CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Ibu 79 Kali-Pembunuh Kejam Jadi Kegilaan Peminat Sebab Cantik

26-7-2021 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7322| Komen: 46

Description: Seorang gadis di negeri Colorado, Amerika Syarikat menjadi tular di media sosial selepas dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh ibunya, malah, dia mempunyai ramai peminat kerana memiliki paras rupa ya ...
Seorang gadis di negeri Colorado, Amerika Syarikat menjadi tular di media sosial selepas dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh ibunya, malah, dia mempunyai ramai peminat kerana memiliki paras rupa yang cantik lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Isabella Guzman, 18, didapati bersalah menikam ibunya sebanyak 79 kali di muka, leher dan badan mangsa di kediaman mereka di Colorado.

Dia yang kini menjalani rawatan di Institut Kesihatan Mental Colorado kerana menghidap skizofrenia, dilaporkan berbuat demikian selepas mendengar ‘suara’ menyuruhnya melakukan perbuatan kejam itu.

Gadis itu berkata, dia menikam mangsa untuk ‘menyelamatkan dunia’.



Menurut pegawai penyiasat, Isabella berbeza dengan rakan sebaya lain ketika zaman kanak-kanak yang mana dia tidak pernah senyum, bermain atau menghabiskan masa bersama ibu dan bapanya.


Dia juga dikatakan kerap berbalah dan membenci ibunya, Yun Mi Hoy kerana keadaan ibu bapanya miskin.

Keadaan kesihatan gadis itu dikatakan bertambah teruk selepas ibu bapanya bercerai dan bapanya meninggalkan rumah mereka.

Selepas ibunya membawa pulang teman lelaki, Richard, keadaan Isabella semakin kronik.

Isabella mula mengugut untuk membunuh ibunya dan berjanji bahawa wanita itu akan ‘membayar’ atas semua layanan yang diterimanya selama ini.

Pada suatu hari, ketika Richard menonton televisyen, dia dikejutkan dengan jeritan Mi Hoy dari tingkat atas rumah mereka sebelum menemui mayat mangsa di bilik air. Mangsa ditikam sebanyak 79 kali oleh anak perempuannya.

Gadis itu kemudian disahkan menghidap penyakit skizofrenia dan disahkan kurang siuman.

Bagaimanapun, selepas tujuh tahun menjalani rawatan di Institut Kesihatan Mental Colorado, Isabella mendakwa dirinya sembuh dan bersedia menjalani kehidupan normal.

“Saya bukan diri saya ketika membunuh ibu saya. Saya sudah pulih.

“Jika saya mampu mengubah segala yang telah terjadi, saya akan melakukannya,” ujarnya.

Buat masa ini, mahkamah tidak meluluskan sebarang rayuan Guzman untuk dibebaskan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote getarsukma 26-7-2021 10:02 AM
Gila nak bebas org mcm ni... Selepas 7 taun dunia luar semakin menggila lebih2 lagi bahana covid.. lagi skizo pmpn ni bila face real world nanti...
Quote bluebutter 26-7-2021 10:03 AM
miskin itu membawa kekufuran.
Quote noor2 26-7-2021 10:04 AM
Mana ada orang gila mengaku dia gila
Quote purplelilac 26-7-2021 10:04 AM
Still kene pantau even dah sembuh, pengambilan ubat kene on time x blh skip. Kalau x nnt murung tu dtg balik. Tidur malam pon x blh.
Quote Bee_hwa 26-7-2021 10:05 AM
Sweet but psycho
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 10:06 AM
kalau itu lawa, aku ni dah taraf ratu dunia la kot. hihihihii cetttt takpelah puji diri.
79 kali tikam?? betul punya dendam tu
Quote Lolalala 26-7-2021 10:36 AM
Musim covid ni nak lepaskan.. baik laa hang dok dalam tu. Terjamin lagi makan minum
Quote Meiizu 26-7-2021 10:38 AM
Lolalala replied at 26-7-2021 10:36 AM
Musim covid ni nak lepaskan.. baik laa hang dok dalam tu. Terjamin lagi makan minum

Tulaaa kluar kangg sape nak bagi keje
Quote rospinki 26-7-2021 11:01 AM
ramai je org gila diam2 mcmni

tengok gaya pun tau..org bodo je pecaya
Quote raxief 26-7-2021 11:16 AM
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 10:06 AM
kalau itu lawa, aku ni dah taraf ratu dunia la kot. hihihihii cetttt takpelah puji diri.
79 kali t ...

setuju.. takdelah lawa sangat budak tu
Quote raxief 26-7-2021 11:17 AM
mak budak tu asian ke?
Quote Tinot7 26-7-2021 11:17 AM
Aritu minah ni glamer sbb ada org pasang lagu sweet but psycho kat tiktok..
Depa glamourize minah ni..

Minah ni mmg sakit.. tapi org masih suka dia sbb dia comey.. giteww
Quote sekngucing 26-7-2021 11:20 AM
Aku suka.org2.mcm.ni

Kalau ada jutaan org mcm ni lg bagus

Harap malaysia.lg ramai org mcm ni
Quote None68 26-7-2021 11:23 AM
Xde la lawa mana, baik tgk Fazura ke Neelofar ker
Quote saden 26-7-2021 11:24 AM
semasa la sangat. berita tahun 2013
Quote mclaren 26-7-2021 11:28 AM
Lah ingatkan cantik lah macam Lily Collins ke.... Liz Taylor masa muda ke..... Ariel Winters dah kurus ke....

Macam ni jadi kegilaan Americans? Low nya standard.
Quote green~tea 26-7-2021 11:30 AM
Cantik?? OK.... Ahahhahahaha
Quote fizamn 26-7-2021 11:31 AM
She is unwell.. kategori masuk hospital psychiatric dowwhh.. wat to do...dah tuhan kasi dia sakit tu pastu x dpt rawatan lagi..
Quote whimsicalmusic 26-7-2021 11:44 AM
Muka die bermekap tu da jd mcm ayda jebat..tp kt court tu lawa la jgk

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.053752 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top