CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuaca Panas Di Itali Sampai Siput Pun Mati Terbakar

16-8-2021 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2579| Komen: 19

Description: Cuaca panas melampau di sebuah bandar kecil di Floridia, Itali menyebabkan siput yang terkenal di kawasan terbabit mati terbakar di dalam kulitnya.
Cuaca panas melampau di sebuah bandar kecil di Floridia, Itali menyebabkan siput yang terkenal di kawasan terbabit mati terbakar di dalam kulitnya.

Gelombang panas yang turut melanda negara tersebut dan kawasan sekitarnya mencapai tahap kemuncak, lapor The New York Times.

Sekiranya disahkan badan antarabangsa, suhu terbabit berkemungkinan direkodkan sebagai suhu paling tinggi pernah dicatatkan di Eropah.


Foto: Agensi

Keadaan panas ini menyebabkan permukaan tanah menjadi panas sehingga menghalang siput daripada bergerak, seterusnya menyebabkan ia mati terbakar di dalam cengkerang masing-masing.

Cuaca panas turut menyebabkan pokok lemon yang ditanam petani mati, begitu juga dengan pokok oren.


"Keadaan amat teruk bagi semua orang, bagi pekerja, dan pokok-pokok.

"Kerosakannya amat teruk...Kita bukan bercakap mengenai cuaca panas yang berlaku sehari atau beberapa hari, tapi berbulan," kata Mario Pignato, seorang buruh.

Keadaan cuaca panas ini dilihat antara amaran mengenai risiko berterusan perubahan cuaca yang perlu ditangani dunia. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 16-8-2021 09:22 AM
Agak2 la reporter mstar ni 124 degree celsius bukan setakat siput, manusia pun mati.  Mesti reporter class art.
Quote najib888 16-8-2021 09:24 AM
Agak2 la wartawan wei.. 124 darjah celcius!! Tu dah over level utk sterilization instrumen pembedahan kot. 121C
124 fahrenheit la.. approximately 51 celcius..
Quote damsel_fiji 16-8-2021 09:26 AM
Over nya wartawan.. agak2 la nak menipu pon.. .. yg reporter cari ni pon main copy paste jahhh
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2021 09:26 AM
Air menggelegak pun 100°C
Quote makiting 16-8-2021 09:27 AM
Adoiii wartawan ni ponnnn… buat org terkejut baca..
Quote Samerosie 16-8-2021 09:27 AM
najib888 replied at 16-8-2021 09:24 AM
Agak2 la wartawan wei.. 124 darjah celcius!! Tu dah over level utk sterilization instrumen pembedaha ...

Yang reporter Cari pun asal boleh jer.
Quote airfilterkotor 16-8-2021 09:31 AM
Ok dah tukar dah.
Quote nakkomenjugak 16-8-2021 09:46 AM
Kalau 51c
Perghhhhhh...
Memang namanya praktis merangkak di nuraka!
Quote dusunmind 16-8-2021 09:56 AM
panasnya pula...51 farenhait tu.
Quote fofuler 16-8-2021 10:01 AM
Kesiannya panas betul ni. Teringat salmon yang kena masak hidup2 dalam air kat US. Haiwan mana boleh cakap
Quote midori_katana 16-8-2021 10:04 AM
najib888 replied at 16-8-2021 09:24 AM
Agak2 la wartawan wei.. 124 darjah celcius!! Tu dah over level utk sterilization instrumen pembedaha ...

51 darjah celcius pun panas melampau dah tu... kita kat malaysia pun hari tu bulan 2,  masuk dalam kereta time tgh hari suhu 42 darjah dah rasa cam apa dah...
Quote any42 16-8-2021 10:14 AM
uiii kt Msia ni suhu paling pnas pun dah mnggelupur mncucuk kulit klau dok kt sana asyik pengsan strok haba la kot
Quote jiwasemangat 16-8-2021 11:14 AM
..bideo siput mati.. tak der kerr..
Tunjuk pon.. gambar orang tua basah kan kepala.. itu bukan sipot.. kalau gambar model, layenn laa..
Quote twins 16-8-2021 12:29 PM
Samerosie replied at 16-8-2021 09:22 AM
Agak2 la reporter mstar ni 124 degree celsius bukan setakat siput, manusia pun mati.  Mesti reporter ...

Yurop masih guna Farenheit.  sebenarnya 124 F tu... equals to 51C

memang tinggi tu....
Quote depresio 16-8-2021 12:54 PM
Yep mmg panas
Cecah 50

Sbbtu byk terbakar
Quote cmf_premierleag 16-8-2021 12:57 PM
climate change
Quote che-cikL 16-8-2021 02:15 PM
Puas iols scroll mana 124 darjah tu, rupanya dah kena edit ya... Itulah kerja editor ya... Edit saja, tak yah fikir, tak yah guna otak sebelum / semasa menulis. Bukak thread asal boleh.




Quote imanjannah 16-8-2021 02:22 PM
panasnya.. huhu
Quote ctaz 16-8-2021 02:23 PM
wartawan gosip...
biasak la...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.173181 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top