CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azlee Senario Ikut Ebit Lew Berdakwah, Hati Tenang Dan Seronok Belajar Agama

2-9-2021 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5432| Komen: 37

Description: Terbuka hati untuk mengikut personaliti dakwah Ebit Lew melakukan kerja amal, pelawak Azlee Senario mengakui jiwanya kini berasa lebih tenang.
Terbuka hati untuk mengikut personaliti dakwah Ebit Lew melakukan kerja amal, pelawak Azlee Senario mengakui jiwanya kini berasa lebih tenang.


Pemilik nama Azlee Jaafar, 54, ini berkata, pengalaman selama beberapa hari mengikut Ebit Lew berdakwah memberi kesedaran kepada dirinya sendiri.


Foto: IG

"Selepas ustaz Ebit datang ke gerai buah saya bulan lalu, saya berpeluang mengikuti dia melakukan kerja-kerja amal kebajikan selama tiga hari.


“Dalam pada kita membantu orang susah, kita juga dapat kesedaran dan secara tak langsung belajar juga tentang agama.

"Tidak dinafikan perasaan dan hati saya berasa tenang sepanjang melakukan kerja-kerja ibadah seperti itu,” katanya kepada mStar.



Terdahulu, Ebit menerusi Instagram miliknya memberitahu ahli kumpulan Senario itu seorang yang baik hati dan sentiasa menceriakan orang sekelilingnya sepanjang misi bantuan yang dijalankan itu.

Kata Ebit, Azlee juga meluahkan hasrat untuk terus mengikuti misi bantuan yang dilaksanakannya.

“Bang Azlee sangat baik, dua kali bersama saya dalam misi membantu dan belajar iman. Dia ceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik.

“Balik je selepas beberapa hari, abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah. Rasa nak ikut sentiasa kerja ini. Tenang ya ustaz buat kerja begini, sejuk hati, bahagia, terasa banyak tanggungjawab kita” tulis Ebit.



Sementara itu, Azlee mengakui dia semakin seronok dalam mendekatkan diri dan belajar lebih mendalam tentang agama Islam.

Katanya, dia juga melihat pandemik Covid-19 yang berlaku memberi hikmah tersendiri dan mempunyai nikmat kepada menjalaninya dengan ikhlas.

"Insyallah kalau ada ruang dan peluang saya sentiasa ingin belajar dan memperjuangkan agama Allah. Saya juga sedar ada hikmah yang kita dapat di sebalik pandemik Covid-19 ini,” ujarnya.

Selain itu, Azlee juga berkata, dia juga kini mula menghidupkan amalan sunnah di rumahnya sebagai sebagai rutin bersama keluarga.




"Alhamdulillah selepas solat fardu, amalan Taklim saya amalkan sebab ini adalah sunnah Rasulullah dengan membaca fadilat amal. Banyak kelebihan untuk kita dan keluarga jika mengamalkan sunnah ini di rumah,” ujarnya.

Pada 12 Ogos lalu, tindakan Azlee menjual buah-buahan di tapak pasar malam Saujana Utama, Sungai Buloh mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap Azlee yang mengenepikan soal malu dalam mencari rezeki ketika pandemik yang menyekat kegiatan penggiat seni. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-9-2021 11:34 AM
Dia ni lebih kepada NGOk.. bukan pendakwah. Cukup2 la menonggeng tu ebit. Muka pun takde nur
Quote helle 2-9-2021 01:16 PM
Geli akak dgn ewbit ni....canme la dorang ni boleh hadap dgn muka die lagi
Quote LadyCarefree 2-9-2021 01:28 PM
MO baru ajak para retis ikut dia bg bantuan. Apa keperkuan retis ikut? Selain nk sesama win win glamer dn dipuji
Quote bulalof 2-9-2021 01:30 PM
Gigih Ebit Lew merapatkan diri dan cuba dapatkan sokongan selebriti untuk penyucian dosa di mata umum.
Quote TomyamPuteh 2-9-2021 01:41 PM
Berdakwah ke? Angkat tangan. Doa Bahasa Melayu dua tiga patah. Blah....
Quote TomyamPuteh 2-9-2021 01:41 PM
Berdakwah ke? Angkat tangan. Doa Bahasa Melayu dua tiga patah. Blah....
Quote OyaTonggek 2-9-2021 04:07 PM
makin galak debit buat penyatuan ummah retis nk katup kes melesung..geli tgk telalat beliau
Quote ayukpingu 2-9-2021 04:25 PM
berapa gaji sebulan EL ni offer?  
Quote codenamedream 2-9-2021 04:31 PM
MO baru debit. Recruit retis2 X sekolah.
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 04:43 PM
yiiihhhhhh kenot tahan laa tengok muka 2bit muahx2.
teringat2!
Quote rosannazmia 2-9-2021 04:56 PM
Mmg pakai mask camtu ke azlee ni bwh hidung diletaknyaa
Quote gideoncross 2-9-2021 05:44 PM
Straight to the comment section iol d buatnya klau trnmpk nma UEL kat mna2 title arnd Cari ni.
Quote umbut 2-9-2021 05:45 PM
Nak jugakkkkk
Quote epal21 2-9-2021 06:46 PM
Azlee ni dulu bukan ada terlibat dgn skim cepat kaya ke? Apa ntah namanya? Monster ke apa. Dia baik gila dgn pengasas skim cepat kaya tu. Menempel sangat. Sekarang ni menempel dgn EL pulak. Duit2 downline semua dah ganti ke?
Quote gekkou 2-9-2021 06:56 PM
retis2 yang ikut berdakwah berlama2 ni
habis tu dah tak mencari rezeki ke?
ke suruh bini yang merncari rezeki atas alasan keluar berdakwah?
atau harta makan 7 keturunan tak habis
Quote norawestallen 2-9-2021 07:10 PM
Dewasayu ni nak dapatkan support retis utk bekap dia ke
Quote likilu 2-9-2021 07:18 PM
Mentang mentang kita rakyat biasa tak pakai kopiah, pergi office pun beratur redah byk byk roadblocks kena soal jawab lagi

So esok nak simpan janggut pakai kopiah ke?? Cakap saya team irawan
Quote Cik_jantung 2-9-2021 07:51 PM
Hahahaha.. bila elew nak tarik ummah forum ni plakk..  aku nak demand 5k je sekali berdakwah .. ke sikit sangat tu
Quote limau_lemon 2-9-2021 09:18 PM
Yela Pakcik azlee.. Jgn masuk tempat ju** lagi OK..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.061557 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top