View: 2192|Reply: 14
|
Ludah Tapak Tangan Dan Sengaja Sentuh Penduduk Kampung, Isteri Izin Suami Positi
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 di Indonesia bertindak di luar kawalan apabila melarikan diri dari pusat kuarantin dengan niat mahu menyebarkan wabak itu kepada penduduk kampungnya, lapor laman Digtara.com.
Salamat Sianipar, 45, dikatakan sengaja meludah ke atas tapak tangan untuk menyebarkan Covid-19 kepada penduduk kampung Pardomuan, Silaen, Toba di Sumatera Utara.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan orang ramai memukul Salamat dengan menggunakan kayu.
Foto: Polres Toba
Tangkap layar video menunjukkan Salamat (dalam bulatan) dipukul orang kampung menggunakan kayu. – Instagram
“Suami saya cuba untuk menyebarkan virus Covid-19 kepada orang ramai jadi dia terpaksa dipukul,” kata isteri Salamat, Risma Sitorus.
Pada 21 Julai lalu, Salamat telah melarikan diri daripada pusat kuarantin dan pulang ke rumah akibat tertekan kerana dijangkiti Covid-19.
Menurut Risma, suaminya itu kemudiannya keluar berkeliaran di kawasan kampung, meludah tapak tangannya dan cuba memegang penduduk setempat sambil menjerit dirinya negatif Covid-19.
Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan penduduk sebelum sekumpulan pemuda mengambil kayu dan cuba memukul Salamat namun lelaki itu berjaya lari ke dalam sebuah hutan.
Foto: IG
Salamat berjaya ditemui pada 23 Julai lalu kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan dan dibawa ke Hospital Porsea, Sumatera Utara.
Saudara kepada Salamat, Erik Sianipar berkata tindakan mereka memukul bukan untuk menganiayanya namun mereka hanya mahu menenangkan lelaki itu memandangkan dia positif Covid-19. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
tak selamat duduk dengan Salamat
Kau dah kenapa nak drag satu kampung kena kobid?? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin gue akan ke Malaysia untuk menyebarkannya di sana..-Pak Salamat..... |
|
|
|
|
|
|
|
penduduk ratusan juta ni mmg kebarangkalian nak jumpa perangai gila ni makin tinggi
malaysia yg 32 juta ni pun ramai yg pelik2 |
|
|
|
|
|
|
|
lately ni mulut iols rasa nak membodohkan orang aje..xtau kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut dipukul spesis mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun pak.
Sampai dipukulin |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak bodo bukanlah indon namanya...kan bibik Friski.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang dok keliling dia ramai-ramai tu pun 2x5. Dok berkumpul pastu facemask tak pakai elok. |
|
|
|
|
|
|
|
Pukul kuat2 sikit sbb jijik air ludah pgg org euww |
|
|
|
|
|
|
|
Bangang yindon ni {:freak |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri pun dah tak mampu menahan kebodohan laki dia... Elok lah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|