CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Sulung Bakal Jadi Doktor, Lepas Ni Berebutlah Nak Jadi Menantu Johan Dan Ozlyn

21-9-2021 07:50 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 1934| Komen: 11|Original author: Oleh: Saiful

Description: Ozlynn dan Johan gembira namun dalam masa yang sama sayu apabila anak sulungnya, Ahmad Ariq Hanania berlepas ke Ireland untuk memulakan pengajian dalam bidang perubatan di sana.
Ozlynn dan Johan gembira namun dalam masa yang sama sayu apabila anak sulungnya, Ahmad Ariq Hanania berlepas ke Ireland untuk memulakan pengajian dalam bidang perubatan di sana.


"Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkan urusannya, tenangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dalam beribadah, cekalkan hatinya menempuh ujian-Mu, berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang Kau berikan. Amin.


Foto: Gempak

"Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama takkan pernah berhenti selagi bernyawa. Kami sayang kamu Ariq Hanania,??? katanya di Instagram.

Dalam video yang dimuat naik, Johan dilihat mendukung anak lelakinya itu.




"Anak siapa ni? Tak malu dah besar panjang minta dukung, minta suap makan, minta korekkan telinga, potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suruh buka pintu, selamba dia buka.

"Tidur bawah ketiak papa lagi, kadang-kadang minta papa buatkan susu sebelum tidur. Ada ke yang macam dia? Tapi itu masa manja, masa mengaji tak dapatlah bermanja macam tu."

Tambah Ozlynn walaupun sentiasa bergurau dan memanjakan anak, namun mereka suami isteri sangat tegas dalam mendidik.


Foto: IG

"Tapak kaki dia masih kena libas kalau buat salah, menyakat adik, adik melalak (menangis), semua kena libas.

"Masih baby di mata papa dan mama. Sekarang baby besar ni dah mula berdikari, urus diri sendiri, makan minum semua sudah tiada siapa nak suapkan."

Ramai yang mengucapkan selamat berjaya buat Ariq.



Malah Ozlynn dan Johan juga dipuji boleh menjadi ibu bapa contoh kerana mengutamakan pendidikan seimbang dunia dan akhirat buat anak-anak mereka.

Fuh, dahlah kacak bakal doktor pula tu. Mesti ramai yang dah berangan nak jadi menantu Johan dan Ozlynn tak gitu? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote CaqJora 22-9-2021 03:51 PM
Seksok jgn pak dia yg betul nk claim pulak... Sapa pnh tgk melodi zaman dulu2 tau la kot,ozlyn nangis2 ckp org tu x bertanggungjawab.. Johan blm ada lam industri lg... Kome tgk le muka budak tu ada iras pelakon mana? Acik bg hints skit.. Hensem, kawen ngan pelakon pan-asian, ank 2, pnh ke dlm..
Quote OyaTonggek 21-9-2021 10:39 PM
doctor from Ireland...terbaiklah
Quote spankee_fili 21-9-2021 06:59 PM
Nuyak: Bapak kandungnya bangga tak anak nak jadi doktor ...hahaha...esok2 jangan baru  nak ngaku..
Bukan boleh claim pun ;P
Quote LadyCarefree 21-9-2021 06:37 PM
Oooo gituuuu

https://tentangartiskita.blogspot.com/2009/10/siapa-kanak-kanak-lelaki-di-sisi-johan.html
Quote matjerk 21-9-2021 01:22 PM
Johan ni hebat jugak lah kan..sampai boleh ajar anak baca quran... mesti arif bab2 tajwid... salute!
Quote matjerk 21-9-2021 01:21 PM
Hebat nya anak hang... mcm mana anak2 depa ni hebat sungguh eh.. apa tips depa...
Quote heythere123 21-9-2021 12:51 PM
roserouen: Copypaste ozlynn sebijik. Belajar rajin2 ye nak. Jgn separuh jalan. Tajaan mapa ke mara?
Iols rasa mapa sebab anak dia ni fly dengan result O level. Maknanya kena sambung A level dekat Ireland. Kalau MARA, dorang boleh taja kalau dah habis A level
Quote heythere123 21-9-2021 12:48 PM
Nuyak: Bapak kandungnya bangga tak anak nak jadi doktor ...hahaha...esok2 jangan baru  nak ngaku..
eh, dia bukan anak kandung Johan ke?
Quote Nuyak 21-9-2021 10:28 AM
Bapak kandungnya bangga tak anak nak jadi doktor ...hahaha...esok2 jangan baru  nak ngaku..
Quote roserouen 21-9-2021 09:00 AM
Copypaste ozlynn sebijik. Belajar rajin2 ye nak. Jgn separuh jalan. Tajaan mapa ke mara?
Quote missyL 21-9-2021 08:43 AM
Nthlah
Tgok keadaan Dr2 and front liner skang x th la nk bangga ke kesian.
Harap2 nti mase die dah kuar jd Dr keadaan bertambah baik lah..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.032968 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top