk rumah dengan mak ayah. Saya tak nak terlepas peluang bersama mak ayah,” ujarnya.




Hafiz pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun bercerai dengan talak selepas lima bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Hafiz berkata, dia juga merancang untuk bersara pada usia memasuki 40 tahun.

Katanya, dia kini sudah mengurangkan aktiviti seni dan persembahan melibatkan hiburan secara perlahan-lahan.

Hafiz berkata, dalam usia kini dia ingin banyak melakukan amal ibadah dan membantu orang ramai.

"Kalau boleh masuk umur 40 tahun saya nak bersara awal. Sekarang ni pun saya dah mula slow down tak macam dulu.

"Mungkin saya akan mulakan untuk tidak buat persembahan, saya mulakan satu persatu. Kalau tidak sepenuhya, mungkin kurangkan 50 peratus aktiviti seni.

"Kemudian saya nak fokuskan kepada benda-benda kebajikan sebab saya seronok lihat ramai kawan lain banyak bantu orang," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 23-9-2021 10:38 AM
Dia ni kelulusan apa dan kerjanya apa?
Quote husna_amal 23-9-2021 10:47 AM
Joy kata dia ni lemah syahwat.
Quote azwanaliori 23-9-2021 11:12 AM
Jgn jadi gayah ye pismidon
Quote laksmanabentan 23-9-2021 11:25 AM
husna_amal replied at 23-9-2021 10:47 AM
Joy kata dia ni lemah syahwat.

joy ajak ML tapi kurang perform ya...
Quote nakkomenjugak 24-9-2021 02:54 AM
Iol lupa akan kewujudan heol
Quote dudaberhias 24-9-2021 03:14 AM
husna_amal replied at 23-9-2021 10:47 AM
Joy kata dia ni lemah syahwat.

iols rasa dia tak taste pun dekat cekpit kedut joyah tu...
dulu2 ada forumer kata heols gegayah...
tapi iols stalk ig dia tadi memang ada denting2 yach radar ala2 mengali emas di tepi pantai gittew bunyinya...

mungkin ye kot... malam2 joyah gigih dok menonggeng... rhopernya laki pun menonggeng sekali dekat sebelah...

sooo alkisahnya malam2 jumaat joyah bermekap sama2 dengan laki gittew... kan jual produk kosmetik packaging very the budak2
Quote ctkaty 27-9-2021 04:49 AM
Sabarlah menanti....
Quote ugly_duckling 27-9-2021 06:26 AM
berdenting-denting radar metal bar meols
Quote kitmal9545 27-9-2021 07:05 AM
post gambar dengan senyum gitu.........................sesuatu betul

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.091657 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top