CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Polis Dalam Proses Rakam Keterangan Caprice Dan Nadir

29-7-2021 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42760| Komen: 320

Description: Polis dalam proses untuk merakam keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice berhubung misi kemanusiaan d ...
 Polis dalam proses untuk merakam keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice berhubung misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, percakapan berkenaan bagi membantu siasatan susulan laporan dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew yang mendakwa difitnah beberapa individu berkaitan misi itu menerusi media sosial.

"Kita belum rekod percakapan dua individu itu dan belum ada tarikh lagi. Polis sedang berusaha untuk berbuat demikian.

"Setakat ini, hanya Ebit yang sudah diambil keterangan. Saya akan maklumkan jika ada perkembangan lanjut berkaitan kes ini," katanya, hari ini.


Kredit foto: Harian Metro



Kes disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 22 Julai lalu, Ebit dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan dibangkitkan Ketua Pegawai CGM itu sebagai fitnah melampau.

Pembantu peribadi Ebit, Arief Farhan pula dikatakan mempersoalkan tindakan Caprice yang disifatkan mencemar nama baik pendakwah itu.

Arief mempersoalkan mengapa Caprice perlu membangkitkan perkara remeh seperti alat permainan yang diagihkan kepada kanak-kanak, berbanding bantuan bernilai jutaan ringgit kepada penduduk Gaza. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 29-7-2021 01:30 PM
Wahh popcorn {:iwant
Quote LadyCarefree 29-7-2021 01:30 PM
Xtau la kalau polis atau AG office rasa ada kes kat Nadir. Sebab so far baca xdok pon Nadir fitnah apa kat dia. Pasal Hala tu betullah ratus ribu kan. Usd2.5k sorang, tim dia berapa orang?
Quote ophillea 29-7-2021 01:31 PM
Meolls masih lagi #teamnadiratembam
Quote Tinot7 29-7-2021 01:32 PM
Ni PA mana? Hat yg kes jilat tu ke?

Pembantu peribadi Ebit, Arief Farhan pula dikatakan mempersoalkan tindakan Caprice yang disifatkan mencemar nama baik pendakwah itu.
Quote scorpionkiki 29-7-2021 01:33 PM
Ebiet Irawan sila lapor polis berkenaan video lucah yg berterbangan di angkasaraya. Mudah mudahan polis dpt buat siasatan.
Quote Annaquinn009 29-7-2021 01:37 PM
x faham kenapa kes antara nadir & el perlu melibatkan polis...kalau isu yg tngh hot pasal video dll tu munasabah la jgk
Quote Zirara99 29-7-2021 01:40 PM
Kenapa Nadir kena waknat
Quote cicicumel 29-7-2021 01:45 PM
TEAM tu mmg dlm bahasa melayu ditranslate TIM ke? rengsa sgt iolss....sebut je la PASUKAN .tp x sure la mmg dah didewan bahasakan jd TIM..
Quote miszclassique 29-7-2021 01:46 PM
LadyCarefree replied at 29-7-2021 01:30 PM
Xtau la kalau polis atau AG office rasa ada kes kat Nadir. Sebab so far baca xdok pon Nadir fitnah a ...

Katanya yg dapat masuk Gaza 10 orang je, tak ingat baca kt thread mana sbb banyak sgt thread
Quote anna_me 29-7-2021 01:46 PM
Kesian Nadir. Tapi yg +ve ramai dah tau gerak kerja nadir.

OT... MakJah mana? dah berapa hari tak nampak.  
Quote miszclassique 29-7-2021 01:48 PM
Annaquinn009 replied at 29-7-2021 01:37 PM
x faham kenapa kes antara nadir & el perlu melibatkan polis...kalau isu yg tngh hot pasal video dll  ...

Dah jadi kes polis sbb EL yg pi report tetibe haritu maybe sbb nak tahan kepris dari spill tea kat live 21hb tu... Bila dah ade report, polis kena siasat jugaklah nak tak nak pun... Mesti dia rasa dah terpaling hebat la tu dapat buat report, alih2 makin terciduk
Quote mummydarling 29-7-2021 01:51 PM
sis tetap setia dengan teamnadirtembam juaaaaa
Quote noorazurams 29-7-2021 01:53 PM
Follow. Popcorn on
Quote Dorotheas 29-7-2021 01:58 PM
miszclassique replied at 29-7-2021 01:48 PM
Dah jadi kes polis sbb EL yg pi report tetibe haritu maybe sbb nak tahan kepris dari spill tea kat ...

Abistu video call dia tk senonoh tu tkde siasatan ke
Quote inilastakucakap 29-7-2021 02:03 PM
Dorotheas replied at 29-7-2021 01:58 PM
Abistu video call dia tk senonoh tu tkde siasatan ke

Kannn menunggu jugak ni
Quote Kelawarku1 29-7-2021 02:04 PM
Mcm tak nampak apa masalahnya kat nadir. Apa yg nadir fitnah, mcm takde je. Mcm sekadar tegur manja kepada semua NGO
Quote bictoria 29-7-2021 02:08 PM
caner polis nak siasat nadir yg jauh tu. bideo call kah?
Quote alieyrina 29-7-2021 02:15 PM
Dah kenapa nadir yg kena. Duk diam pun kena sebijik.
Bodoh punya ebelit ckp berbelit
Quote alieyrina 29-7-2021 02:16 PM
Duit tabung tu xdak ka org nk repot polis. Tu xdak polis nak siasat lak

Lihat semua komen(320)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.391890 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top