CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Dakwa UFO Bakal Hancurkan Bumi Macam Kacang

29-7-2021 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3382| Komen: 29

Description: Seorang pakar objek terbang tidak dikenali atau UFO Britain berkata, makhluk asing akan menghancurkan manusia dalam satu perang yang menakutkan dan boleh ‘membelah Bumi umpama sebutir kacang’, lapor ...
Seorang pakar objek terbang tidak dikenali atau UFO Britain berkata, makhluk asing akan menghancurkan manusia dalam satu perang yang menakutkan dan boleh ‘membelah Bumi umpama sebutir kacang’, lapor akhbar Daily Star semalam.


Nick Pope yang menyiasat UFO untuk Kementerian Pertahanan Britain berkata, manusia akan mengalami kebinasaan sekiranya makhluk asing menceroboh kerana senjatanya adalah berbilion tahun lebih maju berbanding yang dimiliki manusia.

Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menerbitkan laporan berkenaan UFO awal bulan ini yang merangkumi 143 fenomena penampakan aerial yang tidak dikenali (UAP) oleh juruterbang tentera AS sejak 2004.


Foto: Getty Images

“UAP menimbulkan masalah keselamatan pada penerbangan dan mungkin menimbulkan cabaran pada keselamatan negara AS,” demikian tulisan laporan itu.


Namun, kerajaan Britain tidak mempunyai perancangan untuk menjalankan siasatan sendiri berkenaan UFO dan ancamannya kepada negara itu.

Pope berkata terdapat kehidupan lain di luar Bumi yang berbilion tahun lebih maju berbanding teknologi ciptaan manusia di Bumi.

“Teknologi makhluk asing mungkin jutaan atau berbilion tahun lagi lebih maju berbanding Bumi dan teknologi mereka akan kelihatan seperti magis.

“Ya, kita ada program angkasa lepas namun dengan penyelidikan angkasa lepas yang ada dan mengambil kira jarak antara bintang paling dekat dengan Bumi, kita akan memerlukan masa selama 75,000 tahun untuk sampai ke sana.

“Jika kita akan dilawati makhluk asing, mereka mampu untuk membelah atau meretakkan Bumi ini seperti kacang jika mereka mahu,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 29-7-2021 11:32 AM
aku baca laju2 ufo bakal hancurkan bumi malam karang
Quote eragon 29-7-2021 11:33 AM
Thanos ?  Darkseid ?
Quote Tinot7 29-7-2021 11:40 AM
Thor kat sana peyut buncit tak?
Quote kemaruk 29-7-2021 11:50 AM
kacang ape?

kalau yang bulat hijau tu agak keras gak

bangkem benci kalau tengah makan kacang campur jenama tong garden, tengah kunyah2 kacang lembut dan keropok, tetiba kunyah kacang hijau yang keras tu

kacang kuda yang kering tu pon keras gak
Quote bbasir 29-7-2021 11:54 AM
xpe.. jgn risau.. nt team avenger and i akan selamatkan bumi..
Quote auntyonion 29-7-2021 11:55 AM
Pau kacang merah..sedapnyaaa {:run
Quote KucingBisu 29-7-2021 11:59 AM
Uish macam kacang eh
Quote Firenzza 29-7-2021 11:59 AM
Senjata berbillion tahun ye? pakar ufo ni pernah dijemput ke lawatan sambil belajar dkt planet alien kot?
Quote Ayda89 29-7-2021 12:52 PM
Tuduh ufo pulak. Yg kaki menghancurkan ni kau la usa oi
Quote ellejo 29-7-2021 12:53 PM
hish. habisla narratif umah nusantara bahawa manusia adalah makhluk terpaling di alam ini.
Quote dani-rox 29-7-2021 12:58 PM
Apa kepentingan alien dpt dgn menghancurkan bumi? Punyalah jauh datang semata2 nak membinasakan planet biru halus cenonet, yg takda signifikan langsung dlm skala universe. Oh please... Byk sgt tengok citer holiwud. Lagipun tak payah susah2 nak hancurkan, penghuni bumi sendiri pun gigih merosakkan planet sundirik dan saling berbunuhan sesama manusia.
Quote chekopi 29-7-2021 01:21 PM
bumi jugak yang ditarget alien ni. tapi don't worry dia tak mai Malaysia. Selalu dia landing kat US ja sebab dorang cakap English
Quote LadyCarefree 29-7-2021 01:23 PM
Ancient earth pun alien mai visit tp masa tu ok je hehe
Quote abbyhoney 29-7-2021 01:29 PM
saya follow page ufo, alien...bila baca penemuan2 mereka ni, uish menakutkan.
Quote sukacactus 29-7-2021 01:55 PM
Baca ni sambil mkn kacang w garlic
Ooh sedapnya!
Quote Simunggu 29-7-2021 02:22 PM
UFO nak pg PPV mana tu??? kalau nak sinovac pg lah SICC KK...kalau pfizer pg lah PWTC...
Quote lipans 29-7-2021 02:28 PM
ufo dari berapa ribu tahun cahaya?
Quote eragon 29-7-2021 02:31 PM
abbyhoney replied at 29-7-2021 01:29 PM
saya follow page ufo, alien...bila baca penemuan2 mereka ni, uish menakutkan.

boleh bagi link?
tertarik pulak nak baca.
Quote La_Quica07 29-7-2021 02:57 PM
ok bukti mana bukti?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.069366 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top