CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ludah Tapak Tangan Dan Sengaja Sentuh Penduduk Kampung, Isteri Izin Suami Positif Covid-19 Dibelasah

26-7-2021 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3417| Komen: 14

Description: Seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 di Indonesia bertindak di luar kawalan apabila melarikan diri dari pusat kuarantin dengan niat mahu menyebarkan wabak itu kepada penduduk kampungnya, lapo ...
Seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 di Indonesia bertindak di luar kawalan apabila melarikan diri dari pusat kuarantin dengan niat mahu menyebarkan wabak itu kepada penduduk kampungnya, lapor laman Digtara.com.


Salamat Sianipar, 45, dikatakan sengaja meludah ke atas tapak tangan untuk menyebarkan Covid-19 kepada penduduk kampung Pardomuan, Silaen, Toba di Sumatera Utara.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan orang ramai memukul Salamat dengan menggunakan kayu.

Foto: Polres Toba

Tangkap layar video menunjukkan Salamat (dalam bulatan) dipukul orang kampung menggunakan kayu. – Instagram
“Suami saya cuba untuk menyebarkan virus Covid-19 kepada orang ramai jadi dia terpaksa dipukul,” kata isteri Salamat, Risma Sitorus.


Pada 21 Julai lalu, Salamat telah melarikan diri daripada pusat kuarantin dan pulang ke rumah akibat tertekan kerana dijangkiti Covid-19.

Menurut Risma, suaminya itu kemudiannya keluar berkeliaran di kawasan kampung, meludah tapak tangannya dan cuba memegang penduduk setempat sambil menjerit dirinya negatif Covid-19.

Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan penduduk sebelum sekumpulan pemuda mengambil kayu dan cuba memukul Salamat namun lelaki itu berjaya lari ke dalam sebuah hutan.

Foto: IG

Salamat berjaya ditemui pada 23 Julai lalu kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan dan dibawa ke Hospital Porsea, Sumatera Utara.

Saudara kepada Salamat, Erik Sianipar berkata tindakan mereka memukul bukan untuk menganiayanya namun mereka hanya mahu menenangkan lelaki itu memandangkan dia positif Covid-19. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 26-7-2021 10:07 AM
tak selamat duduk dengan Salamat
Kau dah kenapa nak drag satu kampung kena kobid??
Quote Skuau 26-7-2021 10:48 AM
mungkin gue akan ke Malaysia untuk menyebarkannya di sana..-Pak Salamat.....
Quote raxief 26-7-2021 11:19 AM
penduduk ratusan juta ni mmg kebarangkalian nak jumpa perangai gila ni makin tinggi

malaysia yg 32 juta ni pun ramai yg pelik2
Quote shiraloveyou 26-7-2021 12:16 PM
lately ni mulut iols rasa nak membodohkan orang aje..xtau kenapa
Quote kyozsamurai 26-7-2021 12:30 PM
mmg patut dipukul spesis mcm ni
Quote fatinandreanna 26-7-2021 08:43 PM
Bagus bininya.
Quote Ain_h 27-7-2021 01:17 PM
Apakah? Aneh aneh jerr
Quote umisha 27-7-2021 01:20 PM
Ya ampun pak.
Sampai dipukulin
Quote tikusmontok 27-7-2021 01:56 PM
Kalau tak bodo bukanlah indon namanya...kan bibik Friski..
Quote supermum 27-7-2021 03:10 PM
Yang dok keliling dia ramai-ramai tu pun 2x5. Dok berkumpul pastu facemask tak pakai elok.
Quote heythere123 27-7-2021 09:02 PM
teruk nau pakcik ni
Quote namr 27-7-2021 09:50 PM
Pukul kuat2 sikit sbb jijik air ludah pgg org euww
Quote cikanggun 1-8-2021 02:36 AM
Bangang yindon ni {:freak
Quote miszclassique 1-8-2021 06:59 AM
Isteri pun dah tak mampu menahan kebodohan laki dia... Elok lah tu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.150504 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top