CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyelidik Kata Racun Ular Boleh Jadi Penawar Covid-19?

2-9-2021 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1994| Komen: 11

Description: Penyelidik Brazil mendapati molekul dalam racun sejenis ular boleh menghalang pembiakan koronavirus pada sel monyet.
Penyelidik Brazil mendapati molekul dalam racun sejenis ular boleh menghalang pembiakan koronavirus pada sel monyet. 

Penemuan itu berkemungkinan menjadi langkah pertama yang dilakukan dalam menghasilkan ubat membendung penularan virus Covid-19. 


Kajian yang disiarkan dalam jurnal saintifik, Molecules bulan ini mendapati molekul yang dihasilkan oleh ular jenis jararacussu menghalang keupayaan virus untuk membiak dalam sel monyet sebanyak 75 peratus. 

Penulis kajian dari University of Sao Paulo, Prof. Rafael Guido berkata, pasukan penyelidik berjaya menemukan komponen yang terdapat pada ular itu bagi menghalang pembiakan protein paling penting dalam virus tersebut.

Foto: AFP


Molekul itu dikenali sebagai peptida atau rantaian asid amino yang boleh berhubung dengan enzim Covid-19, PLPro. 

Enzim itu amat penting semasa proses pembiakan virus tanpa menyakiti sel lain. 

“Kami risau sekiranya orang ramai akan memburu ular jararacussu di Brazil kerana memikirkan mereka akan menyelamatkan dunia. 

“Sebenarnya, ia bukan disebabkan ular itu semata-mata yang mampu merawat Covid-19,” jelasnya. 

Penyelidik kajian turut menilai keberkesanan dos molekul berbeza dan sama ada ia mampu menghalang virus daripada memasuki dinding sel.

Pakar itu berharap dapat menguji kandungan itu terhadap sel tubuh badan manusia satu hari nanti. 

Jararacussu merupakan ular terbesar di Brazil yang mampu membesar sehingga dua meter. 

Reptilia itu tinggal di pesisir Hutan Atlantik dan boleh ditemui di Bolivia, Paraguay dan Argentina. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 2-9-2021 11:10 AM
So lepas ni puak cacing antivax boleh la lepak dalam hutan cari ular utk sedut racun ular utk kemandirian spisis mereka.
Quote Samerosie 2-9-2021 11:22 AM
  1. Pakar itu berharap dapat menguji kandungan itu terhadap sel tubuh badan manusia satu hari nanti.
Copy the Code


Yikes!  Maybe pakar tu patut believe in his own research try dulu kat diri dia.
Quote Simunggu 2-9-2021 11:28 AM
mula mula ivermectin ubat cacing sekarang racun ular pula....siaplah anti vac di malaysia ni
Quote manzilla 2-9-2021 12:51 PM
Sekurang-kurangnya monyet dulu jadi tikus makmal.
Quote batmana 2-9-2021 01:07 PM
cacing , ular, adik beradik nie.....
Quote nononcrux 2-9-2021 02:22 PM
ntah ape-ape..kalau pon btl tak nak aku
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 04:33 PM
ahhh sudahhh
ada yang katok ular nanti ni
Quote OyaTonggek 2-9-2021 04:34 PM
ajerr gilee..bisa ular masuk badan maknusia pun boleh mampos.
Quote loQlaQ 2-9-2021 10:50 PM
Edited by loQlaQ at 2-9-2021 10:55 PM

first glance, tengok corak badan dia ceq sangkakan ulaq sawa. then sekali check google, rupanya sepisis ulaq kapak wehhh

hangpa nak mampuih ka makalu berangan nak tangkap? majoriti any sepisis ulaq kapak, agresif tahap gaban!

Bothrops jararacussu, commonly known in English as the jararacussu, is a highly venomous pit viper species endemic to South America. It is one of the most dreaded snakes in South America and can grow up to 2.2 metres.

Quote kakikuDibibirmu 2-9-2021 10:52 PM
Ulaq berlingkaq atas pagaq
Quote edayildiz 2-9-2021 10:54 PM
tamo la kalau bethol bagai dikata..kalau llama or alpaca tu ok la

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.149088 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top