CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Mengandung, Rupanya Perut Penuh Dengan Ketumbuhan

16-8-2021 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2639| Komen: 7

Description: Seorang remaja perempuan tidak menyangka bahawa keadaan perutnya yang membesar seperti kandungan berusia sembilan bulan sebenarnya mempunyai ketumbuhan bersaiz sebiji bola sepak, lapor akhbar Daily St ...
Seorang remaja perempuan tidak menyangka bahawa keadaan perutnya yang membesar seperti kandungan berusia sembilan bulan sebenarnya mempunyai ketumbuhan bersaiz sebiji bola sepak, lapor akhbar Daily Star semalam.


Abi Chadwick, 19, mengakui bahawa dia telah cuba untuk berdiet, namun keadaan perutnya masih sama sehingga dia mula mengalami kesakitan teruk pada bahagian perutnya.

Selepas berjumpa doktor, Chadwick disahkan mempunyai ketumbuhan bersaiz 33 sentimeter di dalam perutnya.

Foto: SWNS

“Saya belum pernah melihat seseorang mempunyai ketumbuhan sebesar itu.

“Saya menyangkakan ia hanya bersaiz kecil dan akan hilang, namun akhirnya saya mendapat tahu bahawa perut saya dipenuhi  ketumbuhan tersebut,” katanya.


Tambah Chadwick, dia mula menyedari masalah itu selepas mengalami kenaikan berat badan mendadak sebanyak 13 kilogram.

“Perut saya amat keras dan apabila saya keluar ke kedai, orang melihat ke arah saya seperti seorang wanita yang sedang hamil sembilan bulan.

“Orang di sekeliling memberitahu bahawa saya sedang hamil, namun saya fikirkan ia hanya disebabkan saya sudah menjadi gemuk,” ujarnya.

Bagaimanapun, selepas pakar mengimbas bahagian abdomennya, mereka terkejut apabila menemui satu ketumbuhan bersaiz besar yang perlu dibuang  segera.

“Ketumbuhan itu mungkin telah berada di dalam perut saya sejak lahir dan saya tidak pernah menyedarinya,” katanya.

Chadwick kemudiannya menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut dan kini, dia boleh hidup seperti gadis normal yang lain.

“Saya gembira kerana tidak lagi kelihatan seperti wanita yang sedang hamil,” ujarnya.-CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orgsepang 16-8-2021 10:21 AM
Kalau dulu2 mungkin dikata kena buatan orang atau santau.
Quote budaktua 16-8-2021 10:44 AM
aku pun nk check kt hospital la.... makin besar perut ni... tmbh2 PKP ni...

mana tahu ada ketumbuhan...
Quote sukacactus 16-8-2021 11:23 AM
Nasib la omputih
Kalau kat sini dah kena tuduh mengandung luar nikah
Quote LH76 16-8-2021 02:50 PM
Klu dah melepasi 9 bln 10 hari x beranak2 jgk either lelemak tepu or ketumbuhan {:shy
Quote Thunderclouds 16-8-2021 09:12 PM
Baca tajuk dlm keadaan mngantok 'perut penuh dgn tumbuhan'. Laju2 tekan rupanya salah baca 'ketumbuhan'
Quote helicornia 13-10-2021 08:59 PM
orgsepang: Kalau dulu2 mungkin dikata kena buatan orang atau santau.

Busung..
Quote naina 13-10-2021 09:03 PM
Ada la tu makanan yang buatkan ia makin membesar

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.146119 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top