CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu 'Gila' Suka Rakam Dera Anak

31-8-2021 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2860| Komen: 13

Description: Seorang ibu di India bukan sahaja tergamak mendera bayinya, malah turut merakam perbuatan itu sebelum video mengenainya tular di media sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai.
Seorang ibu di India bukan sahaja tergamak mendera bayinya, malah turut merakam perbuatan itu sebelum video mengenainya tular di media sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai.

Thulasi, 22, berkahwin dengan pasangannya, Vadivazhagan empat tahun lalu dan menetap di perkampungan Mottur di Tamil Nadu. Mereka dikurniakan dua anak.



Kredit foto: The News Minute

Bagaimanapun, pasangan itu kerap bergaduh menyebabkan Vadivazhagan menghantar isteri dan anaknya ke rumah keluarga di Andhra Pradesh.

India Today melaporkan Thulasi menumbuk anaknya berusia 18 bulan hingga berdarah hidung dan mulut dan lebih mengejutkan apabila dia sering mendera bayi terbabit serta merakam perbuatannya menggunakan telefon bimbit.

Dalam video yang lain, Thulasi dilihat mengetuk kaki bayinya selain belakang badan kanak-kanak itu lebam dipercayai dipukul dengan teruk.


Apabila ahli keluarga Thulasi melihat video terbabit, mereka memaklumkannya kepada Vadivazhagan yang kemudian mengambil anaknya dan membawa pulang ke Villupuram.


Kredit foto: Express

Sementara itu, datuk kanak-kanak itu, Gopalakrishnan berkata, mereka tidak sedar mengenai penderaan yang berlaku, tetapi tahu yang Thulasi pernah membawa anaknya ke hospital di Puducherry untuk rawatan, sebulan lalu.

Susulan video tular itu, warganet mendesak pihak polis mengambil tindakan ke atas Thulasi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 31-8-2021 01:10 PM
Ni mcm ala2 kes tiktoker yg post video menari dgn stillborn baby dia
Quote edayildiz 31-8-2021 01:15 PM
pasni thulasi kena cerai ngn Vadivazhagan..
Vadivazhagan pun kawen baru..jaga baby elok2.happy ending.
mental agaknya thulasi ni..mayb masa berpantang tak pantang elok2 agaknya..pastu laki yindia ni tau2 jer la mcmana kn..mayb dia rakam sbb nk tnjk kt laki dia kot..
lantak la thulasi..dah la muka xberapa cantik..perangai pun ko jgk.
Quote nakkomenjugak 31-8-2021 01:43 PM
boleh laa mereput dalam jail
Quote mclaren 31-8-2021 01:45 PM
Ni memang mental issue ni.
Quote Cik_jantung 31-8-2021 01:59 PM
Adakah sebab suaminya tak bagi perhatian dia jadi macam tu. Kalau bahagia tak sanggup dera anak kan..
Quote Fortiori02 31-8-2021 02:20 PM
Tekanan kot maknya tu..
Quote Ciktiekus 31-8-2021 06:49 PM
Depress dgn bapak, anak yg jadi mangsa..
Quote MissyMolly 31-8-2021 09:13 PM
Meroyan ka?
Quote dusunmind 31-8-2021 11:49 PM
postpartum depression?
Quote I.K.A888990 1-9-2021 01:08 AM
mai sini aku tumbuk muka hang plak
kau ada mslh ngn suami je kan
asal sentuh anak yg x bersalah pulak
Quote ina_na 1-9-2021 03:21 AM
Simpton gila meroyan ni Kan..kalo lama2 lg teruk ade yg sampai membunuh..kesian baby..Kang bapak kawin baru dpt mak tiri baik alhamdulillah..dpt mak tiri Cinderella..kesian2
Quote meisapoya 1-9-2021 11:10 AM
Pandai bungkus pulak bila orang dok rakam dia.
Quote Sham143 2-9-2021 09:51 PM
Ni kes marah kat suami la ni.. anak jadi mangsa lepas geram..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.200296 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top